You are on page 1of 1

MEMO

Kepada Daripada Tarikh Rujukan Perkara

: : : : :

Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia 22 April 2002

Masalah Membaca Di Kalangan Murid-murid Sekolah Rendah

Tuan, Saya mendapat maklumat awal hasil daripada dapatan kajian rintis yang dijalankan oleh salah seorang Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Penyelidikan Perpustakaan Dan Perkhidmatan Maklumat, Perpustakaan Negara, iaitu sejumlah 30 peratus muridmurid sekolah rendah dalam kawasan Lembah Kelang dan Wilayah Persekutuan tidak boleh membaca. Masalah ini adalah masalah yang serius dan harus diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh Kementerian Pendidikan supaya ia tidak menjadi suatu isu besar kepada masyarakat dan negara. 2. Sehubungan itu, Pusat Perkembangan Kurikulum diminta memberi penjelasan tentang definisi kebolehan membaca. Penjelasan terperinci mengenai program 3M juga diperlukan dan mencadangkan satu makanisme bagi mengatasi masalah tidak boleh membaca ini. Langkah awal dan segera hendaklah diambil bertujuan untuk menanganinya. 3. Pusat Perkembangan Kurikulum juga diminta memberi ulasan mengenai masalah ini dan jika boleh menyediakan satu instrumen untuk mengkur tahap kebolehan membaca. Satu taklimat hendaklah dikemukakan kepada saya pada masa dan tarikh yang sesuai. Terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA (Datuk Abdul Rafie bin Mahat) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

You might also like