You are on page 1of 22

1.

0 PENDAHULUAN

1.1Pengenalan
Bahasa Melayu telah dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi serta

bahasa penghangtar ilmu sebagaimana diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan

sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Ejaan merupakan elemen

penting dalam bahasa Melayu yang digunakan secara meluas hari ini telah mengalami

pelbagai evolusi bermula dari sistem ejaan sebelum kolonial iaitu Sistem Ejaan

Marsden (1812), diikuti oleh Sistem Ejaan Ophuisjen (1901), Sistem Ejaan Wilkinson

(1902), Sistem Ejaan Za’ba (selepas 1904), Sistem Ejaan Fajar Asia (1943), Sistem

Ejaan Suwandi (1947), Sistem Ejaan Kongres (1956/57), Sistem Ejaan Malindo (1959)

dan, Sistem Ejaan (Rumi) Bersama 1967 sehingga wujudnya Pedoman Umum Ejaan

Bahasa Malaysia.

Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan induk yang penting dalam

merancang untuk mengembangkan bahasa Melayu yang melibatkan dua aspek utama

iaitu taraf bahasa serta korpus bahasa. Usaha dilaksanakan dalam dua strategi dalam

perancangan korpus bahasa Melayu iaitu pembinaan dan pengembangan bahasa yang

merujuk usaha melengkapkan bahasa Melayu dari sudut korpus bahasanya iaitu kosa

kata umum, istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan serta laras bahasa untuk membolehkan

bahasa tersebut sebagai wahana komunikasi yang cekap dalam konteks pembangunan

bangsa dan negara. Perancangan korpus atau bahan melibatkan pembinaan ortografi

yang menetapkan sistem ejaan rasmi bagi sesuatu bahasa.


Dari sudut pendidikan bahasa Melayu, sistem ejaan yang terkandung dalam

organisasi kandungan kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu KSSR merupakan

elemen penting dalam sistem Bahasa Melayu. Tiga perkara penting yang ditekankan

dalam sistem ejaan Bahasa Melayu dalam Dokumen standard Kurikulum mata

pelajaran Bahasa Melayu KSSR Sekolah Rendah ialah pola keselarasan huruf vokal,

ejaan kata pinjaman serta ejaan kata dasar dan kata terbitan.

1.2 Konteks
Pengkaji selaku seorang guru pelatih dalam jurusan Bahasa Melayu Pendidikan
Rendah telah menjalani pelbagai latihan keguruan seperti Pengalaman Berasaskan
Sekolah, Program Bina Insan Guru serta Praktikum. Pengalaman ini telah membentuk
keperibadian pengkaji sebagai seorang bakal guru yang mampu mempelajari cara
merancang serta melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Pengkaji telah menjalani praktikum pertama di sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil
yang terletak di Raub serta praktikum kedua di sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil
yang terletak di Benta. Kedua-dua sekolah ini mempunyai beberapa persamaan.
Antaranya, kedua-dua sekolah ini terletak di ladang estet. Setiap murid di kedua-dua
sekolah ini datang daripada latar belakang yang berbeza. Dari segi sesi pengajaran dan
pembelajaran, pengkaji mendapati murid-murid dalam kelas yang pengkaji ajar
mempunyai masalah asas dalam penulisan iaitu penguasaan mengeja perkataan
terutamanya kata dasar dengan betul.

Masalah ini amat ketara berlaku dalam kalangan murid tahun 1 yang pengkaji mengajar
pada fasa kedua praktikum. Murid tahun 1 mengalami masalah dalam mengeja kata
dasar dengan betul dan sentiasa memerlukan bimbingan daripada guru untuk menulis
sesuatu perkataan dengan ejaan yang betul. Terdapat tujuh orang murid dalam kelas
tahun 1 di sekolah tersebut dan empat orang murid kurang berkebolehan untuk
mengeja kata dasar dengan betul. Masalah ini berlaku apabila pengkaji meminta
mereka untuk melengkapkan lembaran kerja semasa sesi pengajaran pembelajaran.

1.3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)


Sepanjang pengkaji menjalani praktikum di dua buah sekolah yang berbeza, terdapat
pelbagai masalah pembelajaran yang dialami oleh murid-murid dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu yang berpunca daripada pelbagai faktor seperti, latar belakang murid,
tahap kognitif murid, tahap fizikal dan emosi serta rakan sekelas dan keluarga.

