You are on page 1of 29

PENYELIDIKAN TINDAKAN

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN


Kaedah TAKTAC dalam Penguasaan Simpulan Bahasa
1.0

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan
Menurut pendeta Za'ba peribahasa ialah susunan kata - kata yang pendek dengan

makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
Peribahasa terbahagi kepada dua iaitu peribahasa tradisi dan peribahasa moden. Peribahasa
tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian atau secara
bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Manakala, peribahasa moden pula merujuk yang dicipta
selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam
budaya Melayu. Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan yang
membina minda.
Peribahasa merupakan rangkuman simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan
perbilangan. Setiap satunya mempunyai sifat dan tujuan yang tertentu. Simpulan bahasa
merupakan ungkapan yang telah mantap dan mempunyai maksud yang khusus. Simpulan
bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan
tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau
tersembunyi, bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa
berlainan daripada perkataan yang digunakan. Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada
makna harfiah kata-kata dalam ungkapan. Oleh itu, ciri-ciri simpulan bahasa terbentuk daripada
penggunaan kata nama am (anak buah, anak emas, buah tangan) , kata kerja (ajak-ajak ayam,
buat bodoh, pasang telinga, cakar ayam), kata adjektif (besar kepala, bodoh sepat,kecil hati,
berat hati), kata nama khas (Abu Jahal ,Mat Jenin, Pak Kaduk) dan nilai kepercayaan (air
pinang, batu buyung, makan bulan).
Selain itu, menurut Za'aba, terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan berdasarkan empat
perkara iaitu daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur. Contohnya,
Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan sebagainya. Seterusnya, terhasil daripada benda
atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya. Contohnya, mandi kerbau, mata duitan, kutu
embun dan sebagainya. Selain itu, simpulan bahasa turut terhasil daripada kepercayaan orang
1

PENYELIDIKAN TINDAKAN
ramai seperti harimau berantai, buruk siku. Di samping itu, simpulan bahasa juga terbentuk
daripada kebiasaan atau resaman bahasa. Contohnya, ada hati, gila bahasa, beri muka.
Simpulan bahasa dalam fungsinya menyampaikan pengajaran, teladan dan sindiran tetapi
masih mempunyai ciri-ciri kesantunan bahasa yang indah sebagai halwa dan penambat hati
penuturnya. Pelbagai tafsiran dan gambaran telah diberikan oleh sekalian ramai ahli bahasa,
sejarawan, budayawan dan penutur bahasa Melayu perihal simpulan bahasa. Simpulan bahasa
diungkapkan sebagai cerminan watak kepada bangsa yang memilikinya dan sebagai cabang
seni dalam sastera rakyat. Selain itu, simpulan bahasa dikatakan sebagai susunan perkataan
yang indah dengan maksud yang benar dan logik hasil daripada kecekapan berbahasa
masyarakat Melayu dalam konteks penelitian warisan dan keterampilan pengguna bahasa.
Sesungguhnya simpulan bahasa Melayu adalah elemen yang penting dalam kemahiran
berbahasa. Namun begitu aspek simpulan bahasa semakin kurang dititikberatkan. Simpulan
bahasa semakin jarang atau tidak digunakan dalam kehidupan harian malah mungkin ada
sesetengah simpulan bahasa yang sudah menjadi begitu asing bagi generasi masa kini. Hal ini
mungkin disebabkan oleh anggapan bahawa simpulan bahasa adalah suatu bahasa klise yang
sering digunakan dan dihafal oleh orang tua-tua sebagai bahan pidato dalam upacara adat. Ada
pula yang meragui sama ada simpulan bahasa masih sesuai digunakan dalam keadaaan
masyarakat sekarang. Oleh itu, atas kepentingan pendidikan, pengajaran peribahasa Melayu
amat wajar dilaksanakan secara terancang dan bijaksana bagi menghindari halangan dan
kesukaran murid memahami, meminati dan mengingati sesuatu peribahasa Melayu yang
memang banyak terkandung dalam kitab orang Melayu. Oleh itu, tujuan penyelidikan tindakan
ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan simpulan bahasa dan mempermudahkan
proses pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan murid.

1.2

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu


2

PENYELIDIKAN TINDAKAN
Semasa saya memasuki kelas tahun 4 Cemerlang, saya telah mengedarkan petikan yang
mengandungi simpulan bahasa. Sewaktu saya berbincang mengenai makna yang tidak
difahami, kebanyakan mereka tidak memahami makna simpulan bahasa walaupun yang
mudah. Kemudian, bagi memastikan tanggapan saya bahawa mereka kurang penguasaan
terhadap simpulan bahasa, saya telah bersoal jawab secara lisan dengan mengemukakan
soalan-soalan berkaitan simpulan bahasa. Nampaknya ramai yang tidak dapat memberikan
jawapan yang betul. Ini menunjukkan bahawa penggunaan dan penguasaan simpulan bahasa
mereka sangat terhad. Oleh itu, ketika menyemak latihan karangan murid-murid, saya dapati
bahawa mereka tidak pernah menggunakan simpulan bahasa untuk menyampaikan idea
dengan berkesan. Malahan murid didapati kurang menggunakan kamus peribahasa walaupun
kamus tersebut boleh membantu mereka memahami makna terutamanya simpulan bahasa. Hal
ini agak memeranjatkan pengkaji kerana mereka akan menduduki peperiksaan UPSR.
Apabila saya bertanya kepada murid, mereka mudah sahaja menyatakan susahlah cikgu
simpulan bahasa ni.....tak tahu la makna simpulan bahasa ni. Ayat ini akan kedengaran oleh
saya setiap kali mempelajari simpulan bahasa. Saya difahamkan bahawa mereka tidak
didedahkan secara terperinci oleh guru sebelum ini. Malah latihan bertulis yang dijalankan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk simpulan bahasa adalah terbatas. Oleh itu
terdetik pelbagai soalan di benak fikiran saya yang menginsafkan diri untuk muhasabah kembali
amalan pengajaran saya selama ini sebagai seorang pendidik. Adakah saya tidak
menggunakan teknik dan bahan bantu mengajar yang berkesan? Adakah selama ini saya tidak
memberi pendedahan yang berkesan kepada murid untuk menguasai sistem bahasa? Perlukah
saya mengajar semua simpulan bahasa supaya murid dapat menguasainya seterusnya
mengaplikasikannya? Adakah cara saya mengajar selama ini tidak membantu menambahkan
simpulan bahasa mereka? Apakah yang boleh saya lakukan untuk menarik minat mereka untuk
meningkatkan kefahaman dan penggunaan simpulan bahasa?
Perkara ini sangat membimbangkan saya kerana bahagian B dalam kertas penulisan
memerlukan murid menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas sesuai dengan
tema dan soalan untuk mendapatkan markah yang cemerlang.

