You are on page 1of 61

ABSTRAK

Membaca merupakan kunci kejayaan sesorang murid. Aspek membaca dua suku kata

KV + KVK salah satu isi kandungan Buku Panduan Pelaksanaan Literasi dan

Numerasi (LINUS). Pengunaan perkataan dua suku kata terdapat dalam sebahagian

besar ayat yang digunakan di dalam semua pelajaran. Kajian ini bertujuan mengenal

pasti punca kesukaran murid gagal menguasai kemahiran membaca. Selain itu

mencari satu teknik yang dapat membantu murid untuk menguasai kemahiran

membaca ini. Kajian akan dijalankan ke atas 7 orang murid Tahun 1. Sekolah yang

terpilih ialah Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam. Objektif kajian ini ialah

untuk melihat keberkesanan teknik latih tubi dalam membantu murid-murid

membaca perkataan gabungan dua suku kata. Selain itu untuk melihat pencapaian

murid selepas kajian dijalankan. Kaedah dan teknik yang dijalankan ilah latih-

tubi. Murid akan dibimbing dengan kaedah gabungan bunyi kata secara latih-

tubi atau berulang kali. Dapatan Kajian menunjukkan peningkatan kepada

pencapaian murid-murid dalam kemahiran membaca mereka. Mereka juga semakin

berminat kepada mata pelajaran Bahasa Melayu.


BAB 1

MASALAH KAJIAN

1.0 Pengenalan

Membaca merupakan satu kemahiran awal yang harus dikuasai oleh murid-murid apabila

masuk ke alam persekolahan. Namun didapati pada setiap awal tahun persekolahan ,murid-

murid Tahun 1 masih gagal untuk menguasai kemahiran membaca suku kata yang mudah

walaupun sudah telah mengikuti kelas awal pra sekolah. Sehubungan itu, asas utama dalam

memartabatkan Bahasa Melayu ini ialah dengan mewajibkan pengajaran Bahasa Melayu

bermula dari sekolah rendah iaitu mendedahkan pelajar dengan perkataan-perkataan yang

mudah dan senang untuk difahami sesuai dengan umur dan tahap keupayaan mereka.Selaku

guru Bahasa Melayu Tahun 1 yang berpengalaman mengajar Tahun 1 selama hampir 10

tahun, saya mengambil kesempatan untuk menjalankan kajian mengenai tahap penguasaan

pelajar dalam kemahiran membaca dengan menggunakan Teknik Latih tubi.

Selepas program KIA2M berakhir pada tahun 2009,pihak Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) telah menjadikan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) sebagai usaha bersepadu

yang lebih serius bagi membanteras masalah ketidakupayaan membaca dan memahami dalam
kalangan murid-murid Tahun 1. LINUS ialah akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi

(Literacy and Numeracy Screening). Program LINUS ini merupakan suatu program intervensi

masalah membaca yang juga kesinambungan daripada Program Intervensi Kelas Awal

Membaca dan Menulis (KIA2M).Semua murid tahun 1 pada sesi awal persekolahan adalah

diwajibkan untuk menduduki ujian saringan. Hasil daripada ujian diagnostik tersebut, murid-

murid dapat diklasifikasikan sebagai calon untuk program intervensi LINUS atau pun tidak.

Penggunaan ujian saringan ini adalah bagi mengenal pasti murid-murid yang benar-benar

perlu menduduki kelas intervensi membaca dan menulis dengan berdasarkan 12 konstruk

kemahiran membaca yang perlu dikuasai murid. Program LINUS ini dijalankan sepenuhnya

oleh guru bahasa Melayu tahun 1 di sesebuah sekolah. Guru yang mengendalikan program

tersebut akan mengasingkan murid-murid tahun 1 yang gagal melepasi ujian saringan untuk

mengikuti program intervensi ini.

1.1 Latar Belakang Kajian

Membaca melibatkan proses mekanikal iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan

menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan tajuk yang dibaca. Membaca juga

merupakan satu cara untuk memahami pola-pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis.

Tujuan membaca ialah membolehkan murid membaca dengan sebutan dan rentak irama

atau intonasi yang betul.

Kegagalan kemahiran asas membaca pada peringkat awal akan mengakibatkan

berlakunya defisit akademik dalam kalangan murid sekolah rendah. Keadaan ini akan

berterusan hingga ke sekolah menengah. Justeru, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)


telah dipertanggungjawab untuk menerajui usaha mengatasi masalah tidak boleh

membaca.

Berasarkan pengalaman pengkaji di sekolah ini, setiap tahun terdapat 20 hingga 30 orang

murid Tahun 1 tidak lepas ujian Saringan 1 LINUS. Sebagai guru Bahasa Melayu Tahun 1,

pengkaji mendapati murid LINUS akan mengikuti kelas Pemulihan pada tahun yang

berikutnya.

Antara masalah yang didapati oleh pengkaji ialah:

1. 3 daripada 10 orang murid masih tidak dapat menyebut perkataan gabungan 2 suku

kata. Ini menunjukkan tahap penguasaan murid-murid ini adalah lemah. Keadaan ini amat

membimbangkan kerana apabila berada di Tahun 1, murid-murid ini akan terus diajar

membaca ayat-ayat yang panjang. Jika keadaan ini berterusan, murid-murid ini akan terus

ketinggalan.

2. Murid ini sudah mengenali abjad. Mereka sudah boleh membaca perkataan suku kata

KV + KV. Namun masih tidak boleh membaca perkataan gabungan dua suku kata terbuka

dan tertutup KV + KVK.

3. Seramai 4 orang murid masih tidak lancar membaca. Murid-murid ini agak sukar

untuk membaca ayat mudah dengan lancar. Mereka terpaksa mengeja perkataan KV + KVK

sebelum dapat menyebutnya. Ini menyebabkan murid ini lambat untuk membaca ayat-ayat

yang diberikan. Keadaan ini menyebabkan guru terpaksa membimbing murid ini membaca.

1.2 Pernyataan Masalah Kajian


Berdasarkan petikan berita Utusan Malaysia 12 Oktober 2005, terdapat lebih 100,000 murid

tahun 1 hingga tahun 6 sekolah rendah di seluruh negara didapati tidak tahu membaca,

menulis dan mengira. Malah di dalam surat khabar yang sama, Kesatuan Perkhidmatan

Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengakui hampir semua sekolah rendah di seluruh negara

ada menempatkan murid yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira. Begitu juga dalam

Berita Harian, bertarikh 21 April 2006, menyatakan 35.52 peratus kanak-kanak di sekolah

rendah Semenanjung Malaysia tidak tahun membaca.

Petikan Harian Metro 20 Julai 2009, masalah tidak tahu membaca semakin meruncing

menyebabkan Kementerian Pelajaran mengambil pendekatan supaya murid yang tidak boleh

berbuat demikian, tidak dinaikkan kelas.

Mesyuarat Memperkasakan Sekolah Kebangsaan pada 22 November 2005 telah mengambil

ketetapan supaya masalah kegagalan menguasai kemahiran asas membaca ditangani segera.

Program LINUS adalah program untuk membantu murid Tahun 1. Program ini dijalankan

sepenuhnya oleh guru Bahasa Melayu Tahun 1.

Berdasarkan masalah ini pengkaji mendapati murid Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Simpang

Renggam, masih tidak dapat membaca perkataan yang menggabungkan dua suku kata.

Murid-murid ini pernah mendapat pendidikan awal di pra sekolah. Pada awal persekolahan

murid-murid ini masih tidak dapat membaca perkataan yang diberikan dengan lancar.
Berasarkan pengalaman pengkaji di sekolah ini, setiap tahun terdapat 20 hingga 30 orang

murid Tahun 1 tidak lepas ujian Saringan 1 LINUS. Sebagai guru Bahasa Melayu Tahun 1,

pengkaji mendapati murid LINUS akan mengikuti kelas Pemulihan pada tahun yang

berikutnya.

Kesan yang dapat dilihat, murid-murid ini tidak bermotivasi untuk belajar dan tidak tahu cara

belajar . Murid-murid ini perlukan perhatian dan bimbingan guru. Guru Bahasa Melayu

harus memainkan peranan yang penting bagi mengatasi masalah ini. Murid-murid ini harus

dibimbing sebelum mereka melangkah ke Tahun 2.

Melalui pemerhatian, murid ini tidak mendapat bimbingan membaca di rumah. Mereka hanya

mengharapkan tunjuk ajar daripada guru semasa di sekolah. Guru Bahasa Melayu terpaksa

bimbing murid ini secara individu apabila mengajar. Murid ini didapati tidak mahu

melibatkan diri dalam aktiviti membaca.

Pengkaji merasakan murid-murid ini memerlukan perhatian dan bimbingan guru. Lebih-lebih

lagi mereka baru di dalam Tahun 1 dan baru mengenal alam persekolahan. Justeru itu

diharapkan kajian ini dapat membantu mereka mengatasi masalah kemahiran membaca yang

mereka hadapi.