Pengalaman menjalani praktikum fasa kedua di SJK(T) Ladang Benta yang merupakan
sekolah kurang murid (SKM) menjadi satu cabaran terutamanya mengajar bahasa
Melayu untuk kelas Tahun 1. Peribahasa Inggeris “Different strokes for diferent folks”
mengingatkan pengkaji tentang latar belakang murid yang berbagai tetapi masih boleh
diajar melalui pengintegrasian pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
yang sesuai.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji sentiasa mengajar mengeja


perkataan dengan huruf dan suku kata yang betul. Pengkaji memulakan pengajaran
dengan beberapa senaman kecil untuk membolehkan murid berasa aktif dan segar
sebelum meneruskan pembelajaran pada hari tersebut. Pengkaji juga berharap agar
pengajaran pada hari tersebut boleh difahami oleh murid. Pengkaji sentiasa
menggunakan pendekatan yang berorientasikan guru dengan sentiasa membantu
murid untuk menulis perkataan dengan menggunakan ejaan yang betul yang
membuntukan cara pemikiran mereka.
Pengkaji menggunakan kertas sebak untuk menunjukkan ejaan yang baru dipelajari
semasa memberi penerangan. Pengkaji juga akan menggunakan teknik soal jawab
selepas memberi penerangan yang pengkaji tidak pasti model pengajaran apa yang
digunakan tetapi mematuhi dan mengikut langkah-langkah yang telah dirancang dalam
rancangan pengajaran harian. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan, pengkaji sentiasa akan meminta 3 orang murid yang berkebolehan untuk
mengeja dan menulis perkataan yang dipelajari pada hari tersebut kerana masa yang
suntuk dan membimbing 4 orang murid yang lemah untuk mengeja perkataan mengikut
suku kata. Sebagai langkah yang terakhir, pengkaji akan memberi lembaran kerja untuk
menguji kefahaman murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran.

Pengkaji akan menggunakan roda perkataan yang mengandungi suku kata mengikut
perkataan yang hendak dipelajari. Selepas itu, pengkaji akan meminta murid untuk
menulis perkataan yang diimlak pada buku latihan murid. Setelah menunjukkan
perkataan dengan ejaan yang betul, pengkaji akan menyimpan roda perkataan tersebut
bagi menguji kefahaman murid apabila menjawab lembaran kerja pada akhir sesi
pengajaran dan pembelajaran nanti.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, terdapat beberapa murid yang kurang memberi


perhatian semasa pengajaran pengkaji. Pengkaji hanya akan menegur murid yang
kurang memberi tumpuan agar menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan disebabkan pengkaji harus mengikut masa untuk menjalankan
sesuatu aktiviti seperti dirancangkan. Sebagai seorang guru pelatih, pengkaji
seharusnya memastikan semua murid dapat memahami isi pelajaran supaya objektif
pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut tercapai. Mungkin mereka kurang
memberi tumpuan disebabkan cara pengajaran pengkaji yang selalu menggunakan
kertas sebak dan juga menghabiskan aktiviti dalam setiap langkah secepat mungkin
bagi mengejarkan masa. Bagi empat orang murid yang lemah, pengkaji akan
membantu mereka untuk mengeja sesuatu perkataan dengan suku kata demi suku
kata.

Keempat-empat murid berkebolehan untuk menulis sesuatu perkataan dengan ejaan


yang betul tetapi dengan mengikut apa yang pengkaji menyebut. Pengkaji menganggap
pengajaran seperti ini menyebabkan murid yang lemah tersebut kurang menguasai
pelajaran dan pengkaji kurang memainkan peranan sebagai fasilitator semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Hasil murid melalui jawapan dalam
lembaran kerja dengan bantuan pengkaji menggunakan ejaan yang betul menunjukkan
objektif yang dirancang memang tidak tercapai keseluruhannya. Apabila berbincang
tentang hal ini dengan guru yang mengajar subjek bahasa Melayu, beliau menyatakan
bahawa murid yang mengalami masalah ejaan merupakan murid yang tidak serius
ketika mengajar dan kurang membaca buku.

Pengkaji dapat melihat kelemahan dari segi pendekatan yang diguna dalam pengajaran
iaitu lebih berorientasikan guru. Murid yang kurang memberi perhatian merupakan hasil
daripada pendekatan yang bukan berorientasikan murid dalam proses pembelajaran
secara aktif. Tumpuan sesetengah murid ini beralih kepada khayalan mungkin
disebabkan kaedah penerangan pengkaji yang bersifat sehala serta kurang memberi
perhatian kepada semua murid dalam kelas tersebut. Pengkaji kurang menggunakan
ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan kurang menggunakan pelbagai
teknik yang membantu mereka menguasai pengajaran yang pengkaji sampaikan.
Apabila pengkaji menyuruh murid yang lemah untuk menulis perkataan yang dipelajari
pada hari tersebut dalam langkah penutup, mereka akan menulis perkataan tersebut
dengan ejaan yang salah dan selalu bertanya cara untuk mengeja perkataan tersebut
kepada pengkaji.