Bahagian B juga

memperuntukkan markah yang sangat besar berbanding bahagian lain iaitu sebanyak 30
markah. Oleh itu, bagi mendapatkan markah yang cemerlang, murid mestilah menyelitkan
pelbagai kata misalnya simpulan bahasa. Saya berpendapat masalah ini bertitik tolak dari
kurangnya pembacaan dalam kalangan murid-murid, pendedahan kepada bacaan yang
mengandungi simpulan bahasa serta kurang menggunakannya dalam perbualan seharian
3

PENYELIDIKAN TINDAKAN
dalam kalangan murid dan juga guru sendiri. Justeru itu, murid gagal menilai simpulan bahasa
yang merupakan satu seni bahasa yang indah. Malah murid Melayu pula jarang menggunakan
simpulan bahasa dalam penulisan.
Oleh itu, saya perlu segera mengambil tindakan bagi menangani masalah ini. Hal ini demikian
kerana, saya amat bimbang sekiranya mereka tidak dapat skor dengan cemerlang bagi
Bahagian B penulisan seterusnya melayakkan mereka mendapat A dalam penulisan.
Memandangkan kebanyakan murid dapat skor A dalam pemahaman dengan jayanya. Saya
sangat berharap agar mereka dapat skor A bagi kedua-dua kertas Bahasa Melayu. Justeru itu,
saya perlu mengesan punca permasalahan tersebut dengan teliti serta mengambil inisiatif dan
langkah segera untuk membantu murid murid saya menangani masalah tersebut. Sekiranya
masalah ini tidak dapat diatasi, akan memberi kesan yang besar bukan sahaja kepada murid
-murid, namun kepada guru-guru dan juga sekolah. Namun, bukan mudah untuk mereka
mengaplikasikan terus dalam penulisan karangan, jadi saya terlebih dahulu akan mencari jalan
untuk meningkatkan penguasaan simpulan bahasa. Saya perlu merancang tindakan dengan
teliti dan menjalankan sebuah kajian untuk membantu murid - murid saya menguasai simpulan
bahasa dengan berkesan. Sesungguhnya kajian tindakan adalah inkuiri berasaskan
penyelesaian masalah yang dilaksanakan oleh sekumpulan orang mahupun individu. Malah
pendekatan kajian tindakan adalah naturalistik, menggunakan kaedah pemerhatian, kolaboratif
serta bercirikan metadologi. Ini akan menggalakkan guru membuat refleksi seterusnya
membuat pembaharuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran sebelumnya.

1.3

Refleksi Nilai Pendidikan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula
dan menambahbaik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan
4

PENYELIDIKAN TINDAKAN
pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta
menghadapi cabaran abad ke-21. Justeru itu, Menurut Roselan Baki (2003), guru harus
melakukan penerapan nilai murni, dan penggunaan bahan yang merentas pelbagai disiplin
dalam proses pengajaran Teknik pengajaran guru juga mestilah sesuai dengan kebolehan
murid dengan mengambil kira penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan kajian masa
depan, kecerdasan pelbagai dan konsep konstruktivisme, serta program Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) dilaksanakan untuk meningkatkan minat murid terhadap pelajaran.
Maka menjadi satu tanggungjawab untuk seorang guru itu melahirkan murid yang mempunyai
pemikiran yang kritis dan kreatif. Menurut Robin Forgarty & James Bellanca (1990), pemikiran
kritis ialah membuat pilihan berdasarkan pengadilan yang munasabah. Oleh itu murid perlu
dilatih untuk berfikir cara membuat sesuatu dengan teliti dan berfokus untuk mendapatkan
maklumat. Maimunah Osman (2004) menekan tentang proses berfikir dalam kenyataannya
adalah apa yang perlu kita lakukan ialah mengupayakan diri kita untuk melihat corak dan
menggunakan latterning system dengan sebaik-baiknya supaya banyak membantu semasa
proses berfikir. Proses berfikir adalah penggunaan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea, membuat keputusan
atau menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi terhadap proses pemikiran
yang dialami.
Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan
disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan
gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu
kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam
kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid
dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu.
Kesedaran saya timbul apabila saya mendapati murid di dalam kelas saya lebih senang untuk
membuat keputusan secara spontan dan terburu-buru tanpa berfikir apa yang diperkatakannya.
Mereka lebih gemar menjawab soalan tanpa membuat pertimbangan serta penelitian yang baik.
Oleh hal demikian, saya mengambil keputusan untuk memperbaiki cara mereka berfikir supaya
lebih bertumpu, teliti dan memenuhi kehendak soalan. Maka setelah membuat penelitian akan
masalah-masalah mereka dan beberapa bacaan, saya dapati cara terbaik ialah melatih mereka
untuk berfikir dengan cara yang betul.
5

PENYELIDIKAN TINDAKAN

Dengan kaedah TAKTAC ini merupakan langkah yang harus saya cuba lakukan dalam
memenuhi hasrat saya semoga murid-murid tahun 4 ini dapat mulakan pemikiran mereka
dengan cara yang betul dalam mendapatkan maklumat yang terperinci dalam penulisan
simpulan bahasa serta dapat memperluas predikat ayat supaya ayat yang dibina oleh mereka
tidak tergantung atau tidak mempunyai makna yang tepat kerana membina ayat memerlukan
kemahiran berfikir, menulis serta keyakinan diri. Jika murid tidak boleh membina ayat dengan
betul, ia akan memberi kesan yang negatif terhadap diri mereka sendiri. Mereka akan rasa
rendah diri dan akan menghadapi banyak masalah. Justeru itu mereka perlu lebih fokus apabila
mencari maklumat dan apabila sentiasa diamalkan akan mempengaruhi mereka berfikir dalam
kehidupan seharian. Saya yakin mereka akan menjadi insan yang berjaya dan sentiasa menjadi
insan yang berfikiran jauh serta kritis dan kreatif.

2.0

FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

2.1

Tinjauan Masalah

Fokus kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan penguasaan simpulan bahasa bagi
membolehkan murid mengaplikasikannya dalam karangan kelak. Hal ini demikian kerana,
dalam penulisan jika murid tidak boleh memilih cara yang sesuai untuk menyampaikan
6

PENYELIDIKAN TINDAKAN
fikirannya, maka karya itu dikategorikan sebagai tidak bergaya (Rahman Shaari 1993). Dengan
itu, saya telah menggunakan instrumen pemerhatian, pemeriksaan buku latihan serta ujian bagi
tujuan tinjauan masalah.
a) Pemerhatian :
Saya telah memerhatikan tingkahlaku murid melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Saya mendapati murid murid saya mempunyai masalah dalam mengecam dan
memberikan makna simpulan bahasa dengan betul. Pada awalnya, saya merasakan murid
belum biasa menulis makna simpulan bahasa kerana mereka baru berada di tahap 2. Tetapi
selepas beberapa minggu , murid murid saya masih lagi belum menguasai tajuk simpulan
bahasa dengan berkesan. Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkahlaku murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian
dijalankan murid kurang memberi respons kepada pengajaran dan pembelajaran. Sebagaimana
biasanya, murid perempuan yang lebih bersedia untuk belajar dan menunjukkan kesungguhan
sebaliknya murid lelaki kurang bersungguh-sungguh dan kurang mengambil bahagian dalam
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Faktor minat dan memberi tumpuan
sepenuhnya membantu murid-murid mengikuti keseluruhan pengajaran dan pembelajaran.
b) Pemeriksaan buku latihan :
Setiap kali selesai sesi pengajaran dan pembelajaran , murid akan menyerahkan buku latihan
kepada saya. Setelah disemak , saya dapati murid belum dapat menguasai cara untuk menulis
makna simpulan dengan betul. Mereka menulis makna yang salah dan tiada kaitan dengan
simpulan bahasa yang diberikan ,

c) Ujian pra :
Satu ujian pra telah dijalankan kepada murid-murid tahun 4 Cemerlang. Ia bertujuan untuk
mengukur sejauh mana tahap pencapaian dan pemahaman

murid saya tentang simpulan

bahasa. Saya dapati hasil daripada ujian tersebut, murid seramai 10 orang tidak mahir untuk
menulis makna simpulan bahasa dengan baik. Mereka masih gagal mengecam simpulan
bahasa dengan betul dan menulis makna simpulan bahasa dengan tepat.
7

