You are on page 1of 13

Sintesis Literature

JURNAL 1 : Strategi Pengajaran Guru Untuk Meningkatkan Kemahiran Komunikasi


Murid Autisma
Pengarang : Aiman Sabaryni Binti Yahya, Norshidah Binti Mohd Salleh

Pernyataan Masalah Autisma adalah suatu masalah kecelaruan individu untuk


berkomunikasi dengan orang sekeliling. Kanak-kanak autisma
juga mengalami ketidakupayaan mentafsir serta memahami
maklumat yang diterima. Kanak-kanak ini juga mengalami
ketidakupayaan interaksi social, ketidakupyaan komunikasi
social dan juga imaginasi (siti hodijah,2012)
Tujuan/Objektif kajian Tujuan kajian adalah untuk mengkaji keberkesanan startegi
pengajaran guru ke atas perkembangan komunikasi kanak-
kanak autisma untuk membantu mereka menyatakan hasrat
serta keinginan mereka dalam bentuk komunikasi.
Kajian Literatur & kerangka
konseptual kajian

Metodologi Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan ia dipilih


- Termasuk reka berdasarkan kepada keinginan untuk memahami dengan
bentuk kajian, mendalam (Yin,2003) serta ingin mendapat gambaran jelas
persampelan, (Marohaini,2004) berkaitan strategi pengajaran guru
instrumentasi dan pendidikan khas dalam meningkatkan kemahirfan komunikasi
kaedah analisis data murid-murid autuisma. Data dianalisis secara manual iaitu
**terangkan detail semasa analisis kandungan daripada kajian-kajian yang lepas.
instrument/alat kajian yang Borang matrik digunakan untuk menyimpan analisis. Dapatan
digunakan kajian bersifat komprehensif, holistic dan diskriptif
(Othman,2009) tetapi tidak boleh digeneralisasikan daripada
konteks, peserta dan tempat kajian.
Keputusan/ Dapatan kajian Dapatan kajian dibentangkan mengikut permasalahan yang
diketengah oleh para pengkaji. Dapatan dibincangkan satu
persatu untuk memperkayakan kefahaman atas tujuan
memahami strategi yang sesuai digunakan oleh guru
pendidikan khas dalam meningkatkan kemahiran komunikasi
murid autisma dengan lebih mendalam.
Perbincangan/ Implikasi Bagi meningktakan lagi keberkesanan sesi pengajaran dan
kajian pembelajaran kemahiran komunikasi kanak-kanak autisma,
guru-guru pendidikan khas perlu diberikan kursus khas.
Kamahiran berinteraksi secara lisan untuk memberi dan
menerima pujian atau penghargaan perlu diberi penekanan.
Pengajaran dan pembelajaran, khususnya mengenai kemahiran
komunikasi perlu dijalankan dalam persekitaran berstruktur.
Selain itu, sesi pengajaran juga perlu dilaksanakan di dalam
dalamdan di luar bilik darjah supaya supaya generalisasi dapat
dibuat dalam persekitaran yang lain.
Cadangan kajian lanjutan Penulisan ini memberi impak terhadap strategi pengajaran
yang sesuai yang boleh dijalanakn oleh para guru bagi
meningkatkan kemahiran komunikasi murid-murid autisma.
Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran yang bersesuain
mengikut keupayaan dan kebolehan mereka. Kajian ini juga
diharap dapat memberi kesan yang baik kepada para guru dan
juga sesiapa sahaja yang berkaitan dengan pendidikan khas.
Komen/Analisis Melalui kajian ini, saya dapati bahawa proses pengajaran guru
melalui pengajaran yang berkesan adalah sangat penting untuk
mengubah sikap dan amalan murid pendidikan khas yang
masih lemah. Guru perlulah mempelbagaikan strategi
pengajaran supaya lebih berkesan.
JURNAL 2 : Penggunaan Kaedah Fonik Dalam Pengajaran Kemahiran Bacaan Awal
Kanak-Kanak Prasekolah.
PENGARANG : Sharipah Amalhayaty Binti Syed Ahmad Fakulti Pendidikan Dan
Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris 2015

