You are on page 1of 4

Teks Pengacaraan Majlis Khatam Al-Quran 2022

‫السالم عليكم ورحمة هللا و بركاته‬.‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬.


Yang berusaha, En Safiee bin Kassim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 2,
Yang dihormati,
Puan Hajah Padilah binti Shahran, Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Hajah Mariam binti Mohd Salleh, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
Puan Siti Aminah binti Ramlan, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Rakan-rakan guru seterusnya


Yang dikasihi, anak-anak murid SK Tunku Mahmood 2 sekalian..

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul
Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita
dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-Quran pada tahun 2022 ini. Mudah-mudahan
hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Qur’an dapat direalisasikan melalui
program-program sebegini.

Zikir Munajat Pembersih jiwa


Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama menadah tangan penuh
kehambaan kepadaNya....,
Untuk itu, majlis mempersilakan Ustaz Fauzan bin Yacob tampil untuk memimpin bacaan
doa.....dipersilakan.
*************************
Amin..ya rabbal alamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Semoga majlis
kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.
Hadirin sekalian,
Seterusnya dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Adil bin Jalil dan Ustazah Shuhaila binti Shaaran
untuk memimpin Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari ini. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

*****************************
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari ini. Namun, majlis
kita masih belum selesai.
Acara seterusnya ialah penyampaian sijil khatam al-Quran dan cenderahati bagi murid-
murid Tahun 6 yang telah selesai mengkhatam Al-Quran.
Majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang berusaha Encik Safiee bin Kassim,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 2 untuk menyampaikan sijil dan
cenderahati tersebut. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan murid tahun 6 untuk menerima sijil dan cenderahati.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha Encik Saffie bin
Kassim atas kesudian menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi.
Sebagai tanda hati ikhlas daripada pihak majlis, dipersilakan Yang berusaha Encik Safiee
bin Kassim menyampaikan tanda hati kepada Al-fadhil Ustaz Adil bin Jalil dan Ustazah
Shuhaila binti Shaaran sebagai Khalifah Majlis Khatam Al-Quran pada hari
ini .Dipersilakan.
*********************************
Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Encik Safiee bin Kassim atas kesudian
menyampaikan tanda hati sebentar tadi.

Hadirin yang dirahmati,


Seterusnya, majlis mempersilakan Ustaz Fauzan bin Yacob untuk menyampaikan tazkirah
hari raya. Dengan segala hormatnya dipersilakan...

********************
Majlis mengucapkan terima kasih atas tazkirah dan pesanan-pesanan yang telah
disampaikan oleh ustaz.
Hadirin yang dirahmati,

Seterusnya, majlis mempersilakan Encik Safiee bin Kassim, Guru Besar SK Tunku Mahmood 2
diiringi oleh Pn Hjh Padilah binti Shahran untuk menyampaikan bakul rezeki.

Dipersilakan.....

Hadirin sekalian,
Beralih kita kita kepada acara penyampaian hadiah sempena Ihya ramadhan. Untuk itu
majlis mempersilakan Puan Hajah Mariam binti Mohd Salleh untuk menyempurnakan acara.

Dipersilakan.....

Majlis mengucapakan terima kasih kepada Hjh Mariam binti Mohd Saleh atas kesudian
menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Hadirin sekalian,
Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha, Encik Safiee bin Kassim, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 2,untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
menutup rasmi Program ihya Ramadhan bagi tahun 2022. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
***************************
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan dan pesanan sebentar tadi.

Hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan rakaman persembahan raya oleh murid-
murid SK Tunku Mahmood 2. Dipersilakan.......

Alhamdulillah, majlis kita sudah sampai di penghujungnya.Saya mewakili seluruh Ahli


Jawatankuasa Pelaksana Majlis Khatam Al-Qur’an Tahun 2022, ingin mengungkapkan
ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan
beroleh keberkatan daripada-Nya, insya Allah.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang mengacarakan majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa


Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah.

You might also like