You are on page 1of 41

ANALISIS PERISIAN KURSUS PROGRAM MUTIARA PRA SEKOLAH DAN TAHAP SATU 1.

PENDAHULUAN Program Mutiara Pra sekolah dan Tahap Satu merupakan perisian kursus yang dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan yang bersifat recourse based berdasarkan kurikulum dan bertujuan membantu pelajar Pra Sekolah dan Tahap Satu untuk menguasai kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu. Ia merupakan perisian kursus multimedia interaktif yang dibangunkan dengan berdasarkan program yang dibina oleh En. Manan bin Salleh dari Sekolah Kebangsaan Merbok Pusat, Kedah.

2.

RASIONAL Beberapa tahun yang lalu, kita pernah dikejutkan dengan laporan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berdasarkan kajian ke atas 70 buah sekolah menengah mendapati bahawa daripada 73,858 pelajar yang telah dianalisis, 3,690 (2.66 peratus) daripadanya tidak boleh membaca. Kajian ke atas 143 buah sekolah rendah pula, mendapati daripada seramai 75,699 murid yang telah dianalisis, 3,690 (4.87 peratus) tidak boleh membaca. Hakikat yang seharusnya kita akui ialah sememangnya tidak ada satu pendekatan yang khusus dan efektif yang boleh digunakan sebagai rujukan oleh guru dalam menangani masalah ini. Dilema yang sering dihadapi oleh guru dalam kelas pemulihan membaca yang diadakan untuk murid-murid tahun dua hingga enam ialah bilangan murid yang berjaya dipulihkan terlalu kecil, justeru sebilangan besar daripada mereka masih perlu meneruskan program membaca dan seterusnya akan menyambung program ini pada tahun berikutnya. Lebih malang lagi, terdapat sebilangan pelajar gagal dipulihkan setelah bertahun-tahun menjalani program pemulihan dan akhirnya mereka akan memasuki sekolah menengah dalam keadaan masih tidak boleh membaca.

Perlu diingatkan juga, sebilangan kecil murid yang berjaya dipulihkan ini telah ketinggalan banyak pelajaran yang lain. Cuba bayangkan sekiranya mereka berjaya dipulihkan pada tahun tiga. Apa yang lebih menyedihkan lagi, terdapat guru yang mengendalikan kelas pemulihan di sekolah seakan-akan sudah putus asa dengan murid-murid ini. Hal ini kerana kebanyakan murid yang menghadapi masalah ini tidak menunjukkan sebarang peningkatan dalam usaha untuk menguasai kemahiran asas membaca walaupun telah diajar sekian lama. Tambahan pula, guru terlalu kesuntukan masa dalam mengendalikan pelbagai urusan sekolah dan pengajaran yang lain, lantas kebanyakan murid yang bermasalah ini terus tidak mendapat tumpuan yang sewajarnya. Semakin lama murid dibelenggu masalah ini, semakin jauh mereka tercicir dalam arus pembangunan ilmu. Usaha kementerian untuk mengesan murid-murid yang tidak tahu membaca pada tahun satu melalui program KIA2M memang dipuji. Namun masih terdapat murid-murid yang tidak tahu membaca ketika melangkah ke tahun dua. Memandangkan murid-murid pada tahun satu perlu juga mengikuti mata pelajaran lain, satu program dan kaedah khusus untuk membolehkan mereka boleh membaca dalam tempoh masa yang awal, dirasakan sangat perlu. Sebaikbaiknya, murid-murid pada tahun satu sudah boleh menguasai kemahiran membaca dalam tempoh empat hingga beberapa bulan pembelajaran. Dengan itu, tumpuan murid-murid ini ke atas mata pelajaran lain akan dapat diberikan dengan lebih baik dan berkesan. Kesannya, sudah tentu mereka akan dapat mengikuti pelajaran ke tahun dua dan seterusnya dengan lebih efektif.

3.