PENYELIDIKAN TINDAKAN
Berdasarkan tinjauan masalah, saya dapat mengenal pasti beberapa isu yang berkaitan dengan
masalah ini:
1. kurang menguasai simpulan bahasa dan maknanya.
2. ketidaktepatan penggunaan simpulan bahasa.
3. tidak menggunakan kamus peribahasa.
2.2

Analisis Masalah

Sebelum melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah membuat pemerhatian berdasarkan
pemeriksaan buku latihan dan ujian pra. Tahap pencapaian murid dapat dilihat melalui data
yang disediakan pada Rajah 1 seperti di bawah.
a) Ujian Pra
Peratus
BIL.
1

NAMA MURID
Nor Izzati Bt Noor Azam (Murid A)

Ujian Pra
2/20

(%)
10%

2
3

Maisarah Baidura Bt Badrul Hisham (Murid B)


Nur Nafizsa Abiha Bt Fizaldin (Murid C)

6/ 20
5/ 20

30%
25%

4
5

Nur Hannah Nafisah (Murid D)


Nur Fatin Zulaikha Bt Zulnasri (Murid E)

5/ 20
8/ 20

25%
40%

6
7.

Fadlin Batrisyia Bt Fadzli Ikhwan (Murid F)


Muhammad Nur Hakim (Murid G)

8/ 20
8/ 20

40%
40%

8
9

Muhammad Alif Imran B. As Syahmi (Murid H)


Qayyum Najwan B. Adihusaini (Murid I)

10/20
6/20

50%
30%

Muhammad Iskandar Azri (Murid J)

6/20

30%

10.

Rajah 1 : Senarai Rekod Pencapaian


Rajah 1, menunjukkan hasil ujian pra yang dijalankan kepada murid-murid. Data tersebut
dikumpul sebelum pelaksanaan tindakan saya. Berdasarkan pada data pencapaian tersebut,
murid murid saya memperoleh markah yang tidak memberangsangkan. Perkara ini tidak
seharusnya dibiarkan sahaja sedangkan bahagian bagi penulisan karangan bahagian B amat
membantu murid untuk mencapai gred A dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu. Kegagalan
mereka dalam mencapai gred yang baik ini sudah tentu akan memberi reputasi yang tidak baik
dalam keputusan keseluruhan dan gred purata mata pelajaran ini. Sekiranya murid boleh
menjawab baik sekalipun dalam bahagian A dan C sedangkan bahagian B mereka lemah
adalah sukar untuk mereka mencapai gred A seperti yang diharapkan.
8

PENYELIDIKAN TINDAKAN
b) Analisis Pemerhatian
Saya juga turut menjalankan pemerhatian dalam kajian ini untuk mengenal pasti sikap belajar
murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran saya berlangsung di dalam kelas.

Tingkah laku

Peratus %

Kesungguhan
Kurang mengambil bahagian

50
30

Kurang tumpuan (bermain, berbual dan mengganggu

20

kawan)
Rajah 2 : Mengenal pasti tingkah laku belajar
Berdasarkan analisis pemerhatian ini, saya dapati bahawa murid murid saya tidak
menunjukkan kesungguhan, kurang mengambil perhatian dan kurang memberi tumpuan
sepenuhnya terhadap proses pembelajaran. Maka, tergerak di hati saya bahawa kaedah dan
teknik pembelajaran yang saya gunakan selama ini tidak bersesuaian dan menarik perhatian
dan minat mereka. Mereka memerlukan kaedah, bimbingan dan motivasi yang berterusan
daripada saya.
Oleh itu, saya bertekad untuk membantu murid murid yang bermasalah dalam menguasai
simpulan bahasa dengan berkesan. Maka, saya telah merancang untuk menggunakan kaedah
Tak Kenal Maka Tak Cinta (TAKTAC) yang akan membantu murid - murid ini menguasai
simpulan bahasa dengan berkesan. Kaedah TAKTAC ini merupakan suatu pendekatan yang
sesuai dengan tahap kecerdasan mereka kerana kaedah ini melibatkan penglibatan aktif di
kalangan murid. Murid akan lebih mudah faham, kenal dan ingat simpulan bahasa dengan
berkesan dan secara langsung akan menambahbaikkan proses pengajaran bahasa Melayu
saya di dalam kelas.
3.0

TINJAUAN LITERATUR

Secara amnya, peribahasa adalah percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan
fikiran dan pemerhatian, yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan
benar pada perasaan dan fikiran (Keris Mas, 1988:136). Rahman Shaari (1993:88) berpendapat
bahawa aspek peribahasa harus dianggap sebagai sama pentingnya dengan aspek-aspek lain
dalam pengajaran bahasa Melayu. Ini kerana prinsip peribahasa adalah hidup dan berkembang
9

PENYELIDIKAN TINDAKAN
seiring dengan perkembangan bahasa secara keseluruhannya. Oleh itu, peribahasa Melayu
amat wajar diberi pengajaran di setiap peringkat persekolahan sebagai suatu kelangsungan
kepada perkembangan tersebut. Menurut Koh Boh Boon (1982:196), peribahasa Melayu
seharusnya diajar kepada murid-murid di sekolah supaya mereka dapat menikmati dan
menghayati keindahannya, malah menggunakannya untuk melahirkan fikiran dan perasaan
dengan tepat dan halus. Mohd. Tajuddin Bin Hj. Abdul Rahman (1986: iv), berpendapat
bahawa seseorang yang dapat menggunakan peribahasa berkenaan di tempat-tempat yang
betul, baik dalam percakapan mahupun tulisan, akan memberikan satu gambaran tentang
kemahiran menggunakan sesuatu bahasa.
Peribahasa sebagai alat penting untuk merakam pemikiran dan mengungkapkan peradaban
Melayu sentiasa menjadi perhatian pengkaji-pengkaji walaupun tidak banyak kajian yang telah
dijalankan secara serius. Ahmad Fuad Mat Hassan dan Zaitul Azma Zainon Hamzah (2010)
melalui kajian mereka Pengkategorian Peribahasa Melayu Berdasarkan Aspek Nilai dan
Pemikiran: Satu Analisis Pragmatik telah mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu yang
menonjolkan aspek nilai dan pemikiran Melayu dan mengenal pasti penggunaan bahasa yang
tersurat dan tersirat dalam peribahasa Melayu untuk menyampaikan mesej pemikiran dengan
menggunakan Teori Relevans. Data kajian dikumpul daripada teks Kamus Istimewa Peribahasa
Melayu dan Peribahasa SPM. Data kajian ini dianalisis menggunakan teori pragmatik. Daripada
kajian yang dijalankan didapati peribahasa Melayu turut memaparkan aspek nilai dan pemikiran
untuk dijadikan pengajaran dan panduan hidup oleh para pengguna bahasa. Aspek nilai dan
pemikiran yang terkandung dalam peribahasa ini dipaparkan mengikut 16 nilai murni yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Pengkaji juga mendapati bahawa peribahasa
boleh dijadikan elemen penting dalam membentuk jati diri dan seterusnya membangunkan
minda. Peribahasa Melayu turut menjelaskan tentang falsafah pengajaran dan gambaran
ketinggian pemikiran bangsa Melayu zaman dahulu yang disampaikan secara halus dan
berkesan.
Mohamad Radzi Salleh (1999) pula dalam kajian yang bertajuk Peribahasa dalam Masyarakat
Melayu Satu Analisis Pemikiran dan Cerminan Falsafah menganalisis pemikiran masyarakat
Melayu dahulu yang menjana pemikiran mencipta peribahasa yang unik serta mengandungi
makna yang cukup mendalam. Pengkaji juga mencari dan melihat falsafah sebenar yang
terkandung di sebalik peribahasa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat Melayu
dahulu berjaya menjana pemikiran menggunakan unsur-unsur alam di sekeliling mereka untuk
mencipta peribahasa dan simpulan bahasa yang mengandungi falsafah yang cukup mendalam
dan terpendam dengan pelbagai nilai moral, pandangan hidup, aspirasi, kepercayaan dan
10

