You are on page 1of 10

Meningkatan Kemahiran Menulis Perkataan Digraf Ng Dan Ny Dengan

Menggunakan Kaedah LamSuT


Nur Ain Hazwani Binti Abdu Rahman
Mohd Nor Bin Mohamed

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Mentakab Chatin, Mentakab.
Penyelidikan ini dijalankan untuk melihat keberkesanan kaedah LamSuT dalam mengatasi masalah
menulis perkataan digraf ng dan ny dalam kalangan murid kelas 3 Cenderasari. Seramai tiga orang
murid telah dipilih, terdiri daripada dua orang murid lelaki dan seorang murid perempuan untuk
menjadi responden bagi kajian ini. Kajian ini telah dilakukan secara kualitatif dan kuantitatif supaya
data yang dianalisis dapat memberi jawapan yang tepat bagi persoalan kajian yang dikemukakan.
Antara instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah, ujian, pemerhatian, soal selidik, latih tubi,
analisis dokumen dan rakaman foto serta video. Kajian ini berfokus kepada masalah murid untuk
menulis perkataan digraf ng dan ny walaupun mereka boleh membaca perkataan tersebut. Melalui
data yang dikumpulkan, terdapat dua orang responden yang memperoleh markah penuh dalam ujian
pasca dengan peningkatan yang sangat tinggi. Manakala seorang lagi menunjukkan peningkatan
markah yang ketara juga berbanding ujian pra namun tidak memperoleh markah penuh dalam ujian
pasca. Selain itu, kesemua responden menunjukkan keselesaan dengan bahan yang digunakan dalam
kaedah LamSuT dan mereka menggunakannya dengan baik. Tuntasnya, keputusan keseluruhan
kajian menunjukkan bahawa kaedah LamSuT mampu mengatasi masalah menulis perkataan digraf
ng dan ny dalam kalangan murid tahun 3 Cenderasari dengan berkensan.
Kata kunci : Kaedah LamSuT, perkataan digraf ng dan ny, kemahiran menulis

PENGENALAN
Bahasa Melayu merupakan identiti Negara yang tidak boleh dipandang enteng dan harus sentiasa
diperkukuhkan walaupun banyak perkara yang menjadikan Bahasa Melayu semakin dilupai. Dalam
arus globalisasi yang semakin hebat mutakhir ini, Bahasa Melayu terpaksa menghadapi pelbagai
cabaran yang boleh menggangu gugat keagungannya yang menjadi bahasa rasmi di Negara ini.
Semakin hari, semakin banyak seminar-seminar, kajian-kajian dan kempen-kempen yang diadakan
untuk memastikan Bahasa Melayu di Negara ini tidak menyembah bumi kerana dibuang oleh bangsa
sendiri.

Dalam bidang pendidikan, khususnya di sekolah, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar
dan semua murid yang belajar di Negara ini wajib mempelajari Bahasa Melayu walaupun mereka bukan
dalam kalangan kaum Melayu. Namun sejauh mana tahap penguasaan murid-murid di sekolah tentang
subjek Bahasa Melayu tidak boleh menjamin bahawa Bahasa Melayu akan terus memercu
kegemilangannya seperti zaman terdahulu. Guru merupakan golongan yang perlu memainkan peranan
yang penting dalam memastikan penguasaan murid dalam Bahasa Melayu walaupun ia bukan perkara
yang mudah. Murid mempunyai pelbagai tahap dan kemampuan yang menjadi cabaran pada guru untuk
memastikan murid-murid mampu kuasai Bahasa Melayu dengan baik.

Selain itu, penggubalan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah, Kementerian
Pelajaran Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid yang mampu untuk menguasai kemahiran bahasa
dengan baik. Murid-murid diharapkan mampu untuk bertutur dengan baik, mendengar dengan aktif,
membaca dengan betul, menulis dengan tepat dan dalam masa yang sama boleh melakukan pelbagai
kemahiran tambahan yang telah diserapkan di bawah elemen seni berbahasa seperti, berpantun,
bercerita dan bersajak. Kemahiran berbahasa ini saling berkait antara satu sama lain, murid tidak akan
mampu untuk bergerak jauh dalam arena kecemerlangan diri jika hanya tahu bertutur sahaja, atau jika
tahu membaca sahaja. Bertutur, membaca dan menulis merupakan sesuatu inti pati untuk membentuk
seseorang murid yang berjaya terutamanya dalam bidang pendidikan. Dunia kini, ramai dalam
kalangan murid yang tidak tahu membaca atau lambat membaca dan hal ini memberi impak kepada
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Apabila tidak tahu membaca, maka tidak mampu
bertutur dan dalam masa yang sama, murid dalam golongan ini juga akan menghadapi masalah untuk
menulis.

