You are on page 1of 10

Projek Inovasi 1

1.0 TUJUAN

Program Ekplorasi Bahasa ini merupakan satu Projek Inovasi yang melibatkan
warga sekolah bagi memenuhi syarat Latihan Mengajar (LM) Program pensiswazahan
Guru , Pelajar Bacelor Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah) Dengan Kepujian
Ambilan Mac 2011 ( Kohort 1).

2.0 PENGENALAN

Sistem Bahasa merupakan sebahagian komponen yang terdapat dalam sukatan
kurikulum Standard Sekolah Rendah. Setiap komponen ini perlu dikuasai oleh murid.
Sistem Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa
Melayu yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan
peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksisi manakala aspek
kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata
pelajaran lain.

Corak dan budaya pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi kebiasaan bagi
murid dan suasana ini kurang merangsang minat dan kehendak naluri mereka. Pada
peringkat 7 hingga 12 tahun, kanak-kanak bertindak aktif dan naluri suka bermain.
Namun cabaran untuk mendidik golongan ini memerlukan kreativiti dan teknik yang
menarik.

Projek Inovasi 2

Program Eksplorasi Bahasa Hari Bahasa Melayu ini merupakan aktiviti yang
menjadi platform kepada pencapaian kendiri murid selari dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial.
Sifat kepimpinan juga dapat dipupuk dalam aktiviti berkumpulan dengan melihat
kerjasama yang diberikan setiap murid bagi menjayakan aktiviti yang dijalankan. Selain
itu, ia juga memberi peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat dan
kebolehan mereka dalam berbahasa.


3.0 JUSTIFIKASI

Sistem bahasa merupakan tunjang dalam Bahasa Melayu. Penguasaan sistem
bahasa yang baik mampu meningkatkan kefasihan dan kemampuan untuk menuturkan
bahasa Melayu dengan betul. Pembelajaran secara menarik berbentuk permainan
dapat meningkatkan minat untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu sekaligus
merubah situasi belajar iaitu belajar kerana minat dan bukan kerana terpaksa.






Projek Inovasi 3

4.0 OBJEKTIF
Objektif program ini adalah untuk:-
Mendapatkan strategi-strategi mengajar yang boleh menolong serta
menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pelajaran khasnya dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu;
Membaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan/PKSR berasaskan kepada
sasaran yang ditetapkan iaitu minima 80% kelulusan dan minima 20% yang
memperoleh keputusan cemerlang;
Menunjukkan semangat kerjasama antara guru mata pelajaran Bahasa Melayu;
Mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti serta menghayati
pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;
Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai
situasi;
Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai
persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;
Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera dengan
menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh
ilmu dan memproses maklumat secara kritis;
Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya
pembelajaran berterusan;
Memperkembang ingatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan
nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis;
Projek Inovasi 4

Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur
pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang
sesuai dan betul.

Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan
sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis;
Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya
bukan sastera;
Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan
semangat kewarganegaraan.


5.0 TARIKH, MASA & TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 18 Februari 2014 29 April 2014 (Setiap hari
Selasa)
Masa : 7.20 pagi 7.30 pagi
Tempat Program : Kelas, Tapak Perhimpunan & Dewan Sekolah

6.0 PESERTA/ SASARAN
Murid-murid Pra Sekolah
Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6

Projek Inovasi 5

7.0 KAEDAH atau STRATEGI PELAKSANAAN
Pertandingan
Persembahan
Aktiviti Permainan Bahasa
Pembentangan
HARI/TARIKH CADANGAN AKTIVITI FASILITATOR

SELASA
(18 FEBRUARI 2014)
Majlis Pelancaran
Program Eksplorasi Bahasa
Ucapan Ketua Panitia
Ucapan dan Perasmian
oleh Guru Besar
Persembahan Murid
Nyanyian Lagu Cintai
Bahasa Kebangsaan.
Pn. Nor Azila
En. Andreas
Pn. Zainab
Pn. Roszitah
Semua Guru
Bahasa Melayu
SELASA
(25 FEBRUARI 2014)
Tahap 1
Menyatakan Penjodoh
Bilangan bagi objek
yang ditunjukkan
Tahap 2
Menyenaraikan judul
buku cerita yang pernah
dibaca

Pn. Roszitah
En. Andreas




En. Mohan

SELASA
( 4 MAC 2014 )
Melafazkan pantun dua
kerat dan empat kerat
Pn. Zainab
Pn. Norimah
SELASA
(11 MAC 2014 )
Pra Sekolah
Mari Mengeja
Tahap 1 dan Tahap 2
Pn. Nga
En. Islahuddin
Projek Inovasi 6