Pengkaji berasa kesal dengan sikap sendiri yang kurang memberi fokus pada
rancangan pengajaran dan pembelajaran yang seharusnya mencapai kesemua objektif
yang telah dinyatakan. Pengkaji tidak terfikir tentang model pengajaran yang telah
dipelajari seperti model Gagne, Model 5E, SIM, ADDIE, Glaser, Assure serta Dunn dan
Dunn.

Sehubungan dengan itu, pengkaji berasa tergerak hati untuk merancang satu projek
interaktif yang dapat meningkatkan penguasaan ejaan kata dasar bahasa Melayu
terhadap murid yang bermasalah tersebut. Bagi kajian ini, masalah menulis ejaan kata
dasar dengan betul menjadi fokus utama pengkaji. Menurut Macline (2001), mengeja
merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai melalui pengulangan.
Michael Berman (1981), menerangkan bahawa pelbagai aktiviti permainan bahasa yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang suasana
pembelajaran dan menarik minat murid. Pakar-pakar bahasa yang mempunyai
pandangan positif terhadap permainan bahasa berpendapat bahawa kesesuaian bahan
permainan bahasa itu dapat digunakan dalam bilik darjah untuk tujuan melatih murid
secara praktikal dalam latihan ejaan, perbendaharan kata, membina stuktur perkataan
serta ayat.

Tidak dapat dielakkan bahawa permainan interaktif secara digital yang menarik minat
murid yang luas tercermin dalam pendidikan. Oleh itu, kajian yang berbeza telah
dijalankan untuk menggunakan permainan digital dalam pendidikan. Kajian-kajian ini
telah melaporkan bahawa permainan digital membangunkan kemahiran kognitif
(Homer, Raffaele, Ober, Plass & Ali, 2018) yang dapat meningkatkan kemahiran
mengeja dan penguasaan perbendaharaan kata (Chen, Tseng, & Hsiao , 2018).

Oleh itu, pengkaji telah merancang untuk membina satu projek yang berasaskan
permainan digital iaitu projek eBingo Versi Ejaan Kata Dasar bahasa Melayu yang
boleh dilaksanakan pada setiap hari untuk meningkatkan tahap kemahiran mengeja
mereka. Pengkaji percaya bahawa pembelajaran aktif yang menggunakan pendekatan
yang berasakan permainan digital ini dapat membantu murid menguasai sesi
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik.

Pengkaji akan berpegang pada strategi pembelajaran aktif Kostruktivisme saranan


Ernst von Glasersfeld (1917-2010). Pembelajaran aktif boleh dilaksanakan
menggunakan kaedah permainan bahasa secara digital dan koperatif. Objektif
pengajaran dan pembelajaran akan tercapai jika nilai ini dapat direalisasikan melalui
kajian ini yang menggunakan projek eBingo Versi Ejaan Kata Dasar Bahasa Melayu
dalam meningkatkan penguasaan murid mengeja kata dasar dengan betul.
2.0 Fokus Kajian
2.1 Pemilihan Fokus Kajian
Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu, pengkaji telah merancang
untuk menjalankan satu kajian tindakan yang berfokuskan pada kemahiran
meningkatkan kebolehan murid untuk mengeja kata dasar bahasa Melayu supaya tidak
terus berakar umbi dengan menggunakan permainan BINGO secara digital. Pengkaji
akan memfokuskan kajian ini pada cara-cara bagaimana hendak membantu murid-
murid tersebut menggunakan teknik yang dikemukakan untuk mengingati dan menulis
ejaan kata dasar dengan betul. Pemilihan fokus kajian adalah berdasarkan kriteria-
kriteria yang berikut.

i. Kebolehtadbiran

Kebolehtadbiran merupakan kriteria yang pertama dalam fokus kajian. Masalah


penguasaan murid dalam ejaan kata dasar ini dapat ditangani dengan menggunakan
projek eBingo Versi Ejaan. Dengan menggunakan projek ini sebagai latih tubi, murid-
murid akan meningkatkan kemahiran mereka dalam sistem ejaan. Rancangan
pengajaran harian yang dirancang melibatkan latih tubi menulis ejaan yang diimlak oleh
guru. Namun, dijangka terdapat kekangan masa untuk melaksanakan kajian ini dari
segi penilaian terhadap penulisan ejaan selepas melaksanakan kajian tersebut. Jadi,
perancangan intervensi diperlukan supaya pengkaji dapat menyampaikan pengajaran
dengan sebaiknya.
ii. Kepentingan