FOKUS KAJIAN
Masalah, sesuatu yang sentiasa ada dan tidak pernah lekang dalam apa jua keadaan, termasuk dalam
bidang pendidikan. Dalam bidang pendidikan, masalah timbul dalam banyak aspek seperti masalah
pengajaran dan pembelajaran, masalah pentadbiran, masalah pengurusan murid dan sebagainya.
Namun, setiap masalah pasti ada penyelesaian dan pengkaji telah menghadapi masalah untuk
menghadapi murid yang tidak tahu menulis perkataan yang mengandungi huruf digraf ng dan ny.
Pengkaji mengalami masalah ini melalui pemerhatian yang dibuat, murid boleh membaca
apabila dibimbing oleh guru dan apabila diminta untuk membaca bersama-sama rakan lain. Namun,
apabila murid diminta untuk membaca secara individu, ketika ini masalah akan timbul. Mereka akan
mula gagap, kaku dan tidak boleh membaca. Apabila tidak boleh membaca, mereka tidak boleh
mengeja dalam lisan dan juga tulisan tetapi bukan bagi semua perkataan kerana perkataan yang biasa
dengan mereka, tidak berlaku masalah dari segi membaca. Pengkaji merasakan hal seperti ini tidak
patut berlaku kerana mengikut Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan
Tahap Satu, murid telah didedahkan dengan huruf digraf bermula dari mereka Tahun Satu lagi
sehinggalah ke Tahun 2 melalui kemahiran menulis dan Tahun 3 dalam kemahiran membaca.
Namun apa yang terjadi tidak seiring dengan apa yang telah digariskan. Di Tahun Satu dan
Dua mereka sepatutnya telah menguasai kemahiran menulis perkataan yang mempunyai huruf digraf
dan di Tahun Tiga mereka boleh membaca perkataan tersebut dengan baik. Masalah yang timbul
apabila mereka tidak boleh menulis dan membaca pada Tahun Tiga. Justeru itu, fokus kajian akan terus
statik berada pada permasalahan ini. Permasalahan ini timbul oleh kerana tahap kemampuan murid
untuk menerima sesuatu ilmu yang mereka pelajari. Mungkin kemampuan mereka untuk mengeja
perkataan perkataan ini sebenarnya sudah menjadi masalah sejak mereka di Tahun Satu atau Tahun
Dua, namun tiada siapa yang sedar atau bertanggungjawab untuk menanganinya.

PERLAKSANAAN TINDAKAN
Kajian ini telah dilaksanakan selama dua minggu kerana kekangan masa yang terlampau terhad. Dalam
masa dua minggu, pengkaji perlu menjalankan kaedah LamSuT terhadap responden yang telah
dikenalpasti melalui ujian dianogsis yang dijalankan semasa praktikum Fasa III. Perlaksanaan kajian
ini dipecahkan kepada enam peringkat perlaksanaan yang telah dirancang lebih awal dari tempoh
melaksanakan kajian supaya apa yang ingin berjalan dengan baik. Jadual di bawah menunjukkan
perlaksanaan kaedah LamSuT dalam membantu murid untuk menulis perkataan digraf ng dan ny.

LANGKAH
1
2
3

6
7
8
9

AKTIVITI
Mengenal pasti masalah yang ingin dikaji
Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan
untuk kajian tindakan.
Peringkat 1
- Menjalankan ujian pra ke atas responden
sebelum kenalkan kaedah.
Peringkat 2 : Perlaksanakan Kaedah LamSuT
- Penerangan tentang huruf digraf ng dan ny
kepada responden.
- Memperkenalkan kaedah LamSuT kepada
responden
Peringkat 3 : Perlaksanaan kaedah
- Latihan menggunakan kaedah LamSuT
secara tidak lansung.
- Menjalankan Latih Tubi 1
Peringkat 4 : Perlaksanaan kaedah
- Menjalankan Latih Tubi 2
- Menjalankan Latih Tubi 3
Peringkat 5: Menjalankan ujian pasca kepada
responden
Peringkat 6 : Menilai dan menganalisis data
yang diperoleh.
Meneruskan proses untuk menyiapkan laporan
kajian tindakan.

