You are on page 1of 9

PERANCANGAN KURIKULUM

(GGGA 6243)

NAMA AHLI KUMPULAN : SIVANASWARI A/P KARUPPIAH – P105479

TUGASAN : TUGASAN 2

PENSYARAH : PROF DR NIK MOHD RAHIMI

SEMESTER : 2019/2020
ISI KANDUNGAN
1.0 OBJEKTIF KAJIAN 1

2.0 PERNYATAAN MASALAH 1

3.0 INSTRUMEN KAJIAN 2

4.0 PESERTA KAJIAN 2

5.0 DAPATAN KAJIAN 2

RUJUKAN i

LAMPIRAN ii
ULASAN ARTIKEL

TAJUK:
Kompetensi Keusahawanan Diri Dalam
Kalangan Mahasiswa Yang Mengambil Kursus
Keusahawanan Di Universiti

PENULIS JURNAL:
Siti Syuhada Abd Rahman, Muhammad Firdaus Muhammad
Sabri, & Suhaila Nadzri

PENERBIT:
Proceeding Of The 2nd International Conference On
Management And Muamalah 2015

DIULAS OLEH:
Sivanaswari A/P Karuppiah (P105479)
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
1.0 OBJEKTIF KAJIAN
Pengkaji telah mensasarkan dua objektif yang perlu dicapai dalam kajian ini dimana setiap
objektif ini bertujuan untuk dapat menjawab persoalan berkaitan tahap kompetensi
keusahawanan diri dalam kalangan mahasiswa.Pengkaji telah menetapkan objektif yang jelas,
mudah difahami dan bersesuaian dengan persoalan kajian.
Objektif kajian yang pertama adalah mengenal pasti ciri-ciri kompetensi
keusahawanan yang paling dominan. Objektif ini dilihat sesuai dan dapat menjawab
persoalan kajian yang pertama iaitu Apakah ciri-ciri kompetansi keusahawanan yang paling
dominan?
Bagi menjawab persoalan kajian ini, pengkaji menggunakan 13 ciri kompetansi
keusahawanan Mc Clelland dan Mc Ber & Co. (1985) bagi mengukur tahap kompetansi di
kalangan mahasiswa. Antara 13 ciri kompetansi ialah, inisiatif, melihat dan merebut peluang,
kecekalan, mencari maklumat, menitikberatkan mutu kerja yang tinggi, komitmen terhadap
perjanjian kerja, berorientasikan kecekapan, membuat perancangan yang sistematik,
menyelesaikan masalah secara kreatif, keyakinan diri, ketegasan, meyakinkan orang lain, dan
mampu menggunakan strategi pengaruh.
Objektif kajian yang kedua adalah mengenalpasti tahap kompetensi keusahawanan
dalam kalangan mahasiswa Fakulti Pengurusan dan Muamalah yang mengambil kursus
keusahawanan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Melalui objektif ini,
pengkaji ingin melihat sama ada terdapat atau tidak terdapat tahap kompetensi keusahawanan
diri dalam kalangan mahasiswa.

2.0 PERNYATAAN MASALAH


Isu pengangguran merupakan salah satu perkara biasa di kalangan mahasisiwa dan menjadi
masalah kepada ekonomi Negara. Hal ini dapat dibantu oleh bidang keusahawanan dan boleh
meningkatkan tahap ekonomi negara kita dengan membuka ruang pekerjaan kepada
masyarakat(Syed,2013).Perkara ini boleh dicapai melalui pendidikan dan kurikulum
keusahawanan di universiti (Ooi Yeng Keat et.al., 2011).
Walaupun kompetensi keusahawanan dilihat sebagai salah satu aspek penting dalam
perkembangan dan kejayaan sesebuah perniagaan, perbincangan, pendedahan dan kajian
mengenainya masih dalam peringkat awal (Brinckmann, 2008) terutama di Malaysia.
Pendapat ini disokong oleh Mitchelmore dan Rowley (2010) yang berpendapat bahawa
walaupun konsep kompetensi keusahawan telah dipromosikan secara meluas oleh agensi
kerajaan dan agensi-agensi lain dalam memacu perkembangan ekonomi negara dan kejayaan

1
sesebuah perniagaan, kajian lebih lanjut perlu dibuat yang mengkaji aspek keberkesanan
praktis, kepentingan praktis dan hubungan kompetensi keusahawanan tersebut dengan
prestasi usahawan dan kejayaan sesebuah perniagaan.

