You are on page 1of 12

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

163

MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 6 CERDAS UNTUK
MEMBEZAKAN ANTARA GERHANA BULAN DENGAN GERHANA
MATAHARI MELALUI KAEDAH SI MAT BUL BUM

Oleh:
Fatin Yasmin Binti Haji Ramli & Tuan Haji Ahmad Sabri Bin Mohd Yazid
Jabatan Sains, IPG Kampus Dato Razali Ismail
fatinbavaria@gmail.com & sabri_424@yahoo.com.my

ABSTRAK
Kefahaman terhadap satu topik merupakan asas utama kepada satu proses
pembelajaran. Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan
kefahaman murid bagi membezakan diantara Gerhana Matahari dengan
Gerhana Bulan melalui pendekatan kaedah Si Mat Bul Bum (Simulasi
Matahari Bulan dan Bumi). Kajian ini telah dijalankan ke atas 10 orang
murid tahun 6 Cerdas di Sekolah Kebangsaan Durian Mas Manir, Kuala
Terengganu. Analisis data kajian adalah secara kualitatif dan kuantitatif
melalui instrumen pemerhatian, soal selidik, temubual dan soalan pra dan
pasca. Dapatan kajian ini telah membuktikan melalui kaedah Si Mat Bul
Bum telah berjaya meningkatkan ketiga-tiga objektif kajian iaitu
mengenalpasti perbezaan, meningkatkan prestasi murid dan keberkesanan
kaedah tersebut bagi tajuk Gerhana. Hasil analisis data pemerhatian
menunjukkan peningkatan peratusan min 31.4% (kaedah Tradisional)
kepada 91.4% (kaedah Si Mat Bul Bum). Keputusan ujian pra dan pasca
juga menunjukkan peningkatan peratusan daripada 43.5% (ujian pra)
kepada 79.2% (ujian pasca). Secara keseluruhannya, kaedah Si Mat Bul
Bum berupaya meningkatkan kefahaman murid dan pencapaian serta
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna. Diharapkan
kaedah Si Mat Bul Bum mampu diperkembangkan lagi untuk topik lain
malah untuk subjek lain selain Sains.

Kata kunci: meningkatkan, kaedah Si Mat Bul Bum, pencapaian,
keberkesanan
PENDAHULUAN
Berdasarkan pemerhatian pengkaji ketika mengajar dan menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran Sains di kelas 6 Cerdas, didapati kebanyakan daripada
mereka adalah murid yang sederhana dan lemah pencapaiannya. Ini dapat dilihat hasil
daripada keputusan ujian, kerja rumah dan cara mereka menjawab soalan yang diberi
semasa proses pengajaran di dalam kelas. Pengkaji juga dapat mengenal pasti mereka
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013


