You are on page 1of 7

TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PENUTUPAN IHTIFAL j-QAF PERINGKAT DAERAH KULAI TAHUN 2009 TJMART, SALENG 21 JULAI

2009 Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia En. Rozani bin Mohamad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Unit Kemanusiaan dan Sains Kemasyarakatan, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai. Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan Majlis. BismilLahirRahmanirRahim. Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh. Yang Berbahagia En. Rozani bin Mohamad Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Unit Kemanusiaan dan Sains Kemasyarakatan Pejabat Pelajaran Daerah Kulai Yang Berusaha Ustaz Ziman bin Mohammad Penyelia Kanan Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kulai Yang Berusaha Ustazah Kalthom binti Abd. Rahman Penyelia Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kulai Yang Dihormati ___________________________________ ___________________________________ ___________________________________

Yang Dihormati ___________________________________ ___________________________________ ___________________________________ Ahli Jawatankuasa Pelaksana Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 barisan ustaz dan ustazah murid-murid yang dikasihi para ibu dan bapa dan penjaga hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian. Selamat datang ke : Majlis Penutupan Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009. Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ila Majlisil Ikhtitam Li Ihtifali j-QAF Sanah Alfin wat Taasi`ah. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara. Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz ________________. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz _________________ atas bacaan doa itu tadi. Untuk pengetahuan Yang Berbahagia En. Rozani bin Mohamad, hadirin dan hadirat sekalian, Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 bukan sekadar sebuah nama. Ianya merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan oleh Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai, sebagai suatu aktiviti nilai tambah bagi pelaksanaan program j-QAF di sekolah-sekolah rendah di Daerah Kulai ini; bagi melahirkan generasi yang cintakan al-Quran dan cintakan Bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran. Indah mekar si bunga kiambang Mekar mewangi di taman larangan Ihtifal j-QAF harapannya gemilang Melahirkan generasi cintakan al-Quran. Untuk pengetahuan semua juga, aktiviti yang dipertandingkan di dalam Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 ini ialah Pertandingan Kalam Jama`e ataupun dalam Bahasa Melayunya disebut sebagai percakapan secara berkumpulan dan Pertandingan Dikir Barat. Kedua-dua aktiviti ini dilaksanakan di dalam Bahasa Arab. Selain daripada itu, Ihtifal j-QAF ini juga turut mempertandingkan aktiviti Tilawah al-Quran bagi kategori lelaki dan perempuan. Bagi Pertandingan Kalam Jama`e dan Dikir Barat, ianya telah dilaksanakan di TJMart ini sendiri. Manakala, bagi aktiviti Tilawah al-Quran, ianya telah dilaksanakan di SK Taman Muhibbah, Kulai.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan, untuk sama-sama kita mengetahui keputusan pertandingan yang telah dilaksanakan. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya ingin mempersilakan kepada Ustaz Ziman bin Mohammad, Penyelia Kanan Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai untuk mengiringi En. Rozani bin Mohamad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Unit Kemanusiaan dan Sains Kemasyarakatan, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan Tuan. Pertandingan Kalam Jama`e 1. 2. 3. Pertandingan Dikir Barat 1. 2. 3. Tilawah al-Quran (Lelaki) 1. 2. 3. Tilawah al-Quran (Perempuan) 1. 2. 3. Terima kasih diucapkan kepada En. Rozani bin Mohamad atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi. Majlis juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang. Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, pemenang tempat pertama bagi setiap kategori akan mewakili Daerah Kulai ke Ihtifal j-QAF Peringkat Negeri Johor Tahun 2009, bertempat di ____________________ pada ____________. Sama-samakan kita doakan kejayaan mereka. Ma`at taufiq wan najaah.

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan pemenang tempat pertama bagi Pertandingan Kalam Jama`e dan Dikir Barat. Untuk pemenang tempat pertama Pertandingan Kalam Jama`e dipersilakan kepada __________________________________________________. Dipersilakan. Untuk pemenang tempat pertama Pertandingan Dikir Barat dipersilakan kepada _________________________________________. Dipersilakan. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Sebagai penghargaan di atas kesudian En. Rozani bin Mohamad hadir ke dalam Majlis kita pada hari ini, majlis ingin menyampaikan sedikit tanda ucapan terima kasih kepada beliau. Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan kepada Ustaz Ziman bin Mohammad untuk menyampaikan tanda penghargaan tersebut. Dipersilakan dengan segala hormatnya. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ziman bin Mohammad di atas kesudian menyampaian tanda penghargaan sebentar tadi. Dan Majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada En. Rozani bin Mohamad di atas kesudian hadir ke Majlis yang penuh bermakna ini. Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat. Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Ucapan terima kasih juga buat semua yang telah menjayakan Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009, terutamanya pihak pengurusan TJMart, Ahli Jawatankuasa Pelaksana, barisan para hakim, ustaz dan ustazah, semua murid yang telah mengambil bahagian dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Tanam langguna tumbuh kelapa Terbit bunga pucuknya mati Budi semua tak kami lupa Sudah terpaku di dalam hati. Hadirin dan hadirat sekalian, Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis. Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali. Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Dijemput kepada Ustaz Ziman bin Mohammad untuk mengiringi En. Rozani bin Mohamad untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan. Dipersilakan. p/s - Baru lepas siapkan teks emcee ni terus share kat Elhaamy. Esok saya ditugaskan sebagai emcee Majlis Penutup, Ihtifal j-QAF

Peringkat Daerah Kulai 2009. Alhamdulillah, teks ni berjaya disiapkan and untuk dikongsi bersama...

You might also like