You are on page 1of 17

1.

PENGENALAN
Dewasa ini, peranan guru tersangat penting. Tugas sebagai seorang guru

merupakan domain utama yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses
penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi turut
mengheret kemajuan yang pesat dalam bidang pendidikan negara. Hal ini menuntut warga
pendidik untuk membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak supaya selari dengan
bidang pendidikan yang sememangnya sentiasa berubah dan mengalami pembaharuan dari
masa ke semasa.
Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik terpaksa
berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar, lebih berat dan
semakin terbeban. Situasi inilah yang menyebabkan guru-guru dikatakan sangat terdedah
kepada risiko tinggi untuk mengalami stres. Hasil kajian yang dipetik daripada Utusan Online
dalam bahagian pendidikan oleh Noor Hamizah Abu Bakar di dalam artikelnya yang bertajuk
Guru Lebih Stres, mendapati bahawa guru berada pada kedudukan keempat dalam kerjaya
yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai
penjara dan jururawat. Malah, kedudukan itu berada atas daripada profesion tentera yang
menduduki tempat ke lima.
Stres dalam kalangan guru merupakan topik popular yang tidak asing lagi dibincangkan
oleh media massa mutakhir kini. Di Malaysia, stres dalam kalangan guru dilaporkan meningkat
pesat selari dengan kepesatan pembangunan pendidikan di Malaysia. Laporan berkenaan
masalah dan salah laku guru di dada-dada akhbar, hampir kesemuanya adalah kesan daripada
kegagalan guru-guru berkenaan menguruskan stres dalam diri. Masalah stres dalam kalangan
guru haruslah dikenal pasti dan diketahui punca sebenar seterusnya ditangani sewajarnya.
Sekiranya tidak ditangani masalah ini akan merebak sehingga mengakibatkan permasalahanpermasalahan yang serius yang berhubung kait rapat dengan gangguan emosi, perubahan
dalam tingkah laku seterusnya burn out yang menghalang mereka daripada melaksanakan
tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan (Kyriacou dan Sutcliffe, 1978).

1.1

Konsep Tekanan Stres


Stres guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini

seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada


tugasnya sebagai seorang guru. Justeru, stres merupakan tindak balas fizikal yang biasa
terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.
Berikut merupakan konsep lain tentang stres yang perlu dicegah oleh seorang guru :

Ketidakupayaan
memenuhi tuntutan
persekitaran.

Gangguan fungsi
kehidupan.

Perubahan dinamik
yang menyebabkan
individu berdepan
dengan masalah,
kekangan dan
desakan hidup.

Peristiwa atau
keadaan
persekitaran yang
mendatangkan
akibat yang negatif.

Tekanan yang
mengakibatkan
kebimbingan,
keletihan dan
ketegangan kepada
individu

Tindak balas luaran


yang mengganggu
mental dan fizikal
atau tindak balas
kimia dalam tubuh

Berdasarkan konsep stres yang telah dikenal pasti, terdapat beberapa isu emosi guru
yang telah dihuraikan dan diulas bersama langkah-langkah menangani permasalahan stress
dengan berkesan. Bukan semua guru mengalami stress dan berdasarkan satu kajian yang
telah dilakukan pada tahun 2012, yang mengatakan bahawa guru merupakan golongan
keempat yang mengalami stress selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Guru yang
tidak mampu bertahan dengan beban kerja yang ada sahaja akan berasa stress namun ada
stress yang boleh membawa kepada kebaikan da nada yang sebaliknya bergantung kepada
cara seseorang guru mengawal stress yang mereka alami. Antara beban kerja yang biasa
dialami oleh guru sehingga membawa kepada keadaan stress ialah, kerja-kerja pengkeranian
yang terlalu banyak, mengejar pencapaian yang diharapkan oleh pihak pentadbir, tekanan

daripada murid sendiri, dan sebagainya. Segala beban yang dirasai oleh guru ini sebenarnya
boleh dikurangkan jika cara yang digunakan betul.
2.0

ISU 1 : RAMAI GURU SAKIT JIWA

Berdasarkan rencana utama yang diperoleh daripada akhbar KOSMO! ONLINE, (rujuk
lampiran), suatu isu besar telah ditemukan. Tajuk Ramai Guru Sakit Jiwa merupakan isu yang
sangat serius bagi profesionalisme keguruan. Rencana utama ini menceritakan kisah dua
orang guru yang mengalami tekanan perasaan sehingga mereka tidak dapat menangani
permasalah stress dengan berkesan. Berikut merupakan ringkasan punca stres dua orang guru
berkenaan tanpa menggunakan nama sebenar :