CATATATAN
Praktikum Fasa III
Cuti semester 7
Minggu 1
27/7/2015

Minggu 1
28/7/2015

Minggu 1
29/7/2015
Minggu 1
30/7/2015
Minggu 2
3/8/2015
Minggu 2
4/8/2015 5/8/2015
Minggu 2
6/7/2015 7/7/2015

Jadual 1 : Peringkat Tindakan Kajian Dijalankan

METODOLOGI KAJIAN
Berdasarkan Rajah 1 di bawah, terdapat lima langkah yang perlu dilakukan untuk menjalankan kajian
tindakan dengan menggunakan Model Kurt Lewin. Dalam hal ini, pengkaji telah membuat senarai
pendek beberapa masalah yang dihadapi oleh murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran
dilakukan. Namun setelah melihat kembali Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah Tahap 1,
masalah menulis perkataan digraf ng dan ny merupakan satu masalah yang patut diselesaikan kerana
masalah tersebut sepatutnya tidak terjadi dalam Tahun 3.
Seterusnya, setelah mengenal pasti masalah yang ingin diselesaikan, pengkaji mula merancang
satu kaedah yang sesuai dan menarik bagi mengatasi masalah menulis perkataan digraf ng dan ny.
Pada peringkat ini, pengkaji turut membuat beberapa tinjaun literatur tentang masalah yang sama untuk
dijadikan panduan bagi menyelesaikan masalah ini. Setelah berbincang dengan penyelia kajian
tindakan, pengkaji merancang satu kaedah yang dikenali sebagai kaedah LamSuT yang melibatkan
pergerakan mata, tangan dan pemikiran responden bagi menulis perkataan digraf ng dan ny.

Proses yang seterusnya ialah, menjalankan tindakan yang telah dirancang di sekolah yang telah
di tetapkan. Pengkaji hanya diberi masa selama dua minggu untuk menyelesaikan kajian ini dan dalam

masa yang sama, proses pengumpulan data turut berlaku. Proses pengumpulan data dibuat berdasarkan
kepada kaedah pengumpulan data yang telah dipilih oleh pengkaji untuk selesaikan masalah ini. Segala
keperluan untuk menjalankan proses pengumpulan data perlu disediakan dengan rapi supaya semua
perkara yang ingin dilaksanakan dapat berjalan dengan baik.
Seterusnya, proses terakhir mengikut model ini ialah, refleksi. Pengkaji perlu melihat kembali
apa yang telah dilakukan dan melihat kesan yang diperoleh oleh responden. Jika hasil kajian yang
diperoleh, positif maka pengkaji perlu menambahbaik kaedah yang ada supaya boleh digunakan untuk
masalah yang lain dan jika sebaliknya, pengkaji perlu melihat semula bagaimana kaedah tersebut
dirancang dan dilaksanakan serta mencari punca tentang kegagalan kaedah tersebut. Selain itu, proses
penilaian dan pemerhatian juga turut terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam kajian ini
tidak kira di peringkat yang mana sekalipun.

Rajah 1 : Model Kitaran Kurt Lewin


Kitaran
seterusnya

1. MENGENAL PASTI IDEA


UTAMA
Mengenal pasti beberapa
masalah dalam P&P.
Murid mempunyai masalah
membaca dan menulis
perkataan digraf 'ng' dan 'ny'.

5. REFLEKSI
Menganalisis dan menilai
Membuat refleksi. mengenai
keberkesanan tindakan
berdasarkan data yang
dikumpul.

4. PENGUMPULAN DATA
Mengumpul data berkaitan
dengan tindakan yang telah
dijalankan dan kesan yang
diperoleh hasil tindakan yang
dilaksanakan.