164

yang menghadapi masalah dalam membezakan diantara Gerhana Bulan dan Gerhana
Matahari semasa mempelajari mata pelajaran Sains.
Pengkaji tertanya-tanya akan masalah mereka dalam mengingat perbezaan diantara
Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan. Pengkaji juga mendapati pembentangan video
sahaja menyebabkan mereka hanya duduk dan melihat sahaja tanpa penglibatan aktif.
Pada permulaan sesi video tersebut, mereka sangat teruja dan memberikan perhatian yang
baik, namun beberapa ketika perhatian mereka mula terganggu dan lebih suka mengusik
rakan yang lain. MereKa juga suka membaling cebisan pemadam dan kertas kepada rakan
dan ini mengganggu proses P&P. Selain itu, mereka sangat suka bercakap dan bermain di
belakang walaupun sudah ditegur beberapa kali oleh pengkaji. Faktor inilah yang
membuktikan mereka kurang terlibat dalam aktiviti pembelajaran, sekali gus membuatkan
mereka lemah dan tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan topik yang dibincangkan
dengan tepat.
Jadi, apakah punca yang menyebabkan murid tidak dapat membezakan diantara
Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan dengan baik? Bagi penkaji, ianya merupakan satu
masalah kepada murid. Ini kerana mereka mereka akan menghadapi peperiksaan besar
UPSR. Jika tidak dibetulkan konsep daripada sekarang, ini akan menimbulkan masalah
besar kepada murid kelak. Isu ini amat penting, maka pengkaji ingin mengetengahkan
perkara ini dengan membuat satu penyelidikan tindakan. Di antara punca masalah yang
dihadapi oleh murid dalam membezakan Gerhana Matarhari dan Gerhana Bulan ialah
mereka keliru dengan kedudukan bulan dan bumi sewaktu gerhana matahari dan bulan
berlaku. Selain itu, mereka juga tidak dapat mengenal pasti dan mengecam kedudukan
bulan dan bumi dengan betul. Sekiranya masalah ini masih lagi berlaku dan tidak diambil
tindakan, maka mereka akan terus keliru dan akan melakukan kesalahan yang sama dan
akan berulang-ulang pada setiap masa.
Kaedah Main Peranan adalah satu cara yang berasal dari sosio drama yang boleh
digunakan juga untuk membantu murid memahami aspek yang lebih halus tentang
sastera, kajian sosial, dan juga beberapa aspek dalam Sains. Menurut (Blatner, 2002),
kaedah ini membantu dalam meningkatkan minat murid dan penglibatan murid, bukan
sahaja dalam pembelajaran tentang sesuatu perkara, malah pembelajaran untuk
mengintegrasikan pengetahuan ke dalam tindakan dengan menyelesaikan masalah,
mengeksplorasikan alternatif, dan melakukan penyelesaian yang kreatif.
Menurut Almy (1984, Fagen) yang menyatakan bahawa kanak-kanak bermain
dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa
bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat
tingkah laku yang baru. Kanakkanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Selain
itu mengikut Vygotsky (1967) Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran.
Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu
memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi
dunia sebenar.
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013


165

Menurut kajian lepas yang dijalankan oleh Pramela Krish (2001) dari Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi telah melakukan kajian yang bertajuk Role Play
Activity With Distance Learners In An English Language Classroom. Beliau menyatakan
bahawa kaedah Main Peranan dapat membantu meningkatkan tahap kelancaran
komunikasi dengan cara meningkatkan interaksi dalam kelas dan memotivasikan mereka
untuk belajar. Tambahan pula, Kaedah Main Peranan akan memberi pelajar peluang
untuk bercakap dalam pelbagai konteks sosial. Kaedah Main Peranan juga dapat dilihat
secara langsung membantu responden yang malu untuk bercakap dengan lancar dalam
sesuatu situasi. Hal ini kerana responden perlu mengenepikan rasa malu mereka yang
hanya menyebabkan kesukaran untuk berkomunikasi. Responden juga turut serta aktif
dalam proses pembelajaran dan menjadikan mata pelajaran mereka menjadi lebih
bermakna dimana responden terdedah kepada pelbagai kaedah pembelajaran seperti
mendengar, mengingat, berbincang kemudian mempersembahkan peranan-peranan
mereka berdasarkan permainan dan penulisan.
Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Norhafizah binti Humaidi (2006) yang
bertajuk Penggunaan Kaedah Simulasi Melalui Aktiviti Main Peranan dalam Mata
Pelajaran Kimia Tingkatan 4 menyimpulkan bahawa terdapat perbezaan prestasi
pencapaian pelajar yang mengikuti pengajaran kaedah simulasi dengan kaedah
tradisional. Hasil dapatan kajian beliau juga telah menunjukkan bahawa kaedah simulasi
sangat berkesan kerana terapat peningkatan prestasi bagi subjek kimia. Ini selaras dengan
kaedah yang digunakan kerapa pencapaian responden meningkat selepas rawatan
dilakukan.