Cerita 1 : Zaimah
Zaimah merupakan seorang guru J-QAF. Antara punca yang menyebabkan beliau
mengalami tekanan perasaan ialah pengurusan sekolah yang menyamakan guru J-QAF
seperti guru-guru lain. Tekanan kerja yang sangat berat menyebabkan beliau seolah bekerja
selama tujuh hari seminggu. Pegawai yang bertanggungjawab pula tidak memantau lebihan
tugas yang diterima oleh Zaimah. Di samping itu, suami Zaimah ingin berkahwin lain dengan
alasan isterinya terlalu sibuk dengan kerja. Sememangnya, Zaimah banyak menghabiskan
masa disebabkan komitmen kerja berbanding bersama keluarga. Anak-anak beliau juga
terkesan dengan keadaan Zaimah semasa sakit sehingga mereka menjauhkan diri
daripadanya. Tekanan perasaan Zaimah bertambah teruk disebabkan masalah keluarga yang
dihadapinya. Zaimah pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar sehingga tidak
mampu untuk mengajar. Kecelaruan bipolar ialah kewujudan pelbagai karakter yang
berlawanan dengan keadaan guru yang sebenarnya. Beliau telah dirawat dan direhatkan
selama enam minggu.

Cerita 2 : Noreha
Noreha merupakan seorang guru yang berusia 46 tahun. Beliau ditemui di Wad
Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Beliau menghadapi tekanan disebabkan
karenah pengetua sekolah tempatnya bertugas. Noreha sering mengambil cuti rawatan

berserta surat bukti daripada doktor psikiatri. Namun, pengetuanya sering mempertikaikan cuti
yang Noreha pohon sehingga sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah. Terdapat
sebahagian rakan sejawatan yang mengatakan beliau gila dan terlalu mengikut perasaan.
Rakan sejawat tidak berpuas hati kerana Noreha sering memohon cuti dan beliau sering
menjadi buah mulut rakan-rakannya. Selain itu, Noreha juga telah mengalami masalah
keluarga. Beliau tidak tahan dengan karenah anak-anak dan bermasalah dengan suaminya.
Secara umumnya, Noreha mengalami masalah jaringan sosial bermula dengan pihak
pentadbir sekolah, rakan-rakan sejawat dan juga keluarganya. Noreha merupakan
seorang guru yang cemerlang dan minat mengajar. Namun, tekanan jiwa yang dihadapi
Noreha menyebabkan beliau dirawat dengan lebih kerap lagi.

Berdasarkan ringkasan cerita daripada rencana bertajuk Ramai Guru Sakit


Jiwa, beberapa punca permasalah stres telah dikenal pasti seperti berikut :

Tekanan
masa dan
beban
kerja
Masalah
keluarga

Dinilai oleh
pihak lain
PUNCA
GURU
SAKIT
JIWA
Pihak
pentadbiran
dan
pengurusan

Komitmen
profesional
dan pribadi
Konflik
rakan
sejawat

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI STRESS (ISU 1)


Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh guru apabila menghadapi stres ialah
mendekatkan diri kepada Allah. Seorang guru yang beragama Islam harus memainkan
peranannya sebagai agen dakwah dengan melakukan segala perintah di dalam agama Islam
terlebih dahulu. Di dalam ajaran Islam misalnya, amalan solat yang khusyuk lima waktu
sehari semalam sebenarnya merupakan kaedah terbaik untuk mencapai kejayaan dalam
kehidupan sekaligus menangani segala masalah. Di samping itu, amalan berzikir juga mampu
menenangkan jiwa dan menghilangkan stres. Dalam hal ini, Allah SWT memberi jaminan
bahawa mereka yang senantiasa mengingati-Nya akan beroleh ketenangan hati. Amalan
membaca, mendengar dan menghayati al-Quran juga mampu menjadi penenang kepada
jiwa. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Al-Quran adalah
penawar kepada kesakitan minda" (Hadis riwayat Bukhari).