OBJEKTIF

2. MERANCANG
Merancangan tindakan
yang akan dilakukan
dengan menggunakan
kaedah 'LamSuT'.

3. TINDAKAN
Melaksanakan tindakan
yang telah dirancang
dengan menggunakan
kaedah 'LamSuT'.

Objektif Umum
Objektif umum penyelidikan tindakan ini ialah, untuk meningkatkan tahap penguasaan murid
Tahun 3 Cenderasari di Sekolah Kebangsaan Mentakab Chatin dalam aspek kemahiran
membaca dan menulis perkataan yang melibatkan huruf digraf ng dan ny.

Objektif Khusus
Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk :
a) Membantu murid menulis perkataan yang melibatkan huruf digraf ng dan ny tanpa
bimbingan guru dengan menggunakan kaedah LamSut.
b) Meningkatkan kefahaman dan keseronokan murid melalui pengajaran guru dengan
menggunakan kaedah LamSuT.

KUMPULAN SASARAN
Responden yang terpilih terdiri daripada murid yang agak pasif ketika berada di dalam kelas. Mereka
biasanya hanya mendengar dan membuat apa yang diarahkan walaupun apa yang dilakukan itu salah.
Kerja sekolah yang diberikan siap namun jarang jawapan yang diberikan oleh mereka betul.
Responden-responden ini juga berasal daripada keluarga yang sederhana sahaja dari aspek ekonomi dan
tahap kognitif mereka yang agak perlahan. Namun, mereka tidak tergolong dalam golongan murid yang
malas dalam pembelajaran. Jadual di bawah menunjukkan maklumat tentang responden yang telah
dipilih berdasarkan keperluan kajian :

Bil.

Subjek

Jantina

Umur Pada Julai 2015

1.

R1

Lelaki

9 Tahun 7 Bulan

2.

R2

Lelaki

9 Tahun 3 Bulan

3.

R3

Perempuan

8 Tahun 10 Bulan

Jadual 2 : Jantina Dan Umur Subjek Ketika Kajian Dijalankan

INSTRUMEN KAJIAN

Ujian Pra dan Pasca

Ujian merupakan satu instrumen yang dilakukan oleh pengkaji untuk melihat kemampuan responden
samada sebelum kaedah diperkenalkan dan selepas kaedah diperkenalkan. Melalui ujian juga, pengkaji
boleh melihat tahap pencapaian yang diperoleh responden ke atas sesuatu masalah yang dihadapi. Ujian
boleh dibuat dalam pelbagai bentuk samada untuk melihat keupayaan kognitif, afektif ataupun
psikomotor responden. Terdapat beberapa jenis ujian iaitu ujian pencapaian, ujian diagnostik, ujian
personaliti dan ujian kecergasan. Ujian yang dilaksanakan perlu menjawab soalan kajian dengan baik.
Oleh itu, pengkaji telah memilih ujian pra dan ujian pasca untuk dijalankan ke atas responden bagi
menyiapkan kajian yang dilaksanakan. Ujian pra dijalankan sebelum kaedah diperkenalkan dan ujian
pasca dijalankan selepas kaedah dijalankan.

Soal Selidik

Soal selidik merupakan satu set soalan atau beberapa item penyataan yang diberikan kepada responden
dalam bentuk tulisan. Soal selidik dibuat bertujuan menjawab persoalan kajian dan hasil soal selidik
akan dianalisis. Kebiasaannya, soal selidik akan digunakan dalam kajian yang berkaitan dengan
perniagaan dan pendidikan. Dalam masa yang sama, pengkaji perlu tahu bagaimana soalan yang ingin
ditanya tanpa dipengaruhi oleh emosi dan tahap soalan tidak melampaui tahap responden yang terlibat.
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan soal selidik yang mempunyai lebih dari satu
pilihan jawapan untuk responden memilih jawapan yang mereka rasakan sesuai tanpa ada unsur desakan
daripada mana-mana pihak. Selain itu, dengan menggunakan soal selidik juga, maklumat yang ingin
dikumpul dapat diperoleh dalam masa yang cepat, kos yang diperlukan tidak terlampau tinggi dan boleh
dilaksanakan di mana-mana sahaja, hal ini turut disokong oleh Gillham (2000).

