You are on page 1of 8

Modul Pertandingan Jawi/Khat j-QAF 2012

PERTANDINGAN TULISAN JAWI DAN KHAT MURID SEKOLAH RENDAH PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH, DAERAH DAN NEGERI KEDAH TAHUN 2012M/1433H.

PENDAHULUAN.

Program j-QAF yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2005, bermatlamatkan ke arah memperkasakan Pendidikan Islam, penekanan utama kepada penerapan nilai-nilai Islam dan pengukuhan budaya bangsa telah disalurkan melalui Pengajaran Jawi di sekolah rendah. Dengan terlaksananya program ini, adalah diharapkan peratusan murid tidak menguasai bacaan dan tulisan jawi di sekolah rendah dapat dikurangkan dari semasa ke semasa. Sebagaimana yang telah diarahkan oleh KPM, setiap sekolah Program j-QAF dikehendaki menubuhkan Kelab khat/jawi bagi murid tahap dua. Setiap program yang dirancang di peringkat sekolah diharap dapat mengisi dan mlaksanakan sebahagian aktiviti kelab tersebut. Penyertaan menyeluruh murid tahap dua , juga diharapkan dapat menarik minat yang mendalam dalam tulisan Jawi/Khat di kalangan murid sekolah rendah di negeri ini . Usaha Sektor Pendidikan Islam, JPN dan Unit Pendidikan Islam, PPD bagi menganjurkan program ini adalah dengan hasrat untuk mencungkil bakat di kalangan murid dan memartabatkan tulisan jawi /khat di semua sekolah rendah seluruh negeri Kedah.

OBJEKTIF. Memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri secara langsung dalam mempraktikkan tulisan jawi. Mencungkil kreativiti murid dalam bidang penulisan jawi dengan hasilan khat yang terbaik. Mengenal pasti jumlah murid yang menguasai jawi/khat di peringkat sekolah. Menarik minat murid kepada keindahan dan kehalusan tulisan jawi/khat dan mendalami tentang kepentingan tulisan jawi. Membudayakan jawi dalam masyarakat Malaysia.

Modul Pertandingan Jawi/Khat j-QAF 2012

RASIONAL.

Murid yang berada di tahap penguasaan yang rendah kurang dilibatkan dalam aktiviti-aktiviti di peringkat luar bilik darjah. Aplikasi tulisan jawi hanya berada di persekitaran pengajaran dan pembelajaran jawi/pemulihan jawi dan Pendidikan Islam di dalam bilik darjah sahaja tanpa ada kesinambungan aktiviti di luar bilik darjah secara menyeluruh dan berkesan. Bahan bacaan dan rujukan dalam tulisan jawi adalah terhad. Kepentingan jawi dalam kehidupan masyarakat hari ini semakin terhakis dan ramai yang tidak menguasai bacaan tulisan tersebut. Tulisan jawi hanya berperanan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan soalsoal keagamaan sahaja.

KAEDAH PELAKSANAAN

Peringkat Sekolah : 1. Semua murid di tahap dua dikehendaki menulis karangan pendek (tajuk bebas/ mengikut sekolah. 2. Penilaian dibuat berdasarkan ejaan (Kaedah Dewan Bahasa dan Pustaka), tulisan (Kaedah khat Nasakh atau Riqaah) dan idea yang terbaik. 3. Tiga penyertaan terbaik di peringkat sekolah hendaklah dihantar ke PPD untuk pemilihan ke peringkat negeri (Tiga peserta bagi setiap daerah) bersama Lampiran A yang disertakan. 4. Bagi penyertaan yang tidak terpilih, hendaklah dibuku dan disimpan di bawah seliaan Kelab Jawi/Khat sekolah masing-masing bagi tujuan pemantauan. 5. Hadiah galakan dan motivasi peringkat sekolah disediakan oleh Panitia Pendidikan Islam sekolah masing-masing.