KAJIAN LITERATUR 3.1 Kepentingan Bahasa Melayu Akta pendidikan 1996 mewajibkan Kurikulum Kebangsaan digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan (Seksyen 18(2)). Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan pada peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini adalah satu dari empat mata pelajaran yang wajib diambil oleh calon yang menduduki peperiksaan UPSR dalam tahun 6. Matlamat Kurikulum Baru Sekolah Rendah adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran asas secara berkesan di samping berlakunya perkembangan secara menyeluruh di kalangan mereka. Perkembangan ini melibatkan aspek-aspek penting seperti intelek (pengetahuan), rohani (nilai-nilai sejagat), jasmani (fizikal dan mental), emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Salah satu matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai bahasa Malaysia dengan memuaskan, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Mata Pelajaran Bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dan utama sebagai bahasa ilmu pengetahuan, bahasa perhubungan dan bahasa perpaduan. Penguasaan yang baik dalam kemahiran berbahasa akan membantu murid-murid mengikuti pelajaran mereka dengan lebih mudah dan berkesan. Atas hakikat ini, maka kemahiran berbahasa diberi penekanan yang berat dalam kurikulum sekolah rendah supaya di akhir persekolahan nanti, murid-murid akan dapat menggunakan bahasa sejajar dengan keupayaan dan peringkat perkembangan umur mereka. Kurikulum Bahasa Melayu menekankan asas berbahasa yang kukuh, yang melibatkan kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Semua kemahiran ini melibatkan

aspek-aspek mekanis, penggunaan dan penaakulan. Oleh sebab bahasa adalah satu alat komunikasi yang penting, maka penguasaan sepenuhnya kemahiran-kemahiran tersebut mestilah diwujudkan di kalangan muridmurid.

3.2

Kepentingan Bacaan Awal Menurut Isahak Harun (2004) terdapat dua mazhab besar tentang cara kanak-kanak mula membaca; Beliau mendefinisikan bacaan sebagai tentang bagaimana kanak-kanak mengenal dan mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Mazhab pertama merujuk kepada perspektif linguistik yang berasaskan kepada anggapan bahawa bahasa terdiri daripada bunyi dan adunan bunyi yang menjadikan perkataan. Mazhab ini mengajar kanak-kanak membaca bermula dengan menghafal simbol-simbol yang mewakili bunyi asas ini (fonem), iaitu huruf abjad dan bunyi-bunyi huruf tersebut. Kaedah ini juga dikenali sebagai pendekatan fonik. Di Malaysia kaedah ini sinonim dengan kaedah abjad iaitu kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan bahasa Melayu. Kaedah ini menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak. Mazhab kedua berasaskan kepada teori psikologi kognitif yang beranggapan bahawa kanak-kanak belajar bahasa melalui perkataanperkataan dan ayat yang bermakna kepadanya. Murid-murid membaca bermula dengan melihat seluruh perkataan dan ayat yang bermakna. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan (whole word) atau kaedah pandang dan sebut. Variasi lanjutan daripada kaedah ini adalah kaedah frasa, kaedah ayat dan kaedah cerita (Isahak Harun, 1989).

3.3

Kaedah Gabungan Bunyi-kata (KGBK) Kaedah Gabungan Bunyi-Kata ini diilhamkan oleh Profesor Dato Dr. Isahak Harun yang dinyatakan melalui pembentangan kertas kerja di KONPEN IV anjuran Persatuan Suluh Budiman di Kuantan, pada 8 hingga 10 Disember 1979. Beliau telah memperkenalkan kaedah ini sebagai cadangan untuk mengatasi masalah membaca banyak murid di sekolah rendah, terutama di sekolah kebangsaan yang tidak boleh membaca. Rentetan itu kertas kerja tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Dewan Bahasa, jilid 24 bil. 7, Julai 1980. Kaedah ini turut dijadikan salah satu kaedah pilihan (ke-4) dalam buku panduan am, kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1981. Seterusnya kaedah ini telah dijadikan asas untuk panduan guru Bahasa Malaysia (KBSR) Tahun Satu untuk sekolah SRJK Cina dan SRJK Tamil pada Jun 1981. Namun begitu, kaedah ini tidak digunakan di sekolah kebangsaan untuk mengajar bacaan asas pada Tahun Satu. Selain itu juga, kaedah KGBK digunakan oleh tadika swasta di Bandar-bandar seluruh Malaysia dengan menggunakan buku Kegiatan Tadika 2 Bahasa Malaysia, Mari Membaca yang diterbitkan oleh Fajar Bakti (Isahak Harun, 2004). Kaedah ini merupakan satu kaedah yang sistematik. Menurut Isahak Harun (2004) perlunya mengambil kira perkara-perkara berikut: a) Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah alphabetic dan fonemik . Hal ini menjelaskan bahawa adanya hubungan yang rapat antara simbol atau huruf dan bunyinya. Hal ini berbeza dengan sistem ejaan Bahasa Inggeris yang bercelaru. b) Suku kata ejaan Bahasa Melayu adalah mudah dan jelas, jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain. c) Murid-murid Melayu telah mempunyai perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu yang mencukupi untuk mereka belajar membaca dalam Bahasa Melayu. Begitu juga dengan murid Cina dan India rakyat Malaysia yang sudah mempunyai perbendaharaan kata

