You are on page 1of 2

REKA BENTUK TEKNOLOGI – TAHUN 5| Cikgu: Sivanaswari Karuppiah

NOTA REKA BENTUK TEKNOLOGI – TAHUN 5

UNIT 3: REKA BENTUK PENGATURCARAAN

3.1 ASAS REKA BENTUK PENGATUCARAAN


1. Struktur kawalan pilihan ialah satu langkah yang mempunyai dua atau lebih set tindakan
sebagai pilihan untuk dilaksanakan.

2. Struktur kawalan ulangan mempunyai satu set tindakan yang sentiasa berulang sehingga
syarat tersebut dipenuhi. Sistem kawalan ulangan menyebabkan:

a) Lampu isyarat sentiasa bertukar warna pada tempoh masa tertentu yang membolehkan

pejalan kaki melintas dengan selamatnya.

b) Lampu kecemasan van ambulans bernyala secara berulang dan siren pula berbunyi

mengikut sela masa tertentu.

3. Perbezaan struktur kawalan jujukan, pilihan dan ulangan melalui algoritma ditunjukkan
dalam contoh situasi berikut:

STRUKTUR KAWALAN STRUKTUR KAWALAN STRUKTUR KAWALAN


JUJUKAN PILIHAN ULANGAN
Mira hendak membancuh kopi panas. Amer hendak membancuh kopi panas tetapi dia Layla berasa sangat dahaga setelah menjalani

hendak masukkan susu atau tidak? latihan sukan.

MULA MULA MULA

MASAK air MASAK air MINUM AIR

MASUKKAN serbuk kopi ke dalam cawan MASUKKAN serbuk kopi ke dalam cawan SELAGI rasa dahaga

TUANG air panas ke dalam cawan TUANG air panas ke dalam cawan MINUM air lagi

MASUKKAN gula JIKA mahu susu, MAKA TAMAT SELAGI

KACAU air TAMBAHKAN susu TAMAT

TAMAT TAMAT JIKA

KACAU air

TAMAT

Struktur yang merujuk kepada algoritma yang Struktur yang memecahkan aliran algoritma Struktur yang memberikan peluang ulang semula

tidak bercabang dan terdiri daripada urutan kepada dua atau lebih cabang yang memberikan sehingga tamat.

yang ditetapkan. pilihan lain jika tidak memilih yang asal.


REKA BENTUK TEKNOLOGI – TAHUN 5| Cikgu: Sivanaswari Karuppiah

4. Perkataan JIKA (IF) digunakan pada struktur kawalan pilihan untuk menunjukkan adanya

pilihan lain jika tidak memilih yang asal.

5. Perkataan SELAGI (WHILE) pada struktur kawalan ulangan digunakan untuk menunjukkan

keadaan berulang – ulang sehingga arahan dipenuhi.

You might also like