FOKUS KAJIAN

Pengkaji telah membuat satu tinjauan awal dengan mengumpul data-data awal melalui
empat instrumen, termasukalah pemerhatian, temu bual, ujian pra pasca dan soal selidik
Berdasarkan tinjauan masalah, pengkaji dapat mengenalpasti beberapa isu yang berkaitan
dengan masalah ini:
1. Murid tidak dapat mengenalpasti jenis gerhana yang berlaku
2. Murid keliru saiz paling kecil diantara bumi dan bulan
3. Murid tidak boleh membezakan diantara Gerhana Matahari dengan Gerhana
Bulan
4. Murid sukar mengingati perbezaan antara Gerhana Matahari dengan Gerhana
Bulan

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini adalah untuk membantu murid mengenalpasti perbezaan
diantara Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari dengan menggunakan kaedah Si Mat Bul
Bum (simulasi matahari bulan dan bumi).

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013


166

Objektif khusus bagi kajian ini adalah untuk:
1) Membantu murid mengenalpasti perbezaan di antara Gerhana Matahari dan
Gerhana Bulan dengan menggunakan kaedah Si Mat Bul Bum.
2) Membantu meningkatkan pencapaian murid dalam membezakan antara Gerhana
Matahari dan Gerhana Bulan melalui kaedah Si Mat Bul Bum
3) Menguji keberkesanan kaedah Si Mat Bul Bum dalam membantu murid untuk
lebih mengingati perbezaan antara Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan
Persoalan kajian yang terlibat adalah seperti berikut
1) Adakah murid dapat mengenalpasti perbezaan di antara Gerhana Matahari dan
Gerhana Bulan dengan menggunakan kaedah Si Mat Bul Bum?
2) Adakah kaedah Si Mat Bul Bum membantu meningkatkan pencapaian murid
dalam perbezaan antara Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan?
3) Sejauh manakah keberkesanan kaedah Si Mat Bul Bum dalam membantu murid
untuk lebih mengingati perbezaan di antara Gerhana Matahari dan Gerhana
Bulan?
KUMPULAN SASARAN
Pengkaji telah mengenalpasti 10 orang responden daripada tahun 6 Cerdas yang akan
menjadi sampel dalam kajian ini dimana responden ini merupakan murid yang
memperoleh markah terendah dalam ujian pra yang saya pernah jalankan sebelum ini
serta hasil kerja lembaran kerja yang diberikan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.
Responden kajian terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan
daripada tahun 6 Cerdas, Sekolah Kebangsaan Durian Mas Manir, Terengganu.
TINDAKAN
Pengkaji bercadang untuk menggunakan model Kurt Lewin (1948) dalam menjalankan
kajian tindakan ini.
Rajah 1
Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart 1988