Pernyataan Masalah Pelbagai pendekatan dan kaedah yang digunakan oleh guru-
guru dalam pengajaran kemahiran bacaan. Terdapat dua isu
utama berkaitan dengan penguasaan kemahiran membaca
peringkat awal dalam kalangan kanak-kanak prasekolah yang
merupakan pernyataan masalah kepada kajian ini, iaitu
kelemahan dalam mengeja perkataan dan membaca ayat
mudah bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah. Laporan
akhbar The New Straits Times bertarikh 23 September 2006
menunjukkan seramai 163,835 orang kanak-kanak tahun satu
tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis. Walaupun
kenyataan akhbar yang melaporkan berita ini bersifat umum,
sesungguhnya data ini menunjukkan wujud masalah
penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan
kanak-kanak di negara kita.
Tujuan/Objektif kajian Kaedah Fonik dalam pengajaran bacaan awal kanak-kanak
prasekolah adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar
ketidak boleh bacaan kanak-kanak apabila mereka melangkah
ke tahun satu.
Kajian Literatur & kerangka Mohd Sofee (2007, dalam Tamam Timbang, Zamri, Nik
konseptual kajian Mohd. Rahimi dan Jamaludin 2010), berpendapat isu
membaca tidak pernah lapuk untuk diperkatakan biarpun
masyarakat kita mengalami arus perubahan dalam dunia
globalisasi, serta bergelumang dengan dunia teknologi
maklumat dan perkomputeran, namun hakikat kepentingan
membaca tidak boleh diabaikan. Ketidakbolehbacaan kanak-
kanak kini menjadi antara agenda besar Negara dalam Hala
Tuju Program Transformasi Kerajaan. Sebanyak 93 peratus
rakyat Malaysia celik huruf namun begitu negara masih
berdepan dengan masalah literasi apabila pada tahun 2008
terdapat 13 peratus daripada enrolmen murid tahun satu belum
menguasai kemahiran literasi (Khairuddin Mohamad, 2011).
Metodologi Kajian yang menggunakan kaedah kuasi eksperimenal telah
- Termasuk reka dipilih memandangkan penyelidik ingin melihat dua kumpulan
bentuk kajian, kanak-kanak iaitu kumpulan rawatan yang menggunakan
persampelan, Kaedah Fonik dan kumpulan kawalan yang menggunakan
instrumentasi dan Kaedah Abjad.
kaedah analisis data Kaedah fonik = kaedah bunyi kata
**terangkan detail Kaedah abjad = kaedah ejaan/tradisional
instrument/alat kajian yang
digunakan
Keputusan/ Dapatan kajian Melalui kajian ini, dapatan yang diperoleh ialah, kumpulan
yang menerima rawatan dengan menggunakan kaedah fonik
menguasai lebih baik berbanding kumpulan kawalan yang
menggunakan kaedah abjad.
Perbincangan/Implikasi Implikasi kajian ini telah memberi pendedahan baru kepada
kajian guru terutamanya untuk mengaplikasikan kaedah fonik kepada
murid.
Cadangan kajian lanjutan Kajian lanjutan yang dicadangkan ialah dengan menguji
semula kepada murid tahun 1 yang lemah atau murid
pemulihan yang masih belum menguasai abjad dengan
menggunakan kaedah fonik.
Komen/Analisis Berdasarkan kepada kajian ini, saya dapat simpulkan bahawa
strategi pengajaran guru perlu dipelbagaikan supaya murid
dapat menguasai pengajaran dengan baik. Selain itu, kaedah
fonik ini juga perlulah digunakan dan diaplikasikan kepada
murid-murid lain dan tidak hanya menumpukan kepada cara
pengajaran tradisional sahaja.
JURNAL 3 : Pelaksanaan Pengajaran Membaca Menggunakan Kaedah Fonik
Peringkat Prasekolah Di Brunei Darussalam (The Implementation Of
The Teaching Of Reading Using Phonics Method At Preschool Level In
Brunei Darussalam)
Pengarang : Yahya Othman, Aisah Md. Daud, Azmey Othman, Dk. Siti Ardiah Pg.
Mohiddin, Maszuraimah Muizz Sulaiman