3.0 INSTRUMEN KAJIAN


Instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah instrumen kompetensi keusahawanan yang
diadaptasi daripada kajian Mc Clelland dan Mc Ber & Co. (1985). Terdapat 13 ciri
kompetensi keusahawanan menurut kajian Mc Clelland (1985) iaitu inisiatif, melihat dan
merebut peluang, kecekalan, mencari maklumat, menitikberatkan mutu kerja yang tinggi,
komitmen terhadap perjanjian kerja, berorientasikan kecekapan, membuat perancangan yang
sistematik, menyelesaikan masalah secara kreatif, keyakinan diri, ketegasan, meyakinkan
orang lain dan mampu menggunakan strategi pengaruh.
Daripada 13 kompetensi, pengkaji membahagikan setiap kompetensi mempunyai 5
soalan berkaitan. Secara keseluruhannya, jumlah soalan adalah sebanyak 65 soalan.
Responden diminta menjawab kesemua 65 soalan dengan mengisi borang soalselidik
kompetensi keusahawanan berdasarkan skala Likert 1 hingga 5 (1 sangat tidak setuju, 2 tidak
setuju, 3 kurang setuju, 4 setuju, 5 sangat setuju). Borang soalselidik dianalisa secara
deskriptif dan menggunakan perisian SPSS.

4.0 PESERTA KAJIAN


Pengkaji memilih 92 orang daripada mahasiswa Fakulti Pengurusan dan Muamalah. Daripada
jumlah itu, seramai 42 orang pelajar dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Pengkaji
telah mengambil kira pandangan Mohd Najib (1999) untuk mengambil sekurang-kurang 30%
responden daripada populasi jumlah keseluruhan.Dalam kajian ini, pengkaji telah
menghadkan responden yang terlibat hanya terdiri daripada mahasiswa yang mengambil
kursus Keusahawanan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

5.0 DAPATAN KAJIAN


Pengkaji telah membuat penerangan yang jelas terhadap dapatan kajian yang diperolehi dan
hubungkaitnya dengan objektif kajian yang telah ditentukan. Pengkaji menilai Tahap
Kompetansi diri mahasiswa dengan menggunakan Jadual 1, di bawah iaitu:

2
JADUAL 1: TAHAP PENILAIAN BERDASARKAN SKOR MIN
SKOR MIN TAHAP PENILAIAN
1.00 – 2.33 RENDAH
2.34 – 3.67 SEDERHANA
3.68 – 5.00 TINGGI
Sumber: Mohammad Najib (2003)

Pengkaji menganalisis dapatan kajian dengan menggunakan 13 ciri kompetansi


keusahawanan Mc Clelland dan Mc Ber & Co. (1985). Secara keseluruhannya didapati
(Jadual 2), responden yang dikaji mempunyai tahap kompetensi keusahawanan pada tahap
sederhana dan tinggi. Kajian mendapati bahawa ciri kompetensi keusahawanan diri yang
paling dominan adalah komitmen terhadap perjanjian kerja dengan min yang paling tinggi
iaitu 4.15.

JADUAL 2: MIN 13 CIRI-CIRI KOMPETENSI KEUSAHAWANAN


CIRI CIRI KOMPETANSI MIN TAHAP
Inisiatif 3.38 Sederhana
Merebut_Peluang 3.70 Tinggi
Cekal 3.40 Sederhana
Mencari_Maklumat 3.37 Sederhana
Mutu_Kerja 3.76 Tinggi
Komitmen 4.15 Tinggi
Kecekapan 3.64 Sederhana
Perancangan_Sistematik 3.82 Tinggi
Penyelesaian_Masalah 3.60 Sederhana
Keyakinan_Diri 3.38 Sederhana
Ketegasan 3.40 Sederhana
Meyakinkan_Orang 3.25 Sederhana
Strategi_Pengaruh 3.41 Sederhana
Pengkaji menunjukkan bilangan serta peratus responden yang mempunyai ciri-ciri
kompetensi keusahawanan pada tahap sederhana dan tinggi melalui Jadual 3.

JADUAL 3: TAHAP KOMPETENSI DAN PERATUS RESPONDEN


TAHAP BILANGAN
PERATUS
KOMPETENSI RESPONDEN
Sederhana 24 57%
Tinggi 18 43%
JUMLAH 42 100%

Keseluruhan nilai min yang diperolehi ialah 3.56. Ini menerangkan bahawa tahap
kompetensi keusahawanan dalam kalangan mahasiswa Fakulti Pengurusan dan Muamalah
yang mengambil kursus keusahawanan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
secara keseluruhannya adalah sederhana.

3
RUJUKAN
Azizi Hj Halipah, Abdul Shukor bin Shamsuddin. 2012. Kompetensi pembelajaran, struktur
organisasi dan prestasi perusahaan kecil dan sederhana di utara Semenanjung Malaysia.
Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Kolej Perniagaan Universiti Utara
Malaysia,
592 - 603

Rosmani Ali* & Nor Aishah Buang. 2018. Kompetensi keusahawanan sebagai mediator
kesediaan penerapan elemen keusahawanan dalam kalangan pensyarah Institut
Pendidikan Guru (IPG). Jurnal Pendidikan Malaysia, 123-130

Siti Syuhada Abd Rahman, Muhammad Firdaus Muhammad Sabri, & Suhaila Nadzri. 2015.
Kompetensi keusahawanan diri dalam kalangan mahasiswa yang mengambil kursus
kursus keusahawanan di universiti. Proceeding of the 2nd International Conference on
Management and Muamalah 2015 (2ndICoMM) 16th – 17th November 2015 e-ISBN
978-967-0850-25-2, 372 - 384

i
LAMPIRAN

ii

You might also like