Berdasarkan beberapa amalan di atas, Islam mempunyai kaedah tersendiri


dalam menjaga kesihatan jiwa dan menangani stress. Individu yang mengalami stress
khususnya di kalangan guru seharusnya berusaha mencapai solat yang khusyuk, sentiasa
berzikir dan menghayati isi kandungan al-Quran. Amalan-amalan ini terbukti mampu
menjadikan diri seorang guru sihat zahir dan batin.
Langkah kedua yang perlu dilakukan oleh seorang guru yang mengalami terlalu
banyak beban kerja dan tugas sehingga berlanjutan kepada masalah memberi komitmen
kepada urusan peribadi dan profesional ialah belajar dan berani untuk mengatakan tidak
atau tidak mahu kepada urusan yang dirasakannya tidak mampu untuk dilaksanakan.
Contohnya situasi antara guru dan pentadbir, sekiranya guru merasakan bahawa pihak
pentadbir memberi lambakan tugasan dan tidak berdasarkan kemampuannya, maka
seharusnya daripada peringkat awal penyerahan tugas, guru perlu berterus terang dengan
pihak pentadbir dengan menyatakan setakat mana kemampuan dirinya. Jika guru hanya
menerima segala bebanan tugasan yang diberikan oleh pihak pentadbir, tanpa memikirkan
kemampuan dirinya, kemungkinan besar guru tersebut akan menghadapi tekanan kerana
ketidakmampuannya menyiapkan segala macam tugasan yang diberikan. Hasilnya, bukan
sahaja mutu tugasan kurang baik, namun dalam masa yang sama hubungan baik antara guru
dan pihak pentadbir mungkin terjejas. Guru berasa tertekan kerana diberikan tugasan yang
banyak, manakala pihak pentadbir berasa tidak puas hati kerana tidak mendapat maklum balas
tugasan yang berkualiti.
Guru perlu menolak tanggungjawab tambahan jika beliau tidak dapat atau tidak
mampu untuk menghadapinya. Menanggung sesuatu tugas tambahan yang tidak terdaya akan
menyebabkan seorang guru stress. Stres jenis ini merupakan stres yang boleh disingkirkan.
Berdasarkan rencana kisah cikgu Noreha dan Ustazah Zaimah, mereka perlu berani untuk
berterus terang kepada pihak pengurusan dan pentadbiran atau mana-mana pihak yang
berkaitan tentang beban tugas yang mereka hadapi justeru stres disebabkan beban kerja dapat
diselesaikan. Apabila stres beban kerja dan masa disingkirkan masalah antara keluarga juga
dapat dipulihkan kerana masa peribadi untuk keluarga dapat diperuntukkan.
Langkah seterusnya bagi punca permasalahan stres daripada jaringan sosial
seperti rakan sejawat, pihak pentadbir, suami, anak-anak dan keluarga ialah cuba
mengelakkan berhubungan dengan individu yang boleh menyebabkan stres kepadanya.

Guru perlu mengurangkan masa berhubungan dengan individu yang menyebabkannya


menghadapi stres untuk seketika. Sebaliknya, tambah dan kuatkan hubungan dengan
rakan-rakan sekerja yang rapat dan memahami permasalahan untuk melindunginya daripada
perasaan stres. Selain rakan sejawat, guru perlu meluahkan perasaan dan berkongsi rasa
dengan ahli keluarga yang boleh dipercayai. Ibu bapa merupakan orang yang paling
memahami dan melindungi perasaan tidak selamat dan permasalahan yang dihadapi oleh
anak-anak khususnya guru.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama rakan-rakan sejawat ialah makan
bersama, membantu rakan secara sukarela, bersiar-siar dan melibatkan diri dalam kumpulan
perbincangan bagi mewujudkan perasaan kebersamaan antara beliau dan rakan-rakan yang
lain. Guru juga boleh melibatkan diri dalam forum guru di Internet bagi meluahkan perasaan
atau meminta pendapat daripada guru lain yang lebih berpengalaman dan membina jaringan
atau hubungan dengan mereka.
Selain aktiviti bersama rakan sejawat, guru juga perlu mengatasi masalah dengan
keluarga contohnya hubungan dengan suami dan anak-anak. Hal demikian kerana, keluarga
memberikan kesan yang lebih besar dalam menangani stres. Jika hubungan guru dengan
keluarga sendiri bermasalah, beliau berisiko besar untuk mengalami tekanan jiwa kerana
keluarga merupakan individu paling penting yang perlu ada di sisi seorang guru untuk
memberikan semangat dan perlindungan kepadanya. Kisah Cikgu Noreha dan Ustazah
Zaimah merupakan iktibar yang boleh diambil oleh para guru. Perhatian kepada keluarga
perlu diberikan dengan cara pandai menguruskan masa antara komitmen peribadi dan
profesional.
Selain itu, langkah lain yang boleh mengelakkan stres ialah sentiasa menjaga
kesihatan mental dan fizikal. Guru perlu bersenam dan menjaga pemakanan kerana
mereka perlu sentiasa bertenaga bagi menjalankan amanah dan tanggung jawab mendidik
anak bangsa. Antara senaman yang boleh dilakukan khususnya untuk menghilangkan rasa
stres ialah yoga, tai-chi dan regangan otot-otot. Selain itu, berkunjung ke taman rekreasi
serta melancong ke tempat-tempat yang menarik dan indah dapat melapangkan fikiran dan
membebaskan guru daripada tekanan kerja. Antara pemakanan sihat yang perlu guru makan
contohnya ialah makanan-makanan sunnah Rasulullah seperti kurma, madu, kismis, delima dan

sebagainya yang sememangnya terbukti mempunyai pelbagai khasiat berbanding ubat-ubat


yang mengandungi bahan kimia dan boleh menjejaskan kesihatan.
Guru juga perlu bijak menangani perasaan stres seperti menguruskan masa dan
tugas dengan terancang. Guru perlu mempunyai perasaan yakin diri yang tinggi di
samping mempunyai fikiran yang positif dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya
yang menggunung tinggi. Berfikiran positif setiap hari dan berniat ikhlas untuk mendidik akan
membimbing fikiran seorang guru ke arah yang lebih baik. Guru perlu meletakkan
pergantungan kepada Allah dalam setiap perkara agar beliau tidak kecewa jika sebarang
usahanya menemui kegagalan.

