You are on page 1of 12

SJK(T) LADANG SUNGAI MUAR

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 2020


BAHASA MALAYSIA (PEMAHAMAN)
TAHUN 5

NAMA : TAHUN :

BAHAGIAN A

Arahan: Kertas ini mengandungi 20 soalan.


Anda dikehendaki memilih satu jawapan yang paling tepat. Kemudian tandakan jawapan anda dengan
menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

1. Ali dan Kim Hock rajin mengulang kaji pelajaran.____________ ialah murid cemerlang di sekolah.
A. Kita
B. Kami
C. Beliau
D. Mereka

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. “_____________menjunjung titah,tuanku,” kata bendahara.


A. Beta
B. Patik
C. Hamba
D. Baginda

3. Gimis dan bapanya membeli__________untuk menyaksikan tayangan filem animasi 3D.


A. tiket
B. brosur
C. kupon
D. borang
4. Persatuan Sains dan Teknologi SJK(C) Pei Hwa telah mengadakan lawatan
ke____________untuk mendapat maklumat tentang angkasa lepas.

A. Muzium Negara
B. Menara Kuala Lumpur
C. Pusat Angkasa Negara
D. Universiti Sains Malaysia

5. Azmi menghubungi rakannya dengan __________yang mempunyai Sistem


Pengesahan Global(GPS)
A. Telefon bimbit
B. Mesin Faksimili
C. Kamera digital
D. Mesin pencetak

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. _____________itu sedang melaporkan berita tentang peristiwa tanah runtuh.

A. Dermawan
B. Wartawan
C. Usahawan
D. Olahragawan

7 .Puan Fatimah membeli se__________kek di kedai itu dengan harga RM3.50.

A. hiris
B. ketul
C. potong
D. bungkus

8. Pilih ayat yang mengandungi Frasa Nama + Frasa Nama

A. Ayah Iman peguam bela.


B. Anak Puan Goh sungguh bijak.
C. Tok Aman ke kebun sayurnya.
9. Rombongan sekolah Vasugi ____________ melawat ke Pusat Angkasa Negara pada minggu
hadapan.

A. akan
B. telah
C. pernah
D. sedang

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Amir ______________model yang dibuatnya agar kelihatan lebih menarik.

A. melukiskan
B. mewarnakan
C. membinakan
D. menyediakan

11. “Ibu, __________tepak sirih ini boleh kekal bersinar tanpa karat ? ”tanya Gimis.

A. bilakah
B. apakah
C. di manakah
D. bagaimanakah

12. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan________tentang semangat jati diri kepada murid-
murid.

A. lalu
B. lama
C. awal
D. hampir
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Murid- murid ______________bendera sempena sambutan Hari Kemerdekaan

A. mengkibar
B. melambai
C. menjulang
D. membimbit

14 .Adam menjadi johan dalam __________acara lumba lari yang disertainya.


A. kedua
B. segala
C. kedua-dua
D. sebahagian

15 .Pipi Asri____________kerana disengat lebah ketika berkhemah di hutan .

A. pucat-lesu
B. selok-belok
C. lebam-lebam
D. bengkak-bengkil

Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

16. Ibu ___________ tepak sirih itu supaya kelihatan berkilat.

A. mencuci
B. mengelap
C. menggilap
D. merendam
17.Hasil seni dan ___________ rakyat tempatan sering menjadi buah tangan pelancong
asing.

A. kraf tangan
B. replika budaya
C. warisan budaya
D. pakaian kebangsaan

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18. Puan Aisyah duduk di __________ suaminya yang terlantar di hospital akibat kemalangan.

A. sisi
B. tepi
C. depan
D. tengah

19. Pasukan pancaragam SJK(C) Pei Hwa berasa __________kerana memenangi Anugerah
Emas.

A. hati batu
B. besar hati
C. orang lama
D. lepas tangan

20. _________ Asrul amat berseri -seri setelah dinobatkan sebagai olahragawan .
A. Ada hati
B. Air muka
C. Titik peluh
D. Mandi peluh
BAHAGIAN B
[30 markah]
Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

hingga apabila semenjak walaupun


ketika sewaktu tentang sementara

Aishah, Mei Ling dan Kumari berlari-lari anak menuju ke perhentian bas. __________ menunggu
bas tiba, mereka membaca buku cerita. __________ mereka sedang asyik membaca buku cerita,
muncul Ranjit Kaur seraya menegur mereka.