Peringkat Daerah

Modul Pertandingan Jawi/Khat j-QAF 2012

1. Melantik panel pemilih bagi memilih tiga calon terbaik untuk mewakili daerah masingmasing ke peringkat negeri. 2. Memilih sekolah yang peratus penyertaan tertinggi selepas dibuat pemantauan dan pengesahan. 3. Hadiah galakan dan motivasi peringkat daerah disediakan oleh Unit Pendidikan Islam daerah masing-masing.

Peringkat Negeri 1. Tiga peserta terbaik di peringkat daerah dipilih mewakili daerah masing-masing di peringkat negeri. 2. Semua peserta peringkat negeri akan diuji secara spontan pada tarikh,masa dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian. 3. Hadiah galakan dan motivasi peringkat negeri disediakan oleh Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah .

SYARAT PERTANDINGAN 1. Semua murid di tahap dua diwajibkan mengambil bahagian di peringkat sekolah. 2. Hasil karya murid mestilah asli. 3. Karangan TIDAK KURANG DARI 80 patah perkataan, TIDAK termasuk tajuk. 4. Tajuk adalah bebas dan mesti ditulis di awal karangan. 5. Hasil karya hendaklah ditulis menggunakan pensil / pen khat atau maker pen berwarna hitam di atas kertas A4 bergaris ( 80/120 gram ), dan nama peserta hendaklah dicatat di bahagian atas sebelah kanan dalam tulisan jawi.

KATEGORI A ( Murid Cemerlang Jawi/Khat ) 1. Hasil karya murid mestilah asli. 2. Karangan TIDAK KURANG daripada 100 patah perkataan, TIDAK termasuk tajuk 3. Tajuk adalah bebas dan dicatat di awal karangan.

Modul Pertandingan Jawi/Khat j-QAF 2012

KATEGORI B ( Murid Sederhana Jawi/Khat ) 1. Hasil asli tulisan murid. 2. Menukar karangan teks rumi ke tulisan jawi khat Nasakh atau khat Riqaah. 3. Panjang teks TIDAK KURANG 80 patah perkataan, TIDAK termasuk tajuk. 4. Teks hendaklah disediakan oleh pihak sekolah. 5. Teks adalah bebas diambil dari keratan akhbar, majalah dan lain-lain sumber.

KATEGORI C ( Murid Tahap Minimum ) 1. Hasil asli tulisan murid 2. Menyalin teks jawi menggunakan tulisan khat Nasakh atau khat Riqaah. 3. Panjang tulisan TIDAK KURANG 30 patah perkataan, TIDAK termasuk tajuk ( dalam bentuk peribahasa, pepatah Melayu, Syair pendek, pantun atau kata-kata hikmat/pujangga ) 4. Contoh teks disediakan oleh pihak sekolah. 6. Petikan teks adalah bebas diambil dari keratan akhbar, majalah dan lain-lain sumber.

SKIMA PEMARKAHAN KATEGORI A.

PENSKORAN Cemerlang 80 - 100

KRITERIA 1. Penyampaian atau persembahan yang sangat menarik untuk dibaca, bersih, kemas dan tersusun. 2. Karangan mempunyai pendahuluan , 4 isi dan penutup. 3. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tajuk. 4. Penggunaan ejaan dan tanda baca jawi yang betul berdasarkan tajuk karangan 5. Menggunakan seni khat riqah atau nasakh yang mengikut kaedah tulisan kaligrafi yang tepat. 1. Penyampaian atau persembahan yang jelas untuk dibaca, bersih dan tersusun. 2. Karangan mempunyai pendahuluan , 3 isi dan penutup 3. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan tajuk 4. Terdapat beberapa kesalahan dalam ejaan dan tanda baca jawi tetapi tidak menjejaskan karangan.Markah ditolak.