ISU 2 : Guru Jadi Kerani Di Sekolah


Isu guru sebagai kerani di sekolah merupakan isu yang sering menjadi bualan hangat
dalam kalangan warga pendidik. Melalui artikel ini, penulis telah memberikan beberapa contoh
tentang bagaimana kerja guru yang dipandang sebagai kerani di sekolah dan hal ini melibatkan
beban kerja yang ditanggung dari aspek kerja pengkeranian. Secara hakikinya, semua orang
tahu bahawa seorang guru itu ditugaskan untuk memberi didikkan kepada murid-murid untuk
meningkatkan pengetahuan mereka dalam pelbagai aspek, bukannya, guru ke sekolah untuk
menjadi seorang kerani yang tidak lekang dengan kerja mengisi borang, mencari buku teks
untuk murid, menelefon ibu bapa jika murid bermasalah ataupun mengisi data yang sentiasa
berubah-ubah bergantung kepada sistem.
Contoh pertama yang dinyatakan oleh penulis ialah, berkaitan dengan guru biasiswa
dan kebajikan yang sentiasa sibuk dengan urusan kebajikan murid. Guru kebajikan boleh
dikatakan melibatkan semua guru kerana semua guru akan menjaga kebajikan murid-murid
mereka, namun tidak bagi guru biasiswa. Guru biasiswa yang sentiasa terbeban dengan kerjakerja mengisi borang, mencari murid miskin, melihat jenis biasiswa yang mana sesuai dengan
murid dan sebagainya. Kerja guru tersebut seperti tidak pernah habis ataupun selesai kerana
sentiasa ada hal kebajikan murid untuk mendapatkan biasiswa perlu diuruskan. Namun,
kenapa kerja tersebut tidak boleh dilakukan oleh kerani sekolah?. Hal ini yang menjadi
persoalan namun tidak dapat dirungkai jawapannya dengan baik. Apabila seseorang guru
biasiswa perlu melakukan semua kerja yang tidak ada kaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran serta adakalanya mengganggu sesi pengajaran, maka sudah semestinya
tekanan dapat dirasai oleh guru tersebut. Hal ini tidak lagi membabitkan kerjasama murid yang
menimbulkan pelbagai masalah yang berkaitan dengan biasiswa. Guru biasiswa dengan
borang, bagai irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan.
Seterusnya, kelab dan persatuan di sekolah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan
kerana sentiasa bertambah dari semasa dan ditubuhkan atas dasar untuk selesaikan masalah.
Contoh kedua berkait dengan guru kelab dan persatuan yang perlu menguruskan aktiviti murid
kelab tersebut setiap minggu, sedangkan fungsi sebenar kelab dan persatuan ditubuhkan
hanya untuk selesaikan masalah social di sekolah. Contohnya, masalah dadah berlaku, maka
tubuhkan kelab anti dadah, masalah jenayah pula menyusul, maka tubuhkan kelan anti
jenayah, seterusnya masalah tidak hormat pada negara, maka tubuhkan pula tata negara.

Namun, persoalannya, siapa yang akan menguruskan kelab tersebut?. Hal ini juga akan
melibatkan tekanan guru kerana mereka hanya menurut pihak atasan, dan lagi tertekan apabila,
murid lansung tidak memberi kerjasama yang akhirnya, guru seorang sahaja yang datang pada
waktu perjumpaan kelab dan persatuan tersebut.
Seterusnya, guru data yang kerja hanya mengadap komputer untuk masukkan pelbagai
maklumat guru, maklumat keputusan peperiksaan dan sebagainya yang melibatkan data.
Memang mudah kerja apabila semua boleh dilakukan hanya di hujung jari, namun jika
berlanjutan hingga pukul 3 atau 4 pagi, tiada lagi mudahnya kerja itu. Hal ini menyebabkan
guru data tertekan, mereka mempunyai dateline yang perlu diikuti tetapi biasanya kerja di akhir
masa akan berlaku kerana masih banyak kerja lain yang perlu diselesaikan. Selain itu, guru
kelas atau tingkatan merupakan antara golongan yang paling merasai beban kerja yang ketara.
Biasanya,semua insan yang bergelar guru akan merasai tugas sebagai guru kelas mahupun
guru tingkatan.
Melalui artikel yang dipilih, mengatakan bahawa guru tingkatan antara orang yang paling
sakit kepala di sekolah kerana semua guru akan bekerja melalui guru kelas atau tingkatan.
Untuk dapatkan markah murid, untuk dapat maklumat keluarga, untuk edarkan surat dan
sebagainya, semua melalui guru kelas atau tingkatan. Namun, guru kelas atau tingkatan masih
mempunyai masa untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan jumlah
yang sama seperti guru lain. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan guru yang sering mengelak
dan mencari alas an untuk tidak memegang tugas sebagai guru kelas atau tingkatan walaupun
hanya setahun sahaja.
Berdasarkan bebanan kerja yang ditanggung oleh guru melalui kerja-kerja pengkeranian
ini, boleh dikatakan memang masalah tekanan akan timbul sehingga menimbulkan masalah
yang lain seperti masalah keluarga, masalah antara rakan sekerja dan juga masalah dengan
pentadbir. Namun, bukan sesuatu yang mudah untuk golongan guru mengatasi masalah ini
hanya dengan sabar dan terima semua perkara sebagai takdir kerana untuk memupuk
kesabaran merupakan perkara yang tertinggi boleh dicapai dalam hidup seorang manusia. Di
mulut mungkin boleh perkataan sabar itu diujarkan, namun, dalam hati hanya ALLAH yang tahu
betapa peritnya hidup dalam tekanan.

Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani beban kerja sebagai kerani dari
aspek pentadbiran, emosi dan sosial. Langkah pertama ialah, berbincang dengan pihak
pentadbir tentang pembahagian tugas yang boleh dilakukan. Mungkin boleh wujudkan guru
bantu bagi setiap kelas untuk membantu tugas guru-guru kelas namun masih bergantung
kepada jumlah guru di sekolah tersebut. Sebagai pentadbir, mereka perlu tahu dan pantau
bagaimana gerak kerja yang guru mereka lakukan, apa masalah guru tersebut dan apa yang
boleh ditolong untuk meringankan beban guru tersebut. Selain itu, pentadbir juga boleh
memainkan peranan penting dalam mewujudkan hubungan sosial dengan agensi-agensi luar
yang dapat membantu pihak sekolah dalam menyelesaikan sesuatu masalah terutamanya yang
melibatkan jenayah, dadah, buli dan sebagainya. Hal ini boleh meringankan beban guru dan
dalam masa yang sama dapat mengurangkan masalah disiplin murid apabila pihak sekolah
melibatkan agensi-agensi luar yang sememangnya mempunyai kemahiran tentang menangani
masalah tersebut.
Seterusnya, dari segi emosi pula, seorang manusia yang dibebani dengan kerja
memang akan mengalami tekanan tidak kira dalam bidang apa sekalipun pekerjaannya.
Namun, cara mereka menguruskan emosi mereka merupakan salah satu terapi untuk hilangkan
tekanan yang dirasa. Sebagai seorang guru, pengurusan emosi memang perlu dilakukan
dengan baik, jika tidak tahu untuk uruskan emosi tersebut, mereka boleh mengikuti kursus atau
membaca bahan-bahan yang bercakap tentang pengurusan emosi. Emosi boleh diurus dengan
pelbagai cara, contohnya, sentiasa berfikiran positif dalam apa jua keadaan. Adakalanya,
beban kerja yang dirasai boleh dibuat dengan pengurusan masa yang betul namun kerana
sentiasa leka, maka kerja tertangguh dan bila tertangguh, tekanan akan dirasai terutamanya
apabila didesak oleh pihak pentadbir. Jika diteliti dengan lebih mendalam, tekanan atau
sebarang masalah adalah satu pilihan, jika kita merasakan tekanan itu sukar untuk kita hadapi,
maka berusaha untuk tidak melakukan sebarang perlakuan yang boleh mendatangkan tekanan.

Selain itu, langkah untuk menangani masalah tekanan dalam menguruskan kerja-kerja
pengkeranian juga boleh dilakukan melalui bersosial. Seorang guru boleh libatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti sukan, riadah dan sebagainya untuk menghilangkan rasa tertekan. Ubat paling
mudah didapati apabila rasa tertekan ialah meluahkan. Setiap insan diciptakan dengan
pelbagai kelebihan dan kekurangan dan mungkin di antara insan disekeliling kita, ada yang
mempunyai kelebihan untuk sudi mendengar luahan yang kita ingin ceritakan, maka

berceritalah dengan siapa yang bersedia untuk menerima cerita tentang tekanan tersebut.
Kadang kala, hanya dengan bercerita, tekanan itu hilang begitu sahaja di bawa angina lalu jika
kita tidak jadikan tekanan tersebut sebagai fokus utama dalam hidup. Hal ini terbukti,
kebanyakkan individu yang mempunyai masalah mental adalah kerana suka memendam rasa
dan sentiasa fokus untuk terus memikirkan sesuatu masalah yang membawa kepada tekanan.
Cuba untuk sentiasa berfikiran positif dan tanamkan dalam diri dan minda kata-kata let it go
akan sesuatu tekanan supaya perkara tersebut tidak terus menghantui fikiran kita.