1.3 Persoalan Kajian


Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan beberapa jawapan kepada persoalan berikut.

1. Sejauh manakah kaedah latih tubi dapat membantu murid-murid membaca perkataan

gabungan dua suku kata KV + KVK?.

2. Sejauh manakah pencapaian murid akan meningkat dengan menggunakan kaedah latih

tubi berbanding kaedah biasa?.

3. Sejauh manakah kaedah latih tubi dapat menarik minat murid untuk membaca?

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat:

1. Kaedah latih tubi dapat membantu murid-murid membaca perkataan gabungan dua

suku kata KV + KVK.

2. Pencapaian murid akan meningkat dengan menggunakan kaedah latih tubi berbanding

kaedah biasa.

3. Latih tubi dapat membantu menarik minat murid untuk membaca.


1.5 Batasan Kajian

Kajian akan dijalankan ini mempunyai batasan-batasan seperti:

1. Kajian ini melibatkan 7 responden iaitu murid-murid yang belajar di Tahun 1 di

Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam.

2. Batasan kajian hanya memberi tumpuan kepada perkataan yang mengandungi du

suku kata terbuka dan tertutup KV + KVK.

3. Batasan kajian hanya tertumpu pada kaedah gabungan bunyi kata.

1.6 Definisi Istilah

Berikut adalah takrifan bagi setiap istilah yang digunakan di sepanjang kajian.

1.6.1 Kemahiran

Kecekapan atau kepandaian. Dalam konteks kajian ini murid dijangkakan akan

menguasai kecekapan atau kepandaian membaca.


1.6.2 Membaca

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 “baca” bermaksud melihat isi sesuatu yang tertulis atau

tercetak dengan cara meneliti dan memahami makna dan tujuan isi tersebut. Zulkifley Hamid

(1994) menerangkan bahawa membaca sebagai suatu proses pembaca mengenal lambang –

lambang tulisan , menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapat

makna bagi bentuk tulisan tersebut. Oleh itu, untuk membaca seseorang mestilah mengenal

dan menyebut lambang-lambang bertulis dan juga mempunyai tangapan bagi

memudahkan fahamannnya. Dalam kajian ini, pengkaji mengharapkan murid dapat

menterjemahkan lambang – lambang kepada bunyi bahasa dan memahami maknanya.

1.6.3 Perkataan

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2006) , perkataan ialah satu unit yang bebas

dan mengandungi makna , yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk

bunyi bahasa. Perkataan mengandungi berbagai-bagai bentuk yang dapat dijeniskan

seperti kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata tunggal. Dalam kajian ini ,

pengkaji hanya memfokuskan kepada pola kata tunggal dua suku kata iaitu KV + KVK

sebagai asas kepada bacaan awal murid-murid yang dikaji.

1.6.4 LINUS
Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening ±Saringan). Jadi

maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi. Program ini dirancang dan dibentuk

sebagai penambahbaikan program sediaada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1

pada 2010 menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang

Tahun 2011 kecuali murid berkeperluan khas.

1.6.5 Teknik Latih Tubi

Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta dalam meningkatkan kecekapan tentang apa yang

telah diajar ia bertujuan untuk mencapai tahap kemahiran atau untuk melekatkan sesuatu

perkaitan supaya ia menjadi lebih kekal dalam ingatan. Dalam situasi pengajaran, latih tubi

amat digalakkan dalam matapelajaran bahasa. Latih tubi amat sesuai untuk mencapai sesuatu

kemahiran seperti mengingati sukukata sebelum membunyikannya.

Kaedah ini telah lama digunakan iaitu sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi, pada masa itu

persekolahan masih belum wujud dan kaedah tersebut dikatakan sangat berjaya dan sangat

berkesan sekali. Pada masa kini latih tubi masih digunakan kerana kaedah ini telah difahami

dengan lebih mendalam dan kurang digunakan secara keterlaluan.. Oleh itu, latih tubi adalah

sebahagian daripada usaha menghafal atau mengingat sesuatu.

1.7 Kepentingan Kajian


Kajian ini bermanfaat terhadap pihak-pihak tertentu terutamanya kepada murid-murid Tahap

1 di mana melalui teknik latih tubi, diharapkan dapat menggalakkan penyertaan murid secara

aktif dalam pengajaran dan pembelajaran serta mewujudkan iklim pembelajaran yang mesra

pelajar. Selain itu, secara tidak langsung akan menarik minat murid untuk menguasai

kemahiran membaca.

Kajian ini juga bermanfaat kepada Guru Bahasa Melayu di mana hasil kajian ini diharapkan

dapat menjadi garis panduan oleh guru Bahasa Melayu dalam mengenal pasti teknik-teknik

yang boleh dilaksanakan di dalam kelas untuk meningkatkan prestasi murid. Di samping itu,

hasil kajian ini akan menjadi pendorong kepada guru-guru untuk mengamalkan teknik yang

berpusatkan murid serta bahan yang lebih berstruktur dalam perancangan pengajaran guru.

Bagi pihak sekolah pula, dengan adanya dapatan hasil daripada kajian ini, akan dapat

membantu pihak pengurusan sekolah membuat penilaian semasa pemantauan guru-guru di

dalam bilik darjah semasa mengajar dan memeriksa rekod pengajaran guru agar strategi

pengajaran yang dipilih oleh guru bersesuaian dengan peredaran zaman disamping

menyediakan murid bagi menghadapi peperiksaan awam.

Dapatan kajian ini juga dapat membantu pihak jabatan pelajaran atau pejabat pelajaran daerah

dalam usaha memberi pendedahan kepada guru-guru tentang pelbagai kaedah pengajaran dan

pembelajaran melalui kursus dan bengkel yang boleh dianjurkan.


Melalui kajian ini, diharapkan dapat memberi maklumat penting tentang keberkesanan

KSSR dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kepada Kementerian Pelajaran

Malaysia. Di samping itu, kajian ini boleh dijadikan rujukan untuk menggubal kurikulum

yang sesuai pada masa hadapan.

1.8 Rumusan

Bab ini menghuraikan latar belakang, tujuan, objektif, persoalan, kepentingan dan batasan

kajian. Pengkaji menyatakan mengapa kajian perlu dijalankan. Kesimpulan yang didapati

kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemhiran membaca perkataan yang mengandungi

dua suku kata terbuka dan tertutup. Teknik latih tubi telah dipilih untuk digunakan bagi tujuan

rawatan. Teknik latih tubi yang digunakan diharapkan dapat menyelasaikan persoalan

masalah kajian. Malah dapat mencapai objektif kajian pada akhir nanti. Pengkaji berharap

kajian yang dijalankan memberi kepentingan kepada murid, guru dan sekolah.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pengenalan

Banyak kajian yang telah dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membaca di

kalangan murid-murid di sekolah rendah. Walaupun murid-murid ini pernah mengikuti kelas

awal persekolahan namun masalah tidak menguasai kemahiran membaca sering menjadi

masalah di sekolah rendah setiap kali awal persekolahan bermula.

Berdasarkan masalah ini kelas pemulihan memainkan peranan yang penting. Kini

kelas LINUS pula diadakan untuk mengatasi masalah tidak menguasai kemahiran membaca

ini. Matlamat LINUS ini ialah untuk membolehkan murid Tahun 1 menguasai kemahiran

asas membaca dan menulis.

Banyak kajian-kajian dan penyelidikan berhubung dengan cara atau kaedah yang

dapat digunakan oleh guru untuk mengatasi masalah tidak menguasai masalah kemahiran

membaca. Di dalam bab ini pengkaji akan membincangkan penulisan dan kajian dengan

memberikan tumpuan kepada kaedah latih tubi yang dapat meningkatkan kemahiran

membaca di kalangan murid-murid. Di dalam bab ini juga akan dikemukakan beberapa

pandangan berkaitan dengan kaedah latih tubi yang menjadi asas kepada kajian ini.

Teknik latih tubi di dalam kelas merupakan teknik yang boleh dikatakan berjaya

mengatasi masalah di kalangan murid-murid. Teknik latih tubi sering menjadi pilihan guru

di dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran murid membaca perkataan. Teknik ini bukan
saja digunakan di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, malah sering juga di gunakan oleh

guru-guru mata pelajaran yang lain.

Literatur Timur

Menurut Kamarudin Hj. Husin (2001), teknik latih tubi amat sesuai dijalankan untuk

mencapai sesuatu kemahiran misalnya kemahiran melukis, meyebut perkataan, ayat-ayat atau

mengingat fakta-fakta yang penting. Banyak kajian yang menggunakan teknik latih tubi

sebagai kaedah rawatan untuk masalah yang dikaji. Berdasarkan ini, pengkaji telah mencari

maklumat mengenai kajian yang menggunakan teknik latih tubi di dalam kajian lapangan

mereka.