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013


167

Merancang
Selepas pengkaji mengenalpasti masalah yang didapati daripada refleksi pengajaran dan
pembelajaran, pengkaji akan merancang tindakan bagi mengatasi masalah yang
difokuskan. Pengkaji akan merancang untuk memilih instrumen pemerhatian, soal selidik,
temubual dan ujian pra dan pasca bagi pengumpulan data. Pengkaji akan menggunakan
kaedah Si Mat Bul Bum untuk melihat keberkesanannya dalam membantu
meningkatkan tahap pencapaian murid bagi membezakan diantara Gerhana Matahari dan
Gerhana Bulan.
Selain itu, pengkaji juga menentukan kumpulan sasaran dan alat kajian bagi
mengatasi masalah yang dihadapi. Pengkaji telah memilih kaedah Si Mat Bul Bum
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi murid. Pelaksanaan kaedah ini dilaksanakan
ke atas 10 orang muird tahun 6 Cerdas yang memperoleh markah 50% ke bawah
berdasarkan ujian pra yang dijalankan sebelum ini. Kumpulan sasaran tersebut telah
menjadi responden bagi kajian pengkaji. Responden perlu mengikuti setiap sesi rawatan
sehingga selesai kesemua sesi yang telah dirancangkan untuk mereka.
Sebagai perancangan awal, pengkaji memikirkan untuk membuat maskot bagi
matahari, ulan dan bumi yang menarik, senang dipakaikan di leher dan berkaitan dengan
Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan. Maskot yang dibuat mestilah menarik, tahan lasak
dan tidak membahayakan murid sewaktu aktiviti simulasi nanti. Pengkaji juga perlu
melakar maskot dengan saiz yang sesuai kerana saiz setiap maskot adalah berlainan dan
menggambarkan bulan, bumi dan matahari. Pengkaji juga perlu menggunakan warna dan
kesan yang menarik ke atas maskot supaya dapat menarik minat dan memudahkan
mereka untuk memahami konsep Gerhana dengan baik serta jelas. Dalam kajian ini,
pengkaji menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran secara berasingan dengan murid
lain kerana pengaplikasian kaedah Si Mat Bul Bum ini dirancang khas untuk kumpulan
sasaran sahaja. Bagi murid yang tidak tergolong dalam kumpulan sasaran mereka hanya
menjalani pembelajaran secara normal.
Ujian Pra dan ujian Pasca digunakan untuk menilai sejauh mana keberkesanan
kaedah simulasi terhadap prestasi markah dan gred responden terhadap topik Gerhana
Matahari dan Gerhana Bulan. Jika pada tinjauan masalah pengkaji menggunakan
instrumen ujian pra, namun untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah Si Mat Bul Bum
pengkaji akan memilih instrumen pemerhatian, soal selidik, temu bual dan ujian pra pasca
sebagai alat kajian untuk melihat kefahaman responden sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan.
Tindakan
Pengkaji melaksanakan sesi intervensi bersama responden dan menerangkan peranan
yang akan dimainkan bagi mengukuhkan kefahaman responden terhadap konsep dan cara
mengaplikasikan maskot dalam permainan tersebut. Seramai 10 orang responden dari
kelas 6 Cerdas memainkan peranan dengan menggunakan maskot untuk melakonkan
kedudukan yang betul bagi Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari. Pengkaji
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013


168

memperuntukkan dua sesi pengajaran selama dua minggu dan memperuntukkan masa
bagi setiap sesi ialah selama 30 hingga 60 minit.
Tindakan yang dilaksanakan:
Sesi pertama
Pengkaji menjalakann aktiviti pembelajaran secara Tradisional iaitu hanya dengan
penerangan serta dibantu oleh gambarajah dan video sahaja
Kemudian ujian pra dijalankan untuk mendapatkan gambaran tentang tahap
pencapaian responden dan pengetahuan mereka.

Sesi kedua
Pengkaji menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah Si Mat Bul
Bum iaitu penggunaan maskot bulan, bumi dan matahari membantu responden
mengingat dan meningkatkan kefahaman tentang perbezaan diantara Gerhana
Matahari dan Gerhana Bulan sekaligus menarik minat mereka dengan lebih
mendalam dalam meminati subjek Sains ini.
Pengkaji memberi penerangan dengan bantuan maskot yang dibuat. Responden
memainkan peranan dengan baik ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pengkaji juga memastikan bahawa semua responden menyertai setiap aktiviti
yang dijalankan.
Pengkaji membuat penilaian berdasarkan tingkah laku responden sepanjang proses
simulasi dijalankan. Borang soal selidik diedarkan sejurus selepas tamat
pengajaran dan pembelajaran topik ini. Pengkaji menjalankan ujian pasca kepada
responden untuk melihat pencapaian responden terhadap masalah yang dikaji
setelah diberikan rawatan dan pengajaran.
Pemerhatian
Pengkaji telah mengumpul semua data dengan menggunakan instrumen kajian yang telah
dipilih, iaitu pemerhatian, soal selidik, temubual dan ujian Pra dan ujian Pasca.
Kemudian, pengkaji menganalisis dan mentafsir data melalui pengiraan, penilaian dan
penulisan. Pengkaji menterjemah data yang dianalisis dalam bentuk jadual dan graf
supaya ia senang dan jelas dilihat. Berdasarkan model Kemmis dan McTaggart (1988),
pengulangan kitaran perlu dilakukan daripada proses permulaan sekiranya masih ada
responden yang lemah. Hal ini bertujuan untuk memastikan setiap objektif dapat dicapai.
Refleksi
Pada fasa ini, pengkaji akan menerangkan sama ada kajian ini berjaya atau tidak. Kajian
yang berjaya akan menunjukkan peningkatan kefahaman responden serta perubahan
tingkah laku responden. Sekiranya kajian ini gagal atau tidak mencapai sasaran, pengkaji
perlu mengenalpasti punca kegagalan dan mengadakan kajian semula dengan
penambahbaikkan.