Penelitian Dokumen

Penelitian dokumen dibuat untuk mendapatkan kesahan yang tepat untuk sesuatu perkara. Dalam hal
ini, pengkaji telah membuat penelitian dokumen ke atas buku aktiviti responden setelah ujian pra
dijalankan untuk melihat adakah responden memang mempunyai masalah dalam menulis perkataan
digraf ng dan ny. Selain itu, pengkaji juga membuat penelitian dokumen kepada ujian pra, ketigatiga set latih tubi dan ujian pasca yang diberikan sepanjang kajian dijalankan. Melalui penelitian
dokumen ini, pengkaji juga dapat melihat perubahan responden dan memudahkan urusan pengkaji
untuk menganalisis data yang diperoleh daripada setiap tindakan yang dibuat.

Latih Tubi

Pengkaji telah menyediakan tiga set latih tubi yang berbeza untuk tiga responden yang telah dipilih.
Latih tubi yang disediakan mempunyai bentuk yang berbeza namun perkataan yang sama. Hal ini
dilakukan bersesuaian dengan kemampuan pengkaji dalam menjalankan kajian ini kerana agak
mustahil untuk pengkaji melibatkan semua perkata digraf ng dan ny dalam set latih tubi tersebut.
Latih tubi dilaksanakan selepas kaedah LamSuT diperkenalkan dan diterangkan kepada responden
dan pengkaji sentiasa mengingatkan responden tentang kaedah yang dilaksanakan supaya dapat
meminimakan kesalahan yang dibuat. Segala dapatan yang diperoleh melalui latih tubi ini akan
direkodkan oleh pengkaji mengikut skala pemarkahan untuk dianalisis bagi melihat keberkesanan
kaedah yang telah dilaksanakan.

Pemerhatian

Pemerhatian bermaksud penglihatan yang tepat dan penulisan sesuatu fenomena yang wujud
secara semula jadi dengan memberikan perhatian terhadap sebab dan kesan atau hubungan yang berkait.
Pengkaji akan melihat sebab dan akibat berdasarkan apa yang telah berlaku sepanjang kajian berjalan
dan hal ini boleh mempengaruhi hasil kajian di akhirnya samada kajian berjaya atau sebaliknya. Hal
ini turut disokong oleh Shelley Anand, Karl Weicks (2002).
Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah memilih cara pemerhatian berstruktur dengan
menggunakan borang pemerhatian untuk melihat respon daripada responden berkaitan dengan kaedah
yang telah dijalankan. Pengkaji telah menetapkan beberapa aktiviti yang perlu diperhatikan sepanjang
kajian dijalankan. Pengkaji akan menganalisis data yang diperoleh untuk membuat perkaitan dengan
keberhasilan kaedah LamSuT yang telah diperkenalkan.

Rakaman video dan foto

Penggunaan kaedah rakaman video dan foto telah digunakan oleh pengkaji untuk mengambil foto
perilaku responden semasa menjalani latih tubi yang diberi. Melalui foto-foto yang diambil, pengkaji
boleh menilai bagaimana tahap penerimaan responden tentang apa yang telah dijalankan ketika sesi
latih tubi tersebut. Selain itu, rakaman video turut diambil untuk melihat kembali bagaimana proses
kaedah diperkenalkan dan digunakan oleh responden. Hal ini boleh dijadikan satu data yang sahih
tentang kajian yang dilakukan kerana rakaman video tidak boleh ditipu oleh pengkaji.
Terdapat banyak kelebihan menggunakan rakaman video dan foto dalam menjalankan sesuatu
kajian, antaranya ialah, pengkaji dapat melihat gerak balas yang diberikan oleh responden samada suka
atau tidak, bagaimana penerimaan responden tentang kaedah yang diperkenalkan dan boleh menilai
sesuatu situasi dengan lebih jelas. Namun, dengan menggunakan kaedah ini, pengkaji harus peka
dengan video dan foto yang diambil supaya apa yang diambil mempunyai makna yang tersendiri untuk
difahami bukannya mengambil sesuatu foto tanpa ada nilai yang ingin diperhatikan atau merakam video
yang tiada ilmu di dalamnya untuk dijelaskan kepada khalayak yang melihatnya.