Bahasa Melayu terutamanya di peringkat sekolah menengah. Seterusnya hal ini menjelaskan bahawa tidak sesuai digunakan kaedah yang digunakan mengajar bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris untuk mengajar bahasa pertama yang berbeza. Unsur membunyikan huruf dengan membina dan membaca perkataan boleh digabungkan dalam sesuatu pengajaran-pembelajaran membaca. Susunan bahan-bahan adalah secara developmental, kumulatif dan sistematik. Hal ini memudahkan guru-guru mengajar dan memudahkan murid belajar membaca dan menulis. Pendekatan gabungan dan susunan bahan secara kumulatif tidak mungkin berlaku dalam pendekatan abjad/ fonik, pendekatan seluruh perkataan atau pendekatan eklektik yang digunakan pada masa ini. Gabungan mengenal bunyi huruf dengan membina-dan-membaca perkataan dalam satu atau dua pelajaran, dan murid terus membaca perkataan, frasa atau ayat. Hal ini yang membezakan KGBK dengan kaedah-kaedah lain yang berpegang kepada dua mazhab utama awal membaca. Selain itu, KGBK dibina atas keistimewaan ejaan Bahasa Melayu yang fonemik dan sistematik dan suku kata yang jelas. Di samping itu juga, pemilihan susunan abjad yang diajar telah dikenalpasti melalui kajian yang menyeluruh berdasarkan kepada yang mudah, dekat dengan kanak-kanak dan tidak mengelirukan.

Kaedah Gabungan Bunyi Kata menyenaraikan beberapa abjad vokal dan konsonan yang perlu diajar mengikut tertibnya. Huruf vokal yang mulamula diajar ialah a i u dan susunan konsonan berikut: bkcstmngljhyfwqvz

Untuk menjelaskan kaedah ini, Isahak Harun (1979) menggariskan beberapa langkah berikut: a) Mulakan dengan memperkenalkan bunyi tiga huruf vokal a, i dan u. Dengan menggunakan kad imbasan. Buat latihan membunyikan huruf itu beberapa kali, selang seli. b) Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya b, dan k. dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi beberapa kali supaya murid dapat menyebutkan bunyi tiap-tiap simbol itu dengan jelas. c) Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata. d) Seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna. e) Kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latih muridmurid membacanya. f) g) Perkenalkan gabungan lain dan suruh murid-murid membaca ayatayat berikut daripada beberapa perkataan di atas. Perkenalkan gabungan bunyi lain seterusnya. Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan yang dicipta; h) Seterusnya, bolehlah pula diperkenalkan bunyi konsonan yang lain mengikut susunan yang telah ditetapkan. Galakkan murid-murid mengenal sendiri perkataan-perkataan baru dengan membuat latih tubi. i) Akhir sekali bolehlah diperkenalkan bunyi gugusan dalam ejaan bahasa Melayu seperti ng, sy, gh dan sebagainya.