PENYELIDIKAN TINDAKAN
pengetahuan yang didukung oleh masyarakat penciptanya. Logik dan emosi orang Melayu
melalui peribahasa telah dikaji secara saintifik dan teoritis oleh Lim Kim Hui (2003) dalam
kajiannya Budi as the Malay Mind: A philosophical Study of Malay Ways of Reasoning and
Emotion in Peribahasa (Budi sebagai Minda Melayu: Satu Kajian Falsafah terhadap Kaedah
Pendalilan dan Emosi Melayu dalam Peribahasa). Pengkaji membuktikan bahawa prinsip logik
sosial turut ditemui dalam peribahasa disamping unsur-unsur emosi yang agak kuat.
Oleh kerana bahasa Melayu merentas kurikulum, maka adalah wajar peribahasa Melayu diberi
perhatian dalam pendidikan bahasa Melayu agar dapat mencapai ketrampilan berbahasa, iaitu
menguasai kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi. Penguasaan peribahasa
Melayu di kalangan pelajar di sekolah mahupun peringkat pengajian tinggi perlu dipupuk
kembali dan dikembangkan. Justeru itu, bagi meningkatkan minat, kefahaman dan penggunaan
peribahasa Melayu di kalangan pelajar baik di sekolah rendah, menengah atau universiti, satu
reka bentuk, strategi, kaedah atau pendekatan berkesan perlu dirancang oleh guru atau
pengajar. Koh Boh Bon (1982:198) menyarankan pendekatan pengajaran peribahasa Melayu
dengan cara berkesan ialah menerusi pendekatan kontekstual. R.J Wingfield (1968:231) pula
berpendapat bahawa dalam pengajaran peribahasa pelajar-pelajar perlu didedahkan dengan
budaya bangsa peribahasa itu dan peribahasa yang diajar perlu dipilih dengan teliti untuk
memberi kefahaman dan galakan kepada mereka untuk terus menggunakannya.
Sementara itu, Nathesan (1989:69) berpendapat bahawa simpulan bahasa seharusnya diberi
perhatian yang wajar dalam penulisan dan penuturan. Corak pengajaran simpulan bahasa
bukan sekadar menghafal tetapi harus diajar untuk menikmati dan menggunakannya secara
meluas dalam kehidupan harian mereka. Kesimpulannya, teknik dan kaedah yang sesuai boleh
membantu pelajar-pelajar mengingat konteks peribahasa yang digunakan apabila diperlukan.
Guru boleh menggunakan beberapa kaedah dan pendekatan pilihan seperti permainan bahasa
interaktif. Pengajaran peribahasa dan simpulan bahasa menjadi lebih mudah difahami jika
disampaikan dengan mengunakan permainan bahasa. Keberkesanan bahan bantu mengajar
yang dipilih mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran. Permainan dalam pengajaran bertujuan menghidupkan
suasana pembelajaran yang melibatkan setiap orang murid serta mewujudkan pengajaran dan
pembelajaran peribahasa Melayu secara holistik.

11

PENYELIDIKAN TINDAKAN

4.0

OBJEKTIF KAJIAN
4.1

Objektif Umum

1. Murid dapat meningkatkan penguasaan penulisan simpulan bahasa dengan tepat


melalui kaedah Tak Kenal Maka Tak Cinta (TAKTAC).
4.2

Objektif Khusus

1. Kaedah TAKTAC dapat menambahkan bilangan simpulan bahasa yang dapat


dikuasai oleh murid.
12

PENYELIDIKAN TINDAKAN
2. Meningkatkan

kefahaman

murid

mengaplikasikan

simpulan

bahasa

dalam

penulisan.
3. Menarik minat dan meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan
simpulan bahasa melalui kaedah yang sesuai.
4. Menambahbaikkan amalan pengajaran saya melalui langkah- langkah sistematik
yang disediakan seperti Sehari Selembar Benang dan Permata Hati.

4.3

Soalan Kajian

Kajian ini akan dibuat untuk menjawab persoalan seperti berikut:1.

Adakah murid dapat meningkatkan penguasaan penulisan simpulan bahasa dengan

tepat?
2. Bagaimanakah kaedah TAKTAC yang digunakan dapat membantu masalah murid
dalam simpulan bahasa?
3. Bagaimanakah penggunaan kaedah TAKTAC dapat menambahbaikkan amalan saya
dalam mengatasi masalah kekeliruan murid terhadap simpulan bahasa?

5.0

KUMPULAN SASARAN

Fokus kajian yang akan dijalankan ini mensasarkan murid Tahun 4 Cemerlang seramai 10
orang dari Sk Sungai Serai, Hulu Langat yang masih belum menguasai kemahiran penulisan
simpulan bahasa dengan tepat. Tahun 4 Cemerlang merupakan kelas ketiga daripada 5 kelas
semuanya. Daripada analisis latar belakang keluarga, rata-ratanya terdiri daripada keluarga
yang sederhana berbanding rakan - rakan mereka. Kebanyakan ibu bapa murid - murid ini
bekerja sendiri seperti berniaga dan juga makan gaji sebagai pekerja swasta. Dapat
disimpulkan bahawa peserta kajian adalah kalangan murid-murid sederhana dari segi latar
sosialnya.
13

PENYELIDIKAN TINDAKAN
Berikut ialah pecahan murid berdasarkan bilangan lelaki dan murid.
Jantina

Bilangan murid

Lelaki
Perempuan

4
6

Jumlah

10

Rajah 2 di bawah menunjukkan pecahan murid sasaran mengikut bangsa dan jantina adalah
seperti berikut :
Bangsa

Lelaki

Perempuan

Jumlah

Melayu
Indonesia

4
0

5
1

9
1

Rajah 2
Rajah 3 di bawah menunjukkan pecahan murid sasaran mengikut prestasi akademik adalah
seperti berikut :
Peperiksaan Awal Tahun Di

Peperiksaan Akhir Tahun di

Darjah 3

Darjah 3

Gred
C

Gred
C
4

Jantina
A
Lelaki

B
2

Perempua

n
Rajah 3
6.0

PELAKSANAAN KAJIAN

6.1

Perancangan Langkah langkah Tindakan

a) Tindakan Peringkat Pertama


Saya bercadang untuk menggunakan model Stephen Kemmis dalam menjalankan kajian
tindakan ini. Stephen Kemmis adalah seorang Dekan di Univerisiti, Australia. Konsep
penyelidikan yang diutarakannya berasaskan kepada konsep Lewin tetapi telah diubah suai
dengan memberi perhatian khusus kepada penyelidikan pendidikan. Pendekatan yang
diutarakan terdiri daripada perancangan, tindakan, pemerhatian, refleksi dan semak semula
perancangan. Dalam kajian ini, saya akan mengikut langkah-langkah yang terdapat dalam
model Stephen Kemmis untuk menjalankan kajian tindakan saya di sekolah. Pada peringkat
mulanya, saya akan membuat perancangan yang rapi untuk memulakan kajian tindakan ini.
14