LANGKAH
ATASI :
Pentadbiran

KERJA
-

PENGKERANIAN
YANG PERLU

GURU LAKUKAN :

Isi borang
biasiswa
Isi data murid
Uruskan kelas
Uruskan kelab
dan persatuan
Uruskan sistem
rekod guru
Isi kad 001
Isi kad gigi murid
Uruskan surat
menyurat
tentang semua
makluman dari
sekolah
Lengkapkan
sistem keputusan
markah ujian
murid.
Isi kad kesihatan
murid.
Daftar murid
untuk
mendudukki
peperiksaan
awam.

Pantau kerja guru


Sediakan guru
bantu
Jaga kebajikan
guru

KESAN :
Emosi

Guru
tertekan

dengan beban
kerja yang
melibatkan
kerja-kerja
pengkeranian

sehingga
mengganggu
masa untuk

Berfikiran positif
Mengikuti kursus
pengurusan
tekanan dan
banyakkan
membaca bahan
yang berkaitan
pengurusan
tekanan.
Elakkan pendam
perasaan
Sosial

Bersukan dan
beriadah
Meluahkan
tekanan yang
ada pada orang
yang memahami

Isu 3 : Anak Emak Punca Murid Tidak Boleh Dijentik


Ibu bapa, guru, dan murid merupakan satu rangkaian yang tidak dapat dipisahkan
kerana saling melengkapi untuk membina keperibadian seorang murid. Apabila berlaku
sebarang masalah melibatkan murid, sudah pasti guru dan ibu bapa akan terlibat dan biasanya
masalah diselesaikan dengan bantuan pihak pentadbir. Namun, dunia hari ini tidak seperti
suatu hari dahulu kerana semua perkara sudah berubah, baik dari aspek pemikiran mahupun
perlakuan. Jika dahulu, guru merotan murid tidak menjadi satu isu yang boleh menjadi tajuk
utama di akhbar-akhbar tempatan, malah, murid yang dirotan akan dirotan lagi oleh ibu bapa
setelah pulang ke rumah. Tetapi hari ini, murid lansung tidak boleh disentuh, dijentik apatah lagi
dirotan sedangkan murid hari ini lebih banyak kerenah jika dibandingkan dengan suatu ketika
dahulu.

Isu anak emak yang menjadi punca murid tidak boleh dijentik mula mendapat perhatian
khalayak apabila banyak kes yang melibat murid dirotan dan sebagainya. melalui artikel yang
dibaca, seorang ibu yang bekerja sebagai pegawai teknologi maklumat berkata bahawa, isu
anak dirotan merupakan sesuatu yang sangat sensitive untuk dibincang. Beliau memberi
respon sebagai seorang ibu, katanya, apabila kita menghantar anak ke sekolah, dan apabila
anak balik dari sekolah dalam keadaan ada kesan-kesan dirotan, maka sudah pasti ibu akan
berasa sangat kecewa dan akan bertindak untuk bertanyakan kepada guru. Namun biasanya
pertanyaan tersebut bukan dalam keadaan yang tenang kerana ada rasa tidak puas hati dalam
diri si ibu. Persoalannya sekarang, kenapa guru dahulu yang menjadi mangsa untuk menjawab
persoalan seorang ibu?, kenapa bukan anaknya?. Hal ini sering terjadi dan guru yang akan
menjadi individu pertama disalahkan. Perkara seperti ini boleh menambahkan tekanan seorang
gru sedangkan dia ada sebab yang kuat untuk menyentuh muridnya, namun dalam dunia hari
ini, guru tidak akan menang bicara kerana tiada siapa yang akan pertahankan haknya
melainkan dirinya seorang diri.

Selain itu, murid hari ini ibarat raja yang menaiki tahta negeri. Segala perkara yang
didamkan akan diperoleh dengan mudah dari ibu bapa mereka terutamanya jika dia datang dari
keluarga yang senang dan mewah dalam kehidupan. Setiap yang dilakukan oleh seorang anak
biasanya akan betul semua, tidak ada salah walaupun sebesar kuman, dirumah, mereka akan
dimanja,sentiasa dipujuk bila merajuk, sentiasa ada mata yang sudi memberikan perhatian
buatnya dan sebagainya. Tetapi, di sekolah semua murid akan dilayan sama rata sahaja, tidak
ada lebih dan tidak ada kurang. Jika murid tersebut lakukan kesilapan seperti tidak menyiapkan
kerja sekolah, maka hukuman tetap diberikan. Namun, hari ini bentuk hukaman rotan tidak lagi
relevan mengikut pandangan ibu bapa. Seorang guru hanya boleh memberi nasihat dan
teguran tanpa sebarang sentuhan fizikal kepada murid. Perkara ini sangat memberi tekanan
kepada guru dari aspek mental dan emosi.