3.4

Penilaian Bahan Pendidikan Berasaskan Komputer Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan amalan biasa kini sama ada di peringkat Pra Sekolah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) atau Computer-Assisted Instruction (CAI) dapat memberi kesan yang positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran (Kulik, et al., . 1983, 1986; Robyler, 1988). Menurut Yusup Hashim dan Razmah Man (2006), strategi IBK

menggunakan kaedah pembelajaran terancang untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Proses pembelajaran dan pengajaran dirancang mengikut pendekatan sistem dan biasanya dalam bentuk linear dan pelajar dikehendaki menggunakan maklumat yang diprogramkan. Kaedah-kaedah dalam IBK ialah: a) Kaedah Latih Tubi Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Kaedah ini membenarkan pelajar mempelajari sesuatu berulang-ulang kali sehingga pelajar menguasai kemahiran atau menjawab soalan dengan betul melalui respon di antara pelajar dengan komputer. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin kekekalannya. Kaedah ini sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.

b) Kaedah Simulasi Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. c) Kaedah Tutorial Menurut Yusup Hashim dan Razmah Man (2006), peristiwa

instruksional dalam kaedah ini bermula dari mendapatkan perhatian, menyampaikan objektif, mengingatkan semula pelajaran lepas, menyampaikan maklumat baru, memberi panduan unit yang diajar, menyoal, membuat keputusan tentang jawapan yang diberi, memberi maklum balas dan menjalankan penilaian pencapaian. Dalam penilaian, soalan seterusnya akan diberi jika soalan dijawab dengan betul. Bantuan akan diberi sekiranya pelajar gagal menjawab berkenaan. Dalam kaedah ini, terdapat tiga jenis maklum balas iaitu maklum balas bermaklumat, maklum balas pengesahan dan maklum balas ganjaran sebagai motivasi.

4.

PENGENALAN PERISIAN KURSUS PROGRAM MUTIARA Perisian kursus ini adalah percuma yang dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan. Ia boleh dimuat turun dari URL berikut: http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/produk/cdri/ Setelah dimuat turun, unzip fail berkenaan dengan perisian Winrar dan merakamkan fail-fail yang telah unzip itu melalui perakam CD. Perisian kursus ini menggunakan rakaman video untuk memperkenalkan latar belakang pembangunan program ini dan ciri-cirinya. Pengasas program ini iaitu En. Manan bin Salleh dari Sekolah Kebangsaan Merbok Pusat, Kedah sendiri memberi penerangan kepada pengguna (Rajah 1).

Rajah 1 Panduan umum mengenai prosedur pembangunan dan ciri-ciri perisian kursus ini tidak disediakan.

10

5.

KAJIAN ELEMEN-ELEMEN PERISIAN KURSUS 5.1 Jenis Perisian kursus a) Objektif Penggunaan Perisian kursus ini merupakan jenis sistem tutoran peribadi. Ia bertujuan membolehkan pengguna mempelajari semua topik yang disediakan sama ada dengan atau tanpa bantuan guru. Ia amat flexible, adaptif dan praktikal. Matlamat utama perisian kursus ini ialah meningkatkan kemahiran membaca dalam Bahasa Malaysia di kalangan pelajar Pra Sekolah dan pelajar Tahap Satu. Objektif penggunaan perisian kursus ini adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. Mengecam, mengenal dan menyebut huruf vokal dan konsonan dengan betul. Mengeja, menyebut dan membina perkataan dari suku kata. Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian pelajar. Meningkatkan keyakinan diri dan minat belajar melalui pembelajaran secara interaktif. Membantu para guru menggunakan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

11

b)

Kaedah Penggunaan Perisian kursus ini menyediakan capaian kandungan berbentuk nonlinear (Rajah 2).

Rajah 2

Ini bererti pelajar boleh memilih mana-mana topik atau latihan yang ingin mereka pelajari. Rekabentuk perisian kursus ini membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam keadaan perseorangan atau berkumpulan.

12

5.2

Komponen Perisian Kursus a) Induksi Untuk menarik perhatian dan minat pelajar, set induksi perisian kursus amatlah penting. Set induksi perisian kursus ini agak simple di mana ia dimulakan dengan muzik latar dan memaparkan skrin yang mempunyai teks animasi (Rajah 3).