PENYELIDIKAN TINDAKAN
Selepas itu, saya akan bertindak mengikut perancangan. Saya akan memerhati dan membuat
refleksi berdasarkan tindakan yang dilakukan.
Ini bermakna saya akan mengenal pasti masalah yang berlaku serta punca masalah
berkenaan. Seterusnya, saya akan melakukan satu pelan tindakan bagi menyelesaikan
masalah berkenaan. Saya akan merancang tindakan

untuk menyelesaikan masalah yang

dihadapi oleh murid saya seramai 10 orang. Maka saya memikirkan untuk melaksanakan
kaedah Tak Kenal Maka Tak Cinta (TAKTAC). Melalui kaedah ini, saya akan melakukan satu
siri tindakan yang sistematik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid saya. Oleh
itu, kaedah , Sehari Selembar Benang, Permata Hati dan latihan terancang bagi
meningkatkan penguasaan simpulan bahasa akan dilaksanakan.

Model Stephen Kemmis


b) Tindakan Peringkat Kedua
Tindakan Peringkat kedua adalah peringkat pelaksanaan yang saya perlu mengambil tindakan
untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Dalam tindakan ini, saya akan menyediakan beberapa
siri tindakan yang sistematik dan mampu menarik minat murid murid saya meningkatkan
penguasaan dalam simpulan bahasa. Pada peringkat permulaannya, saya akan melaksanakan
kaedah Sehari Selembar Benang, yang menuntut saya mendedahkan satu simpulan bahasa
sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kad imbasan.
Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid murid mengenai simpulan
bahasa seterusnya dapat meningkatkan bilangan penguasaannya. Setiap kad imbasan yang
ditunjukkan mengandungi gambar dan makna beserta dengan contoh ayat. Ini bermakna saya
akan memperjelaskan penggunaan simpulan bahasa yang betul. Sebelum saya memberi
jawapan kepada kad imbasan yang ditunjukkan saya akan meminta murid saya meneka dahulu
15

PENYELIDIKAN TINDAKAN
simpulan bahasa yang saya tunjukkan. Bahagian jawapan tersebut akan dibuka selepas
mendengar jawapan daripada mereka. Saya berharap agar teknik gambar visual yang
ditunjukkan pada kad imbasan saya akan memudahkan murid murid saya mengecam dan
mengingat makna simpulan bahasa dengan berkesan. Berikut adalah contoh contoh kad
imbasan yang akan saya gunakan kepada murid murid saya.

= anak emas

= kaki

+
bangku

Contoh Kad Imbasan di Bahagian Hadapan

Makna : tidak pandai bermain bola


Contoh ayat : Budak yang kaki bangku
itu tidak pandai bermain bola.

Makna : anak kesayangan


Contoh ayat : Diana memang anak
emas dalam keluarganya.

Contoh Kad Imbasan di Bahagian Belakang

c) Tindakan Peringkat Ketiga


Tindakan saya seterusnya ialah saya akan menyediakan sebuah buku nota kecil kepada murid
saya setiap seorang. Buku nota yang diberikan akan memudahkan murid saya membawa ke
mana-mana sahaja. Oleh itu, setiap kali saya menerangkan simpulan bahasa setiap hari, maka
murid akan mencatatkannya dalam buku nota tersebut yang dipanggil Permata Hati. Di
samping itu, saya akan meminta murid saya untuk mencari satu simpulan bahasa yang baharu
setiap hari. Bermakna dalam setiap hari, mereka sekurang-kurangnya akan menemui dua
simpulan bahasa yang perlu difahami serta diaplikasikan dalam ayat bagi memudahkan
kefahaman yang lebih jelas tentang makna simpulan bahasa. Kemudiannya, saya akan
memberikan mereka latihan pengayaan bagi membolehkan mereka mengaplikasikan input yang
telah diberikan. Kaedah ini saya akan perkukuhkan lagi dengan memberikan mereka bentuk
ganjaran atau token sekiranya mereka berjaya mencari sebanyak simpulan bahasa yang
16

PENYELIDIKAN TINDAKAN
mereka peroleh. Dengan cara ini, mereka akan lebih bersemangat dan berusaha untuk
bersaing mendapatkan ganjaran yang akan saya berikan.

PERMATA
HATI

Contoh Gambar Buku Permata Hati


d) Tindakan Peringkat Keempat
Pada peringkat ini, saya akan menjalankan pemerhatian semasa murid saya melaksanakan
aktiviti latih tubi interaktif manakala temuduga secara berkumpulan akan dirakam secara audio
menggunakan pita rakaman. Melalui pemerhatian yang akan dijalankan, murid- murid akan
seronok dan mendapat banyak latihan secara interaktif. Saya berharap maklum balas jawapan
melalui pembelajaran secara interaktif akan menjadi lebih cepat dan serta merta. Dengan ini
murid- murid saya akan dapat menguasai konsep dengan cepat dan menjawab soalan latihan
dengan betul. Selain memberi ujian, mengadakan dan melakukan penelitian dokumen yang
berkaitan bagi melihat keberkesanan pelaksanaan tindakan yang dijalankan, saya akan
merekod dan menganalisis segala data yang diperolehi, seterusnya membuat perbandingan
keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos dalam bentuk graf dan jadual. Pada peringkat inilah, refleksi
akan dibuat setelah mengenal pasti hasil dapatan intervensi yang dijalankan menunjukkan hasil
yang positif atau sebaliknya. Jika tidak berjaya saya akan melakukan gelung kitaran kedua.
Peringkat ini juga memerlukan saya memikirkan cadangan penambahbaikan yang lebih baik
agar murid saya menguasai sepenuhnya simpulan bahasa dengan berkesan.
e) Tindakan Peringkat Kelima
Seterusnya pada peringkat ini saya akan melaksanakan aktiviti membuat refleksi. Aktiviti ini
mengambil masa yang lama khususnya bagi murid yang lemah. Saya perlu merujuk kepada
Ketua Panitia saya atau dengan rakan sekerja yang lain untuk mendapatkan pandangan
mereka. Adakah kaedah lain yang boleh saya gunakan? Persoalan ini menjadi bahan inkuiri
yang berterusan dalam penyelidikan tindakan yang akan saya jalankan.
17

PENYELIDIKAN TINDAKAN

f) Lingkaran kedua dalam Kajian


Selepas melaksanakan refleksi dan saya mendapati sekiranya kajian ini kurang mencapai
sasaran yang dikehendaki maka saya akan melaksanakan lingkaran kedua dalam kajian saya.
Oleh itu, saya akan merancang tindakan seterusnya dengan melakukan penambahbaikan
kepada tindakan saya. Saya akan membina kalendar Simpulan Bahasa yang boleh diletakkan
di meja guru bagi membolehkan mereka mendapat input mengenai simpulan bahasa walaupun
tanpa ketiadaan saya. Kalendar tersebut akan mempunyai gambar, makna berserta contoh
ayat. Di samping itu, sekiranya saya berpeluang untuk meneruskan kajian tindakan ini saya
mencadangkan agar kajian seperti ini diteruskan kepada konsep konsep peribahasa yang lain
seperti perumpamaan, bidalan, perbandingan dan pepatah. Berikut ialah contoh Kalendar
Simpulan Bahasa yang akan saya gunakan pada lingkaran kedua dalam kajian.

