You are on page 1of 30

PENDEKATAN DEDUKTIF

(Advance organiser)
Matlamat dan andaian model
 Bertujuan membantu guru menyusun/menstruktur &
menyampaikan maklumat yang banyak secara efisien dan
bermakna.
 Perolehan maklumat ialah matlamat persekolahan yang sah
dan penting.
 Pandangan – guru menstruktur dan menyampaikan maklumat
yang perlu dipelajari melalui kuliah, pembacaan dan tugasan.
 Peranan pelajar – menguasai idea dan maklumat
 Konsep dan prinsip disampaikan kpd pelajar secara langsung
Struktur kognitif
 Model advance organiser direka bentuk untuk
mengukuhkan struktur kognitif pelajar

 Struktur kognitif ialah struktur sesuatu bidang


pengetahuan yang ada dalam minda seseorang;
sebanyak mana pengetahuan yang ada dan sebaik
mana pengetahuan tersebut tersusun,
menggambarkan bentuk struktur kognitif seseorang.
Mengukuhkan struktur kognitif
 Pengetahuan seseorang tentang subjek tertentu pada
satu-satu masa, serta susunan, kejelasan dan
kestabilan pengetahuan tersebut dalam minda
seseorang merupakan struktur kognitifnya.

 Struktur kognitif sedia ada seseorang menentukan


sama ada sesuatu bahan baru itu bermakna, difahami
dengan baik dan dapat disimpan dalam ingatan.

 Untuk memastikan keberkesanan penerimaan sesuatu


maklumat, sebelum guru mempersembahkan bahan
baru, struktur kognitif pelajar perlu dikukuhkan.
 Ini dilakukan dengan mempersembahkan terlebih dahulu
konsep asas, umum, dan menyeluruh tentang maklumat
kepada pelajar terlebih dahulu.
 Konsep umum yang tersusun menyediakan pelajar satu
landasan untuk menerima dan mengingati lain-lain
maklumat berkaitan yang seterusnya.
 Belajar dengan mendengar, melihat atau membaca tidak
dianggap pasif kerana minda pelajar aktif berinteraksi
dengan maklumat.
 Belajar secara hafalan atau menerima sesuatu maklumat
yang tidak bermakna adalah pembelajaran pasif.
Pembelajaran bermakna
 Sama ada sesuatu bahan itu memberi makna atau
tidak bergantung kepada (1) kesediaan pelajar untuk
belajar dan (2) bentuk susunan bahan yang
dipersembahkan – bukan disebabkan oleh kaedah
pengajaran.
 Pembelajaran bermakna boleh berlaku apabila pelajar
mempunyai struktur kognitif yang sesuai dan bahan
pembelajaran yang disusun dengan baik.
 Ia menggalakkan pemprosesan maklumat yang baik.
Pengajaran ekspositori
 Dalam masa kuliah atau lain-lain pengajaran
ekspositori, minda pelajar boleh aktif – apabila
terlibat membuat kaitan antara maklumat yang
disampaikan dengan struktur kognitif sedia ada.
 Pelajar aktif pada peringkat mental apabila cuba
melihat maklumat yang disampaikan pensyarah dari
sudut yang berbeza, mengaitkannya dengan
maklumat yang serupa atau yang bertentangan, dan
akhirnya membuat tafsiranny sendiri mengikur
kerangka rujukannya.
Susunan maklumat
 Ausubel – Minda manusia ialah satu sistem
pemprosesan dan penyimpanan maklumat.
 Terdapat persamaan antara susunan bahan pelajaran
dengan cara manusia menyusun pengetahuan dalam
minda mereka.
 Mengikut Ausubel, setiap bidang pelajaran
mempunyai struktur yang berhierarki. Di peringkat
teratas terdapat beberapa konsep umum yang
abstrak dan diperingkat bawah konsepnya lebih
konkrit.
Susunan maklumat
 Seperti bidang pengetahuan, idea juga tersusun
secara berhierarki dan tersimpan dalam minda.