Kajian tindakan ini adalah penting bagi meningkatkan penguasaan ejaan murid dalam
kata dasar menggunakan permainan BINGO secara digital. Hadfield (1998: 4)
mengatakan bahawa permainan adalah aktiviti dengan peraturan, matlamat dan unsur
keseronokan. Menurut Smith (2002) permainan Bingo adalah alat yang ideal dalam
menilai dan mengajar sesuatu bahasa terutamanya perbendaharaan kata dan ejaan.
Permainan Bingo boleh mengukuhkan kemahiran ejaan mereka.Jelasnya, permainan
membuat murid mempelajari perkataan baru dalam keadaan yang berbeza. Bagi
pengkaji, kajian ini amat penting untuk membolehkan pengkaji memahami tentang
pengaplikasian projek permainan digital yang dapat meningkatkan meningkatkan
penguasaan ejaan. Dapatan kajian ini diharap dapat menjelaskan bagaimana projek ini
dapat meningkatkan pemahaman isi pelajaran dengan lebih bermakna kepada mereka.

iii. Kebolehgunaan

Projek ini sesuai digunakan untuk murid-murid tahap lain yang mempunyai tahap
penguasaan ejaan yang lemah. Projek ini boleh digunakan secara lisan mahupun
secara latih tubi yang dapat memberi gambaran yang jelas kepada murid tentang cara
mengeja kata dasar dengan betul dan jelas. Guru-guru yang mengajar bahasa Melayu
boleh menggunakan projek ini sebagai salah satu pendekatan yang berasaskan
permainan bahasa.

iv. Kawalan

Kriteria yang paling penting dalam pemilihan kajian ini ialah kawalan. Kawalan masa
akan diberi penekanan semasa tempoh pelaksanaan kajian ini. Pelaksanaan yang
dijalankan adalah mengikut waktu sesi pengajaran dan pembelajaran yang sebenar
serta intervensi yang telah dirancang berdasarkan masa yang ditetapkan. Pengkaji
akan berpeluang untuk berkomunikasi dan berinteraksi bersama murid supaya arahan
yang disampaikan jelas dan mudah difahami oleh mereka. Disebakan projek ini
memerlukan penggunaan komputer, pengkaji akan berusaha untuk menyediakan sesi
PdP khas untuk peserta kajian tanpa mengganggu proses pembelajaran murid lain
yang bukan merupakan peserta kajian.
v. Kolaborasi

Fokus kajian ini telah ditetapkan menerusi kolaborasi bersama rakan seunit yang
mengambil masalah kajian tindakan yang berkaitan dengan ejaan serta pengalaman
mereka menghadapi masalah penguasaan murid dalam mengeja perkataan semasa
praktikum. Seterusnya, pengkaji juga telah berkolaborasi dengan rujukan daripada
pensyarah penyelia supaya masalah yang diambil sesuai dengan konteks pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Bimbingan serta bantuan
daripada semua pihak diperoleh melalui kolaborasi dan perbincangan khususnya
semasa menganalisis serta menginterpretasi dan mengumpul maklumat untuk
membolehkan kajian ini dilsaksanakan tanpa sebarang kesilapan.

vi. Kerelevenan

Kajian ini adalah releven kepada pengkaji disebabkan dapatan kajian akan
meningkatkan ilmu dan kemahiran pedagogikal diri sendiri serta berfungsi sebagai
peluang untuk membangunkan profesionalisme seorang guru. Seterusnya, kajian yang
akan dijalankan ini memang releven terhadap murid terutamanya bagi mereka yang
belajar di sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil. Masalah ini perlu ditangani bagi
membantu murid dalam mengelakkan kesilapan ejaan dan berkebolehan untuk
mengedit ejaan dengan betul. Teknik ini juga amat releven dengan elemen-elemen
kemahiran menulis bahasa Melayu dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR).
2.2 Pengumpulan Data Awal
Pengkaji menggunakan tiga kaedah untuk mengumpul data awal iaitu analisis
dokumen, ujian diagnostik serta temu bual bagi mengenalpasti permasalahan murid.

