You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI KUALITI TAHUN 2022

PERKARA UCAPAN

PENGUMUMAN
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
PERTAMA
Mohon perhatian, saya minta jasa baik murid-murid untuk senyap dan
(Beri
bersedia kerana majlis kita akan bermula sebentar sahaja lagi. Terima
peringatan
kasih
kepada hadirin)

Mengalu-alukan ketibaan
PENGUMUMAN
KETIBAAN VIP, Yang Dihormati, En Mohd Fadil bin Ninggal, Pengurus Cawangan Bank
DIF-DIF Rakyat, Jasin dan dif-dif kehormat serta tetamu jemputan ke
KEHORMAT
DAN TETAMU perkarangan majlis.
JEMPUTAN. Hadirin dipersilakan duduk.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Salam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Salam Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia
Salam SMKSR Hebat, Jenama Kerajaan Nombor 1

Yang Dihormati, En Mohd Fadil bin Ninggal, Pengurus Cawangan Bank


Rakyat, Jasin
SALUTASI
Yang Berusaha, En Muhammad Safuan Chai bin Abdullah, Pengetua
SMK Sungai Rambai.
Yang Dihormati, Puan Hajah Siti Zakiah binti Ramtan, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran.
Puan Hajah Siti Maslahah binti Omar, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum
Barisan guru kanan mata pelajaran,
Guru-guru yang dikasihi, dan
Murid-murid SMKSR yang dirahmati Allah sekalian
Hadirin yang dimuliakan,
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnia-Nya kita
dapat bersua dalam Hari Kualiti SMK Sungai Rambai Tahun 2022. Hari Kualiti
UCAPAN ALU- merupakan pemangkin dalam usaha merealisasikan segala hasrat dan
ALUAN harapan yang terkandung dalam visi dan misi sekolah. Hari Kualiti juga
PENGACARA
MAJLIS merupakan suntikan semangat dan pengiktirafan yang bakal diberikan
kepada murid-murid, guru-guru, dan AKP secara tidak langsung akan
menyemai motivasi intrinsik dalam mereka ke arah yang lebih cemerlang dan
progresif.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis menjemput Ustaz Azmi
bin Md Yusof untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

BACAAN DOA
Aamiin Aamiin Aamiin YRA.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Azmi bin Md Yusof atas bacaan
doa sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat


Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha, En Muhammad
Safuan Chai bin Abdullah, Pengetua SMK Sungai Rambai untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya,
UCAPAN TUAN
dipersilakan.
PENGETUA

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, En Muhammad


Safuan Chai bin Abdullah, Pengetua SMK Sungai Rambai atas ucapan
beliau sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Dihormati, En Mohd


Fadil bin Ninggal, Pengurus Cawangan Bank Rakyat, Jasin untuk
UCAPAN menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Hari Kualiti SMK Sungai
PERASMI
Rambai tahun 2022. Majlis dengan takzimnya, mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati, En Mohd Fadil bin
Ninggal, Pengurus Cawangan Bank Rakyat, Jasin atas ucapan
perasmian sebentar tadi.

Hadirin sekalian, sebelum saya meneruskan penyampaian anugerah


kurikulum, marilah sama-sama kita saksikan tayangan video aktiviti
sepanjang tahun dalam bidang kurikulum.

Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kurikulum. Dijemput


Yang Dihormati, Puan Hajah Siti Zakiah binti Ramtan, Guru Penolong
ANUGERAH Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan anugerah. Dipersilakan
KURIKULUM

(RUJUK SENARAI PENERIMA ANUGERAH KURIKULUM)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati, Puan Hajah Siti


Zakiah binti Ramtan, Guru Penolong Kanan Pentadbiran kerana sudi
menyampaikan anugerah kurikulum sebentar tadi.

Hadirin, kita berehat sebentar sebelum saya meneruskan penyampaian


anugerah yang berikutnya. Marilah sama-sama kita saksikan tayangan
video aktiviti sepanjang tahun bagi hal ehwal murid.

Seterusnya, penyampaian anugerah hal ehwal murid. Dijemput Yang


Dihormati Puan Hajah Zuraidah binti Husin, Guru Kanan Mata
Pelajaran Sains dan Matematik untuk menyampaikan anugerah.
ANUGERAH
HAL EHWAL Dipersilakan
MURID

(RUJUK SENARAI PENERIMA ANUGERAH HAL EHWAL MURID)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati, ang Dihormati Puan


Hajah Zuraidah binti Husin, Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan
Matematik atas kesudian menyampaikan anugerah hal ehwal murid
sebentar tadi.
Hadirin, kita berehat sebentar sambil menyaksikan tayangan video
aktiviti kokurikulum sepanjang tahun.

Kini, penyampaian anugerah kokurikulum. Dijemput Yang Dihormati


Puan Hajah Siti Maslahah binti Omar, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum, SMK Sungai Rambai untuk menyampaikan anugerah.
Dipersilakan
ANUGERAH
KOKURIKULUM
(RUJUK SENARAI PENERIMA ANUGERAH KOKURIKULUM)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Puan Hajah Siti


Maslahah binti Omar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Sungai
Rambai kerana sudi menyampaikan anugerah kokurikulum sebentar
tadi.

Hadirin, kita berehat sebentar sebelum saya meneruskan penyampaian


anugerah yang berikutnya. Marilah sama-sama kita saksikan tayangan
video.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah pengurusan.


Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, En
Muhammad Safuan Chai bin Abdullah, Pengetua SMK Sungai Rambai
ANUGERAH untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya,
PENGURUSAN
dipersilakan.
PENGETUA

(RUJUK SENARAI PENERIMA ANUGERAH PENGURUSAN)


ANUGERAH PENGURUSAN NOMBOR 1 HINGGA 4

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, En Muhammad


Safuan Chai bin Abdullah, Pengetua SMK Sungai Rambai atas
kesudian menyampaikan anugerah pengurusan sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah pengurusan yang
berikutnya. Dengan ini, dijemput Yang Dihormati, En Mohd Fadil bin
Ninggal, Pengurus Cawangan Bank Rakyat, Jasin untuk
menyampaikan anugerah. Majlis dengan takzimnya, mempersilakan.

ANUGERAH
PENGURUSAN (RUJUK SENARAI PENERIMA ANUGERAH PENGURUSAN)
PERASMI ANUGERAH PENGURUSAN NOMBOR 5 HINGGA 8

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati, En Mohd Fadil bin


Ninggal, Pengurus Cawangan Bank Rakyat, Jasin atas kesudian
menyampaikan anugerah pengurusan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada Tuan


Perasmi kita. Dijemput Yang Dihormati, En Mohd Fadil bin Ninggal,
Pengurus Cawangan Bank Rakyat, Jasin diiringi Yang Berusaha, En
Muhammad Safuan Chai bin Abdullah, Pengetua SMK Sungai Rambai
untuk menerima cenderahati tanda kenang-kenangan daripada warga
PENYAMPAIAN
CENDERAHATI SMK Sungai Rambai.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati, En Mohd Fadil bin


Ninggal, Pengurus Cawangan Bank Rakyat, Jasin atas kesudian
menerima cenderahati.

Hadirin dan hadirat, kini kita tiba di penghujung acara. Semoga majlis
Hari Kualiti 2022 menjadi pemangkin kepada anjakan paradigma dalam
diri kita semua pada masa hadapan. Tahniah dan syabas diucapkan
MAJLIS
BERSURAI kepada penerima-penerima anugerah sebentar tadi.

Sekian, Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum

You might also like