Teka Silang Kata
SELASA
(18 MAC 2014 )
Sehari Bersama Kamus
Murid mencari makna
perkataan yang
diberikan oleh guru.
contoh : Sinonim
En. Mohan
Pn. Norimah
SELASA
( 1 APRIL 2014 )
Menyatakan Maksud Simpulan
Bahasa
Pn. Zainab
En. Mohan
SELASA
( 8 APRIL )
Tahap 1
Permainan Bahasa
Tahap 2
Mendeklamasikan sajak

En. Andreas
Pn. Norimah
SELASA
( 15 APRIL )
Pra Sekolah
Mari Mengeja
Tahap 1 dan Tahap 2
Aktiviti bercerita yang
berunsurkan tauladan
Guru Pra
Semua guru
Bahasa Melayu





SELASA
( 22 APRIL )
Tahap 1
Melengkapkan
perkataan
Tahap 2
Membentuk ayat yang
gramatis berdasarkan
perkataan yang diberi


Pn. Nor Azila
Pn. Nga
Projek Inovasi 7

SELASA
(29 APRIL)
Pra Sekolah
Permainan Bahasa
Tahap 1 dan Tahap 2
Membaca dialog
Guru Pra
En. Islahuddin




Majlis Penutup dan
Penyampaian Hadiah
Pn. Nor Azila
Semua guru
Bahasa Melayu

















Projek Inovasi 8

8.0 HASIL DAN IMPAK PROGRAM
Sebelum ini, program yang melibatkan Bahasa Melayu hanya diadakan semasa
program Minggu Pusat Sumber. Jangka masa aktiviti atau program adalah terhad
mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh Pusat Sumber Sekolah. Oleh sebab
itu Program Eksplorasi Bahasa ini dijalankan agar ia dapat memberikan input dan
output yang berkesan kepada murid-murid.
Setiap hari murid akan membawa buku ke tapak perhimpunan dan meluangkan
masa lebih kurang 5 minit untuk membaca buku cerita dalam Bahasa Melayu yang di
bawa. Aktiviti ini telah Berjaya memupuk semangat suka membaca dikalangan murid-
murid terutamanya meningkatkan minat murid bukan Melayu untuk membaca buku
dalam Bahasa Melayu.
Pendedahan perlbagai jenis aktiviti seperti bercerita, berpantun,
mendeklamsikan sajak, berdialog dan sebagainya menjadikan murid lebih yakin bila
berhadapan dengan khalayak ramai.
Kepelbagaian aktiviti menjana idea guru agar lebih kreatif semasa aktiviti
pengajaran. Aktiviti yang dijalankan boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran semasa di kelas. Misalnya pendekatan dan teknik pembentangan mampu
memupuk keyakinan murid. Aktiviti permainan bahasa menarik minat murid untuk lebih
mendalami Bahasa Melayu. (Rujuk gambar yang dilampirkan).
Melalui program seperti ini, ia dapat mendedahkan kepada murid cara atau
intonasi yang betul apabila mengujarkan dialog. Begitu juga semasa mendeklamasikan
sajak, atau melafazkan pantun. Pendedahan seperti ini lebih berkesan dan boleh
diaplikasikan semula dalam kelas.
Projek Inovasi 9

Program ini meibatkan seluruh warga sekolah termasuk murid-murid Pra Sekolah.
Seperti kita semua sedia maklum, murid-murid Pra Sekolah lebih cenderung untuk
bermain. Oleh itu, beberapa aktiviti dijalankan melibatkan integrasi antara mata
pelajaran Bahasa Melayu dengan mata pelajaran lain. Contohnya kemahiran menulis
dan membaca digabungkan dengan aktiviti Seni Visual. Murid menulis dan membaca
ayat kemudian menghasilkan aktiviti seni visual berkaitan dengan ayat yang ditulis dan
yang dibaca. (Rujuk Gambar Lampiran).
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar seperti Buku Besar mampu menarik minat
murid terutama apabila murid bercerita. Guru menyediakan bahan dan murid
mengaplikasikannya. (Rujuk lampiran)

9.0 KESIMPULAN
Program ini telah sedikit sebanyak membantu memupuk minat murid terhadap
Bahasa Melayu. Ia membuka minda murid dan guru bahawa kepelbagaian teknik dan
kaedah dalam penyampaian maklumat mampu menarik minat murid. Walaupun
program ini dijalankan hanya sehingga penggal pertama persekolahan, namun saya
percaya ianya pasti akan diteruskan dan diharap ia akan menjadi salah satu program
panitia Bahasa Melayu untuk sepanjang tahun.





Projek Inovasi 10

You might also like