Makna
:
hadiah
atau
pemberian
Contoh ayat : Mak Bibah
membawa buah tangan semasa
melawat ibu yang sakit.

+
=
buah tangan

Contoh Gambar Kalendar Simpulan Bahasa di Bahagian Hadapan dan Belakang


6.2

Perancangan Mengumpul Data

Terdapat beberapa jenis instrumen digunakan untuk menggumpulkan maklumat dalam kajian
penyelidikan yang akan saya jalankan ini. Antara kaedah mengumpul data yang saya akan
gunakan dalam kajian ini ialah borang pemerhatian, analisis dokumen, borang soal selidik dan
temubual. Kaedah pemerhatian secara langsung yang akan saya pilih kerana ini mudah dan
secara menyeluruh. Keadah ini tidak memerlukan apa apa peralatan khusus melainkan
borang dan pen sahaja.
1. Borang Pemerhatian
Menurut Sidek Mohd Noah (2002) pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan
yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Melalui pemerhatian
seseorang penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan
pemboleh ubah yang telah dikenalpasti. Jenis pemerhatian yang digunakan di dalam
18

PENYELIDIKAN TINDAKAN
kajian ini adalah pemerhatian peserta. Kebaikan kaedah pemerhatian ini ialah saya
dapat mengalami sendiri aktiviti yang dirancang dan ini menjadikan pemerhatian
menjadi lebih sah dan boleh dipercayai.
Instrumen yang akan saya gunakan dalam teknik ini ialah borang pemerhatian. Borang
pemerhatian akan ditulis selepas setiap kali berlangsungnya pengajaran dan
pembelajaran yang berkaitan dengan kajian yang akan saya jalankan ini. Berikut adalah
contoh borang pemerhatian yang akan saya gunakan.
INSTRUMEN PENILAIAN
PEMERHATIAN BAHASA MELAYU
KELAS 4 CEMERLANG
Nama :
Tarikh :
Tempat Pemerhatian :
Fokus Pemerhatian :
CATATAN

ULASAN

Contoh Borang Pemerhatian


2. Analisis Dokumen ( Item Ujian)
Menurut Mohamad Najib Abd Ghafar (1999), sesebuah penyelidikan yang berdasarkan
prestasi memerlukan penyelidik menyediakan ujian yang mana proses tersebut
dinamakan pengujian. Menurutnya lagi, pengukuran yang menggunakan teknik ujian
menghasilkan skor. Skor atau markah mengikut skala tetentu adalah data kuantitatif
yang selalu digunakan dalam analisis. Skor-skor ini diperolehi daripada jawapan subjek
berdasarkan soalan yang disediakan oleh penyelidik.
Saya akan menggunakan dua set ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Ujian pra bertujuan
mendapatkan gambaran tahap penguasaan kemahiran murid terhadap penggunaan
simpulan bahasa dalam penulisanBORANG
BahasaSKOR
Melayu.
ITEMManakala, ujian pos bertujuan untuk
TOPIK : SIMPULAN BAHASA

mengetahui pencapaian
murid terhadap
yang
dan setelah diberi
Bil.
Nama
Ujian Pramasalah
Ujian
Pos dikaji semasa
Perbandingan
bimbingan. Selain itu, Murid
saya akan menggunakan borang skor item untuk mencatat
1.

4.

5.

6.
7.

F
G

8.

9.
10.

I
J

maklumat pencapaian
murid
selepas melaksanakan ujian pra dan ujian pos.
2.
B
Berikut ialah contoh
borang
3.
C skor item bagi ujian pra dan ujian pos.

19

PENYELIDIKAN TINDAKAN

Contoh Borang Skor Item Ujian Pra dan Ujian Pos


3. Soal Selidik
Borang Soal Selidik merupakan salah satu instrumen yang paling popular dalam
kalangan penyelidik kerana kemudahtadbirannya. Borang soal selidik akan diberi
kepada murid dan saya akan turut membacakannya untuk mendapatkan jawapan yang
tepat secara jujur. Soal selidik dijalankan adalah bertujuan untuk menilai keberkesanan
sebelum dan selepas pelaksanaan kaedah TAKTAC dapat meningkatkan perhatian dan
kefahaman murid terhadap tajuk pelajaran yang diajar. Borang soal selidik ini akan
diedarkan semasa ujian pra dan murid diminta mengisi borang ini. Selepas
melaksanakan kajian ini, saya akan mengedarkan semula borang soal selidik ini utk
melihat kesahan dan kebolehpercayaan bukti yang saya peroleh. Berikut ialah contoh
borang selidik yang akan saya gunakan kepada murid.
BORANG SOAL SELIDIK MURID
TAHUN 4 CEMERLANG
SILA JAWAB DENGAN JUJUR

BI
L.
1.

Adakah pengajaran cikgu menyeronokkan?

2.

Adakah cikgu beri tumpuan kepada saya?

3.
4.

Adakah saya minat mata pelajaran Bahasa Melayu


Adakah keluarga beri bimbingan di rumah?

5.

Adakah bimbingan yang cikgu beri mencukupi?

6.
7.

Adakah saya faham penerangan cikgu?


Adakah saya suka simpulan bahasa?

8.

Adakah saya suka membaca?

9.
10.

YA (/) TIDAK
(X)

Adakah saya suka menulis?


Adakah saya faham arahan cikgu?

Contoh Borang Soal Selidik


4. Temubual
Temubual ialah situasi penemubual akan bertanya soalan pada seseorang pada
seseorang atau lebih responden secara bersemuka (Sabitha, 2009). Temubual
merupakan satu kaedah kajian yang amat penting kerana ia membantu penyelidik
20

PENYELIDIKAN TINDAKAN
meneroka dan mendapatkan maklumat kajian dengan cara yang lebih mendalam dan
terperinci. Seringkali dalam mana mana kajian, terdapat banyak malumat yang masih
tidak dapat diperolehi apabila kaedah pemerhatian, dokumentasi ataupun catatan diari
dilakukan. Oleh itu, pengkaji perlu berhubung dan melakukan temubual dengan cara
bersua muka secara terus dengan respoden kajian untuk mendapatkan maklumat
secara langsung dan mendalam/
Oleh itu, saya akan menemubual murid murid saya sendiri, guru kelas 4 Cemerlang
dan guru guru yang pernah mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu murid - murid
tersebut untuk mengenal pasti samada murid murid yang dipilih turut membuat
kesilapan yang sama.
Antara soalan soalan yang akan ajukan kepada guru kelas 4 Cemerlang dan guru
Bahasa Melayu adalah seperti berikut :a) Adakah murid murid ini dapat mengingat simpulan bahasa dengan baik
semasa pengajaran dan pembelajaran anda?
b) Adakah murid murid mengalami masalah pembelajaran Bahasa Melayu
semasa darjah 3?
c) Adakah anda membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh murid anda?
d) Adakah anda melaksanakan sebarang aktiviti pemulihan selepas proses
pengajaran?
5. Tindak balas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Tindak balas murid akan saya nilai semasa mereka menjawab soalan yang saya akan
kemukan. Saya juga akan menggunakan analisis dokumen dalam bentuk hasil kerja
murid. Setelah saya memperkenalkan kaedah yang akan saya jalankan, saya akan
menganalisis dan menyemak secara terperinci buku latihan dan lembaran kerja sama
ada dalam bahagian penulisan, tatabahasa, pemahaman atau ujian imlak supaya saya
dapat menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kemahiran berkenaan.