2.2.1 Analisis Dokumen


Menurut Krippendorff (2004), analisis dokumen merupakan alat saintifik yang
melibatkan prosedur khusus bertujuan menyediakan pandangan baharu, meningkatkan
kefahaman pengkaji berkaitan fenomena tertentu atau menjelaskan tindakan praktikal.
Analisis dokumen dilaksanakan melalui rujukan pada buku latihan, keputusan ujian dan
rekod prestasi murid serta profil murid. Pengkaji dapat mengetahui tentang latar
belakang murid seperti tempat kedudukan mereka, bilangan orang dalam keluarga,
pekerjaan ibu bapa serta tahap ekonomi keluarga mereka melalui penganalisan
dokumen menggunakan profil murid. Selain itu, melalui buku latihan, keputusan ujian
serta rekod prestasi murid, pengkaji dapat mengetahui tahap pencapaian akademik
murid dalam bilik darjah. Hasil daripada analisis dokumen-dokumen seperti yang
dinyatakan, pengkaji dapat mengetahui bahawa empat murid daripada tujuh orang
murid datang daripada latar belakang yang hampir sama iaitu berasal dari tempat
kedudukan yang sama dan tahap ekonomi keluarga yang sederhana serta masalah
utama mereka adalah dalam kemahiran menulis terutamanya dalam aspek asas iaitu
sistem ejaan bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.

2.2.2 Ujian diagnostik


Ujian diagnostik merupakan masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran
serta menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah tersebut. Oleh itu,
pengkaji telah mengadakan ujian diagnostik bagi tahun 1 yang berasaskan kepada
kemahiran menulis seperti melengkapkan perkataan dengan ejaan yang betul serta
menulis suku kata yang berkaitan dengan sesuatu perkataan. Hasil daripada ujian
diagnostik tersebut, pengkaji telah mendapati bahawa sememangnya keempat-empat
murid daripada tujuh orang murid mempunyai masalah yang hampir sama iaitu sukar
untuk mengingati ejaan yang betul sebagaimana mereka belajar pada sesi pengajaran
dan pembelajaran sebelumnya. Mereka mempunyai kemahiran yang lemah dalam
mengeja suku kata yang mudah dan sentiasa memerlukan bimbingan.

2.2.3 Temu bual


Sebagai langkah seterusnya untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci mengenai
peserta kajian tersebut, pengkaji telah melaksanakan sesi temu bual bersama guru
Bahasa Malaysia yang mengajar tahun 1 serta guru pembimbing. Hasil daripada temu
bual bersama guru Bahasa Malaysia tahun 1, pengkaji telah memperoleh beberapa
maklumat seperti pelbagai intervensi serta bahan bantu mengajar telah dihasilkan oleh
beliau untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran menulis terutamanya dalam
sistem ejaan tetapi kaedah-kaedah tersebut belum mampu mengatasi masalah murid
sepenuhnya. Apabila menemubual guru pembimbing, pengkaji telah mendapati bahawa
murid yang kurang berkemahiran dalam menulis perlu disediakan dengan bahan bantu
mengajar yang lebih berorientasikan permainan digital supaya murid tahun 1 akan
senang ingati kandungan seperti yang disokong oleh Kickmeier-rust,Schwarz, Albert,
Verpoorten, Castaigne dan Bopp yang menyatakan bahawa proses pembelajaran
menjadi lebih bermakna dengan persekitaran semasa bermain yang kaya dengan visual
multimedia, yang dapat melahirkan satu perspektif baru atau luar biasa di kalangan
murid.
2.3 Tindakan
Setiap kajian tindakan akan melibatkan dua unsur, iaitu menyelidik dan bertindak pada
asasnya yang kemudiannya dikembangkan dan diperincikan kepada model-model
penyelidikan yang menjadi ikutan penyelidik tindakan. Pengkaji telah menggunakan
model Kemmis dan McTaggart (1988) sebagai panduan dalam melaksanakan kajian
tindakan ini. Mereka berpendapat bahawa penyelidik memulakan peringkat awal refleksi
bagi membuat tinjauan awal iaitu initial reconnaissance terhadap sesuatu situasi
sebagai asas untuk merancang dan bertindak.

Sesuatu tindakan perlu dilaksanakan bagi mengatasi sesuatu masalah setelah


melakukan tinjauan awal dan masalah telah berjaya dikenal pasti. Pengkaji telah
merancang untuk menghasilkan satu projek hasil cetusan idea yang terkandung dalam
bahasa Inggeris diinovasikan menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu bagi mengatasi masalah yang didapati. Pengkaji telah menghasilkan permainan
digital iaitu BINGO yang mempunyai elemen multimedia seperti audio, grafik serta
elemen interaksi.

