You are on page 1of 3

(B) Sifat Bahan

1. Bahan mempunyai pelbagai sifat, seperti:


1. Kebolehan menyerap air
2. Kebolehan terapung di
3. permukaan air
4. Kekenyalan bahan
5. Konduktor dan penebat elektrik
6. Konduktor dan penebat haba
7. Kebolehan penembusan cahaya

(1) Kebolehan menyerap air


1. Terdapat bahan yang boleh menyerap air dan bahan yang kalis air.
2. Bahan yang menyerap air menjadi basah apabila terkena air.
3. Bahan yang tidak menyerap air disebut bahan kalis air.

(2) Kebolehan terapung di permukaan air


1. Terdapat bahan yang terapung di atas permukaan air dan bahan
yang tengelam di dalam air.

(3) Kekenyalan bahan


1. Kekenyalan ialah keadaan sesuatu bahan yang dapat kembali ke bentuk
asal apabila diregangkan atau dimampatkan.
2. Terdapat bahan yang kenyal dan bahan yang tidak kenyal.

(4) Konduktor dan penebat elektrik


1. Setiap bahan bersifat sama ada konduktor atau penebat elektrik.
2. Konduktor elektrik ialah bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.
3. Penebat elektrik ialah bahan yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik.

(5) Konduktor dan Penebat Haba


1. Terdapat bahan yang bersifat konduktor haba dan penebat haba.
2. Konduktor haba ialah bahan yang membenarkan haba mengalir
melaluinya dengan baik dan cepat.
3. Penebat haba ialah bahan yang tidak membenarkan haba melaluinya
dengan baik.
(6) Kebolehan Penembusan Cahaya
1. Setiap jenis bahan mempunyai kebolehan penembusan cahaya yang
tersendiri.
2. Bahan lut sinar ialah bahan yang membenarkan cahaya melaluinya.
3. Bahan lut cahaya ialah bahan yang membenarkan sebahagian cahaya
melaluinya.
4. Bahan legap ialah bahan yang menghalang cahaya melaluinya.

You might also like