You are on page 1of 3

Ini adalah soalan/panduan bagi tugasan Individu Refleksi (10%).

Gunakan ruang yang


disediakan untuk menulis refleksi anda. Tugasan ini boleh dihantar kepada tutor masing-
masing pada 24 Januari 2021.
Tugasan yang telah diberikan kepada anda memerlukan anda berperanan sebagai teacher-
designer.
Apakah yang anda faham dengan istilah teacher-designer? (Boleh rujuk Koehler & Mishra).
Bagaimana tugasan-tugasan yg telah dibuat/dibangunkan sepanjang kursus ini boleh
membantu anda sebagai teacher-designer dan seterusnya dalam perancangan penyediaan
bahan pengajaran apabila anda mula mengajar di sekolah nanti?
Teacher- designer merujuk kepada pengetahuan guru mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi secara berkesan ke dalam amalan pengajaran mereka untuk mencapai hasil
pembelajaran yang signifikan. Teknologi pada masa kini amat membantu saya dalam menyediakan
alat bantuan mengajar. Ia juga membantu saya untuk mencari idea bagi mempelbagaikan strategi
pengajaran saya kelak. Kursus inovasi dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran ini banyak
membantu saya untuk ‘explore’ bahan – bahan baharu yang boleh saya gunakan semasa di bilik
darjah kelak. Bahan – bahan yang digunakan juga lain daripada yang biasa dan ini merupakan
pengalam baharu bagi saya.
Apakah kriteria yang penting bagi anda dalam proses merancang, membangun dan seterusnya
membuat penilaian bahan pengajaran? Kongsikan perkara yang dipertimbangkan sepanjang
menyiapkan tugasan berkumpulan anda (video/multimedia dan gamifikasi/AR)?
Kami telah diberi tugasan untuk mengajar kanak – kanak pendidikan khas menggunakan AR. Subjek
yang dipilih adalah Sains yang bertajuk ‘Nama dan Bunyi Haiwan’. Tajuk ini dipilih kerana
bersesuaian dengan tahap murid – murid tersebut dan objektif pengajaran adalah untuk
memperkenalkan nama dan bunyi haiwan. Selain itu, aktiviti ini dijalankan bagi menggalakkan
murid -murid untuk bercakap atau mengeluarkan bunyi. Pengajaran yang dilakukan adalah secara
ringkas dan mudah difahami. Beberapa haiwan telah dipilih. Antaranya adalah kucing, anjing, ayam
dan burung. Di dalam video tersebut turut disertakan cara menyebut nama dan bunyi haiwan.
Murid perlu mengikuti menyebut nama dan bunyi haiwan. Bagi proses penilaian bahan pengajaran,
murid perlu menamakan haiwan tersebut berdasarkan gambar yang diberi.
Apakah pengalaman terbaik anda sepanjang menyiapkan tugasan berkumpulan? Ceritakan
kenapa.
Pengalaman terbaik saya sepanjang menyiapkan tugasan berkumpulan ini adalah saya dapat
bekerjasama dengan ahli kumpulan yang baharu. Jika sebelum ini saya tidak pernah bekerjasama
bersama mereka bahkan tidak berapa mengenali mereka tetapi dengan adanya tugasan
berkumpulan ini, saya dapat peluang bekerjasama bersama mereka. Ahli kumpulan saya
mempunyai semangat kerjasama yang baik dan jika salah seorang daripada kami mempunyai
maslalah dalam mengendalikan tugasan yang diberi, ahli-ahli yang lain bersedia untuk membantu.
Apakah masalah yang dihadapi semasa menyiapkan tugasan berkumpulan? Bagaimanakah anda
/ kumpulan menyelesaikan masalah tersebut?
Antara masalah yang dihadapi semasa menyiapkan tugasan berkumpulan adalah terdapat seorang
ahli kumpulan kami yang tidak bergitu mahir dalam bidang ICT dan kesemua ahli kumpulan tidak
berada di kawasan yang sama. Ini menjadikan agak susah bagi kami membantu ahli kumpulan yang
kurang mahir dalam bidang ini. Antara solusi yang dibuat adalah dengan membantu ahli kami
dengan memberi arahan secara atas talian. Agak susah tetapi kami berhasil menyiapkan tugasan
yang diberi
Sejauh manakah kolaborasi anda di dalam kumpulan telah membantu dalam menyiapkan
tugasan kumpulan?
Bagi tugasan berkumpulan, kami telah membahagi tugasan secara sama rata. Saya telah ditugaskan
untuk memuat naik isi yang telah dipilih ke dalam Powtoon. Pelbagai masalah dialami tetapi saya
berhasil untuk menyiapkannya dalam masa yang diberi.
Apakah perkara utama yang anda telah pelajari sepanjang menyiapkan tugasan kursus ini?
Apakah penambahbaikan yang anda boleh fikirkan.
Sepanjang menyiapkan tugasan bagi kursus ini, pelbagai perkara telah dapat saya pelajari.
Antaranya adalah bagaimana cara membina Resume, Weebly dan Blippar sendiri. Saya merasakan
bertapa pentingnya teknologi ini. Dengan adanya teknologi pelbagai perkara boleh dilakukan. Bagi
saya, pendidkan seharusnya bergerak selari dengan teknologi.
Apakah pandangan anda tentang peranan guru dan inovasi dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran di rumah (pdpr)?
Guru memainkan peranan yang penting pada masa kini. Pengajaran dan pembelajaran di rumah
merupakan norma baharu yang terpaksa diadaptasikan. Pelbagai cabaran yang dihadapi tetapi
sebagai seorang guru, mereka perlu menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam menangani masalah
ini. Teknologi kini semakin canggih, guru boleh menggunakan teknologi tersebut bagi membantu
murid – murid memahami pengajaran yang diajar. Antaranya adalah, guru boleh menggunakan
platform Powtoon, Blippar atau Youtube bagi menarik minat murid untuk belajar. Quiz dan latihan
juga boleh dilakukan secara online dengan menggunakan google form. Tidak mudah untuk
dilaksanakan tetapi guru perlu berusaha bagi memastikan anak – anak murid mereka mendapat
pendidikan yang sewajarnya.

You might also like