“Kamu bertiga sangat menghargai masa. ____________ menunggu bas pun masih sempat
menimba ilmu. __________ sekejap, pencarian ilmu mesti diteruskan,” ujarnya.
[4 markah]

Soalan 22

a. Tandakan ( √ ) bagi kata kerja yang betul berdasarkan ayat di bawah

i. Puan Mon Rashidah __________ tepung itu bulat-bulat sebelum dimasukkan ke dalam air yang
mendidih.
( ) menguli ( ) menggentel ( ) mencanai

ii. Lada di dalam mesin pengisar itu masih belum _________ lagi.
( ) berkisar ( ) bermesin ( ) bertumbuk

[2 markah]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Sudah berapa hari encik


mengalami selesema dan
batuk-batuk ni?

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________
[2 markah]
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________
[2 markah]

Soalan 23

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kambing Tenusu Bioteknologi

Haikal : Selamat sejahtera, Pak Cik Ali. Tong itu berisi susu kambing?
Pak Cik Ali : Selamat sejahtera. Ya, Haikal. Pakcik baru sahaja selesai memerah
susu kambing. Susu itu pakcik masukkan ke dalam tong ini. Haikal
datang ke sini ada tujuan?
Haikal : Ya, pakcik. Saya tertarik dengan pekerjaan pakcik. Sukarkah
menternak kambing tenusu, pakcik?
Pak Cik Ali : Tidaklah sukar, Haikal. Pakcik mengamalkan kaedah ternakan
secara bioteknologi.
Haikal : Kaedah ternakan bioteknologi?
Pak Cik Ali : Ya, Haikal. Ternakan diberi makanan daripada sumber nutrien
semula jadi 100% organik serta bebas daripada bahan kimia,
antibiotik dan racun serangga. Cara ini dapat meningkatkan kualiti
dan kuantiti hasil tenusu. Haikal ingin menikmati minuman susu
segar kambing tenusu?
Haikal : Ya, saya ingin sekali minum susu segar. Bolehkah pakcik terangkan
cara mendapatkan susu kambing?
Pak Cik Ali : Susu kambing diperoleh dengan menggunakan alat pemerah susu
kambing.
Haikal : Alat ini selamat digunakan?
Pak Cik Ali : Alat ini memang selamat digunakan. Malahan, kebersihan hasil
perahan juga terjamin.
a. Perkataan menternak dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

_________________________________________________________________________________

[1 markah]

b. Apakah kaedah ternakan yang diamalkan oleh Pak Cik Ali?.

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Dengan kaedah penternakan bioteknologi, bagaimanakah susu kambing 
diperoleh?

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________
[2 markah]

d. Mengapakah kaedah ini dinamakan kaedah ternakan bioteknologi?

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________
[3 markah]
Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

No. 2, Taman Ara Indah,


13500 Permatang Pauh,
Pulau Pinang.
3 Mac 2015.

Menemui sahabatku, Janani yang kini berada di Ipoh, Perak dengan selamatnya. Saudari,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menjemput saudari ke Pesta Air yang akan
diadakan tidak lama lagi. Pesta Air ini akan berlangsung selama seminggu di Pantai Batu
Feringghi, Pulau Pinang.
Pelbagai pertunjukan air akan diadakan nanti dan pastinya akan mendapat sambutan yang
meriah. Terdapat acara-acara sukan air seperti perahu naga dan bola tampar pantai.
Saya berharap, kita tidak akan melepaskan peluang keemasan ini. Sila maklumkan
persetujuan saudari nanti. Di sini, saya sertakan risalah mengenai Pesta Air tersebut.
Akhir kata. sambutlah salam mesra untuk saudari sekeluarga. Sekian, terima
kasih.
Sahabatmu,
Boon Xian Long

a. Tujuan penulis surat menulis surat kepada sahabatnya adalah untuk


________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________

[2 markah]

b. Mengapakah Pesta Air akan mendapat sambutan yang meriah?


________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Daripada manakah penulis mendapat maklumat tentang Pesta Air?


________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
[2 markah]

d. Apakah maksud berlangsung dalam petikan?

________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
[2 markah]
Soalan 25
Baca puisi di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kelip-kelip disangka api,


Kalau api mana puntungnya;
Hilang ghaib disangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?

Orang Rengat menanam betik,


Betik disiram air berlinang;
Hilang semangat penghulu itik,
Melihat ayam lumba berenang.

Air melurut ke tepian mandi,


Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resminya padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Tingkap papan kayu bersegi,


Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.

Letak bunga di dalam loyang,


Hiasan rumah seindah rasa;
Banyak berdoa selepas sembahyang,
Mohon diampuni segala dosa.

a. Apakah jawapan bagi rangkap pertama pantun di atas dan apakah jenis pantun tersebut?

_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
[2 markah]

b. Apakah yang harus kita lakukan selepas menunaikan sembahyang?

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[1 markah]

c. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan
pantun tersebut.

Semakin tinggi ilmunya semakin mantap akhlaknya.

Darjat yang tinggi dapat menghapuskan segala dosa.


[1 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like