 Struktur konsep setiap bidang pelajaran ini boleh


diajar kepada pelajar – Ausubel

 Struktur konsep bidang ini boleh menjadi peta


konsep kepada pelajar, apabila pelajar menganalisis
domain tertentu dan menyelesaikan masalah dalam
domain tersebut.
Stuktur/Fungsi A
N
A
Berburu dan mengutip L
I
Persaingan bebas Pertanian berpindah S
I
Hak milik persendirian Pertanian cukup hidup S

Keuntungan & Motif Keuntungan


Jenis Asas
Ekonomi kapitalis E

Ekonomi bercampur Ekonomi sosialis


K
O

Demokrasi politik Ekonomi komunis


N
O
M
Ekonomi korporat I

Bekalan Prinsip bekalan dan permintaan I


S

Permintaan Kekurangan T
E

Harga Kehendak & keperluan M

Barangan & perkhidmatan E


K
Barangan modal Pengguna O
N
Barangan pengguna O
M

Struktur bidang Ekonomi. Sumber: Boutwell, 1972 I


Analisis Ekonomi

Lain-lain

Bekalan & Permintaan

Barangan &
Perkhidmatan
Kekurangan Kehendak/
Keperluan

Harga
Bekalan Barangan Pengguna
Permintaan Barangan modal

Struktur kognitif sedia ada Struktur kognitif individu tentang ekonomi.


Berpontensi menjadi konsep yang bermakna Sumber: Boutwell, 1972

Tidak relevan kepada struktur masa kini


Perkaitan dengan struktur kognitif
 Idea baru boleh dipelajari dan diingati bergantung
kepada sejauh mana ia berkaitan dengan konsep
yang sedia ada – yang menjadi pengikatnya.
 Jika bahan baru sangat bertentangan dengan
struktur kognitif sedia ada, atau tidak berkaitan,
tiada pautan dibuat – maklumat/idea tidak
diterima/tidak diingati.
 Untuk mengelak penolakan berlaku, guru mesti
menyusun bahan yang perlu dipelajari sedemikkian
rupa supaya perkaitan boleh dibuat.
Implikasi ke atas pengajaran
Ausubel menggunakan 2 prinsip yang memandu
penyusunan bahan iaitu:

 Pembezaan yang berperingkat – idea umum


didahulukan diikuti dengan idea terperinci
 Pengintegrasian – idea baru dikaitkan dengan apa
yang telah dipelajari sebelumnya
 Sedikit demi sedikit, akibat prinsip pembezaan dan
pengintegrasian, struktur kognitif bagi sesuatu bidang
tertentu akan terbina dalam minda pelajar.
 Ausubel mengingatkan – bidang dan urutan
pengajaran hendaklah di bina dari atas ke
bawah, dengan konsep umu, prinsip-prinsip
dan kenyataan dipersembahkan dahulu
sebelum memperkenalkan secara terperinci.
Advance Organiser
1. Advance organiser ialah cara utama menguatkan
struktur kognitif dan simpanan jangka panjang
maklumat.

2. Advance organiser ialah bahan pengenalan yang


diberi kepada pelajar sebelum tugas pembelajaran
sebenar – pada aras abstrak yang tinggi dan lebih
umum daripada bahan sebenar.
Advance Organiser
3. Advance organiser bertujuan menjelaskan,
menyatukan, mengaitkan, membezakan bahan dalam
tugasan pembelajaran semasa dengan bahan
pembelajaran sebelumnya.

4. Advance organiser paling berkesan bila


menggunakan konsep, istilah, kenyataan, ilustrasi
dan analogi yang sudah sedia diketahui pelajar.
Advance Organiser
5. Advance organiser umumnya berasaskan kepada
konsep utama, kenyataan/saranan utama,
generalisasi, prinsip atau peraturan dalam sesuatu
bidang.

6. Biasanya advance organiser dikaitkan dengan rapat


kepada bahan yang berikut. Walau bagaimanapun, ia
boleh dibina untuk memberikan perspektif baru. Cth:
konsep keseimbangan dalam seni – bagi bidang
kesusasteraan.
Pengajaran
 Katakan guru mahu pelajar memperoleh maklumat tentang
krisis tenaga masa kini.

 Guru menyediakan bahan pembelajaran mengandungi data


tentang beberapa sumber tenaga yang berkemungkinan,
maklumat umum tentang pertumbuhan ekonomi dan teknologi
di Malaysia, polisi alternatif terhadap krisis tenaga dan
rancangan masa depan.