Rohaidah Bt. Abd Halit (2008), menjalankan kajian mengatasi masalah yang dihadapi oleh

murid Tahun 6 Jujur dalam membaca dan hafazan Al-Quran. Hasil tinjauan, murid kurang

mahir dalam membaca dan menghafaz ayat-ayat dalam surah yang ditentukan. Perancangan

tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menghafaz

dengan fasih.

Teknik latih tubi dan suluh sebut ini cuba diperkenalkan selama setengah jam setiap waktu

Pengajaran dan Pembelajaran Tilawah Al-Quran. Keputusan ujian pos telah mendapati

peningkatan prestasi pelajar. Dapatan soal selidik pula menunjukkan peningkatan prestasi

yang memberangsangkan.
Kajian Nor Shamilah (2008) dalam menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang

dihadapi oleh pelajar Tahun 6 Setia dalam menjawab soalan Sains bahagian B. Hasil tinjauan

murid kurang mahir membina jawapan dalam aspek ”Pembolehubah” dan ”Inference”.

Teknik latih tubi Secion B diperkenalkan selama setengah jam sehari selama 5 hari.

Keputusannya, ujian pos telah mendapati peningkatan prestasi pelajar. Berdasarkan soal

selidik pula menunjukkan pelajar lebih mahir menjawab inference dan menulis

pembolehubah.

Seterusnya kajian oleh Cikgu Aspailaila Bt. Ramli dan Cikgu Maslinda Bt. Mahmid (2002)

di Sekolah Kebangsaan Sawah Dato, Mesing Johor. Dalam kajian, mereka menggunakan

program latih tubi dalam meningkatkan kemahiran membaca murid-murid pemulihan. Kajian

dijalankan ke atas 15 orang murid Tahun 3 Kemboja.

Program latih tubi menyebut suku kata, lima minit sebelum pengajaran Bahasa Melayu. Hasil

yang didapati selepas kajian dijalankan , murid ini dapat menyebut suku kata yang pada

mulanya sukar untuk disebut. Ujian Pos menunjukkan peningkatan prestasi berbanding ujian

Pra.

Kajian Zainora Bt. Mohd. (2005) , berkaitan masalah kemahiran membaca murid Tahun 5.

Kajian dijalankan di Sekolah Kebangsaan Merting, Pahang. Kajian yang dijalankan bertajuk

”Meningkatkan kemahiran membaca murid Tahun 5 melalui latih tubi bacaan menggunakan

kad suku kata”. Kajian dilaksanakan bertujuan meningkatkan kemahiran membaca dengan

lancar. Seramai 6 orang murid Tahun 5 telah dipilih sebagai responden kajian berdasarkan
kelemahan mereka. Kajian ini juga digunakan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas.

Teknik latih tubi digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tindakan

yang dilaksanakan dapat membantu murid menguasai masalah tersebut. Teknik latih tubi

didapati berjaya membantu meningkatkan kemahiran membaca murid-murid ini.

Kajian Iskandar Muda B. Ishak (2005), pula bertujuan melihat keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran guru dan latih tubi di dalam kelas. Kajian telah dijalankan di Sekolah

Kebangsaan (LKTP) Padang Piol, Pahang. Kajian ini menumpukan kepada aspek pembinaan

ayat. Seramai 95 orang murid telah dipilih. Kajian bertujuan melihat keberkesanan teknik latih

tubi yang digunakan untuk meningkatkan pencapaian murid membina ayat Bahasa Inggeris.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan di dalam keputusan PKSR 3. Ini

membuktikan teknik latih tubi yang digunakan memberikan kesan kepada peningkatan

pemahaman dan kebolehan murid dalam membina ayat. Ini menunjukkan teknik latih tubi

dapat meningkatkan pencapaian murid.

Roziah Bt. Abd. Hamid (2005), pula telah membuat kajian ”Meningkatkan kemahiran

membaca murid-murid Tahun 1 dengan latih tubi”. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah

Kebangsaan Kuala Tahan. Beliau telah membuat kajian untuk mengenalpasti masalah ini.

Seramai 10 orang murid Tahun 1 telah diberikan latih tubi menggunakan suku kata dan

gambar melalui teknik latih tubi. Dapatan daripada ujian pra dan ujian pasca menunjukkan
peningkatan yang agak memberangsangkan. Ini menunjukkan teknik latih tubi dapat

membantu meningkatkan kemahiran membaca dikalangan murid-murid.

Janting Ak Rinkai dan Jamin Nangtang (2006) telah membuat kajian ”...Daripada Grig Ke

JSPG...” di Sekolah Kebangsaan St. Raymond Mujat, Serian, Sarawak. Kajian ini bertujuan

mengenalpasti pendekatan yang sesuai untuk membantu murid-murid menguasai sifir darab.

Kajian ini dijalankan ke atas seorang murid Tahun 5. Hasil kajian mendapati latih tubi yang

digunakan secara berterusan telah membantu murid ini membina JSPG ( Jadual Sifir Pelbagai

Guna). Latih tubi juga telah membantu murid ini untuk menguasai sifir.

Ismi Kamarul Sham B. Ismail (2009) telah membuat kajian di Sekolah Menengah Parit

Panjang, Kupang, Kedah. Kajian ini dijalankan ialah Meningkatkan kefahaman Hukum

Ohm’s melalui kaedah latih tubi ”AKU & GSP” di kalangan murid PMR SMK Parit Panjang.”

Seramai 5 orang murid tingkatan 3 Dedikasi telah terlibat. Perbandingan keputusan ujian pra

dan pasca membuktikan peningkatan. Peningkatan daripada 100% mendapat skor markah 0

beralih kepada 100% mencapai skor markah melebihi 50% di dalam Ujian Pasca. Ini

membuktikan satu perubahan yang berkesan dengan penggunaan kaedah latih tubi.

Juliana Bt. Madon (2007), pula telah menjalankan kajian di Sekolah Menengah Sains Kota

Tinggi, Johor. Kajian beliau bertajuk ”Meningkatkan kemahiran menulis huruf

”HIRAGANA” dengan cara latih tubi menggunakan kad gambar”. Kajian dijalankan ke atas

9 orang pelajar Tingkatan 1 di sekolah tersebut. Murid-murid telah didedahkan dengan cara

latih tubi menggunakan kad gambar untuk memudahkan mereka menulis huruf Hiragana.
Dapatan daripada kajian, murid-murid telah mencapai keputusan yang memberangsangkan.

Teknik latih tubi didapati berkesan untuk meningkatkan kemahiran menulis hurif Hiragana

pelajar-pelajar ini.

Zulkpli B. Zakaria (2005), menjalankan kajian ”Meningkatkan penguasaan membaca ayat

mudah suku kata KVKVK”. Kajian dijalankan di SK RKT Lasah , Sungai Siput, Perak.

Kaedah latih tubi telah digunakan di dalam kajian ini. Murid-murid diberikan latih tubi

menyebut dan mengeja perkataan. Hasilnya, kajian ini telah membantu meningkatkan

penguasaan murid dalam membaca perkataan dan ayat.

Normaria Bt. Che Hussin (2009) , menjalankan kajian bertajuk ”Meningkatkan kemahiran

mengeja kata pinjaman Bahasa Arab menggunakan ejaan Jawi melalui kaedah latih tubi”.

Kajian telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Larkin Johor. Murid yang

terlibat ialah murid Tahun 3. Kaedah latih tubi digunakan sebagai rawatan. Pada akhir kajian

murid-murid ini telah menunjukkan perubahan yang positif. Hasilnya kaedah latih tubi dapat

membantu murid meningkatkan kemahiran mengeja kata pinjaman Bahasa Arab.

Madihah Bt. Musa (2005), pula telah menggunakan latih tubi tatabahasa dalam meningkatkan

kemahiran murid-murid Tahun 1 membina ayat. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah

Kebangsaan (LKTP) Sungai Retang, Pahang. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan

kemahiran murid membina ayat mudah menggunakan tanda baca yang betul. Seramai 10

orang responden telah terpilih. Madihah telah menjalankan teknik latih tubi membina ayat.
Teknik yang digunakan ini memberikan perkembangan yang yang baik kepada responden.

Berdasarkan ujian pasca yang dijalankan menunjukkan peningkatan bilangan responden yang

mendapat markah yang tinggi. Berdasarkan kajian ini, teknik latih tubi dapat membantu

mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid di sekolah tersebut.

Seterusnya kajian oleh Juliana Selamat bersama Rosnah Empok Tang dan Rashidah Punawan

( 2006), di Sekolah Laksamana kota Tinggi, Johor. Kajian mereka ialah untuk meningkatkan

penguasaan kemahiran menjawab soalan tolak dengan mengumpul semula. Mereka telah

menggunakan pendekatan latih tubi untuk mengatasi masalah ini. Kajian dijalankan ke atas

murid Tahun 3 seramai 11 orang. Hasilnya selepas rawatan klinikal selama dua minggu,

perubahan dapat dilihat. Hasilnya murid merasa seronok belajar matematik.