Akhirnya, projek eBingo Versi Ejaan Kata Dasar Bahasa Melayu telah dicipta sebagai
langkah penyelesaian terhadap masalah menulis ejaan dengan betul. Projek ini
merupakan permainan yang dihasilkan hasil daripada elemen-elemen dalam
pembelajaran teorikal untuk menyeronokkan sesi pengajaran dan pembelajaran serta
membolehkan murid menguji kefahaman kendiri secara interaktif mengenai ejaan kata
dasar. Terdapat beberapa proses menggunakan bahan yang dihasilkan.
Pertamanya, murid diminta untuk mengeja, membaca dan menghafal kata dasar yang
terdapat dalam kotak bingo bersama gambar perkataan yang diiringi dengan audio
penyebutan ejaan tersebut. Selepas masa yang ditetapkan, murid diminta untuk menaip
kata dasar yang diimlak dengan ejaan yang betul pada kotak BINGO yang telah
disediakan pada ruangan yang berbeza. Jika betul, kotak tersebut akan menukar pada
warna hijau manakala jika jawapan murid adalah salah, maka kotak tersebut akan tukar
menjadi warna merah. Murid yang berkebolehan untuk mengeja semua kata dasar yang
betul akan melaungkan perkataan ‘BINGO’. Murid yang mendapat kesalahan akan
menaip semula sehingga kotak tersebut menjadi hijau dengan bimbingan rakan serta
pengkaji.

Teori perkembangan kognitif Jean Piaget telah menjadi asas kepada tindakan yang
telah dirancang. Jean Piaget telah mengemukakan tiga peringkat dan kategori main
pada tahun 1962 iaitu main latihan, main simbolik serta main yang melibatkan aplikasi
peraturan. Tindakan yang dirancang iaitu permainan BINGO Versi Ejaan amat berkait
rapat dengan peringkat yang ketiga iaitu main peraturan yang melibatkan peraturan
yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Dari segi kognitif, permainan berperaturan ini
dapat membantu memperkembangkan kemahiran berfikirserta membuat andaian serta
dari segi sosial dan emosi, kategori ini dapat membuatkan murid-murid mematuhi
peraturan, berinteraksi dan berkomunikasi serta menerima kegagalan.

Permainan adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya bahasa.


Christie dan Roskos (2009) berpandangan bahawa terdapat hubungan antara aktiviti
bermain dengan persekitaran permainan dalam pemupukan kemahiran literasi. pelbagai
Bukti daripada pelbagai kajian menunjukkan bahawa persekitaran bermain yang
diperkayakan dengan kemahiran literasi dapat meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran murid tentang fungsi perkataan bertulis, keupayaan mengenal perkataan
bertulis, keupayaan menggunakan strategi kefahaman seperti memastikan serta
membetulkan sendiri perkataan bertulis yang dilihat. Jelasnya, tindakan ini yang
mengandungi pelbagai elemen yang berkaitan dengan fungsi bertulis iaitu menulis
ejaan berdasarkan gambar pada kotak bingo akan meningkatkan kemahiran berfikir
selain daripada kemahiran menulis yang dapat meningkatkan penguasaan murid dalam
ejaan kata dasar.

3.0 Objektif dan Soalan Kajian


3.1 Objektif Kajian
Objektif penyelidikan tindakan ini adalah untuk membantu murid:

1. Membolehkan murid mengeja kata dasar melalui Projek eBingo Versi Ejaan Kata
Dasar Bahasa Melayu dengan betul.
2. Membantu murid mengingati ejaan kata dasar melalui Projek eBingo Versi Ejaan
Kata Dasar Bahasa Melayu dengan betul.

3.2 Persoalan Kajian:


1. Adakah Projek eBingo Versi Ejaan Kata Dasar dapat membantu murid mengeja
kata dasar bahasa Melayu dengan betul?
2. Sejauh manakah murid dapat mengingati ejaan kata dasar dengan baik melalui
Projek eBingo Versi Ejaan Kata Dasar?
4.0 Peserta Kajian
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah beraliran Tamil di Benta, Pahang Darul Makmur.
Semasa menjalankan praktikum fasa kedua selama tiga bulan di sekolah ini, pengkaji
telah diminta untuk mengajar tahun 1 yang mempunyai 6 orang murid perempuan serta
seorang murid lelaki. Kebanyakan murid di dalam kelas tersebut terdiri daripada murid
yang berada pada tahap sederhana dan lemah dari segi akademik terutamanya dalam
subjek bahasa Malaysia. Pengkaji telah menempuhi beberapa cabaran semasa
mengajar murid tahun 1 bukan sahaja dalam proses berkongsi ilmu tetapi untuk
membentuk disiplin murid semasa melakukan sesuatu aktiviti dalam bilik darjah.

Pengkaji mendapati bahawa terdapat murid yang lemah dalam penguasaan dari segi
aspek ejaan kata dasar Bahasa Melayu. Beberapa murid yang lemah ini merupakan
murid yang sentiasa memerlukan bimbingan semasa menulis sesuatu perkataan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji telah memilih empat orang murid dalam
kelas ini sebagai peserta kajian yang terdiri daripada seorang lelaki dan 3 orang
perempuan. Kumpulan peserta kajian yang dipilih ini mempunyai masalah tidak dapat
mengeja kata dasar dengan baik dan betul.