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013


169

0
2
4
6
8
10
12
A B C D E F G
Kaedah
Tradisional
Semasa
Kaedah 'Si
Mat Bul
Bum'
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Membantu murid Tahun 6 Cerdas mengenalpasti Perbezaan ntara Gerhana
Matahari dan Gerhana Bulan dengan menggunakan Kaedah Si Mat Bul Bum


















Rajah 2
Graf perbandingan kekerapan bagi sesi pengajaran kaedah Tradisional dan kaedah Si
Mat Bul Bum
Hasil pemerhatian daripada Rajah 2, didapati terdapat perbezaan yang sangat
ketara bagu kedua-dua kaedah pengajaran iaitu Kaedah Tradisional dan Kaedah Si Mat
Bul Bum.. Keseluruhannya, perbandingan kekerapan data pemerhatian bagi kedu-dua
kaedah ini telah membuktikan bahawa responden lebih positif kepada kaedah Si Mat Bul
Bum kerana dapat membantu responden untuk mengingati fakta lebih mudah dengan
kaedah pembelajaran yang santai dan menghiburkan. Objektif kajian dan persoalan juga
tercapai.
PETUNJUK
A. Dapat membezakan Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari
B. Dapat membezakan kedudukan matahari, bumi dan bulan bagi setiap Gerhana yang
berlaku
C. Dapat melukis kedudukan matahari, bulan dan bumi bagi setiap Gerhana dengan betul
D. Dapat membezakan saiz antara bumi dan bulan dengan tepat.
E. Menyatakan perbezaan antara Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari dengan betul.
F. Berjaya melakonkan peranan sebagai Matahari, Bulan dan Bumi serta kedudukan
yang tepat.
G. Mengenalpasti Gerhana yang berlaku apabila kedudukan matahari, bulan dan bumi
ditunjukkan.

Graf Perbandingan Kekerapan Data Pemerhatian bagi Kaedah
Tradisional dan Semasa Penggunaan Kaedah Si Mat Bul Bum

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013


170

Membantu meningkatkan pencapaian murid dalam perbezaan antara Gerhana
Matahari dan Gerhana Bulan melalui Si Mat Bul Bum
Objektif kajian ini dijawab dengan melaksanakan Ujian Pra selepas responden diajar
dengan menggunakan kaedah Tradisional manakala ujian pasca dilakukan selepas
responden diajar dengan menggunakan kaedah Si Mat Bul Bum.
Jadual 6
Keputusan Markah Ujian Pra dan Pasca







Rajah 4
Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca
Hasil dapatan analisis data ini menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian dalam ujian
pra dan ujian pasca bagi setiap responden selepas menjalani pengajaran dan pembelajaran
secara kaedah Si Mat Bul Bum. Ini membuktikan bahawa kaedah ini sangat berkesan
kepada responden sekali gus menjawab persoalan dan objektif kajian dalam membantu
responden meningkatkan pencapaian dalam membuat perbezaan di antara Gerhana
Matahari dan Gerhana Bulan
Responden Keputusan Ujian
Pra (%) Pasca (%)
1 40 76
2 35 66
3 48 88
4 50 92
5 38 78
6 46 94
7 48 78
8 50 82
9 38 70
10 42 68
0
20
40
60
80
100
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10
Pra
Pasca
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013


171

Menguji keberkesanan kaedah Si Mat Bul Bum dalam membantu murid untuk
lebih mengingati perbezaan antara Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan
Jadual 8
Kod bagi Tema Keberkesanan Kaedah Kajian

TEMA
(KEBERKESANAN)
KOD

Berkesan

B
Tidak berkesan TB

Berikut ialah respon daripada beberapa orang responden selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan Kaedah Tradisional.