Manakala Hamidah Baba (2006), seorang pensyarah di Institut Perguruan Bahasa-Bahasa

Antarabangsa telah membuat kajian di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Selangor.

Seramai 35 orang pelajar Tingkatan 2 Delima telah dipilih sebagai responden.

Kajian beliau ialah untuk meningkatkan kemahiran tatabahasa Bahasa Jerman untuk

persediaan menjawab soalan kefahaman. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat

keberkesanan latih tubi dalam menyelesaikan masalah ini.

Dapatan kajian menunjukkan peningkatan penguasaan aspek tatabahasa dan penghasilan ayat

yang baik. Ini membuktikan teknik latih tubi yang digunakan memberi kesan kepada

pemahaman murid.
Zainah Bt. Mohd Fauzie dan Mohd Idzam B. Zakaria ( 2008), telah menjalankan kajian di di

sekolah mereka. Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah ”Drill And Practice” untuk

meningkatkan kemahiran pelajar di dalam ”Summary Writting”. Semasa kajian pelajar

diberikan bentuk bahan yang sama berulang-ulang sehingga berjaya mencapai aras kemahiran

yang disasarkan. Hasilnya pada akhir kajian murid semakin mudah untuk menulis di dalam ”

Summary Writing”.

Perisian ini merupakan perisian yang mesra pengguna dan mampu memberi bimbingan segera

kepada pelajar. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa min keseluruhan aspek reka

bentuk isi kandungan, aspek reka bentuk pedagogi dan aspek teknikal memberikan nilai

melebihi 4.00.

Literatur Barat

Membaca merupakan suatu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi inter

aksi antara pembaca dengan bahan yang dibaca ataupun proses membina jambatan an

tara bahan yang dibaca dengan pengalaman latar si pembaca (Anderson dan Pearson,

1984).
Membaca boleh dilihat sebagai

proses memilih dan mengambil tindakan apabila pembaca menyesuaikan proses memb

aca dengan tujuan dan teks yang dibacanya. (Anderson, Hiebert, Scott dan Wilkinson

, 1985). Proses yang menentukan apakah tujuan dan tindakan yang akan diambil ini

berlaku serentak dengan proses membina makna daripada bahan yang dibaca.

Menurut Tinker 1952, membaca itu ada tiga proses yang berlaku iaitu: (1) Pengiktir

afan perkataan simbol, (2) Menarik balik pengalaman yang berkaitan dengannya, dan

(3) Pembinaan semula pengetahuan untuk

menggabungkan idea baru yang terkandung dalam bahan bacaan.

Mitchell (1982, p.1) defined reading as the ability to make sense written or printed

symbols. The reader uses the symbols to guide the recovery of information from his

or her memory and subsequently uses this information to construct a plausible interp

retation of the writer's message.

Rayner (1989, p.23) said that reading is the ability to extract visual information fro

m the page and comprehend the meaning of the text.

Berdasarkan pendapat dan pandangan para tokoh di atas, secara ringkasnya membaca

ialah proses yang dilakukan oleh pembaca itu sendiri untuk mentafsirkan dan membe

rikan makna terhadap bahan

bacaan terutama bahan yang berbentuk teks sebelum menggunakan kemahiran berfikir
secara kritis dalam membuat keputusan terhadap apa yang dibaca.

Proses membaca adalah satu proses membina jambatan antara maklumat yang terdapa

t pada permukaan bertulis dengan maklumat yang

terkandung dalam pemikiran si pembaca. Semakin banyak maklumat yang diperoleh o

leh pembaca dalam pemikirannya tentang perkara yang terkandung dalam bahan yang

dibaca, semakin mudah proses pemahaman berlaku.

2.1 Rumusan

Dalam bab ini dilaporkan mengenai kajian berkaitan yang pernah digunakan oleh pengkaji-

pengkaji yang lain. Hasil daripada kajian berkaitan menunjukkan teknik latih tubi telah

digunakan untuk membantu memberikan rawatan kepada murid yang menghadapi masalah

membaca.

Malah hasil dapatan itu, pengkaji mendapati teknik latih tubi ini juga digunakan untuk kajian

Matematik, Pendidikan Islam , Bahasa Inggeris dan lain-lain. Ini membuktikan teknik latih

tubi ini telah berjaya membantu murid yang menghadapai masalah di dalam menguasai

kemahiran yang dikehendaki oleh guru.


BAB 3

KAEDAH KAJIAN
3.0 Pengenalan

Bagi mendapatkan maklumat yang tepat terhadap permasalahan yang diutarakan, pengkaji

akan menggunakan reka bentuk yang sesuai untuk mendapatkan maklumat. Pemilihan

sampel juga dititikberatkan untuk mendapatkan maklum balas yang tepat.

Bagi mendapatkan maklumat yang tepat terhadap permasalahan ini pengkaji akan

menggunakan reka bentuk kajian lapangan. Pemilihan persampelan juga sangat

dititikberatkan. Penyediaan instrumen juga mengambil kira tahap penguasaan pelajar sekolah

rendah di Tahun 1.

Bab ini akan menerangkan reka bentuk kajian yang akan dijalankan. Selain itu dinyatakan

juga sampel yang akan dikaji permasalahannya. Instrumen, prosedur pengumpulan data dan

analisis data juga akan diterangkan di dalam bab ini.

3.2 Reka Bentuk Penyelidikan

Kajian ini ialah kajian kes yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid membaca

perkataan yang mengandungi dua suku kata terbuka dan tertutup KV + KVK. Ia juga

bertujuan untuk mengenal pasti bahawa teknik latih tubi boleh digunakan untuk
menyelesaikan masalah ini. Kajian ini juga berbentuk tinjauan dengan melaporkan sebarang

maklumat yang diperolehi daripada soal selidik dan pemerhatian.

Pada peringkat pertama pengkaji akan mengenal pasti masalah yang akan dikaji. Pada

peringkat ini pengkaji juga akan memilih responden yang menghadapi masalah membaca

perkataan gabungan dua suku kata terbuka dan tertutup.

Peringkat kedua pula ialah merancang. Pengkaji akan merancang sebelum membuat kajian.

Pengkaji akan membina instrumen yang akan digunakan. Pengkaji juga merancang aktiviti

latih tubi yang akan digunakan. Bahan latih tubi juga dipilih untuk memastikan rawatan ini

berjaya.

Peringkat seterusnya ialah melaksanakan. Pada peringkat ini pengkaji akan membuat

pemerhatian ke atas 7 orang murid sebagai sampel kajian. Setelah itu pengkaji akan membuat

latih tubi membaca perkataan gabungan dua suku kata. Pangkaji akan melihat keberkesanan

kaedah ini dalam meningkatkan kemahiran membaca sampel kajian. Pengkaji juga akan

memberikan ujian pra untuk melihat tahap murid. Selepas menjalankan kajian, ujian pos akan

dijalankan.

Ujian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan teknik latih tubi yang dijalankan. Selain itu

soal selidik juga dijalankan untuk melihat pandangan murid terhadap pengajaran ini sebelum

dan selepas kajian.


Pada akhir kajian, ialah peringkat menilai. Pada peringkat ini pengkaji akan mengumpul

semua maklumat daripada pemerhatian, soal selidik, ujian pra dan ujian pos. Setelah itu

pengkaji akan membuat analisis dokumen untuk melihat keberkesanan kajian yang

dijalankan.

Carta alir di bawah menunjukkan aliran perjalanan aktivti kajian yang dijalankan ke atas

responden bagi murid Tahun 1, Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Mengenal pasti masalah


-Membuat pemerhatian tentang
masalah

Merancang
Menilai
-Rancang instrumen kajian.
-Analisis data daripada Pemerhatian, soal selidik, ujian
dokumen pra dan ujian pos.
-Rancang teknik latih tubi -aktiviti
Melaksanakan
-Menjalankan kajian.

-Kumpulkan semua data

CARTA 1 : Ringkasan Carta Alir Bagi Langkah-langkah Kaji

3.2 Sampel

Populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan

digeneralisasikan. Sampel kajian ialah responden-respenden kajian yang dipilih untuk

mewakili sesuatu populasi.

Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam di pilih untuk kajian ini. Pengkaji merupakan salah

seorang tenaga pengajar ini. Pengkaji seorang guru Bahasa Melayu Tahun 1 di sekolah ini.

Murid-murid yang dipilih ialah murid-murid Tahun 1 seramai 7 orang. Mereka terdiri

daripada 3 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan. Semua murid ini adalah

berketurunan Melayu. Di mana kesemua murid di sekolah ini adalah bangsa Melayu.