 Bahan pembelajaran terdiri daripada artikel akhbar, bahan


kuliah, video dokumentari, buku dll.
Pengajaran
 Tugas pelajar – baca maklumat – ingat idea utama
dan fakta penting daripada bahan.
 Sebelum memperkenalkan pelajar kepada bahan
pembelajaran, guru memberikan bahan pengenalan
dalam bentuk advance organiser untuk membantu
pelajar mengaitkannya dengan data baru.
 Dalam kes ini, konsep tenaga boleh dijadikan asas
kepada advance organiser.
Pengajaran
 Konsep yang berkaitan seperti kecekapan tenaga
atau pemuliharaan tenaga boleh dijadikan advance
organiser sampingan.
 Advance organiser itu sendiri merupakan isi
kandungan yang perlu diajar. Masa mesti
diperuntukkan untuk menerangkan dan membina
organiser kerana ia hanya berguna menyusun
pembelajaran yang berikut sekiranya ia difahami
dengan baik.
 Contoh: pelajar perlu faham apakah budaya
sebelum
 Guru mengajar tentang perbezaan kumpulan
budaya.
Pengajaran & advance organiser
Dua jenis advance organiser ialah:
 Advance organiser pendedahan – yang memberikan

perancah tentang idea baru atau yang tidak biasa


ditemui pelajar.
 Advance organiser perbandingan – yang digunakan

untuk pelajar membezakan konsep lama dengan


konsep baru atau satu konsep dengan satu konsep
yang lain.
Model advance organiser
Aktiviti tiga fasa:
 Fasa 1: pembentangan advance organiser

 Fasa 2: pembentangan tugas atau bahan

pembelajaran
 Fasa 3: pengukuhan struktur kognitif

Aktiviti dirancang untuk meningkatkan kejelasan dan


kestabilan bahan pembelajaran baru supaya tidak
berlaku kecelaruan, kekaburan atau kehilangan
maklumat.
Fasa 1: Membentang advance organiser

1. Menjelaskan tujuan/objektif pelajaran.


2. Membentang advance organise:
-- Kenal pasti atribut khusus
-- Beri contoh-contoh
-- Beri konteks
-- Ulangi
3. Mengaitkan dengan pengetahuan / pengalaman
pelajar sedia ada.
Fasa 2: Membentang tugas / bahan pembelajaran

1. Membentang bahan pembelajaran baru


2. Menarik perhatian pelajar
3. Mengaitkan pelajaran baru dengan advance
organiser secara eksplisit.
4. Menyusun bahan pengajaran secara logikal dan
eksplisit.
Fasa 3: Mengukuhkan struktur kognitif
1. Menggunakan prinsip perkaitan dan integrasi
2. Menggalakkan pembelajaran resepsi yang aktif.
3. Mendapatkan pendekatan kritikal terhadap
subjek.
4. Menjelaskan.
Dapatan penyelidikan
 Ausubel dll. Telah menjalankan banyak penyelidikan
tentang penggunaan advance organiser – dapatan
menyokong penggunaan advance organiser
( Ausubel & Fitzgerald, 1962; Ausubel, 1968;
Ausubel, Stager & Gaite, 1968; Barron, 1971)
 Kajian Lawton, 1977 menyokong pembelajaran
verbal bermakna.
Kesan pengajaran advance organiser

Struktur Konsep
Model
advance Penerapan makna yang
organiser didapati daripada maklumat
dan idea.

Tabiat berfikir Kesan pengajaran


secara tepat Minat terhadap inkuiri Kesan pupukan

Sumber: Joyce, Well & Showers, 1992. Models of teaching.


Soalan 1
Pendekatan deduktif model Ausubel melibatkan…

 Murid membuat eksperimen, selepas itu membuat


kesimpulan tentang hasil eksperimen mereka.
 Guru dan murid memberi berbagai contoh dahulu, dan
kemudian merumus prinsip utama daripadanya.
 Guru kemukakan beberapa soalan, kemudian guru
bersama murid mencari jawapan kepada soalan
tersebut.
 Guru menerangkan kerangka konsep dahulu, kemudian
bersama dengan pelajar, berbincang tentang bahagian-
bahagian dalam kerangka konsep dengan lebih teliti.
Soalan 2
Model advance organiser mengandungi beberapa fasa iaitu:
I. Fasa menyampaikan penerangan
II. Fasa menggunakan advance organiser
III. Fasa memperkukuhkan struktur kognitif
IV. Fasa pelaksanaan aktiviti dan bahan pembelajaran

A. I, dan III
B. I, II, dan IV
C. II,III dan IV
D. III dan IV sahaja
Rujukan
 Joyce, B., Weil, M. & Showers, B. (1992) Models of teaching.
Edisi ke-4. Boston: Allyn and Bacon. Bab 9 dan 10.

You might also like