Responden (R) Respon yang diberikan
R1
( Lampiran TA 1)

rase biase-biase je cikgu
R2
( Lampiran TA 2)
..ermm.dok ingat sangat


R3
( Lampiran TA 3)
ermmm..dok tahu gak, saye tuko same ade bulan ke bumihihihi
(ketawa)

R4
( Lampiran TA 4)
ermmmdok tahu gok


R5
( Lampiran TA 5)
dok leh saya dok ingat lagi

Berikut adalah respon daripada beberapa orang responden selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kaedah Si Mat Bul Bum:

Responden (R) Respon yang diberikan
R 1
(Lampiran SA 1)
suke ngat blajo harini cikgu! Best ngat belakon jadi planet sapa
dok sedo mase habis doh tadi. (teruja)


R 2
(Lampiran SA 2)
mestilah bulan hok paling kecik berbanding bumi dan matahari
(sangat yakin)
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013


172


R 3
(Lampiran SA 3)
boleh! Boleh!.saya warnekan sekali cikgu deh (bersemangat)

R 4
(Lampiran SA 4)
boleh sangat..senang jekalau gerhana bulan mestilah lindung
ngan bayang-bayang bumi jadi mesti bumi dok tengoh antara
matahari dengan bulan! (puas hati)

R 5
(Lampiran SA 5)
saye boleh doh bezakan antara gerhana matahari dengan gerhana
bulan..senang je cikgu..teringat plok mase belakon tadi hehehehe

Hasil daripada analisis temu bual ini, pengkaji mendapati hampir kesemua responden
bersetuju dan memberikan impak yang positif dalam menjawab soalan, Maka terjawablah
objektif kajian dan persoalan kajian yang terakhir ini, iaitu penggunaan kaedah Si Mat
Bul Bum sangat berkesan terhadap murid dalam membezakan diantara Gerhana Bulan
dengan Gerhana Matahari.
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN
Membantu murid Tahun 6 Cerdas mengenalpasti Perbezaan ntara Gerhana
Matahari dan Gerhana Bulan dengan menggunakan Kaedah Si Mat Bul Bum
Hasil dapatan kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Pramela Krish (2001)
yang menyatakan bahawa kaedah Main Peranan dapat membantu meningkatkan tahap
kelancaran komunikasi dengan cara meningkatkan interaksi dalam kelas dan
memotivasikan mereka untuk belajar. Tambahan pula, Kaedah Main Peranan akan
memberi pelajar peluang untuk bercakap dalam pelbagai konteks sosial
Kajian ini juga disokong oleh Wahibee (2004), iaitu kaedah Main Peranan adalah
satu kaedah yang efektif yang mana pelajar akan dapat merasai situasi sebenar yang lebih
realistik. Dengan ini, kaedah Si Mat Bul Bum telah berjaya membantu murid dalam
mengenalpasti Perbezaan ntara Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan.
Membantu meningkatkan pencapaian murid dalam perbezaan antara Gerhana
Matahari dan Gerhana Bulan melalui kaedah Si Mat Bul Bum
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi daripada ujian pra dan pasca, didapati
keputusan markah bagi ujian pra adalah sangat rendah dan selepas melaksanakan
tindakan, ujian pasca dibuat dan didapati keputusan markah respondan adalah meningkat,
berbanding markah sebelumnya.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan kaedah Si Mat Bul Bum
sangat berkesan kerana member kesan positif dalam peningkatan tahap pencapaian murid.
Dapatan kajian ini juga selari dengan kajian yang telah dilakukan oleh Norhafizah binti
Humaidi (2006) dapat menyimpulkan bahawa terdapat perbezaan prestasi pencapaian
pelajar yang mengikuti pengajaran kaedah simulasi dengan kaedah tradisional. Hasil
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013


173

dapatan kajian beliau juga telah menunjukkan bahawa kaedah simulasi sangat berkesan
kerana terdapat peningkatan prestasi bagi subjek kimia.