DAPATAN KAJIAN
Kajian ini direka untuk mengurangkan masalah menulis perkataan digraf ng dan ny dalam kalangan
murid tahun 3, khususnya kepada tiga orang murid yang telah dipilih dalam kelas 3 Cenderawasih
Sekolah Kebangsaan Mentakab Chatin. Dalam masa yang sama, pengkaji ingin menguji kaedah
LamSuT yang direka samada mampu membantu murid untuk atasi masalah yang dihadapi ataupun
tidak.
Persoalan 1 : Adakah penggunaan kaedah LamSuT dapat membantu murid untuk
menulis perkataan yang melibatkan huruf digraf ng dan ny tanpa bimbingan guru?
Setelah meneliti data yang diperoleh, jelas terbukti bahawa kaedah LamSuT dapat membantu
murid untuk menulis perkataan yang melibatkan huruf digraf ng dan ny tanpa bimbingan guru. Hal
ini terbukti apabila pengkaji meneliti graf skor LamSuT yang menunjukkan perubahan responden
bermula daripada ujian pra, latih tubi dan ujian pasca dalam masa yang singkat.

KEPUTUSAN KESELURUHAN RESPONDEN SEPANJANG


KAJIAN DIJALANKAN

Markah

16
14
12
10
8
6
4
2
0

U.PRA
LT_1
LT_2

U.PRA

R1
5

R2
7

R3
6

LT_3

LT_1

11

11

12

U.PASCA

LT_2

LT_3

12

11

10

U.PASCA

16

16

15

Rajah 2 : Keputusan keseluruhan responden sepanjang kajian dijalankan


Berdasarkan rajah dan jadual di atas jelas menunjukkan perubahan yang ketara berlaku kepada
responden. Ada penurunan dan peningkatan berlaku ke atas semua responden. Responden 1 yang pada

mulanya mendapat markah paling rendah ketika ujian pra namun mendapat markah penuh pada ujian
pasca, dan penurunan hanya berlaku ketika latih tubi 2. Hal ini sebenarnya berada di luar jangkaan
pengkaji kerana responden 1 merupakan murid yang lemah selama pengkaji mengenalinya. Responden
2 pula mendapat markah paling tinggi ketika ujian pra walaupun tidak berada pada kategori baik, dan
pada ujian pasca, responden 2 mendapat markah penuh. Penurunan markah juga berlaku pada latih tubi
2. Manakala responden 3 yang dapat separuh sahaja markah pada ujian pra , dan berlaku penigkatan
pada ujian pasca dengan mendapat 94.0% namun penurunan turut berlaku pada latih tubi 2. Jelas
menunjukkan bahawa pada latih tubi 2, semua responden menunjukkan tahap kemampuan mereka yang
sebenarnya samada memang mereka kuasai kaedah yang diperkenalkan atau sebaliknya.
Jika dilihat dengan apa yang telah dicapai oleh responden, memang jelas bahawa kaedah
LamSuT memberi kesan yang positif untuk mengatasi masalah menulis perkataan digraf ng dan
ny. Sebelum kaedah diperkenalkan, responden memang mampu menulis namun apa yang ditulis
lansung tidak betul tetapi bila diminta untuk membaca mereka mampu melakukannya. Tetapi setelah
mendapat penerangan tentang apa sebenarnya perkataan digraf, bagaimana untuk mengeja perkataan
digraf dan bagaimana menggunakan kaedah LamSuT, banyak perubahan yang ditunjukkan oleh
responden.
Pelbagai perubahan yang jelas dapat dilihat ketika proses latih tubi dibuat ialah, kesemua
responden mula untuk mengeja secara berbisik dengan diri sendiri ketika mencari penutup botol untuk
membentuk satu perkataan yang bermakna, tahu beza huruf konsonan, huruf vokal dan huruf digraf
melalui warna penutup botol dan menunjukkan sikap yang positif dengan alat yang digunakan.
Responden juga merasa kaedah yang dibuat seperti mereka sedang bermain permainan mencari benda
tersembunyi kerana mereka perlu cari huruf yang tepat untuk bentuk perkataan melalui gambar yang
diperoleh, bukan boleh menggunakan penutup botol sesuka hati untuk membentuk perkataan yang betul
ejaannya.