Teks animasi

Rajah 3

13

b)

Perkembangan Isi Kandungan Langkah-langkah penyampaian isi kandungan dalam perisian kursus ini adalah berdasarkan pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) yang diilhamkan oleh Profesor Dato Dr. Isahak Harun di mana ia dimulakan dengan huruf vokal iatu a i u dan susunan konsonan k s b d p m n t l g (Rajah 4). Perkembangan isi kandungan disusun dengan rapi di mana ia dimulakan dari tahap yang senang ke tahap yang semakin susah. Penyusunan perisian kursus ini adalah berdasarkan teori pembelajaran iaitu dari senang ke susah (Rajah 5).

Rajah 5

14

c)

Penilaian Pengesanan dan penilaian tahap penguasaan pelajar disediakan di semua peringkat. Penilaian adalah dalam bentuk latihan sahaja. Pelajar akan diberi pelbagai jenis latihan selepas pelajar melalui tutorial topik yang dipilih (Rajah 5 dan 6). Tiada soalan ujian disediakan dalam perisian kursus ini.

Rajah 5

Rajah 6

15

5.3

Komponen Tambahan

a) Ulangkaji Perisian kursus ini membenarkan proses pengulangan dilakukan. Pengulangan ini boleh dilakukan dengan mengklik pada butang Ulang (Rajah 7). Seperti yang kita ketahui, penting dalam teori pengulangan merupakan konsep Proses pengulangan

behaviourisme.

merupakan satu pendekatan yang dapat membantu pelajar untuk menguasai sesuatu kemahiran atau memahami konsep-konsep tertentu yang cuba disampaikan dengan lebih jelas.

Pengulangan Rajah 7

16

b) Pengayaan Perisian kursus ini telah menyediakan aktiviti-aktiviti lanjutan yang menarik kepada pelajar. Contohnya pelajar boleh mewarnakan huruf di atas skrin dengan memilih warna yang disediakan, menulis huruf dengan menggunakan mouse dan membuat rakaman sebutan sesuatu sukukata (Rajah 8,9 dan 10).

Rajah 8

Rajah 9

17

Rajah 10

c) Pemulihan Tiada aktiviti pemulihan khas disediakan dalam perisian kursus ini. Pemulihan hanya boleh dilakukan dengan menggunakan pendekatan pengulangan sesuatu topik.

d) Pengukuhan Pengukuhan positif untuk jawapan yang betul dan galakan bagi jawapan salah disediakan dalam bentuk bunyi, muzik dan teks pujian atau peringatan seperti Syabas, anda berjaya menjawab dengan tepat! , Jawapan anda tidak tepat! dan Cuba lagi! (Rajah 11, 12 dan 13).

18

Rajah 11

Rajah 12

19

Rajah 13

6.

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Perisian kursus ini telah diintegrasikan dengan pelbagai pendekatan supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, menyeronokkan dan mencabar. Di antara pendekatan yang digunakan di dalam perisian kursus ini adalah seperti berikut: a. Tutoran Perisian kursus ini secara automatik mengajar sebutan sesuatu suku yang dipilih dan latihan-latihan disediakan. Pendekatan ini membolehkan peningkatan kemahiran membaca dibuat secara developmental. b. Latih-tubi Terdapat banyak aktiviti latih tubi disediakan di dalam perisian kursus ini. Susunan bahan pengajaran-pembelajaran secara developmental, kumulatif dan sistematik ini memudahkan guru mengajar dan memudah murid belajar membaca dan menulis.

20

c.

Permainan Untuk meningkatkan minat dan keseronokan pelajar untuk belajar, permainan yang mudah disediakan di hujung setiap topik (Rajah 14 dan 15). Walau bagaimanapun, permainan yang disediakan dalam perisian kursus ini kurang mencukupi.

Rajah 14

Rajah 15

21

7.

PENGURUSAN PERISIAN KURSUS Perisian kursus perlu mempunyai komponen penyimpanan soalan ujian dan menganalisis serta membuat laporan. Tetapi perisian kursus tidak mempunyai soalan-soalan ujian untuk digunakan oleh guru untuk menilai pencapaian pelajar. Justeru itu ciri-ciri lain seperti bank soalan, penganalisaan ujian dan pelaporan ujian tidak dilengkapkan di dalam perisian kursus ini.