Hasil dapatan kajian ini juga disokong oleh kajian lepas daripada Nur Hidayah
Ibrahim dan Marzuki Ngah (2010) bahawa minat murid terhadap mata pelajaran Sains
meningkat selepas kaedah simulasi dilaksanakan. Ini dapat disokong oleh kajian lepas
daripada Linah (2009), yang mendapati bahawa kaedah bermain sambil belajar mampu
meningkatkan minat murid pemulihan Tahun 3 dalam memperbaiki bacaan mereka. Ini
secara tidak langsung dapat meningkatkan minat murid untuk lebih belajar dan mendapat
prestasi yang tinggi dan cemerlang.
Menguji keberkesanan kaedah Si Mat Bul Bum dalam membantu murid untuk
lebih mengingati perbezaan antara Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan
Kaedah Si Mat Bul Bum sangat berkesan terhadap responden. Ini dapat dilihat hasil
dapatan data yang diperoleh selepas kaedah tersebut digunakan. Kebanyakan responden
sangat tertarik dan mula memberikan perhatian yang sepenuhnya semasa menggunakan
alat intervensi yang diberikan. Dapatan kajian ini juga selari dengan kajian Santhi
Suppiah (1998), Dunn dan Dunn (1978) melalui Dr. Baharin, PM Dr Othman, PM. Syed
Mohd Shafeq dan Haliza (2007), yang menyatakan bahawa perbezaan atau variasi
seseorang individu dengan norma kumpulan, sama ada dalam sifat kognitif, emosi,
fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat sememangnya wujud dalam sesebuah
kumpulan. Seperti juga yang berlaku terhadap responden yang terdiri daripada pelbagai
kebolehan. Sehubungan itu, kaedah Si Mat Bul Bum telah dapat memberikan strategi
kepada responden untuk lebih memahami pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
mudah dan berkesan.
Dapatan kajian ini juga menyokong kajian Morrison (2000) dan Spodek (1973)
melalui Fauziah (2010) yang menegaskan bahawa bermain adalah satu aktiviti semula
jadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka belajar dan meneroka melalui aktiviti
bermain kerana ia dapat meningkatkan daya imaginasi mereka. Dengan itu, pengkaji telah
memfokuskan permainan kepada permainan kreatif dan permainan daya imaginasi
dengan menggunakan kaedah Si Mat Bul Bum.
Kesimpulannya, pelaksanaan kaedah Si Mat Bul Bum ini sangat berkesan serta
dapat membantu responden dalam mengenalpasti perbezaan diantara Gerhana Bulan
dengan Gerhana Matahari dengan baik dan jelas. Kaedah ini juga telah mewujudkan
suasana belajar yang menyeronokkan kerana responden bebas menggunakan daya kreatif
mereka dalam melakukan aktiviti pembelajaran dengan mudah dan menghiburkan.




SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013


174

RUJUKAN
Almy, M. 1984. A child right to play.In J.F. Brown (ED).Administrating for young
children. Washington: NAEYC
Badruddin. (2009). Penggunaan Konsep Ruang Melalui Permainan Bintang Beralih.
Fakulti Pendidikan Badruddin. (2009). Penggunaan Konsep Ruang Melalui
Permainan Bintang Beralih. Fakulti Pendidikan
Lau Ging Lim (2012). Kesan Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar Dalam
Proses Pembelajaran Sains Tahun Empat. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG
KBLl. Ms.195-209
Linah Binti Summase. (2009). Belajar Sambil Bermain. Jurnal Penyelidikan Tindakan
IPG KBL Tahun 2009, ms.92-10
Nur Hidayah Ibrahim & Marzuki Ngah. (2010). Meningkatkan Minat Murid-murid
Terhadap Pembelajaran Sains dalam Tajuk Perlindungan Haiwan daripada
Bahaya Menggunakan Kaedah Simulasi (Permainan). Jurnal Penyelidikan
Tindakan IPG Kampus Dato Razali Ismail Tahun 2011, Vol 1, No 2.

You might also like