21

PENYELIDIKAN TINDAKAN

6.3

Perancangan Cara Menganalisis Data

Analisis data merupakan satu proses menyusun, menstruktur dan menginterpretasi makna
terhadap data yang telah dikumpulkan. Analisis data kualitatif adalah satu proses untuk mencari
kenyataan umum tentang hubungan antara kategori data bagi membina satu teori asas untuk
memahami suatu fenomena yang sedang dikaji secara maksimum. Satu penganalisisan data
yang baik bergantung kepada sejauh mana data dapat dihuraikan dan difahami. Namun begitu
menurut pandangan Frankel & Wallen (2012), analisis data penyelidikan tindakan biasanya
kurang kompleks dan kurang terperinci berbanding dengan penyelidikan yang lain.
Dalam penulisan lain Gay & Airasian (2000) berpandangan bahawa terdapat dua langkah
utama dalam proses mengurus data sebelum menginterpretasi data kualitatif dilakukan iaitu :

Susun data dan semak sejauh mana data telah lengkap dan mencukupi
Memulakan proses menganalisis dan menginterpretasi data

Semasa menguruskan data, semakan perlu dilakukan terhadap komen pemerhati, memo dan
nota lapangan serta transkrip temubual.. Persoalan dimulakan dengan mengenal pasti tema,
corak, sesuatu lazim serta isu - isu terdahulu atau isu isu terkini yang ditemui dalam data yang
menarik perhatian penyelidikan. Berikut ialah cara analisis pengumpulan data temubual yang
akan saya gunakan dalam kajian penyelidikan saya.

a) Kaedah Temu Bual


Langkah 1:
Saya akan estrak atau pilih komen yang interpretif daripada data yang dicatatkan
daripada temubual. Selepas itu, saya akan mengenal pasti bagi kategori dan catatkan
22

PENYELIDIKAN TINDAKAN
dalam huruf besar iaitu SEBAB, HASIL, CARA MENGAWAL dan SIFAT. Contohnya
seperti Jadual 4 di bawah.
Sukar mengingat simpulan bahasa dengan baik disebabkan tiada
penggunaan BBB semasa proses pengajaran guru.
Kegagalan menguasai simpulan bahasa membawa

kepada

kegagalan murid menulis makna simpulan bahasa dengan tepat.


Apabila kesukaran menguasai simpulan bahasa, sikap malas dan
tidak acuh menguasai diri.
Kesukaran menguasai simpulan

bahasa

membawa

kepada

menurunnya skor penulisan Bahagian B.


Kesukaran menguasai simpulan bahasa dapat dikurangkan melalui
motivasi dan bimbingan guru.
Kegagalan menguasai simpulan

bahasa

disebabkan

kurang

kefahaman tentang simpulan bahasa.


Kesukaran menguasai simpulan bahasa berlaku apabila pelbagai
masalah terkumpul.
Kefahaman tentang simpulan bahasa boleh diatasi dengan cara
menulis simpulan bahasa yang baharu setiap hari di dalam buku.
Kesukaran menguasai simpulan bahasa disebabkan terpaksa
menghabiskan sukatan pelajaran sebelum peperiksaan akhir tahun.
Kesukaran menguasai simpulan bahasa dapat dikurangkan melalui
latihan dan bimbingan berterusan daripada guru dan ibu bapa.
Jadual 4
Langkah 2 :
Saya akan menyusun data kepada judul/ tajuk atau bahagian. Contohnya :

Kategori dikenal pasti sebagai tema.


Empat tema dikenal pasti iaitu :
a) Sebab- sebab berlakunya kegagalan penguasaan dalam simpulan bahasa.
b) Sifat semula jadi kegagalan penguasaan.
c) Hasil akibat kegagalan penguasaan simpulan bahasa.
d) Cara mengawal kesukaran menguasai simpulan bahasa.

LANGKAH 3
Seterusnya, pada langkah ini saya akan menyusun judul / tajuk dan kira frenkuasi
menggunakan tanda gundalan (/). Contohnya :Tanda
Sebab sebab kegagalan menguasai simpulan bahasa
Sukar mengingat simpulan bahasa dengan baik
sikap malas dan tidak acuh
kurang faham
23

Gundalan (/)

PENYELIDIKAN TINDAKAN

menghabiskan sukatan pelajaran sebelum peperiksaan akhir

tahun
Sifat semulajadi kelemahan menguasai simpulan bahasa
masalah pembelajaran terkumpul
lebih rapat dengan kawan yang turut mempunyai masalah
dalam penguasaan simpulan bahasa
Hasil akibat kegagalan menguasai simpulan bahasa
menurunnya skor penulisan Bahagian B
kegagalan murid menulis makna simpulan bahasa
masalah pembelajaran akan berterusan
Cara mengawal masalah kegagalan dalam penguasaan simpulan
bahasa
motivasi dan bimbingan guru
menulis simpulan bahasa yang baharu setiap hari
latihan dan bimbingan berterusan daripada guru dan ibu bapa
Jadual 5
Langkah 4
Kemudian saya akan meneliti senarai yang dijana pada langkah 3 dan susun isu
mengikut kategori. Berdasarkan susunan isu saya akan dapat menganalisa data
temubual saya dengan lebih mudah. Contohnya :Sebab sebab kegagalan menguasai simpulan bahasa
1. Faktor personal
2. Faktor interpersonal
3. Pengurusan
Sifat semulajadi kelemahan menguasai simpulan bahasa
1. Objektif
2. Subjektif
Hasil akibat kegagalan menguasai simpulan bahasa
1. Fisiologikal
2. Fizikal
Cara mengawal masalah kegagalan dalam penguasaan simpulan bahasa
1. Fizikal
2. sosial
Jadual 6
Manakala, analisis data bagi ujian pra dan ujian dan ujian pos menggunakan kaedah kuantitatif
dan analisis deskriptif. Statistik deskriptif berfungsi untuk menghuraikan ciri ciri pemboleh
ubah dan digunakan untuk membuat kesimpulan mengenai data numerikal. Menurut Chua
(2006), huraian umum ini biasanya dapat menggambarkan ciri - ciri data yang diperolehi. Oleh
itu, berdasarkan ujian pra yang telah saya jalankan dan ujian pos yang akan saya lakukan,
24

PENYELIDIKAN TINDAKAN
tahap pencapaian murid akan dikelaskan atau dikategorikan kepada empat tahap iaitu
Cemerlang, Baik, Memuaskan dan Lemah. Berikut adalah contoh analisa pencapaian murid
saya dalam ujian pra yang telah saya lakukan sebelum melaksanakan kajian tindakan ini.
b) Kaedah Ujian Pra dan Ujian Pos
Semasa melaksanakan kaedah ini, saya akan menyusun data data yang saya peroleh
dari ujian pra yang telah dilaksanakan daripada terendah kepada tertinggi. Contohnya :
10, 25, 25, 30, 30, 30, 40, 45, 45, 50
Berdasarkan dari data tersebut murid seramai 2 orang mendapat skor 25%, 3 orang
mendapat 30%, dan 2 orang murid mendapat 45%. Seterusnya, saya akan membina
sebuah jadual untuk menunjukkan analisa keputusan pretasi pencapaian murid saya.
Contohnya seperti jadual 7 di bawah :Gred