Pernyataan Masalah Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam melihat


keupayaan kaedah fonik mampu memberi impak terhadap
penguasaan membaca tahap awal. Pendidikan prasekolah
dirancang dan disusun menggunakan lima domain, iaitu
perkembangan diri dan sosial, perkembangan kognitif (literasi,
numerasi dan awal sains), perkembangan estetika dan daya
kreatif, perkembangan fizikal dan perkembangan teknologi
info-komunikasi (Jabatan Perkembangan Kurikulum, 2009).
Oleh itu, penggunaan kaedah fonik dilihat selari dengan
domain perkembangan kognitif bagi meningkatkan keupayaan
literasi melalui penguasaan asas membaca dapat
diperkukuhkan lagi.
Tujuan/Objektif kajian Antara objektif utama kajian ialah untuk mengkaji :
1. Bagaimanakah guru melaksanakan pengajaran bacaan
menggunakan kaedah fonik?
2. Bagaimanakah tindak balas murid terhadap pengajaran guru
menggunakan kaedah fonik?
3. Sejauh manakah murid memahami pengajaran guru dalam
membaca menggunakan kaedah fonik?
4. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru semasa
mengajarkan kaedah fonik?
Kajian Literatur & kerangka
konseptual kajian
Metodologi Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang
- Termasuk reka melibatkan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis
bentuk kajian, dokumen. Dalam kajian ini, tiga orang guru prasekolah yang
persampelan, mengajarkan kemahiran membaca dalam mata pelajaran
instrumentasi dan Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai sampel kajian. Selain
kaedah analisis data itu, 69 orang murid prasekolah yang melibatkan pra A (22
**terangkan detail orang), B (23 orang) dan C (24 orang) di salah sebuah sekolah
instrument/alat kajian yang di daerah Brunei dan Muara juga dipilih sebagai sampel kajian.
digunakan Kesemua sampel kajian dipilih secara rawak mudah.
Bagi memungut data, beberapa instrumen telah digunakan,
iaitu catatan untuk pemerhatian dan prosedur temu bual. Bagi
melakukan pemerhatian pengajaran, borang pemerhatian
disediakan bagi memudahkan pengkaji membuat catatan
pemerhatian. Manakala dalam prosedur temu bual, terdapat 12
soalan separa berstruktur telah diajukan kepada sampel kajian.
Setiap responden telah dicerap sebanyak tiga kali sesi
pengajaran. Selepas ketiga-tiga sesi pengajaran selesai,
pengkaji menemu bual ketiga-tiga responden. Bagi analisis
dokumen, pengkaji menggunakan hasil kerja responden
(murid) semasa meberikan respons pengajaran guru melalui
latihan bertulis. Bagi menganalisis data yang diperoleh,
pengkaji membuat penelitian terhadap data pemerhatian
pengajaran, prosedur temu bual dan analisis dokumen serta
dibincangkan mengikut kategori yang dikenal pasti.
Keputusan/ Dapatan kajian Daripada kaedah pemerhatian ketiga-tiga responden menilai
kefahaman muridnya memahami pengajaran guru, reponden
memberikan kerja bertulis dengan mengintegrasikan beberapa
kemahiran, iaitu menulis, melukis, dan mewarna dengan
menggunakan buku teks, buku kerja, kertas latihan yang
diberikan mengikut inisiatif ketiga-tiga responden. Melalui
temu bual pula, pengkaji mengajukan soalan bahan yang
gunakan untuk menilai tahap pencapaian murid dalam
membaca menggunakan kaedah fonik. Secara keseluruhan,
dapatan temu bual mendapati ketiga-tiga responden menilai
kefahaman membaca murid-muridnya ialah pada setiap
penggal persekolahan. Bagi penilaian yang pertama, ada tiga
tahap yang digariskan, iaitu tahap A, B dan C. Dalam tahap A
memfokuskan kepada membunyikan bunyi huruf, pada tahap
B pula memfokuskan kepada menggabungkan bunyi konsonan
dan vokal. Berdasarkan dapatan, kaedah ini lebih banyak
meningkatkan tahap penguasaan murid.
Perbincangan/Implikasi Kaedah fonik sesuai diserapkan dalam pengajaran kemahiran
kajian membaca peringkat prasekolah. Kaedah ini sangat berkesan
kerana murid sudah boleh membaca berbanding kaedah suku
kata yang mengambil masa hingga penghujung tahun untuk
murid menguasai kemahiran membaca. Mereka boleh
membaca dengan baik jika dibandingkan dengan murid tahun
satu pada dua tahun lepas yang diajarkan membaca
menggunakan suku kata. Tidak dapat nafikan memang terdapat
murid yang belum boleh membaca, akan tetapi bilangannya
terlalu sedikit jika dibandingkan dengan murid yang sudah
boleh membaca. Mereka boleh membunyikan setiap perkataan
dengan perlahan-lahan.
Cadangan kajian lanjutan Antara cadangan kajian lanjutan ialah agar pengajaran kaedah
ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal persekolahan dan
melihat perbandingan pencapaian antara sekolah.
Komen/Analisis Cabaran dalam melaksanakan pengajaran membaca
menggunakan kaedah fonik bertumpu kepada aspek guru dari
segi mengajar kanak-kanak prasekolah, murid lemah dan
meningkatkan pengetahuan dan bahan. Selain itu aspek
harapan dari ibu bapa juga menjadi satu cabaran dalam
melaksanakan pengajaran membaca. Kepada guru-guru
prasekolah, dapatan kajian membawaimplikasi dari segi
penguasaan pengetahuan dan pelaksanaan yang menunjukkan
kaedah tersebut berkesan dan dapat meningkatkan pencapaian
kanak-kanak dalam kemahiran membaca asas. Namun,
pengetahuan dan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu
dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa.
JURNAL 4 : Aplikasi Modul Membaca Fonik Khas Dalam Kalangan Murid Yang
Mengalami Autisme
PENGARANG : Noratiqah Satari, Hasnah Toran, Suziyani Mohamed dari Universiti
Kebangsaan Malaysia