Persoalan 2 : Adakah penggunaan kaedah LamSuT membantu meningkatkan


kefahaman dan keseronokan murid untuk belajar?
Kaedah LamSuT mampu meningkatkan kefahaman dan keseronokan responden untuk belajar
merupakan sesuatu yang sahih dan hal ini dibuktikan melalui analisis data bagi instrumen pemerhatian,
soal selidik, foto dan rakaman video yang dibuat. Secara keseluruhan, responden melakukan aktiviti
latih tubi dengan seronok, tiada paksaan dan sebagainya menggunakan kaedah LamSuT. Dari mata
kasar pengkaji, dia melihat satu situasi yang menyedapkan hati apabila responden memahami, memberi
respon yang baik dan melakukan apa yang diminta tanpa melakukan perangai yang pelbagai, dan hal
ini sudah cukup membuktikan bahawa keseronokkan dapat dilihat sepanjang kajian dilakukan.
Selain itu, melalui instrumen soal selidik dan pemerhatian jelas membuktikan bahawa
responden seronok dengan kaedah yang digunakan dan mereka faham apa yang ingin diselesaikan oleh
pengkaji berkaitan dengan masalah yang mereka hadapi. Penerapan unsur main dalam kaedah ini juga
memberi impak yang besar kepada responden kerana mereka merasakan bahawa belajar sambil main
memudahkan mereka untuk memahami apa yang diajar dan tidak timbul rasa tertekan terhadap emosi
mereka sehinggakan ketika ujian pasca dibuat, mereka meminta pengkaji untuk menambah lagi
beberapa perkataan untuk aktiviti imlak. Jelas di sini, kaedah LamSuT mampu membentuk
keseimbangan emosi melalui bermain dadu dan penutup botol yang telah melibatkan semua responden.
Hal ini dipersetujui oleh, Susan Isaacs (1972) dalam buku Permainan Bahasa Untuk Sekolah Rendah
Dan Menengah yang telah membuat analisis berkaitan dengan fungsi bermain dan pertumbuhan kanakkanak yang mempunyai kaitan tersendiri.
Selain itu, melalui rakaman video dan foto juga menunjukkan responden memahami apa yang
telah diterangkan tentang digraf dan bagaimana kaedah ini dilaksanakan. Pengkaji tidak mampu
untuk mendapatkan 100% kefahaman, tumpuan dan jiwa responden selama kajian dilakukan, oleh
sebab itu masih ada responden yang menunjukkan reaksi seperti berada dalam dunia dia sendiri.

Namun, setelah meneliti keputusan ujian pasca, pengkaji yakin bahawa kesemua responden dapat
memahami apa yang ingin diselesaikan oleh pengkaji dan dalam masa yang sama faham dengan
kaedah yang digunakan serta mereka seronok sepanjang kajian dilakukan.