Pencapaian murid di dalam kelas ini sederhana.


Melalui pemerhatian pengkaji kemahiran membaca perkataan murid ini masih lagi lemah.

Pengkaji mengenal pasti beberapa orang murid yang hendak dikaji. 2 orang murid masih lagi

lemah kemahiran membaca perkataan gabungan dua suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

Manakala 4 orang lagi boleh menyebut perkataan tetapi masih belum lancar. Mereka terpaksa

mengeja dahulu sebelum dapat membaca. Seorang murid pula mudah lupa perkataan yang

telah diajar. Murid ini masih sukar membaca suku kata tertutup.

3.3 Instrumen Kajian

3.3.1 Pemerhatian

Pengkaji akan menggunakan kaedah pemerhatian. Pemerhatian dilakukan untuk mengesan

kelemahan murid membaca perkataan. Pemerhatian akan dibuat semasa proses pengajaran

dan pembelajaran. Dapatan pemerhatian akan dicatatkan dari masa ke semasa. Pengkaji akan

membuat pemerhatian soal jawab secara lisan, semasa murid membuat kerja dan aktivti ejaan.

Pemerhatian juga dilakukan ke atas tingkah laku murid semsa sesi pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Pemerhatian juga diteruskan sepanjang rawatan yang diberikan

kepada responden.

Pemerhatian akan menggunakan ”Rekod Prestasi Murid Mengikut Kemahiran” untuk kelas

LINUS. Pengkaji akan mencatat kemahiran yang belum dikuasai oleh murid pada peringkat

awal kajian. Seterusnya selepas kajian, pengkaji akan merekodkan semula kemahiran yang
telah dikuasai. Penggunaan rekod prestasi murid LINUS ini dapat meningkatkan lagi

kebolehpercayaan rekod yang digunakan semasa kajian dijalankan.

3.3.2 Soal selidik

Instrumen kajian lain yang akan digunakan ialah soal selidik. Pengkaji akan menyediakan

satu set borang soal selidik yang mengandungi Bahagian A dan bahagian B.. Soal selidik ini

bertujuan untuk mengetahui dan mencari punca sebenar murid tidak menguasai kemahiran

membaca. Soal selidik juga bertujuan untuk mengetahui perasaan murid ini semasa

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 1.

Bahagian A bertujuan untuk menganalisis latar belakang murid. Murid diminta menjawab

soalan dengan jujur. Bahagian B pula menggunakan skala likert markah. Ini bertujuan untuk

menggumpulkan data tentang persepsi murid terhadap pengajaran membaca.

Pengkaji menggunakan borang kaji selidik yang pernah digunakan untuk kajian yang

terdahulu. Borang soal selidik ini pernah digunakan oleh Suzanna Bt. Mohammad Sabudin

di dalam kajiannya. Penggunaan borang yang pernah digunakan akan meningkatkan lagi

kebolehpercayaaan borang soal selidik yang digunakan.

Soal selidik hanya mempunyai dua pilihan jawapan bagi memudahkan jawapan soalan yang

diberikan. Murid hanya perlu memilih satu jawapan sahaja iaitu “ya” atau “tidak”. Pengkaji
menyedari bahawa untuk mendapatkan keputusan yang tepat kaedah skala likert adalah lebih

baik.

Namun oleh kerana kumpulan sasaran ialah Tahun 1 maka pilihan dua jawapan lebih sesuai.

Kaedah ini didapati tidak mengelirukan dan mudah difahami oleh mereka. Oleh itu keputusan

soal selidik masih relevan dan boleh diguna pakai.

Borang Soal selidik

BIL ITEM YA TIDAK

1 Saya minat Mata Pelajaran Bahasa Melayu

2 Minat Kemahiran yang diajar suku kata

KV+KVK

3 Tidak membuat kerja rumah

Sumber : Suzanna Bt. Mohammad Sabudin (2005)

3.3.3 Ujian.

Ujian Pra

Pengkaji akan mengadakan ujian pra untuk mendapatkan maklumat mengenai kemahiran

membaca perkataan gabungan dua suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Ujian pra akan
diadakan sebelum rawatan latih tubi dijalankan. Ini bertujuan untuk melihat pencapaiana

murid sebelum kajian dijalankan. Pengkaji akan melihat keputusan ujian pra dan membuat

analisis.

Ujian Pos

Ujian Pos pula dijalankan selepas pengkaji menjalankan teknik latih tubi membaca perkataan.

Ujian pos dijalankan untuk melihat perubahan atau pencapaian murid-murid yang dikaji.

Dapatan daripada ujian pos akan dibandingkan untuk melihat keberkesanan kajian ini. Set

soalan ujian pos adalah sama dengan set soalan ujian pra.

3.3.4 Bahan Teknik Latih Tubi.

Bahan teknik latih tubi ialah bahan bantu mengajar yang akan digunakan semasa rawatan

dijalankan. Pengkaji akan menggunakan bahan ini untuk membantu membaca perkataan yang

belum dikuasai. Bahan yang digunakan ialah :

1. Kad Suku kata dan kad perkataan.

Kad perkataan digunakan semasa rawatan diberikan kepada murid-murid. Pada peringkat

pertama murid akan diberi bimbingan membaca kad suku kata. Kad suku kata terbuka KV
dan suku kata tertutup KVK akan digunakan sepanjang rawatan. Huruf konsonan dan vokal

digabungkan untuk menghasilkan bunyi suku kata.

Setelah menguasai, pengkaji akan menjalanakan teknik latih tubi mencantum kad suku kata.

Suku kata ini akan membentuk perkataan. Perkataan yang dipilih di dalam kajian ini adalah

daripada Sukatan Program LINUS Tahap 1 Sekolah Rendah. Perkataan yang dipilih untuk

pengajaran dan pembelajaran membaca suku kata ini merangkumi perkataan daripada

pelbagai jenis struktur fonologi dan morfologi. Prosedur ini dapat meningkatkan

kebolehpercayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran membaca.

2. Perisian Power point.

Pengkaji juga akan menggunakan paparan power point semasa aktiviti latih tubi dijalanakan.

Pengkaji menggunakan pelbagai bahan untuk mengelakkan murid cepat bosan. Murid akan

di tunjukkan paparan suku kata dan akan membaca berulang-ulang.

Paparan perkataan akan diwarnakan untuk memudahkan murid membaca mengikut suku kata.

Bahan power point ini diperolehi daripada bahan pengajaran LINUS dan kelas pemulihan. Ini

dapat menunjukkan kebolehpercayaan bahan yang digunakan.

3.4 Kajian Rintis


Kajian rintis adalah kajian awal yang dijalankan sebelum menjalankan kajian sebenar. Kajian

rintis bertujuan untuk menguji tahap kebolehpercayaan item-item soalan. Menurut Mohd.

Majid Konting (2004: 218), melalui kajian rintis, kesesuaian dan ketepatan soalan serta format

yang digunakan dapat dikenal pasti. Kelemahan-kelemahan yang ada meskipun kecil perlu

diperbaiki untuk memastikan penghasilan soalan yang bermutu.

Dalam kajian rintis ini pengkaji telah memilih 7 orang murid tahun satu untuk diberikan

kajian rintis. Namun begitu terdapat beberapa masalah dalam pengendalian kajian rintis

dalam pengendalian kajian rintis ini, antaranya ialah:

i. Pengawalan murid semasa ujian dijalankan tidak dapat berjalan dengan lancar.

ii. Arahan yang diberikan oleh pengkaji tidak berapa jelas dan menyebabkan murid

tidak faham apa yang diterangkan oleh pengkaji.

Oleh itu, pengkaji telah membuat penambahbaikan berdasarkan pengalaman menjalankan

kajian rintis tersebut. Antaranya ialah:

i. Pengkaji telah memohon jasa baik beberapa rakan guru yang mengajar di kelas

tersebut untuk sama-sama mengawasi murid semasa ujian pra dan pos dijalankan.

Pengkaji juga telah memberikan arahan dengan jelas dan berhati-hati agar maklumat yang

diperolehi dapat membantu pengkaji mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan.
3.5 Prosedur Pengumpulan Data

Pada permulaannya pelajar akan mengisi borang maklumat responden. Pengkaji akan

menjalankan ujian pra untuk mengetahui pencapaian murid. Pengkaji akan membuat temu

bual ke atas murid. Seterusnya menjalankan kaedah latih tubi untuk mengatasai masalah yang

telah dikenalpasti. Setelah menjalankan latih tubi ujian pos akan dijalankan. Ujian pos adalah

untuk melihat keberkesanan teknik latih tubi yang digunakan.

Pengkaji akan menggunakan ujian, pemerhatian dan soal selidik untuk melihat pencapaian

murid setelah teknik latih tubi dijalankan. Pengkaji akan mencatatkan segala data sepanjang

kajian ini dijalankan.