Sebagai pengkaji yang mematuhi etika penyelidikan, peserta kajian yang terlibat diberi
label sebagai PK1, PK2, PK3 dan PK4 dengan tidak memaparkan identiti asal mereka.
Keempat-empat peserta kajian ini juga telah diberi borang kebenaran ibu bapa untuk
mendapat kebanaran bagi menjalankan kajian menggunakan mereka yang bersedia
menerima sebarang syarat yang telah dinyatakan dalam borang kebenaran tersebut.

5.0 Pelaksanaan Kajian


5.1 Langkah-langkah Tindakan
5.1.1 Jadual Pelaksanaan Tindakan
Jadual 1 menunjukkan jadual pelaksanaan pelan tindakan yang telah pengkaji
rancangkan sepanjang kajian dijalankan yang merangkumi langkah-langkah yang
diambil serta aktiviti yang dijalankan sebelum, semasa dan selepas kajian dijalankan.

LANGKAH AKTIVITI
Tinjauan Awal 1. Membuat rujukan di perpustakaan dan internet
2. Menemu bual guru Bahasa Malaysia Tahun Satu dan
melaksanakan perbincangan bersama guru pembimbing.
3. Melaksanakan ujian diagnostik serta analisis dokumen
4. Mengenalpasti masalah murid.

Merancang Tindakan 1. Merancang projek yang sesuai untuk menyelesaikan


masalah murid dan membuat pelan tindakan.
2. Menyediakan instrumen kajian

Melaksana tindakan & 1. Melaksanakan Ujian Pengesanan iaitu ujian pra.


Memerhati 2. Pemberian taklimat ringkas tentang projek eBingo Versi
Ejaan Kata Dasar kepada murid dan memerhati.
3. Pengajaran ejaan kata dasar menggunakan projek eBingo
Versi Ejaan Kata Dasar dan memerhati.
4. Pelaksanaan latih tubi terhadap peserta kajian.
5. Melaksanakan Ujian Pengesanan iaitu ujian pasca.
6. Temu bual murid

Mereflek 1. Mereflek sama ada penggunaan projek eBingo Versi Ejaan


Kata Dasar dapat mencapai objektif.
2. Menganalisis data yang terkumpul melalui intrumen kajian
iaitu transkrip temu bual, senarai semak pemerhatian serta
ujian pengesanan.
3. Merenung kekuatan dan kelemahan penyelidikan

Jadual 1: Pelan Pelaksanaan Tindakan

5.1.2 Carta Gantt Pelaksanaan Tindakan

Bil Aktiviti Minggu

1 2 3 4
1 Perbincangan bersama guru besar
tentang pelaksanaan kajian tindakan.

2 Interaksi bersama guru Bahasa


Malaysia Tahun 1 dan guru
pembimbing tentang pelaksanaan
kajian terhadap murid.
3 Pemberian surat kebenaran kepada
ibu bapa peserta kajian

4 Pelaksanaan ujian pra terhadap


peserta kajian.

5 Pemberian taklimat ringkas tentang


projek eBingo Versi ejaan kepada
murid dan pemerhatian

6 Pengajaran ejaan kata dasar


menggunakan projek eBingo Versi
Ejaan dan pemerhatian
7 Pelaksanaan latih tubi terhadap
peserta kajian

8 Pelaksanaan ujian pasca

9 Pelaksanaan temu bual terhadap


murid

10 Menganalisiskan maklumat yang


didapati

Jadual 2: Carta Gantt Pelaksanaan Tindakan selama 4 minggu

5.2 Kaedah Mengumpul Data


Bahagian ini menerangkan kaedah untuk mengumpul data bagi mencapai objektif serta
menjawab soalan kajian yang telah dinyatakan. Data kajian akan dikumpul
menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Pengkaji telah membuat tinjauan
masalah yang telah dikenalpasti yang bertujuan untuk mengesan tahap murid untuk
mengeja kata dasar sebelum mengaplikasikan tindakan yang telah dicadangkan.
Pengkaji juga telah menggunakan beberapa instrument kajian untuk mengumpul data
kajian iaitu ujian pengesanan iaitu ujian pra dan pos, pemerhatian serta temu bual.
Pelbagai instrumen kajian telah pengkaji sediakan untuk mengukur objektif dan
persoalan kajian yang berbeza.