Baik 60 79

Modul Pertandingan Jawi/Khat j-QAF 2012

5. Menggunakan seni khat riqah atau nasakh mengikut kaedah tulisan kaligrafi yang tepat . Memuaskan 40 59 1. Penyampaian atau persembahan yang mudah dan ringkas 2. Menyatakan isi dengan menggunakan hanya ayat dasar berdasarkan tajuk. 3. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang terhad dan sesuai. 4. Terdapat banyak kesalahan dalam ejaan dan tanda baca jawi.Markah ditolak. 5. Menggunakan tulisan jawi biasa.Tidak terikat kepada penggunaan tulisan Khat Nasakh dan Riqaah. 1. Penyampaian atau persembahan yang tidak sesuai dengan tajuk iaitu isi tidak tepat tidak berkaitan dengan tajuk atau sukar difahami. 2. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan tajuk dan tidak mengambilkira jumlah ayat. 3. Tidak menguasai ejaan dan tanda baca jawi. 6. Menggunakan tulisan jawi biasa .Tidak terikat kepada penggunaan tulisan Khat Nasakh dan Riqaah.

Pencapaian tahap minimum 0 - 39

PENSKORAN KATEGORI B

KRITERIA Kekemasan tulisan Tukar teks rumi ke jawi yang tepat mengikut ejaan DBP terkini. Kaedah tulisan khat yang betul Kekemasan tulisan Kaedah tulisan khat yang betul

KATEGORI C

TEMPOH PENYERTAAN Peringkat Sekolah Bermula 02 Ogos 2012 hingga 16 Ogos 2012. (26-30 Ogos 2012 tempoh pemilihan wakil sekolah dan dihantar ke PPD masing-masing menggunakan Lampiran A) Pemilihan wakil sekolah terhad kepada TIGA hasil karya terbaik dari Kategori A sahaja untuk dihantar ke PPD sebelum atau pada 26 Ogos 2012. Pemilihan kategori adalah berdasarkan pencapaian murid di sekolah masing-masing.

Peringkat Daerah Bermula 01 September 2012 hingga 06 September 2012. Tiga hasil karya terbaik bersama Lampiran A dihantar ke Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah sebelum atau pada 12 September 2012.

Modul Pertandingan Jawi/Khat j-QAF 2012

Peringkat Negeri Tarikh, masa dan tempat pertandingan akan dimaklumkan kemudian.

KESIMPULAN Semoga aktiviti ini dapat menarik minat murid ke arah memartabatkan jawi/khat serta melibatkan peratus penglibatan yang tinggi dan menyeluruh di peringkat sekolah rendah di negeri ini.

Lampiran A

BORANG PENYERTAAN CALON PERTANDINGAN TULISAN JAWI DAN KHAT MURID SEKOLAH RENDAH PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH, DAERAH DAN NEGERI KEDAH TAHUN 2012M/1433H.
NAMA SEKOLAH :... DAERAH :

KOHOT SEKOLAH : JUMLAH PENYERTAAN

TAHUN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 JUMLAH

JUMLAH MURID

PERATUS

CATATAN

Modul Pertandingan Jawi/Khat j-QAF 2012

Tiga Calon Mewakili Sekolah ini ialah;


BIL. NAMA MURID TAHUN JENIS KHAT TAJUK KARANGAN

1. 2. 3.

(Tanda tangan Ketua panitia) cop) Nama : Tarikh : (Tanda tangan Guru Besar dan

Lampiran B (Contoh) Kategori B

Selepas sebulan berpuasa umat Islam merayakan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan. Ibadat puasa sepanjang Ramadan diibaratkan suatu 'madrasah' atau sekolah yang mendidik jiwa umat Islam sepanjang sebulan berpuasa. Bukan saja menahan lapar dahaga, malah juga mengekang hawa nafsu daripada merajai jiwa. Disiplin yang dipupuk oleh madrasah Ramadan ini amat kental kerana umat Islam bukan hanya berpuasa di hadapan orang, malah juga apabila bersendirian. Inilah kejayaan Islam mendidik peribadi mulia dan amanah. Manifestasi kemuliaan Ramadan dapat dilihat daripada sudut amalan umat Islam seperti bersolat terawih, bersedekah, bertadarus al-Quran dan banyak lagi. Hampir sebulan mengikuti institusi Ramadan, Aidilfitri.pula akan menjelang. Amat rugilah orang yang langsung tidak mengambil pengajaran daripada falsafah Ramadan itu sendiri.
Kategori C Menulis semula menggunakan Tulisan Khat

2102 Modul Pertandingan Jawi/Khat j-QAF

Tamat

. .

You might also like