Pengkaji akan membuat soal selidik setelah pemerhatian dibuat. Borang soal selidik

mengandungi 2 bahagian. Bahagian A berkaitan dengan latar belakang murid ( Borang Kajian

1). Bahagian B pula ialah mengenai sikap dan masalah murid (Borang Kajian 2). Dua ujian

akan dijalankan iaitu ujin pra ( Set 1) dan ujian pos ( Set 2). Manakala rekod pemerhatian

digunakan untuk melihat pencapaian sebelum dan selepas kajian.

3.5 Analisis Data

Analisis data melibatkan proses menyusun data. Semua data yang diperolehi akan di semak

dahulu bagi memastikan semuanaya lengkap. Data-data yang diperolehi daripada soalan akan
dianalisis untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Kaedah yang digunakan bagi

memproses data yang diperolehi adalah berdasarkan kekerapan, peratusan dan min. Analisis

data ini adalah berbentuk deskriptif.

3.5.1 Pemerhatian

Melalui instrumen pemerhatian, pengkaji akan mengumpul data kebolehan murid membaca

perkataan berdasarkan borang kemahiran yang dilampirkan. Pencapaian murid akan

dibandingkan antara pemerhatian sebelum dan selepas rawatan. Analisis akan dilihat

berdasarkan peratus kenaikkan perkataan yang boleh dibaca.

3.5.2 Soal selidik

Maklumat daripada soal selidik akan dikumpulakan selepas soal selidik dijalankan. Pengkaji

akan menggunakan statisitik deskriptif untuk menjelaskan perkara-perkara yang berkaitan

dengan respondan. Ini termasuklah menggunakan statistik kekerapan, peratus dan min.

Statistik ini akan menjelaskan mengenai latar belakang responden, jantina, pendapatan dan

lain-lain.

Pengkaji akan melihat peratus kenaikan minat murid kepada pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu. Peratus kenaikan dilihat melalui analisis minat murid yang akan dibina.

3.5.3 Ujian pra dan ujian pos


Pengkaji akan mengumpulkan data daripada ujian pra dan ujian pos. Data akan dianalisis.

Pengkaji akan melihat peningkatan prestasi murid berdasarkan skor markah yang diperolehi.

Data akan dikumpulkan dan akan diukur dalam unit peratusan. Peratusan ujian pra dan ujian

pos digunakan untuk menghasilkan Carta Palang.

3.6 Rumusan

Bab ini telah membincangkan mengenai metadologi kajian ini. Perbincangan ini telah

menyentuh tentang reka bentuk kajian, tempat kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen

kajian. Kaedah pengumpulan data dan cara menganalisis data.

Pengkaji juga membincangkan bagaimana sesi pembelajaran dijalankan. Langkah-langkah

kajian juga dinyatakan agar dapatan kajian dapat diperolehi. Aktiviti yang dilakukan oleh

pengkaji turut dinyatakan di dalam bab ini. Cara menganalisis kajian juga diterangkan.

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan
Dalam bab 4 ini, menghuraikan tentang dapatan yang diperolehi . Kajian dibuat di Sekolah

Kebangsaan Simpang Renggam, Johor ke atas murid tahun 1 Amanah seramai 7 orang.

Perbincangan dibuat berdasarkan analisis yang dilakukan terhadap jawapan ujian pra dan

ujian pos yang telah dibuat oleh responden. Hasil dapatan kajian tersebut dikemukan

berdasarkan urutan kajian seperti berikut:

i. Pemerhatian

ii. Soal selidik

iii. Ujian pra dan ujian pos

4.2 Profil Responden

Kajian ini melibatkan seramai 7 orang murid tahun 1 Amanah. Mereka terdiri daripada 3

orang ( 42.9% ) murid lelaki dan 4 orang (57.1%) murid perempuan. Murid-murid di dalam

kelas ini berbangsa Melayu. Semua responden dijadikan kumpulan eksperimen. Segala

maklumat dapatan murid adalah dirahsiakan untuk menjaga kredibiliti responden. Kesemua

dapatan yang diperolehi dianalisis untuk mendapatkan data yang lebih lengkap dan terperinci.

Maklumat tentang responden telah diringkaskan seperti jadual berikut:

Jadual 4.2. : Profil Responden


Kekerapan Peratus (%)

Lelaki 3 42.9

Perempuan 4 57.1

Jumlah 7 100

Profil Responden
Lelaki
43%

Perempuan
57%

Rajah 4.2 : Profil Responden

4.3 Latar belakang Pendidikan Prasekolah

Berikut adalah latar belakang pendidikan prasekolah responden. Responden terdiri daripada

3 orang yang mendapat didikan awal prasekolah di bawah kelas KEMAS, 2 orang

responden mendapat didikan prasekolah di bawah kelas Perpaduan dan 2 orang responden

mendapat didikan di tadika swasta. Tiada responden yang mendapat didikan awal

prasekolah daripada KPM.


Jadual 4.3 : Jadual Pendidikan Prasekolah

Nama Prasekolah Bilangan Peratus (%)

Kemas 3 42.8

Perpaduan 2 28.6

Swasta 2 28.6

KPM 0 0

Jumlah 7 100

Jadual Pendidikan Prasekolah


Bilangan Peratus

42.8

28.6 28.6

3 2 2 0 0

Kemas Perpaduan Swasta KPM

Jadual 4.3 : Jadual Pendidikan Prasekolah

4.4 Laporan Dapatan Kajian


Dalam dapatan kajian ini, penyelidik menerangkan tentang tiga persoalan kajian yang telah

dinyatakan dalam Bab 1. Setiap satu persoalan kajian disertakan bersama bukti daripada

dapatan-dapatan yang diperolehi daripada Ujian Pra, Ujian Pos dan item-item temu bual dan

pemerhatian.. Bukti-bukti ini digunakan penyelidik mengikut kesesuaian dan keperluan setiap

persoalan kajian.

4.4.1 Analisis Ujian Pra

Jadual 4.4.1 menunjukkan tahap penguasaan responden mengikut item ujian iaitu membaca

kad perkataan KV + KVK dengan betul. Tahap penguasaan responden dinyatakan dalam

bentuk markah yang diperolehi mengikut item kemahiran setelah ujian pra dijalankan.

Jadual 4.4.1 Jadual Pemerhatian Membaca Perkataan Sebelum Kajian

PERKATAAN

BIL NAMA
makan
cawan

kolam
gagak
pagar
gajah

tutup

kasut

tukul

gelas

1 Mona / X / / X / X X / X

2 Anis / X / X / X X / X /
3 Azam / X / X / / X X / /

4 Ali / / X X X X / X / X

5 Ahmad X X X X / X X / X /

6 Zurita X X / / X / X / X X

7 Nisha X X X X X X X X / /

Jumlah 4 1 4 2 3 3 1 3 4 4

Jadual 4.4.2 Jadual Pemerhatian Membaca Perkataan Selepas Kajian


PERKATAAN

BIL NAMA

makan
cawan

kolam
gagak
pagar
gajah

tutup

kasut

tukul

gelas
1 Mona / / / / / / / / / /

2 Anis / / / / / / / / / /

3 Azam / / / / / / / / / /

4 Ali / / / / / / / / / /

5 Ahmad / / / X / / / / / /

6 Zurita / / / / / / / / / /

7 Nisha / X X / / X / / / /

Jumlah 7 6 6 6 7 6 7 7 7 7

Berdasarkan borang pemerhatian , pengkaji mendapat terdapat kenaikan jumlah boleh

membaca perkataan yang ditunjukkan oleh guru. Di mana perkataan pagar dan tukul ,

terdapat peningkatan daripada seorang atau 14% yang boleh membaca kepada 7 orang

atau 100% yang boleh membaca. Malah, pengkaji mendapati terdapat beberapa perkataan

mendapat peningkatan yang tinggi setelah pengkaji menjalankan teknik latih tubi tersebut.

Jadual 4.4.3 Jadual Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos


KEPUTUSAN
BIL NAMA MURID
UJIAN PRA UJIAN POS

1 Mona 50% 100%

2 Anis 50% 100%

3 Azam 60% 100%

4 Ali 40% 100%

5 Ahmad 30% 90%

6 Zurita 40% 100%

7 Nisha 20% 70%

CARTA 4.4 : KEPUTUSAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS


UJIAN PRA UJIAN POS

100 100 100 100


100
90

50 60 70
50
40
30 40

20
MONA
ANIS
AZAM
ALI
AHMAD
ZURITA
NISHA

Carta 4.4 menunjukkan keputusan ujian pra dan ujian pos.Berdasarkan keputusan yang

diperolehi , terdapat responden yang meningkat naik markah ujian pos berbanding
dengan ujian pra. Dapatan daripada kajian menunjukkan terdapat responden yang

mendapat kenaikan markah yang tinggi.Ini dapat dilihat pada responden yang bernama

Zurita yang mendapat kenaikan sebanyak 60% markah daripada markah ujian pra ke

ujian pos.