Objektif Persoalan kajian Instrumen kajian

1. Membolehkan murid 1. Adakah Projek eBingo -Temu bual


mengeja kata dasar Versi Ejaan Kata Dasar -Pemerhatian
melalui Projek eBingo dapat membantu murid
Versi Ejaan Kata Dasar mengeja kata dasar
Bahasa Melayu dengan bahasa Melayu dengan
betul. betul?
2. Membantu murid 2. Sejauh manakah murid -Ujian pengesanan
mengingati ejaan kata dapat mengingati ejaan -Pemerhatian
dasar melalui Projek kata dasar dengan baik
eBingo Versi Ejaan melalui Projek eBingo
Kata Dasar Bahasa Versi Ejaan Kata
Melayu dengan betul. Dasar?

Jadual 3: Kaedah mengumpul data menggunakan instrumen kajian

5.2.1 Ujian Pengesanan


Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan
mengesan kefahaman murid terhadap sesuatu pelajaran yang merangkumi dua jenis
ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Keputusan yang diperoleh daripada ujian boleh
menjadi satu indikator yang baik tentang pencapaian atau penguasaan terhadap
sesuatu pengetahuan yang telah diajar kepada murid. Ujian pengesanan dijalankan
kepada semua peserta kajian yang telah dipilih. Dalam setiap ujian, sebanyak 20
soalan yang telah dikemukakan dalam dua bahagian. Dalam bahagian A, murid diminta
untuk melengkapkan perkataan dengan menggunakan ejaan yang betul. Dalam
bahagian B pula, murid diminta untuk menulis imlak perkataan yang disebut oleh guru
dengan ejaan yang betul. Kesemua soalan yang terkandung dalam set ini membawa
markah sebanyak 100% sebagaimana satu soalan mewakili 5%. Ujian pra dan pasca
menggunakan soalan yang sama. Pengkaji telah menyediakn satu jadual skor
pemarkahan bagi melihat tahap penguasaan ejaan kata dasar murid mengikut markah
ujian pengesanan ini. Jadual 4 di bawah merupakan skor pemarkahan yang telah dibina
oleh pengkaji sebelum menjalankan ujian pengesanan.

MARKAH % TAHAP PENGUASAAN EJAAN

80 - 100 Cemerlang

70 - 79 Baik

60 - 69 Sederhana

40 - 59 Kurang Memuaskan
0 - 39 Tidak Memuaskan

Jadual 3: Skor Pemarkahan

5.2.2 Pemerhatian
Pengkaji telah menyediakan borang pemerhatian untuk diisi semasa projek dijalankan
terhadap semua peserta kajian yang terpilih. Pemerhatian yang dijalankan mengambil
kira penglibatan dan sikap setiap peserta kajian semasa menggunakan projek eBingo
Versi Ejaan Kata Dasar yang merangkumi lima item beserta kadar iaitu selalu berlaku,
jarang berlaku serta tidak berlaku. Pengkaji menggunakan maklumat yang didapati
daripada kaedah pemerhatian untuk menganalisis kegagalan atau kejayaan kaedah
yang diperkenalkan kepada peserta kajian dalam meningkatkan tahap penguasaan
ejaan kata dasar Bahasa Melayu peserta kajian yang terpilih.

Penglibatan dan sikap peserta kajian semasa menggunakan projek eBingo Versi Ejaan Kata
Dasar

Bil Item Kadar

Selalu Jarang Tidak


berlaku berlaku berlaku

1. Peserta kajian berasa seronok apabila mengeja


perkataan menggunakan projek eBingo Versi Ejaan.

2. Peserta kajian mampu mengeja semua kata dasar


dengan betul.
3. Peserta kajian mendapat semua betul apabila disuruh
eja kata dasar pada kotak bingo dalam projek eBingo
Versi Ejaan.

4. Peserta kajian mendapat salah apabila mengeja kata


dasar pada kotak bingo dalam projek eBingo Versi
Ejaan.

5. Peserta kajian berani mencuba untuk mengeja kata


dasar dengan betul dalam masa yang ditetapkan.

Jadual 5: Instrumen Pemerhatian

5.2.3 Temu bual


Instrumen temu bual dilaksanakan oleh pengkaji pada akhir kajian tindakan ini. Temu
bual ialah kaedah terbaik untuk mendapatkan maklumat daripada peserta kajian secara
mendalam. Pengkaji telah menyediakan soalan berstruktur yang merangkumi soalan
yang jelas kepada permasalahan yang hendak dikaji. Peserta kajian ditemu bual untuk
mengetahui pendapat serta sikap mereka terhadap kajian yang dijalankan oleh
pengkaji. Temu bual ini dilakukan secara individu. Pengkaji telah menyediakan borang
pemerhatian yang mengandungi ruang untuk mengisi transkrip serta catatan yang
berkaitan dengan jawapan peserta kajian.
Rajah 1: Borang Temu Bual

You might also like