Pernyataan Masalah Murid yang mengalami Autisme adalah salah satu kategori
yang mempunyai risiko dengan masalah membaca (Mundy,
Mastergeorge dan Mcintyre, 2012). Kajian ini bertujuan untuk
melihat peningkatan kemahiran asas membaca Bahasa Melayu
menggunakan Modul Membaca Fonik Khas (MMFK) dalam
kalangan murid yang mengalami Autisme.
Tujuan/Objektif kajian Kajian ini bertujuan untuk melihat peningkatan kemahiran
membaca menggunakan Modul Membaca Fonik Khas
(MMFK) dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami
Autisme. Dalam pasaran, terdapat pelbagai modul membaca
Bahasa Melayu seperti Siri Bacalah Anakku, Modul Express I,
Siri Fonik Ria dan lain-lain lagi. Modul-modul ini hanya
tertumpu untuk kanak-kanak berusia diantara empat hingga
tujuh tahun dan mengalami masalah membaca (Nik Eliani dan
Othman 1997).
Kajian Literatur & kerangka
konseptual kajian
Metodologi Reka Bentuk Eksperimen
- Termasuk reka Kajian ini menggunakan multiple baseline across particpants
bentuk kajian, design untuk melihat peningkatan kemahiran membaca dengan
persampelan, menggunakan MMFK. Data baseline untuk subjek 1 adalah 3
instrumentasi dan sesi, Subjek 2 adalah 6 sesi dan
kaedah analisis data Subjek 3 adalah 9. Intervensi dimulakan apabila apabila
**terangkan detail databaselineyang stabil diperolehi. Sesi intervensi untuk
instrument/alat kajian yang subjek 1 adalah 47 sesi, subjek 2 adalah 44 sesi dan subjek 3
digunakan adalah 41 sesi.
Subjek 1: Berumur 3 tahun 5 bulan. Didiagnos pada umur 3
tahun dan boleh bertutur tetapi mempunyai perbendaraan kata
yang terhad iaitu 10 perkataan. Subjek tidak mempunyai
masalah tingkah laku.
Subjek 2: Berumur 5 tahun. Didiagnos pada umur 3 tahun dan
hanya boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris sahaja. Subjek
tidak mempunyai kemahiran asas membaca Bahasa Melayu
kerana dibesarkan dan mendapat pendidikan pra sekolah di
United Kingdom. Subjek ini mempunyai masalah tingkah laku
iaitu hiperaktif dan memerlukan sokongan visual untuk duduk
di meja dan meyiapkan tugasan yang diberi.
Subjek 3: Berumur 5 tahun. Didiagnos pada umur 2 tahun dan
tidak boleh bertutur. Subjek hanya boleh membunyikan “weit”
sahaja dan menarik tangan untuk mendapatkan sesuatu. Subjek
tidak mempunyai kemahiran asas membaca Bahasa Melayu
iaitu tidak mengenal nama dan bunyi huruf.
Baseline: Pengkaji akan menunjukkan kad imbas kepada
subjek dan pemerhatian dilakukan dengan melihat tindak balas
yang diberikan. Pengkaji tidak akan mengarahkan subjek
untuk menyebut kad tersebut jika tiada tindak balas yang
diberikan.
Senarai Semak: Instrumen yang digunakan adalah pemerhatian
berdasarkan senarai semak yang telah dibina. Data baseline
dan selepas intervensi iaitu aplikasi modul membaca akan
direkodkan untuk melihat peningkatan kemahiran asas
membaca.
Keputusan/ Dapatan kajian Kemahiran membaca ketiga-tiga subjek yang terlibat
menggunakan Modul Membaca Fonik Khas dapat dilihat
dalam Graf 1 iaitu data baseline dan intervensi.