8.

KURIKULUM PERISIAN KURSUS Kandungan perisian kursus ini mempunyai unsur-unsur tempatan, misalnya menggunakan lagu Burung Kakatua sebagai muzik latar, gambar Kitab alQuran dan Pak Haji dalam latihan (Rajah 16 dan 17).

Rajah 15

22

Rajah 16

Walau bagaimanapun, penerapan nilai murni selaras dengan agama, budaya dan norma masyarakat dalam proses pembelajaran tidak kelihatan di dalam perisian kursus ini. Ia juga kurang mempunyai unsur-unsur yang boleh merangsang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Segala aktiviti dalam perisian kursus ini lebih menitikberatkan peringatan pelajar terhadap sebutan suku kata melalui pendekatan pengulangan sahaja tanpa perlu kemahiran berfikir secara kritis atau kreatif.

23

9.

REKABENTUK ANTARA MUKA PERISIAN KURSUS

a.

Ramah Pengguna Perisian kursus ini amat user friendly. Secara keseluruhannya reka bentuk perisian kursus ini adalah dalam bentuk kartun, termasuk gambargambar dan ikon yang digunakan. Ini merupakan saya daya tarikan kepada pelajar Pra Sekolah dan Tahap Satu untuk menjelajah perisian kursus ini. Selain daripada gambar-gambar statik atau animasi, unsur-unsur audio seperti lagu, muzik, bunyi dan arahan bersuara sering digunakan mengikut keperluan. Dari segi penggunaan istilah pula, didapati tiada istilah komputer yang digunakan di dalam perisian kursus ini dan ini amat sesuai untuk pelajar yang berumur rendah. Satu kelemahan yang ketara dalam perisian kursus ini ialah tiada bantuan dan peta topik disediakan sama ada untuk pelajar atau guru. Pengguna hanya boleh menggunakan pendekatan try and error untuk mengesan ciri-ciri dan cara-cara mengguna perisian kursus ini. Guru perlu mencuba perisian kursus ini sebelum memberi tunjuk ajar kepada pelajar. Walau bagaimanapun, ini tidak menjadi masalah besar kepada pengguna kerana reka bentuk perisian kursus ini amat simple dan mudah untuk dicuba.

b.

Keinteraktifan Perisian kursus ini dilengkapkan dengan ciri-ciri interaktif di mana ia boleh memberi respon kepada tindakan-tindakan pengguna sama ada dalam bentuk bunyi, arahan atau teks. Ciri-ciri interaktif ini telah menyebabkan perisian kursus ini menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.

24

c.

Pendekatan Navigasi Perisian kursus Program Mutiara mempunyai pendekatan navigasi yang mudah tetapi berkesan. Apabila sesuatu topik dipilih, topik(huruf) berkenaan akan berubah ke warna merah (Rajah 17).

Rajah 17

Di sebelah kanan sudut bawah pula mempunyai ikon anak panah untuk maju ke peringkat seterusnya atau balik ke peringkat sebelumnya. Di sudut berkenaan juga akan dipaparkan nombor yang mewakili peringkat semasa sebagai panduan kepada pengguna (Rajah 17).

25

10.

KUALITI MEDIA PERISIAN KURSUS a) Imej Statik Semua imej statik di dalam perisian kursus ini adalah dalam bentuk kartun. Ini sangat sesuai kerana sasaran pengguna perisian kursus ini adalah pelajar Pra Sekolah dan Tahap Satu di sekolah rendah. b) Animasi Gambar-gambar animasi digunakan dalam tutoran, latihan dan permainan. Pergerakan gambar-gambar animasi didapati kurang menarik kerana semua pergerakan hampir sama dan terlalu mudah. Pergerakan yang serupa untuk keseluruhan perisian kursus akan membosankan penggunanya. c) Audio Muzik latar, bunyi dan arahan kepada pengguna adalah jelas dan bersesuaian. Pengawalan audio hanya boleh dilakukan ke atas muzik latar dengan mengklik not muzik di sebelah kanan sudut atas atau menekan ESC untuk menutup atau memasang muzik latar berkenaan. Tetapi didapati hanya terdapat satu muzik latar sahaja untuk keseluruhan perisian kursus ini. Pelajar juga boleh membuat rakaman mereka melalui latihan yang disediakan. d) Video Hanya ada satu video klip sahaja di dalam perisian kursus ini. Video ini bertujuan untuk pengasas Program Mutiara memberi sedikit penerangan mengenai program ini. Tiada apa-apa video disediakan untuk lain-lain bahagian perisian kursus ini.

