You are on page 1of 8

TEKS PENGACARA MAJLIS Graduasi 2019

Mengumumkan perarakan masuk para


graduan. Hadirin diminta berdiri.   
KHAI
(Graduan mengambil tempat)
Hadirin diminta memastikan telefon bimbit dalam
‘mode ‘senyap.
Hadirin dipersilakan duduk.

Mengumumkan, perarakan masuk tetamu kehormat 
dengan didahului 
Pembawa Cokmar dan bunga pahar
serta diiringi oleh barisan pentadbir Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad.

Hadirin dan graduan diminta berdiri.

(Setelah semua Ahli Senat berada di atas pentas)

Sebagai tanda cinta akan negara, majlis dimulakan dengan


nyanyian  lagu Negaraku, diikuti lagu Sekolah SMK Dato’
Sheikh Ahmad.

(Nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah)


Para Hadirin dipersilakan duduk.

1|Page
Bismillahirrahmanirrahim.  Q
Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera.

Yang BerHORMAT DR. MOHAMAD RAFIE BIN AB. MALEK


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan,
Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan Dan Modal
Insan Negeri Sembilan

Yang Berbahagia Encik Razal bin Mansor


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad

Yang Berusaha Pn. Hjh Maizun bt Hj Jaafar


Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh
Ahmad

Yang Berusaha
Puan Noresah bt Samsudin
Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Seremban

Yang Berusaha Tn Hj Muhammad bin Hj Mohd Nor


Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad

Yang Berusaha Encil Faizal Bin Hassan


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad

Yang Berusaha Pn Roslinah bt Alias


Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad

Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad,
guru-guru
Dan seterusnya para graduan yang diraikan, tuan-tuan
dan puan-puan, para ibu bapa yang dihormati.

2|Page
Melayang Serindit di atas permatang, KHAI
merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara.

Hadirin yang dihormati, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadr
at Ilahi kerana dengan izin dan rahmat-Nya dapat kita
sama-sama berkumpul dalam majlis yang ceria dan penuh
bermakna pada hari ini.

Bagi pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh


Ahmad
 kami mengalu-alukan kedatangan tetamu kehormat, dif-
dif jemputan serta tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis
Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh
Ahmad tahun 2019.

Sesungguhnya majlis graduasi pada hari ini merupakan


acara kemuncak yang pasti akan menjadi detik bersejarah
dan sering dinanti-nantikan oleh setiap murid SMK Dato’
Sheikh Ahmad.

Inilah saat paling gemilang untuk kita memberi apresiasi


atas kejayaan hasil usaha dan pengorbanan yang telah
dilakukan sepanjang pengajian mereka selama 5 tahun di
SMK Dato’ Sheikh Ahmad. bACAAN DOA

Sebelum majlis diteruskan, marilah kita bersama-sama me
mohon keberkatan daripada Ilahi.
Untuk itu, majlis mempersilakan
Encik Ahmad Khairil bin Ikhwan
untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

3|Page
Q
Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan.

Hadirin sekalian, marilah kita sama-sama menyaksikan MONTAJ


tayangan montaj aktiviti sepanjang tahun 2019.
Majlis mempersilakan.

Terima kasih atas ucapan itu tadi. KHAI

Pihak majlis seterusnya dengan segala hormatnya UCAPAN


mempersilakan Puan Hajah Maizun Bt Hj Jaafar , PENGETUA
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh
Ahmad,untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan.

(Ucapan pengetua)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan  Q
Pengetua sebentar tadi.  UCAPAN
PERASMI
Hadirin sekalian, dengan penuh takzim dan sukacitanya
Majlis mempersilakan  Yang BerHORMAT DR. MOHAMAD
RAFIE BIN AB. MALEK
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan,
Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan Dan Modal
Insan Negeri Sembilan
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis Graduasi  Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’
Sheikh Ahmad.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan perasmi)
4|Page
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada  KHAI
Yang BerHORMAT DR. MOHAMAD RAFIE BIN AB. MALEK
atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Seterusnya bagi melangsungkan majlis,
 dengan segala hormatnya dijemput Tuan Hj Muhammad
bin Mohd Noor, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah PENGISYTIHARA
Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad untuk N
pengisytiharan graduasi dan diikuti pukulan gong GRADUASI
sebanyak 3 kali. (PUKULAN
GONG)
Majlis mempersilakan.
(Pengisytiharan graduasi oleh PK1)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih. 

Dengan pengisytiharan itu tadi, maka bermulalah Majlis Q


Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh
Ahmad 2019.