Dapatan kajian mendapati MMFK berkesan dan berpotensi


digunakan untuk murid-murid yang mengalami Autisme di
negara ini.
Perbincangan/Implikasi Murid yang mengalami Autisme mempunyai risiko kesukaran
kajian membaca disebabkan karakter Autisme itu sendiri terutamanya
dari segi komunikasi dan sosial. Penstrukturan bahasa yang
berbeza (seperti morfologi, tatabahasa dana perbendaraan kata)
merupakan antara simptom yang ketara dalam kalangan murid
yang mengalami Autisme (Bennett et al. 2008). Subjek 3
mempunyai masalah pertuturan dan peningkatan kemahiran
membaca adalah rendah berbanding dengan subjek 1 dan 2.
Cadangan kajian lanjutan Kajian ini tertumpu kepada intervensi awal yang dijalankan
terhadap kanak-kanak yang mengalami Autisme. Berdasarkan
dapatan kajian yang telah dijalankan, modul ini membantu
meningkatan kemahiran membaca murid yang mengalami
Autisme. Kajian selanjutnya boleh dijalankan terhadap Murid
Berkeperluan Khas (MBK) seperti masalah sindrom dan
sebagainya untuk melihat keberkesanan MMFK.
Komen/Analisis Berdasarkan kepada kajian ini, saya dapati bahawa kajian ini
sangat membantu guru untuk mengaplikasikan kaedah ini di
dalam pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih
menarik untuk murid autisma.
JURNAL 5 : Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kemahiran Asas Membaca
Di Kelas Pemulihan: Kajian Kes Di Lima Buah Sekolah Daerah
PENGARANG : Serian Charlie Anak Ungang

Pernyataan Masalah Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia


melalui pekelilingnya KP/JPK/BPKP/03/03/1 (43) (1998),
telah mencadangkan agar semua sekolah rendah dan menengah
di seluruh negara melaksanakan program intervensi 3M
(Membaca, Menulis dan Mengira) mulai Januari 1999.
Keadaan ini memperlihatkan betapa seriusnya masalah
kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dalam
kalangan murid-murid sekolah rendah di seluruh negara, dan
golongan yang dimaksudkan ialah muridmurid pemulihan.
Tujuan/Objektif kajian Kajian ini bertujuan mendapatkan maklum balas tentang
sejauh mana bahan bantu mengajar memberi kesan kepada
peningkatan kemahiran asas membaca dalam kalangan murid-
murid pemulihan. Kajian ini juga bertujuan memperlihatkan
bagaimana murid-murid pemulihan dapat mempertingkatkan
prestasi kemahiran membaca dengan berbantukan bahan bantu
mengajar yang terancang dan berperingkat. Kajian ini juga
bertujuan meninjau dan menyelidiki komitmen semua warga
pendidik di sekolah-sekolah yang dikenal pasti, guru
pendidikan pemulihan, guru besar dan juga, ibu-bapa dalam
usaha mempertingkatkan prestasi murid-murid pemulihan
dalam menguasai kemahiran membaca.
Kajian Literatur & kerangka
konseptual kajian