Terdapat 2 orang murid yang mendapat 100% pada ujian pos dengan peningkatan 50%.

Berdasarkan keputusan ini teknik latih tubi dilihat dapat membantu murid-murid lebih

cepat membaca perkataan. Seterusnya akan membantu murid untuk lebih berminat kepada

membaca .

4.5 RUMUSAN

Secara keseluruhan ,mengikut analisa data menunjukkan peningkatan markah ujian pra

dan ujian pos. Begitu juga hasil soal selidik sebelum dan selepas kajian. Peningkatan

ini menunjukkan bahawa teknik latih tubi yang digunakan pengkaji telah membantu

meningkatan tahap kemahiran membaca suku kata tertutup KV + KVK . Malahan

bimbingan yang diberikan secara kerap juga dilihat dapat membantu murid membaca

dengan cepat.

Kesimpulannya teknik latih tubi disamping penggunaan bahan dan kaedah yang menarik

dapat membantu murid cepat membaca. Selain itu dapat menimbulkan minat murid

untuk membaca.
BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN


5.1 Pengenalan

Bab ini akan menerangkan tentang rumusan hasil kajian, membincangkan dapatan kajian

berkaitan tahap penguasaan murid-murid, implikasi dapatan kajian setelah teknik latih tubi

digunakan dan seterusnya mencadangkan kajian lanjutan yang berkaitan.

5.2 Rumusan Hasil Kajian

Dapatan dari hasil kajian dan soal selidik, mengesahkan sememangnya terdapat

peningkatan kebolehan membaca perkataan du suku kata KV + KVK.

Jika dilihat perbezaan markah antara ujian pra dan ujian pos, jelaslah menunjukkan

kaedah latih tubi banyak membantu dalam meningkatkan kemahiran membaca murid-

murid. Penggunaan kad perkataan dan suku kata secara latih tubi banyak membantu

murid meningkatkan kemahiran membaca. Penggunaan power point juga membantu

murid dalam mempelbagaikan instrument semasa kajian.

Latih tubi menggunakan kaedah gabungan bunyi kata dilihat dapat membantu murid

untuk lebih cepat membaca. Murid diberikan latihan berulang kali membunyikan suku

kata sebelum beralih kepada perkataan.


Kajian ini berbentuk kes. Bentuk kajian ini dipilih kerana pengkaji mudah

mengumpulkan maklumat serta dapat menumpukan lebih perhatian terhadap kajian

yang dijalankan. Setelah mendapat keputusan Saringan LINUS dan mengesan masalah

murid, pengkaji telah mengambil profil murid.

Proses pengumpulan data dijalankan di dalam kelas terhadap kumpulan sasaran ( sampel

kajian) seramai 7 orang responden melalui ujian pra yang telah dijalankan melalui sesi

pengajaran dan pembelajaran secara tradisional untuk melihat pencapaian awal murid. Data

tersebut akan dikutip oleh pengkaji untuk dianalisa. Setelah data diperoleh, penyelidik akan

menjalankan pengajaran menggunakan teknik latih tubi terhadap murid yang dipilih.

Pemerhatian secara tidak langsung dilakukan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran

berlangsung untuk melihat sikap dan tingkah laku murid terhadap pembelajaran perkataan

KV + KVK. Setelah murid diajar dengan teknik ini, pengkaji akan memberikan ujian pos

kepada semua murid untuk mengetahui keberkesanan penggunaan teknik tersebut. Selain itu,

pengkaji juga akan mendapatkan maklum balas murid terhadap minat dan sikap terhadap

pembelajaran perkataan KV + KVK berkenaan.

Setelah mendapat keputusan ujian pra , rawatan dijalankan. Pengkaji menjalankan teknik

latih tubi dalam rawatan ini.Pengkaji telah menggunakan latih tubi kaedah gabungan
bunyi kata. Kaedah gabungan ini dilihat amat sesuai didalam rawatan yang diberikan

kepada murid-murid. Rawatan ini diberikan selama 1 jam setiap hari.

Keputusan ujian pos telah dianalisis untuk mengetahui keberkesanan teknik latih tubi

yang digunakan. Sama ada teknik latih tubi ini dapat meningkatkan kemahiran membaca

murid-murid.

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

Daripada kajian yang telah dijalankan, teknik latih tubi telah dapat meningkatkan

kemahiran membaca murid. Berdasarkan keputusan ujian pra dan ujian pos yang

dijalankan menunjukkan keputusan yang meningkat. Ini menunjukkan keberkesanan

teknik ini. Jelaslah berdasarkan keputusan ujian yang meningkat selepas diberikan

rawatan, teknik latih tubi ini dapat membantu meningkatkan kemahiran membaca murid.

Berdasarkan graf perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pos, dilihat peningkatan

markah murid hamper 50%. Di mana selepas diberikan latih tubi membaca perkataan

dua suku kata , murid dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan.


Proses latih tubi ini berdasarkan teori behavioris , adalah untuk memberi latihan dan

pengulangan yang bersifat peneguhan terhadap sesuatu konsep yang telah dipelajari.

Penggunaan latih tubi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kemahiran

dan pengetahuan murid. Oleh itu teknik latih tubi merupakan satu teknik yang berkesan

dalam meningkatkan kemahiran membaca murid-murid. Guru juga boleh menyediakan

pelbagai bahan dalam menjalankan teknik latih tubi ini. Dengan bantuan bahan mengajar

seperti kad perkataan, kad suku kata dan power point dapat menarik minat murid-murid

untuk belajar. Malah dapat membantu murid untuk lebih menguasai kemahiran membaca.

Menurut Hassan Mohd Ali (2007) , berkaitan dengan jangka panjang. Sekiranya anda rajin

mengulang , ia akan kekal lama. Seperti formula sekiranya anda rajin menyebutnya

berulang kali anda dapati ia mudah diingat. Kaedah latih tubi dan ulang banyak kali

dapat meningkatkan daya ingatan anda.

Maka itu guru-guru harus sedar tidak semua murid dapat menguasai kemahiran

membaca dengan cepat. Melalui pelbagai teknik seperti latih tubi dapat membantu murid

dalam menguasai kemahiran membaca.

5.4 Implikasi Dapatan Kajian


Dapatan kajian ini membawa kepada implikasi penting iaitu:

a. Teknik latih tubi dapat menarik minat murid seterusnya mengekalkan penumpuan

murid terhadap pengajaran guru. Murid juga dapat melibatkan diri secara aktif

dalam aktiviti. Oleh itu, pengkaji bercadang untuk meneruskan teknik latih tubi

terhadap murid-murid tahun satu di kelas lain.

b. Aktiviti yang dijalankan amat membantu kajian. Oleh itu, pengkaji ingin

menggunakan aktiviti dan teknik yang sama bagi meningkatkan penguasaan

murid-murid dalam kemahiran membaca perkataan KV + KVK.

c. Setelah kajian ini dilakukan, beberapa masalah lain juga telah dapat dikenal pasti.

Oleh itu, kajian lanjutan berkaitan masalah tersebut perlu dilakukan pada masa

hadapan. Kajian yang berkaitan dengan penulisan perkataan konsonan berganding

perlu bagi membolehkan murid-murid mengurangkan kesilapan dalam penulisan

pada tahun dua. Terdapat responden yang menulis perkataan menyiram menjadi

meniram, menyikat jadi menikat dan menyepak jadi menepak. Secara tidak

langsung, pengkaji dapat mengesan murid-murid yang berkemungkinan

bermasalah dalam menulis perkataan konsonan berganding.

d. Guru haruslah merancang setiap pengajaran dan pembelajaran dengan sebaik-

baiknya supaya murid dapat memberi tumpuan terhadap aktiviti-aktiviti yang

dijalankan. Guru haruslah menggunakan alat bantu mengajar dan isi pelajaran
yang sesuai mengikut tahap kebolehan murid. Di akhir pelajaran juga guru mesti

membuat penilaian terhadap objektif dan penguasaan murid serta mengambil

langkah-langkah selanjutnya untuk murid-murid yang menghadapi masalah

pembelajaran.

e. Suasana kelas yang kodusif dan ceria juga mampu menggalakkan pembelajaran

khasnya pada sudut bahasa. Oleh itu, satu pertandingan sudut bahasa boleh

diadakan bagi melihat penglibatan murid. Satu kajian boleh dilakukan untuk

menguji keberkesanan sudut bahasa dalam meningkatkan kemahiran tatabahasa

murid.

f. Selain teknik latih tubi , pengkaji dapati pihak sekolah perlu lebih banyak

mengadakan pendedahan terhadap murid-murid mengenai aktiviti bahasa di

sekolah. Aktiviti bahasa yang dimaksudkan seperti pertandingan berbahas, kuiz,

permainan bahasa, pertandingan bercerita dan melafazkan puisi.

g. Melalui kajian ini, pengkaji dapati, Ibu bapa dan pihak sekolah mestilah

mempunyai hubungan yang rapat supaya pihak waris dapat mengetahui sejauh

mana kemajuan pelajaran anak-anak mereka. Perbincangan dengan pihak sekolah

sebenarnya dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-

anak mereka dan seterusnya berusaha mengatasi masalah tersebut secara bersama.
Kajian ini hanya merupakan kajian awal tentang penguasaan kemahiran membaca

perkataan KV + KVK menggunakan teknik latih tubi. Kajian yang lebih terperinci dan

tepat perlu dilakukan untuk memantapkan lagi dapatan kajian ini. Begitu juga dengan

kajian-kajian lain yang berkaitan dengan masalah yang telah dikenal pasti dihadapi oleh

responden selepas kajian ini dilakukan.