KAJIAN LANJUTAN
Setelah meneliti beberapa kelemahan yang menjadi kekangan sepanjang menjalankan kajian ini,
beberapa cadangan penambahbaikan untuk kajian seterusnya telah dilakukan. Perkara ini dibuat untuk
mamastikankekuatan kajian ini akan terus kekal dan kekurangan yang ada dapat diatasi dengan sebaik
mungkin untuk mencapai matlamat utama yang telah ditetapkan.
Merujuk kepada kelemahan pertama ialah, bagaimana untuk mengatasi masalah ini dengan
jumlah responden yang lebih ramai melalui kaedah LamSuT yang memerlukan pengawasan guru
yang sepenuhnya dan bahan bantu belajar yang sangat terhad. Sememangnya kaedah LamSuT
memang sudah menarik dengan penggunaan bahan terpakai yang boleh dijadikan satu sumber untuk
belajar namun, jika bilangan responden yang ramai, maka masalah akan timbul kerana bukan mudah
untuk menyediakan penutup botol dalam jumlah yang banyak. Oleh itu, untuk kajian yang seterusnya,
pengkaji mungkin boleh menggunakan kad-kad huruf yang boleh membentuk pelbagai perkataan dan
dalam hal ini, akan lebih banyak kosa kata terhasil melalui kaedah baru tersebut.
Selain itu, pengkaji juga mencadangkan supaya menggunakan kaedah LamSuT ini sebagai
permainan bahasa yang boleh melibatkan pelbagai jenis perkataan. Ubah bahan kepada yang lebih
fleksibel dengan semua tahap responden, mungkin boleh cipta bahan yang mempunyai mirip dengan
permainan Sahiba atau Roda Impian. Menghasilkan sesuatu yang lebih menarik sememangnya bukan
perkara mudah namun, jika diusahakan maka yang terbaik dan menarik itu akan terhasil. Bahan bantu
yang menarik memang menjadi keutamaan bagi abad pembelajaran kini kerana, murid lebih banyak
dibantu untuk belajar dengan bahan bantu berbanding guru kerana dapat membina pemikiran murid,
meningkatkan rasa seronok dan sebagainya. Hal ini dipersetujui oleh Charles F. Hoban, James D. Finn
dan Edgar Dale (1964) yang merasakan bahawa bahan bantu itu wajib untuk rangsang pemikiran murid,
sebaik bahan bantu ialah, murid dapat rasa, sentuh dan tahu fungsi bagaimana bahan tersebut
disediakan.
Selain itu, kajian yang seterusnya boleh juga menggunakan power point interaktif untuk
mengatasi masalah menulis perkataan digraf dalam kalangan murid. Banyak masa yang boleh
dijimatkan dan dalam masa yang sama akan menjadi lebih menarik kerana melibatkan penggunaan
teknologi. Pengkaji juga boleh menggabungkan beberapa aktiviti yang menarik seperti mencari huruf
tersembunyi, bina perkataan digraf dan sebagainya melalui power point yang dibina. Kemahiran
menulis merupakan satu tahap yang paling tinggi dalam kemahiran bahasa, namun jika seseorang sudah
kuasai kemahiran membaca, lisan dan bertutur maka kemahiran menulis juga akan dikuasai dalam masa
yang singkat, namun perlu dirangsang untuk menjadi yang lebih baik.

RUJUKAN
Abdul Rahman Abdul Majid Khan . (2008) . Guru Sebagai Penyelidik . Selangor Profesional
Publishing Sdn . Bhd
Abdul Rahman . (2007) . Kepentingan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa . Jurnal
Teknologi Pendidikan . Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) . Kuala Lumpur
Abu Talib Putih . et . al . (2005) . Pedagogi Merentas Kurikulum . Pahang : PTS Profesional
Publishing Sdn . Bhd
Akhiar Pardi & Shamsina Shamsudin . (2011) . Penyelidikkan Tindakan : Kaedah Dan Penulisan .

Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn . Bhd


Azizi Yahaya . Shahrin Hashim . Jamaludin Ramli . Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan . (2006) .
Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan . Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing .
Sdn . Bhd
Bhasah Abu Bakar . (2007) . Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah . Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn . Bhd
Dewan Bahasa Dan Pustaka . (2005) . Kamus Dewan Edisi Keempat . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka
Hashim Othman . (1996) . Penilaian Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu
Murid Sekolah Kebangsaan Kebolehpercayaan Instrumen . Pulau Pinang : Universiti Sains
Malaysia
Husin Fateh Din & Nazariyah Sani . (2013) . Bahasa Melayu II Akademik . Selangor : Penerbitan
Multimedia . Sdn . Bhd
Kamarudin Hj Husin & Siti Hajar Binti Abdul Aziz . (1995) . Permainan Bahasa .
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn . Bhd
Kementerian Pelajaran Malaysia . (2012) . Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahap 1 . Kuala Lumpur : Bahagian Pembangunan
Kurikulum
Mazni Othman . (2008) . Mengatasi Kelemahan Menyebut Perkataan Yang Melibatkan Konsonan
Bergabung Digraf Dengan Teknik Cantum Dan Sebut . Perak : Kajian Eksperimental Di
Sekolah Kebangsaan Kayan
Muhamad Syawalwahed Mohamad Kamal . (2012) . Meningkatkan Kemahiran Membaca Yang
Melibatkan Digraf . Prosiding Seminar Penyelidikan
Tindakan IPGKKB 2012, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
Mohamed Sapari Mohd Arshad . (2014) . Modul Bacaan : Modul Literasi 2M Bahasa Malaysia
KSSR (Program Linus Tahap 1) . Selangor : Penerbitan Ilmu Bakti . Sdn .Bhd

You might also like