You are on page 1of 4

MAJLIS PELANCARAN BUKU KOLEKSI AMALAN TERBAIK DAN PENYAMPAIAN

HADIAH PERTANDINGAN AMALAN TERBAIK PDPC 2022

PERKARA UCAPAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha, Tuan Hj Azhari bin Jaafar, Pengetua SMK Sungai


Rambai
Yang Dihormati, Puan Hjh Siti Zakiah binti Ramtan, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran
Puan Norini binti Hashim, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SALUTASI Puan Hajah Siti Maslahah binti Omar, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum
Puan Hajah Harlizah binti Abdullah, Guru Penolong Kanan Pendidikan
Khas
Barisan guru kanan mata pelajaran,
Guru-guru yang dikasihi, dan
Anak-anak murid SMKSR yang dirahmati Allah sekalian
Hadirin yang dimuliakan,

UCAPAN ALU- Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan
ALUAN
PENGACARA limpah dan kurnia-Nya kita dapat bersua dalam Majlis Pelancaran
MAJLIS Buku Koleksi Amalan Terbaik dan Penyampaian Hadiah Pertandingan
Amalan Terbaik PDPC Tahun 2022.
UCAPAN GPK Hadirin dan hadirat,
PENTADBIRAN &
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Dihormati, Puan
GIMIK
PERASMIAN Hjh Siti Zakiah binti Ramtan, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK
Sungai Rambai untuk menyampaikan ucapan perasmian sekaligus
melancarkan gimik perasmian. Majlis dengan takzimnya,
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati, Puan Hjh Siti Zakiah
binti Ramtan, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sungai
Rambai atas ucapan perasmian dan pelancaran gimik perasmian
sebentar tadi.

Untuk makluman semua, penebitan buku koleksi amalan terbaik telah


ditaja oleh Pn Hjh Siti Zakiah bt Ramtan.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada
penulis dan ahli jawatankuasa kajian tindakan dan inovasi.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Dihormati, Puan


Hjh Siti Zakiah binti Ramtan, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK
Sungai Rambai diiringi Puan Norini binti Hashim. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.

Dijemput sumbangan penulis


1) Puan Noor Adilah binti Othman selaku Pengarah Program dan
Penulis. Cikgu Adilah telah menghasilkan amalan baik yang
bertajuk “Meningkatkan Kemahiran Mengingat Peranti-peranti
Elektronik Kelas 2 Tun Fatimah dengan Menggunakan Inovasi

PENYAMPAIAN EAR 15”


SIJIL
PENGHARGAAN 2) Puan Khadijah bint Abdul Rahman, Penolong Pengarah Program
1) PENULIS
2) AJK dan Penulis. Cikgu Khadijah telah menghasilkan amalan baik
yang bertajuk “Meningkatkan Kemahiran Mengingat 13 Perkara
Rukun Solat Secara Tertib Menggunakan Kit Akronim R13”

3) En Sarawanan A/L Muniandy Penulis dan AJK. Cikgu Sarawanan


juga telah menghasilkan kajian yang bertajuk “Meningkatkan
Kemahiran Aspek Sastera Murid 4 Ibnu Khaldun Dengan
Menggunakan Teknik Didik Hibur Roda Riang”

Ahli Jawatankuasa
4) En Mohamad Haris Bin Sawaluddin, Setiausaha Program
5) Puan Surina Binti Mohamad, AJK
6) En Norsahiat Bin Rusli, AJK
7) Puan Fauziah Binti Hashim, AJK
PENYAMPAIAN Diminta Yang Dihormati, Puan Hjh Siti Zakiah binti Ramtan untuk
HADIAH
terus kekal berada di atas pentas bagi sesi penyampaian hadiah
kepada para pemenang.

Tempat ke-6
Pemenang menerima wang tunai RM100, medal dan sijil penyertaan.
Dijemput En Hussein bin Mainih. Tajuk amalan baik beliau ialah
‘Meningkatkan Kemahiran Pemfaktoran Persamaan Kuadratik dalam
Kalangan Murid 4 al-Farabi Menggunakan Kaedah RM Berbantukan
Kalkulator Saintifik’

Tempat ke-5
Pemenang menerima wang tunai RM100, medal dan sijil penyertaan.
Dijemput Puan Nordini binti Isa. Tajuk amalan baiknya ialah
‘Meningkatkan Kemahiran Format dan Ayat-ayat Contoh dalam
Penulisan E-mel bagi Murid Tingkatan 5 Ibnu Khayyam Menggunakan
Teknik GR 123C’

Tempat ke-4
Pemenang akan menerima wang tunai RM150, medal dan sijil
penyertaan. Dijemput Puan Surina binti Mohamad. Tajuk amalan baik
beliau ialah ‘Meningkatkan Kemahiran Melabel Struktur Sel Haiwan
dan Tumbuhan Kelas 1 Tun Seri Lanang Secara Padanan Imej dalam
Interaktive Wordwall’.

Tempat ke-3
Pemenang bakal menerima wang tunai RM200, medal dan sijil
penyertaan. Dijemput Puan Hjh Salsabila binti Tang Abdullah. Amalan
baik yang dihasilkan oleh beliau bertajuk ‘Meningkatkan Kemahiran
Menghafal Fakta Seni dalam Kalangan Murid Tingkatan 4 al-Farabi
dengan Kaedah Visual Tipografi’.
Naib Johan
Pemenang akan menerima wang tunai RM200, medal dan sijil
penyertaan. Dijemput Puan Hjh Harlizah binti Abdullah. Tajuk amalan
baik beliau ialah ‘Meningkatkan Penguasaan Mewarna Tona Warna
dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas Menggunakan Kaedah 1, 2
dan 3’

Johan
Johan akan menerima wang tunai sebanyak RM300, medal dan pakej
percutian di Botak Cute Homestay yang ditaja oleh Tuan Pengetua
dan sijil penyertaan. Dijemput En Muhamad Haris bin Sawaluddin.
Tajuk amalan baik Cikgu Haris ialah ‘Meningkatkan Penguasaan
Menjawab Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sejarah
dalam Kalangan Murid 4 al-Khawarizmi Menggunakan Formula Lagu
SMK Sungai Rambai.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati, Puan Hjh Siti Zakiah
binti Ramtan atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang Penulisan


Amalan Baik Tahun 2022.
Saya serahkan kepada pengawas bertugas.
MAJLIS TAMAT
Terima kasih

You might also like