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian ini menggunakan sampel yang kecil , iaitu 7 orang sebagai sampel. Rawatan

yang diberikan pula adalah 15 jam. Oleh itu, dicadangkan agar lebih ramai lagi sampel

diambil dan rawatan yang diberikan lebih daripada 15 jam. Teknik latih tubi ini boleh

digunakan dalam membantu murid untuk membaca ayat mudah dengan lebih cepat

lagi.

Setelah melihat keberkesanan kajian ini, adalah dicadangkan kajian ini boleh diteruskan

pada masa akan datang bagi meningkatkan lagi prestasi murid dan melihat minat murid

terhadap bahan bacaan.

5.5.1 Murid-murid
Kajian ini menunjukkan teknik latih tubi telah mendapat meningkatkan kemahiran murid
dalam membaca perkataan KV + KVK. Murid-murid bukan hanya memerlukan satu
pendekatan dan teknik pengajaran yang fleksibel dan inovatif yang menarik perhatian
mereka sahaja, tetapi yang paling penting ialah strategi yang dapat membantu mereka untuk
menguasai kemahiran membaca KV + KVK dari peringkat awal lagi.

5.5.2 Guru dan Panitia Bahasa Melayu

Guru perlu menggunakan pelbagai teknik dan strategi semasa mengajar kemahiran
membaca KV + KVK murid tahun satu supaya mereka mudah menguasai kemahiran dengan
cepat. Kaedah yang digunakan hendaklah sesuai dengan tahap dan kemampuan murid untuk
memudahkan mereka mengikuti setiap pengajaran guru dengan lebih berkesan. Panitia
Bahasa Melayu juga perlu memainkan peranan dalam mengatasi masalah kelemahan
penguasaan membaca KV + KVK dalam kalangan murid tahun satu dengan merangka
tindakan seperti program anak angkat, program kelas tambahan dan sebagainya.

5.5.3 Ibu bapa dan Penjaga

Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting semasa di rumah untuk membantu anak-
anak mereka menguasai kemahiran membaca KV + KVK. Ini kerana ibu bapa adalah insan
yang paling hampir dengan mereka. Mereka akan terasa dihargai jika ibu bapa mereka
mengambil berat akan hal pembelajaran mereka.

5.5.4 Jabatan Pelajaran Negeri


Jabatan Pelajaran Negeri perlu menganjurkan pelbagai kursus berkaitan pedagogi terkini
secara kerap supaya guru menguasai banyak ilmu berkaitan pengajaran dan pembelajaran
tentang cara meningkatkan kemahiran membaca murid seawal tahap satu.

5.5.5 Institut Pendidikan Guru

Institut Pendidikan Guru adalah institusi yang melaksanakan latihan perguruan di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia. Institusi ini perlu melatih guru-guru yang mengajar Bahasa
Melayu yang mahir dan berpengalaman untuk mendalami ilmu untuk mengajar kemahiran
membaca secara terperinci. Kebanyakan guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah
rendah dewasa ini terdiri daripada guru yang bukan dari opsyen Bahasa Melayu tetapi dari
opsyen Matematik, Sains dan lain-lain. Oleh kerana bidang perguruan bukan sekadar pilihan
terakhir bagi graduan, Institut Pendidikan Guru perlu menambah syarat tambahan untuk
kemasukan guru pelatih iaitu memastikan mereka mesti mempunyai minat terhadap bidang
perguruan dan sanggup berkorban masa dan tenaga untuk anak didik.

5.6 Rumusan
Daripada kajian yang telah dijalankan ini kita dapat melihat perbezaan tahap penguasaan

kemahiran membaca KV + KVK dalam kalangan murid-murid yang dikaji setelah pengajaran

dengan menggunakan teknik latih tubi dijalankan berbanding pengajaran secara tradisional.

Walaubagaimanapun, secara keseluruhannya murid-murid tahun satu yang dikaji ini dapat

menguasai kemahiran membaca KV + KVK dengan begitu baik sekali. Namun, masih

terdapat seorang murid yang masih boleh ditingkatkan lagi tahap penguasaan mereka. Murid-

murid ini berada pada tahap yang memuaskan dan sedikit usaha perlu untuk proses

pemantapan bagi menjadikan murid-murid ini cekap dalam membaca terutamanya kemahiran

membaca KV+ KVK.

Kajian ini diharap dapat membantu guru khususnya guru-guru Bahasa Melayu tahun satu

yang menghadapi masalah dalam penguasaan kemahiran membaca KV + KVK. Melalui

kajian ini diharap dapat meningkatkan prestasi murid serta memperbaiki teknik pengajaran

dan pembelajaran guru. Diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada

pengkaji dan rakan-rakan guru yang lain. Kejayaan murid menjadi kayu pengukur kepada

pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran guru.

RUJUKAN
Abdul Aziz Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu, Prisip,Kaedah dan Teknik.

Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Sawpi Lawi (1998). Menguasai Kemahiran Membaca : Satu Keperluan Manusia.

Jabatan Bahasa. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

Harison Bt Othman(2005) Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca

Dengan Menggunakan Kaedah Kad Bacaan. Perlis. Institut Perguruan Perlis

Juriah Long, et.al. (1992), Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur

Fajar Bakti

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku Panduan Pelaksanaan

Program Pendidikan Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala

Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

Siti Rosmah dan Saripah Sarif. (2006). Ting Ting meningkatkan kemahiran membaca

perkataan gabungan suku kata terbuka dan tertutup KV KVK dalam kalangan murid

pemulihan khas. Jurnal Kajian Tindakan Sekolah Rendah Negeri Johor,Jilid 1/2006

Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.72-78.

http://azimaris.blogspot.com/2012/06/apa-itu-linus.html

www.kajiantindakansekolahrendah.my
http://keterampilanmembacabmk.blogspot.com/2013/03/blog-post.html

http://idarmawati-kajiantindakan-inovasi.blogspot.com/2011/12/format-penulisan-

rujukan.html

http://www.ukm.my/jpbm/pdf/1-12_Rasid_UPM.pdf

http://www.scribd.com/doc/38399577/Meningkatkan-Kemahiran-Membaca-Melalui-Kad-

Bacaan#download
SEKALUNG PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah NYA dapatlah

saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan pada masa yang telah ditetapkan. Di

kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu

En.Shahren Bin Abdullah kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan

kepada saya sepanjang menjalankan tugasan ini.

Akhir sekali, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan

yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam membuat esei ilmiah

ini. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada masa hadapan dan

saya amat menghargainya. Pengalaman menyiapkan tugasan esei ilmiah ini cukup menarik

bagi saya.

Sekian Terima Kasih.

RAHIMAH BT ROBI

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1. Abstrak i

2. Bab 1- Masalah Kajian

2.1 Pengenalan 2

2.2 Pernyataan Masalah 3-5

2.3 Persoalan Kajian 6

2.4 Objektif Kajian 7

2.5 Kepentingan Kajian 7

2.6 Batasan Kajian 7

2.7 Rumusan 7-8

3. Bab 2- Tinjauan Literatur

3.1 Pengenalan 8

3.2 Literatur Timur 9- 14

3.3 Literatur Barat 15-16

3.4 Rumusan 16

4. Bab 3- Kaedah Kajian

4.1 Pengenalan 17

4.2 Reka Bentuk Kajian 17-18

4.3 Sampel 19

4.4 Instrumen Kajian 20-24


4.5 Prosedur Pengumpulan Data 24-25

4.6 Analisis Data 25

4.7 Rumusan 26

5 Rujukan

6 Lampiran
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN YANG

MEMPUNYAI SUKU KATA KV + KVK DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK

LATIH TUBI DALAM KALANGAN MURID LINUS TAHUN 1.

HBEF 2503

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

NAMA : RAHIMAH BT ROBI

NO.KAD PENGENALAN : 740819-01-5758

NO. MATRIK : 740819015758001

NO.TELEPHONE : 013 7220395

PENSYARAH : ENCIK SHAHREN B

You might also like