Tekanan yang guru rasai berpunca apabila, murid melakukan kesalahan tetapi guru
hanya boleh menegur dan terus menegur benda yang sama tetapi murid tidak lansung
menunjukkan perubahan. Mungkin jika mereka yang tidak bergelar guru boleh mengatakan
bahawa, sabar itu perlu untuk kita mendidik seseorang murid namun bukan mudah untuk sabar
di hadapan murid yang berani mencabar guru mereka. Sehingga ada murid yang boleh
menyatakan kepada guru mereka dengan ayat sebegini,
cikgu boleh buat apa kalau saya tak siap kerja sekolah? Nasihat je kan..rotan
atau denda memang tak boleh..sebab cikgu takut nama cikgu akan dipanggil pihak
atasan kan..setakat nasihat cikgu..saya dah hadam.
Bayangkan, ayat begini sudah biasa dalam kalangan murid sekolah kepada guru
mereka. Mereka lansung tidak kisah dan akan terus ulang kesalahan kerana mereka tahu, guru
itu patung, tidak boleh buat apa dari terus berleter memberi pengajaran.

Situasi begini, yang akan menjatuhkan keyakinan guru dan memberi tekanan dalam
kehidupannya. Apabila murid malas, guru tidak boleh rotan atau denda, murid mendudukki
peperiksaan yang akhirnya gagal, ibu bapa akan datang lagi kepada guru untuk bertanya,
kenapa anak saya gagal?. Memang boleh gila seorang guru apabila semua perkara ini perlu
dihadapi tidak termasuk lagi beban-beban kerja yang lain. Justeru itu, isu anak emak juga
menjadi satu punca guru boleh tertekan. Hal ini tidak berlaku dahulu kala, ibu bapa zaman

dahulu menyerahkan sepenuh nya anaknya untuk dididik tidak kira bagaimana cara sekalipun,
dan hasilnya, anak itu akan menjadi seorang yang hebat. Namun, hari ini apabila guru merotan
atau mendenda murid, maka mereka akan terus disalahkan dan tindakan yang tidak relevan
akan diambil berdasarkan peraturan-peraturan tertentu.
Seterusnya, pihak sekolah dan guru hari ini lebih terdedah kepada tindakan undangundang sekiranya gagal mengawal perasaan dalam menjatuhkan hukuman terhadap murid.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa guru sahaja yang perlu tahu kawal emosi dalam apa jua
keadaan walaupun salahnya terang dan jelas kepada murid. Apabila isu murid dirotan, maka
akan timbul juga isu guru tidak tahu kawal kemarahan, tidak tahu kawal emosi dan guru
tertekan kerana murid. Sedangkan sepatutnya, pihak yang terlibat menyiasat dahulu, kenapa
guru tersebut melakukan perkara sedemikian, adakah salah pelajar atau guru melepaskan
tekanan kepada pelajar. Bahayanya seorang guru tertekan memang sangat menakutkan
kerana apabila kita tertekan, kita mampu lakukan sesuatu di luar kawalan otak normal kita
berfikir. Namun apabila sedar, semua sudah terlambat dan kesannya sangat buruk. Justeru itu,
seorang guru memang perlu kuat mental dan fizikal untuk hidup di dunia pendidikan abad ini
kerana murid yang akan dihadapi sukar untuk dikawal dan diajari.

Selain itu, antara langkah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah yang
melibatkan emosi guru tertekan dengan kerenah anak emak ialah, seorang guru itu perlu
membina hubungan yang akrab dengan ibu bapa murid sebelum mereka merotan atau
memberi hukuman kepada murid tersebut. Jalinkan hubungan yang baik sehingga mereka
percaya bahawa anda seorang guru yang betul-betul akan mendidik anak mereka menjadi
insan yang berguna. Guru juga boleh meminta kebenaran seawal mungkin untuk menghukum
murid tersebut jika mereka melakukan kesalahan. Hal ini pasti membuatkan murid tersebut
tidak akan berani untuk mendabik dada depan gurunya kerana dia tahu, guru dan ibu bapanya
umpama kawan baik. Dalam hal, guru boleh mulakan sesi perkenalan atau persahabatan
dengan ibu bapa murid supaya senang untuk berbincang tentang anak mereka.

Seterusnya, guru juga boleh berbincang dengan pentadbir tentang masalah murid
sebelum mengambil sebarang tindakan supaya jika berlaku sesuatu, pihak pentadbir sudah
tahu ceritanya bagaimana. Perbincangan dengan pentadbir tentang murid yang bermasalah

merupakan satu cara yang baik untuk kurangkan tekanan yang ditanggung kerana masalah
tersebut bukan kita sahaja yang hadapi. Selain itu, perbincangan dengan ibu bapa juga perlu
sebelum mengambil sebarang tindakan, cuba kepilkan bukti seperti gambar dan rakaman video
tentang kelakuan atau perangai murid yang bermasalah itu supaya ibu bapanya tahu bahawa
guru tidak mereka cerita dan menghukumnya bersebab. Jika sesuatu berlaku dan guru hanya
mempertahankan diri menggunakan air liur sahaja, sudah pasti guru yang akan menyembah
bumi namun jika ada bukti yang kukuh, maka hal sebaliknya akan berlaku. Biasa terjadi,
apabila ibu bapa datang ke sekolah dan mendapat bukti yang kukuh tentang kesalahan anak
mereka, dan jelas anak mereka salah, akhirnya mereka yang malu sendiri dan saman yang
dikenakan ke atas guru ditarik balik.

