You are on page 1of 2

REKA BENTUK TEKNOLOGI – TAHUN 4| Cikgu: Sivanaswari Karuppiah

NOTA REKA BENTUK TEKNOLOGI – TAHUN 4

UNIT 4: REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN

4.1 REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN PRODUK

1. Kebanyakan produk dipasarkan dengan pembungkusan.

2. Terdapat dua kategori pembungkusan iaitu pembungkusan makanan dan pembungkusan

bukan makanan.

3. Reka bentuk pembungkus makanan memainkan peranan penting untuk menarik perhatian

bakal pembeli.

4. Pelbagai reka bentuk pembungkusan dicipta. Antaranya ialah:

PEMBUNGKUSAN MAKANAN PEMBUNGKUSAN BUKAN MAKANAN

4.2 CIRI PEMBUNGKUSAN YANG BAIK

1. Pembungkusan sesuatu produk bergantung kepada jenis produk tersebut.


2. Setiap pembungkusan mempunyai ciri tertentu. Antara ciri pembungkusan yang baik ialah:

• MESRA ALAM
- Menggunakan bahan mudah lupus dan tidak mencemarkan alam sekitar.

• MESRA PENGGUNA
- Mudah digunakan oleh pengguna.

• MUDAH DISIMPAN DAN DIBAWA


- Reka bentuk yang memudahkan untuk dibawa dan disimpan.
REKA BENTUK TEKNOLOGI – TAHUN 4| Cikgu: Sivanaswari Karuppiah

• MEMPUNYAI MAKLUMAT PELABELAN


- Mengandungi maklumat lengkap tentang produk.

• MENGEKALKAN KUALITI
- Reka bentuk yang boleh mengekalkan kualiti produk bagi tempoh yang lama.

3. Antara perkara penting pada pembungkusan makanan ialah maklumat pada label.
4. Pelabelan mesti mempunyai:

• Nama Produk • Nama pengeluar

• Tarikh Luput • Kandungan

• Tanda halal yang sah (Bagi Produk Untuk Orang Islam)

4.3 KEPENTINGAN REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN

Mengelakkan
produk
daripada
tercemar

Menyampaikan KEPENTINGAN Keselamatan


maklumat
produk PEMBUNGKUSAN produk

Mengekalkan
kualiti dan
fizikal produk

You might also like