26

e)

Teks Teks perisian kursus ini cukup besar, terang dan menarik. Selain daripada teks jenis statik, teks jenis animasi juga digunakan mengikut keperluan untuk menarik minat pengguna. Walau bagaimanapun, pergerakan teks animasi di dalam perisian kursus ini amatlah simple dan kurang menarik.

f)

Warna Mempunyai warna yang cerah, jelas dan menarik. Warna-warna yang digunakan sangat hidup, ceria dan tidak menyakitkan mata-mata pengguna. Dapat merangsang pelajar untuk menggunakannya.

11.

ASPEK TEKNIKAL PERISIAN KURSUS a) Year 2000 Compliant Perisian kursus ini adalah dibina dengan perisian Macromedia Authoware 7 keluaran Syarikat Adobe. Menurut syarikat Adobe, semua produk syarikatnya adalah bebas dari masalah Y2K, atau Millenium Bug. b) Tahan Lasak Perisian kursus ini amat tahan lasak walaupun digunakan melebihi satu jam. Tidak berlaku system crash atau hang sepanjang percubaan yang lakukan melebihi satu jam. Ia berjalan dengan lancar dalam OS Windows XP. c) Tiada Ralat Sepanjang percubaan, tiada apa-apa ralat yang dikesan. Semua berfungsi seperti dikehendaki dan mengeluarkan output atau maklumbalas dengan betul.

27

d)

Kepantasan Persembahan Kepantasan perisian kursus ini adalah bergantung kepada PC yang digunakan. PC yang mempunyai memory, standalone VGA card dan processor yang tinggi dapat menjalankan perisian kursus ini dengan lancar. Walau bagaimanapun, pembina perisian kursus ini tidak memberi maklumat tentang basic system requirement. Oleh kerana perisian kursus ini dibina dengan Authoware 7, perisian Authoware 7 iaitu: Windows Intel Pentium processor or higher Microsoft Windows 98 SE, 2000, Me, XP, NT 4, or later Microsoft Internet Explorer 4.0 or later, or Netscape 4.0 or later 32 MB RAM Macintosh Apple PowerMac G3 or higher Apple Mac OS X (10.1.5 or later recommended), or 8.6 or later with Carbon Library Microsoft Internet Explorer 5.0 or later, Netscape 4.0 or later, or Apple Safari 32 MB RAM (Sumber: http://www.adobe.com/products/authorware/productinfo maka

keperluan asas untuk perisian kursus ini harus memenuhi keperluan

/systemreqs/ )

28

12.

DOKUMENTASI PERISIAN KURSUS a) Manual Pengguna Tidak disediakan. b) Panduan Guru Tidak disediakan.

13.

CADANGAN-CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Setelah menganalisa dan menilai perisian kursus Program Mutiara ini, didapati wujudnya beberapa kekurangan. Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan yang dianggap perlu diambil perhatian untuk pembina program ini melakukan penambahbaikan terhadap perisian kursus ini: a) Manual Pengguna Manual pengguna yang mengandungi perkara-perkara berikut harus disediakan dalam perisian kursus ini: Basic system requirement Penerangan ciri-ciri perisian kursus Cara-cara menggunakan perisian kursus FAQ Borang respon pengguna b) Panduan Guru Panduan guru pula harus mengandungi perkara-perkara berikut harus disediakan dalam perisian kursus ini: Kandungan perisian kursus Keistimewaan/Nilai perisian kursus dari segi pendidikan