Bilangan

Jantina

(% markah)
A

Murid
0

(80-100)
B

(60- 69)
C

(40-59)
D

Lelaki

Peratus

Tahap

(%)
0

Pencapaian

50%

Memuaskan

50%

Lemah

Perempuan

(0-39)
Jadual 7
Analisis keputusan pretasi pencapaian ujian pra (Jadual 7) menunjukkan seramai 5 (50%)
orang murid mendapat gred D dan 5 (50%) orang murid mendapat gred C. Ini menunjukkan
bahawa kesemua orang murid tersebut gagal dalam menguasai simpulan bahasa dengan
berkesan dan tahap pencapaian murid adalah pada tahap yang lemah dan memuaskan sahaja.
Min skor pencapaian murid dalam ujian pra ialah 45% iaitu di tahap yang memuaskan.
7.0

PERANCANGAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

7.1

Jadual Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan

Jadual 8 menunjukkan perancangan yang akan dilaksanakan setiap kali mata pelajaran Bahasa
Melayu bermula bulan Januari.
BIL.
1.
2.

AKTIVITI
Mengenal pasti masalah masalah dan pengumpulan data asal
Menulis proposal kajian
25

TEMPOH AKTIVITI
1 minggu
3 hari

PENYELIDIKAN TINDAKAN
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
7.2

Merancang tindakan individu / panitia


Melaksanakan tindakan 1 peringkat kedua
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1
Melaksanakan tindakan 1 peringkat ketiga
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal
Ujian untuk mengesan pencapaian murid
Membuat refleksi
Menulis proposal kajian
Merancang tindakan individu / panitia
Melaksanakan tindakan 2
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal
Ujian untuk mengesan pencapaian murid
Membuat refleksi
Menulis laporan kajian
Jadual 8

1 minggu
1 minggu
1 hari
1 minggu
3 hari
2 hari
2 hari
3 hari
1 minggu
1minggu
3 hari
2 hari
2 hari
1 minggu

Kos Kajian

Jadual 9 menunjukkan kos kajian yang diperuntukkan untuk melaksanakan tindakan ini.
BIL.
1.
2.
3.
4.
5.

BAHAN
Kertas Manila Kad (5 Keping x RM 0.80)
Ink Printer (2 x RM 50)
Kertas A4 (1 x RM 10.00)
Photostat ( Borang / Latihan)
Buku Nota (10 Buah x 0.80 sen)
Jumlah

HARGA
RM4.00
RM100.00
RM10.00
RM5.00
RM8.00
RM127.00

Jadual 9

SENARAI RUJUKAN
Chow Fook Meng & Jaizah Mahmud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalam
Pengajaran. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Kamarudin Hj Husin, Siti Hajar Hj Abd Aziz. (1997). Penguasaan Kemahiran Menulis.
Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
26

PENYELIDIKAN TINDAKAN

Kartini Abdullah Mutalib dan rakan- rakan. (2012). Menguasai Penyelidikan Tindakan:
Untuk PISMP dan DPLI. IPG Kampus Ipoh. Perak Darul Ridzuan.
Mahmud Sarlan dan rakan-rakan. (2006). Focus Super Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Pelangi Sdn Bhd.
Mahmud Sarlan. (2005). Nota Efektif Peribahasa KBSM. Selangor Darul Ehsan: Pelangi
Sdn Bhd.
Muhammad Fauzi Jumingan. (2004). Penterjemahan Simpulan Bahasa Arab-Melayu:
Satu Analisis Teori Relevans. Universiti Putra Malaysia. Serdang.
Noraini Shahida Ishak & M Maschitah Mansor. (2011). Peribahasa Gambaran Minda
Melayu dalam Penciptaan Iklan.
Norafidah Tajuddin. (1996). A Study of The English Translation of Simpulan Bahasa in A.
Samad Saids Translated Works. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.
Sharifah Nor Syed Abd Rahman, Nornajmah Najmuddi & Rosdah Omar. (2007). Bahasa
Melayu Kertas 1&2 Teks dan Rujukan. Selangor Darul Ehsan: Arah Pendidikan Sdn Bhd.
Supyan Hussin, Ding Choo Ming, Afendi Hamat & Arbaeyah Abdul Rahman. (2004).
Kamus Peribahasa Melayu Digital yang Pertama.
BORANG KOLABORATIF KERJA KURSUS PROJEK
Nama Pelajar

Juraimi Hafiza bt Samsani (841109-11-5546)

Kelas

PPG BM 7.06 (Ambilan Feb 2012)

Mata Pelajaran

Penyelidikan Tindakan 1 - Kaedah

Kod Mata Pelajaran

BMM 3133

Pensyarah Pembimbing

Dr. Jeyagobi A/L Dhamodarem

Bil

Tarikh

1.

15/2/15

Perkara
Menerima

tugasan

projek
27

Tanda tangan
Penyelidikan

PENYELIDIKAN TINDAKAN
Tindakan (BMM 3133) daripada pensyarah.
2.

15/2/15

Berbincang

tentang

tugasan

(Dr. Jeyagobi)

bersama

pensyarah bimbingan dan rakan kumpulan.


3.

18/2/15

Memikirkan isu yang bersesuaian bersama


rakan kumpulan.

4.

20/2/15

(Ainon)

Memikirkan isu yang sesuai untuk dijadikan

(Maheram)
(Faizan)

kajian tindakan.
5.

22/2/15

Membuat pemerhatian ke atas murid kelas 4


Cemerlang.

6.

23/2/15

Menganalisis

masalah

murid

kelas

Cemerlang melalui ujian pra.


7.

25/2/15

Membuat semakan dan menganalisis data


yang diperoleh.

8.

26/2/15

Merancang tindakan yang bersesuaian untuk


mengatasi masalah pembelajaran murid 4
Cemerlang.
(Juraimi Hafiza)

9.

28/3/15

Menyusun strategi kajian tindakan mengikut


prosedur yang ditetapkan.

10.

2/3/15

Memulakan proses menaip kajian tindakan.

11.

7/3/15

Membuat semakan kajian tindakan bersama


(Juraimi Hafiza)

rakan- rakan sekumpulan.


12.

10/3/15

Memulakan pencarian di pusat sumber, bahan


internat, bacaan ilmiah dan jurnal.

13.

15/3/15

Perbincangan bersama pensyarah bimbingan.

28

PENYELIDIKAN TINDAKAN
(Dr. Jeyagobi)
14.

18/3/15

Pencarian bahan di Universiti Kebangsaan


Malaysia (UKM) bersama rakan sekelas.

15.

19/3/15

(Ainon)

Pemilihan bahan yang bersesuaian untuk


dijadikan sebagai rujukan.

16.

20/3/15

Menaip tugasan dengan lengkap.

17.

22/3/15

Membuat semakan tugasan.

18.

24/3/15

Memulakan

penulisan

(Juraimi Hafiza)

borang

kolaboratif

sepanjang penghasilan tugasan.


19.

25/3/15

Membuat

semakan

terakhir

dan

menjilid

tugasan.
20.

28/3/15

Menghantar

tugasan

projek

Penyelidikan

Tindakan kepada pensyarah bimbingan.


(Dr. Jeyagobi)

29

You might also like