Guru juga boleh mengurangkan tekanan dengan isu disiplin murid melalui bantuan
pakar kaunseling. Minta bantuan untuk kaunseling menasihati murid dan dalam masa yang
sama guru juga menerima kaunseling. Mungkin cara kaunseling tidak sama dengan cara guru
yang biasanya akan menasihati dalam nada yang marah atau tidak puas hati terhadap murid
tersebut. Guru boleh berjumpa dengan kaunselor pentadbir untuk menguruskan tekanan
mereka supaya lebih berhemah dalam memberi tindakan, membuat keputusan dengan betul
dan relevan serta tidak menjalankan tugas dalam keadaan emosi yang terganggu. Setiap
perlakuan yang telah dilakukan tidak boleh dibatalkan, justeru itu guru perlu sentiasa ingat
bahawa tugas mendidik bukan mudah dan banyak cabaran maka bersabarlah dan uruskan
beban kerja dengan baik. Jangan biarkan tekanan menguasai diri sendiri tetapi lebihkan
pemikiran yang positif dalam melakukan apa jua kerja yang diberikan.
Jadikan ibu bapa sebagai rakan
guru dan boleh bawa berbincang.

Langkah
tangani
anak emak

Berbincang dengan pentadbir


tentang masalah murid.
Minta kebenaran ibu bapa
sebelum memberi hukuman.
Sediakan bukti yang kukuh
untuk hadapi sebarang tuduhan.
Mendapatkan khidmat pakar
kaunseling utuk atasi tekanan.

KESIMPULAN
Tuntasnya, isu menangani emosi guru yang banyak berpunca daripada beban tugas
yang berlebihan sebenarnya merupakan sesuatu besar untuk dibincangkan dan
pengakhirannya tidak pasti. Guru perlu sentiasa ingat bahawa tekanan-tekanan yang dihadapi
oleh guru akan menjadi kekangan untuk melahirkan murid yang cemerlang pada masa akan
datang. Jelas menunjukkan bahawa, tekanan kerja yang banyak mengganggu kehidupan
harian sebagai seorang guru dan turut menjejaskan hasil penyampaian pengajaran dan
pembelajaran, maka guru perlu berusaha untuk sentiasa mendapatkan ilmu untuk kawal emosi
supaya tidak mudah melatah dalam beban kerja yang ada. Jika seorang jurutera penat
membina bangunan, guru pula penat membina kemenjadian manusia. Silap ajaran guru, satu
generasi akan musnah, namun silap ubat yang diberikan doktor, hanya seorang pesakit
menerima kesannya. Maka berusaha untuk menjadi seorang guru yang sentiasa positif dalam
apa jua keadaan sama susah atau senang.

Ramai yang kata bahawa pekerjaan seorang guru itu mudah, namun apabila memegang
sendiri tugas tersebut, baru mereka tahu bahawa tugas guru sangat menduga. Ada kalanya
guru boleh bekerja sebagai tukang kayu untuk baiki perabot rosak, seterusnya menjadi tukang
jahit untuk menjahit langsir kelas dan alas meja, menjadi tukang kebun kerana ingin ceriakan
sekolah, menjadi pelukis untuk siapkan mural di dinding kosong dan sebagainya. jika
disenaraikan tugas seorang guru, perlu pasti aka nada kesudahannya kerana tugasnya begitu
meluas. Namun, dalam apa jua beban kerja yang dihadapi, guru perlu peka dan ingat bahawa
mereka telah ditakdirkan untuk hadapi ujian ini kerana ALLAH tahu mereka mampu.

Bukan semua orang boleh jadi guru, hanya mereka yang betul-betul kuat mental dan
dan fizikal sahaja yang akan bertahan dalam bidang ini. Ikhlas juga sangat penting untuk
menjamin bekerja dalam keadaan yang sifar tekanan. Setiap masalah akan ada jalan
penyelesaiannya, begitu juga dengan masalah beban kerja guru. Semua pihak yang
sepatutnya harus bekerjasama bagi menangani isu ini supaya masalah beban kerja guru tidak
terus kekal menghantui insan yang bergelar guru. Seorang guru akan menjadi hebat dan
cemerlang jika dia mampu mengawal tekanan yang dihadapi terutamanya apabila berhadapan
dengan murid atau pelajar.

You might also like