29

Jenis pengguna yang sesuai mengguna perisian kursus Hasil output yang diharapkan Halangan-halangan yang perlu diberi perhatian Rujukan pakar Borang respon guru c) Bank Soalan Perlu membina lebih banyak soalan sama untuk latihan atau penilaian. Soalan latihan dan penilaian yang sedia ada dalam perisian kursus Program Mutiara adalah tidak mencukupi untuk proses pengukuhan dan penilaian pencapaian pelajar. Bank soalan harus ditambah dan fungsi pemilihan soalan secara rawak harus diadakan. d) Fungsi Log In Perisian kursus ini tidak perlu pengguna log in sebagai pengguna. Fungsi ini perlu diadakan untuk guru mengesan keberkesanan penggunaan perisian kursus ini di kalangan pelajar. e) Fungsi Bantu (Help) Fungsi bantu perlu disediakan ketika pengguna mengguna perisian kursus supaya pengguna dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan cepat. f) Rekod, Analisis dan Laporan Pencapaian Segala pergerakan pengguna semasa mengguna perisian kursus perlu direkod, dianalisa dan laporan disediakan untuk guru. Ini membolehkan guru menilai tahap penggunaan perisian kursus dan sejauh manakah perisian kursus ini dapat meningkatkan kemahiran membaca pelajar.

30

g)

Kemudahan cetak Fungsi cetak harus dibina supaya pengguna boleh mencetak skrin, gambar, latihan, soalan dan borang-borang yang dikehendaki. Ia juga merupakan satu latihan kepada pelajar bagaimana mencetak bahan melalui printer.

h)

Video Tambahan Video-video yang berkaitan dengan cara sebutan vokal dan konsonan yang betul harus ditambah supaya pelajar dapat mempelajari cara sebutan yang betul dan tepat.

i)

Permainan Tambahan Walaupun perisian kursus Program Mutiara ini mengandungi permainan mengikut tajuk, tetapi didapati permainan-permainan ini tidak mencukupi, kurang menarik dan tidak mencabar. Permainan-permainan yang lebih menarik dan mencabar kemahiran pelajar perlu dibangunkan sebagai aktiviti pengkayaan.

j)

Imej Animasi Didapati pergerakan imej-imej animasi di dalam perisian kursus ini agak mudah dan hampir kesemuanya bergerak dalam bentuk yang sama. Pembina program ini harus menambah imej-imej animasi yang mempunyai pelbagai pergerakan yang menarik supaya pengguna tidak berasa bosan terhadap imej-imej berkenaan.

k)

Audio Tambahan Didapati muzik latar perisian ini adalah sama bagi semua topik atau peringkat, iaitu lagu Burung Kakatua. Adalah lebih menarik sekiranya muzik latar berubah mengikut topik atau peringkat kerana ia merupakan satu rangsangan kepada pengguna untuk terus mengguna perisian kursus berkenaan.

31

14.

KESIMPULAN Berdasarkan penilaian yang dilakukan (Lampiran 1), didapati perisian kursus Program Mutiara ini mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu. Walau bagaimanapun kekurangan-kekurangan ini tidaklah drastik dan tidak menjejas keberkesanannya untuk membantu meningkatkan kemahiran membaca di kalangan pelajar Pra sekolah dan Tahap Satu. Perisian kursus ini layak diberi Gred B.

32

15.

BIBLIOGRAFI Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung Malim: Quantum Books. Azman Wan Chik (1979). Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung Malim: UPSI. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2 . Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. J.S. Farrant (1971). Principles and Practice of Education. London: Longman Group Limited. Kulik, J.A. & Kulik, C.C. (1986). Effectiveness of Computer-Based Education In Colledge. AEDS Journal, 19(2-3), 81-108 Kulik, J.A., Bangert, R. & William, G.(1983). Effect Of Computer-Based Education In Elementary Schools. Computer in Human Behaviour, l(1), 59-74 Wiley Blevins (1998). Phonics From A to Z: A Practical Guide . New York: Professional Books. Y2K Information, diakses 29 September 2009, http://www.adobe.com/ aboutadobe/year2000/ Yusup Hashim & Razmah Man (2006), Teknologi Instruksional: Teori dan Aplikasi, Tanjung Malim: Perintis Tanjong Malim.

33

34

35

36

37

38

39

40

41

You might also like