Untuk menyempurnakan upacara Penyampaian Sijil-sijil


Graduasi, majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya ISTIADAT
mempersilakan  Yang BerHORMAT DR. MOHAMAD RAFIE PNYAMPAIAN
BIN AB. MALEK SIJIL
, diiringi Puan Hjh Maizun Bt Jaafar bagi menyampaikan
sijil-sijil berkenaan.

Dipersilakan.
Sidang dimulakan dengan Penyampaian Sijil murid-murid
Program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI)

**** PPKI
5 IBNU SINA
5 IBNU KHALDUN

Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada   KHAI


5|Page
Yang BerHORMAT DR. MOHAMAD RAFIE BIN AB. MALEK PERSEMBAHAN
atas kesudian menyampaikan sijil-sijil itu tadi.

Hadirin sekalian. Sidang graduasi akan berhenti rehat


seketika dengan Persembahan daripada
Kumpulan ‘ The Siblings’ daripada murid –murid 5 AK

Terima kasih atas persembahan itu tadi. Persembahan


tadi adalah di bawah bimbingan Q
PUAN ZANARIAH BT OSMAN, PN NORDIANA, cik AFINA PENYAMPAIAN
DAN CIK ARNIE. SIJIL

Majlis diteruskan dengan upacara Penyampaian Sijil-sijil


Graduasi pelajar tingkatan 5.
Majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya
mempersilakan Yang BerHORMAT DR. MOHAMAD RAFIE
BIN AB. MALEK, diiringi Puan Hjh Maizun Bt Hj Jaafar bagi
menyampaikan sijil-sijil berkenaan.

Sidang diteruskan dengan Penyampaian sijil Kelas Al


Khawarizmi.
******

** 5 AL KHAWARIZMI
5 AL FARABI ISTIADAT
5 AL BIRUNI DISAMBUNG

Seterusnya, penyampaian anugerah kepada murid-murid KHAI


cemerlang 2019.

6|Page
PENYAMPAIAN
ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID PPKI SIJIL DAN
ANUGERAH

ANUGERAH
KECEMERLANGA
N MURID PPKI

ANUGERAH GEMILANG AKADEMIK


ANUGERAH SAHSIAH DAN KEPIMPINAN

ANUGERAH KIJANG EMAS

ANUGERAH KHAS PENGETUA KATEGORI PEREMPUAN

ANUGERAH KHAS PENGETUA KATEGORI LELAKI

Hadirin sekalian, sebagai tandamata atas kesudian Yang Q


BerHORMAT DR. MOHAMAD RAFIE BIN AB. MALEK, hadir (penyampaian
ke majlis graduasi pada hari ini, pihak majlis sekali cemdera mata)
lagi menjemput Puan HJH Maizun Bt Jaafar , Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh
Ahmad untuk menyampaikan cenderamata kenangan.

Dipersilakan .

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Yang BerHORMAT DR. MOHAMAD RAFIE BIN AB. MALEK, (upacara tamat
 dan Puan HJH MAIZUN BT JAAFAR . graduasi)

Hadirin sekalian, 
Majlis diteruskan dengan menjemput Tuan HJ
Muhammad bin Mohd Noor, Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad
untuk pengisytiharan tamat graduasi dan diikuti pukulan
gong sebanyak 3 kali.

7|Page
Hadirin sekalian, PERARAKAN
dengan pengisytiharaan itu tadi, maka berakhirlah sudah KELUAR
Majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’
Sheikh Ahmad.

Majlis seterusnya mempersilakan perarakan keluar


tetamu kehormat 
dengan didahului 
Pembawa Cokmar dan bunga pahar
serta diiringi oleh barisan pentadbir Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad.

Kami seluruh warga SMK Dato’ Sheikh Ahmad ingin


mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu
kehormat, dif-dif jemputan, ahli Persatuan ibu bapa dan
guru, Koperasi SMK Dato’ Sheikh Ahmad,guru-guru, ibu
bapa dan semua yang terlibat bagi menjayakan dan
memberi sumbangan dalam majlis yang bersejarah ini.

Sekian. Wabillahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum W
.B.T.

Seterusnya, Majlis bergambar akan diteruskan bersama


perasmi. Dipersilakan.
1. Kelas PPKI
2. Kelas IBNU SINA
3. KELAS IBNU KHALDUN
4. KELAS AL KHAWARIZMI
5. KELAS AL FARABI
6. KELAS AL BIRUNI

8|Page

You might also like