Metodologi Kajian ini menggunakan tiga jenis instrumen iaitu kaedah soal
- Termasuk reka selidik yang akan ditujukan kepada guru, kaedah temubual
bentuk kajian, dengan pelajar-pelajar dan pemerhatian rekod pengesanan
persampelan, pencapaian asas bacaan bagi meninjau tahap kemajuan pelajar-
instrumentasi dan pelajar pemulihan. Kajian ini ialah kajian deskriptif yang
kaedah analisis data berbentuk tinjauan dengan melaporkan sebarang maklumat
**terangkan detail yang diperolehi daripada soal selidik yang ditujukan kepada
instrument/alat kajian yang lima orang guru pendidikan pemulihan yang sedang mengajar
digunakan dan mengendalikan program di lima buah sekolah yang
berasingan di Daerah Serian, Sarawak
Tiga jenis instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu soal
selidik, temubual dan pemerhatian rekod. Soal selidik
ditujukan kepada responden dari kalangan guru pemulihan.
Data kajian dikutip dengan menggunakan borang soal selidik
yang mengandungi 26 item yang terdiri daripada tiga bahagian
iaitu Bahagian A, B dan C. Kaedah temubual digunakan untuk
memperolehi maklumat responden dari kalangan pelajar-
pelajar pendidikan pemulihan bagi meninjau sejauh mana
minat dan pengetahuan mereka terhadap penggunaan bahan
bantu mengajar oleh guru dalam kelas pemulihan. Pemerhatian
rekod pengesanan pencapaian asas bacaan yang ada di setiap
kelas pemulihan bertindak sebagai instrumen untuk meninjau
pencapaian pelajar pada awal dan akhir Semester Satu 2006.
Keputusan/ Dapatan kajian Analisis Data Soal Selidik dari kalangan Guru Pemulihan
Berdasarkan dapatan yang diperolehi mendapati bahawa
penggunaan bahan bantu mengajar mempunyai peranan yang
amat besar dalam menjadikan pengajaran guru pemulihan
lebih selesa dan berkesan. Ini dapat dilihat dengan sebanyaak
60% daripada responden bersetuju dan 20% amat bersetuju
bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dalam kemahiran
asas becaan membolehkan pengajaran guru lebih selesa dan
menggalakkan. Ini bermakna secara peratusnya sebanyak 80%
responden telah menyatakan bersetuju dengan pernyataan ini.
Nilai min iaitu 3.60 menunjukkan hampir semua responden
terhadap peranan dan keberkesanan penggunaan bahan bantu
mengajar dalam asas membaca untuk pelajar pemulihan.
Perbincangan/ Implikasi Antara cabaran yang dapat dikenalpasti dalam mekasanakan
kajian bahan bantu mengajar ialah masalah dari segi kewangan
kerana bahan bantu mengajar yang agak mahal dan guru perlu
keluarkan bajet sendiri.
Cadangan kajian lanjutan Setakat ini guru-guru pemulihan terpaksa berkongsi dengan
rakan-rakan lain untuk menggunakan bekalan am yang sedia
ada di sekolah. Ini menimbulkan rasa tidak senang di kalangan
mereka kerana didapati guru pemulihan memerlukan bahan
yang lebih daripada guru lain. Responden juga mencadangkan
agar pihak Jabatan Pendidikan Daerah, melalui peruntukan
bekalan am yang ada dapat membekalkan bahan bantu
mengajar yang sedia ada di pasaran untuk diagih-agihkan
kepada kelas pemulihan, sebagai satu usaha meringankan
beban guru dalam penyediaannya.
Komen/Analisis Kesimpulan yang saya peroleh dari kajian ini ialah, selain
daripada startegi pengajaran yang berkesan, penggunaan bahan
bantu mengajar merupakan salah satu cara untuk membantu
murid menguasai apa yang disampaikan oleh guru. Adalah
lebih baik sekiranya bahan bantu mengajar ini dapat
diaplikasikan bersama-sama dengan kaedah-kaedah yang
menarik untuk proses pengajaran dan pembelajaran seperti
kaedah fonik dan sebagainya.

You might also like