You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PEMANTAUAN PROGRAM TRANSFORMASI

SEKOLAH (TS25)

Kata-kata aluan Bismillahirahmanirahim, assalamualaikum warohmatullahi


wabarokatuh.
Yang Berbahagia Pn Hanisah bt Mohd Ali (Pegawai SIP+
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama)
Yang Berusaha Pn Ainunhaida bt Badarzaman (Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kg Pendamar)
En. Mohd Pauzi bin Ab Rauf (Pegawai SISC+ PPD HULU
LANGAT)
Pn Fauzihana bt Deris (Pegawai SISC+ PPD KLANG
merangkap Ketua Pegawai Pengoperasian Kunjung Bantu
Projek 1 Daerah 5 Model Sekolah Plus bagi Program
Transformasi Sekolah Daerah Klang)
Pn Zalinda bt Rahmat (Pegawai SISC+ PPD KLANG),
Barisan guru-guru Penolong Kanan SK KG Pendamar,
Para pendidik SK Kg Pendamar,
Seterusnya rakan-rakan murid SK KG Pendamar yang dikasihi
sekalian.

Selamat datang…
Welcome…
Ahlan Wasahlan…

Dalam menjayakan Lawatan Kunjung Bantu Projek 1 Daerah 5


Model Sekolah Plus bagi Program Transformasi Sekolah
Daerah Klang Tahun 2022 ke sekolah kami yang tercinta
Sekolah Kebangsaan Kg Pendamar.

Tuan/Puan yang dihormati,


Terima kasih kami ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan
kerana sudi meluangkan masa untuk ke sekolah kami bagi
memberi pandangan dan bimbingan mengenai Program
Transformasi Pendidikan atau secara ringkasnya, program
TS25 yang telah sekian lama dilaksanakan oleh sekolah kami.

Sepanjang tempoh ini, sekolah kami telah berjaya menonjolkan


bakat ramai murid sekaligus menunjukkan meningkatkan lagi
Kebitaraan Sekolah.
Antara kebitaraan sekolah yang telah dicapai oleh kami
sebelum ini termasuklah dalam pertandingan Tarannum Al-
Quran, Pertandingan Kalam Jamaie, Kompang Selawat,
Kejohanan Bola Baling dan banyak lagi. Dan pada tahun ini,
sekolah kami turut telah menempa nama dalam Pertandingan
E-Kalam Arabie, E-Daie Cilik, dan Tarannum Al-Quran.

Bacaan doa Bersarang merbah di sebalik pohon,


Berapit dengan pohon jati,
Majlis dimula doa dipohon,
Semoga rahmat berkat menanti.

Bagi memberkati program kita pada hari ini, majlis dengan


segala hormatnya menjemput Muhammad Syakir bin Syahirr
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

-Amin, amin ya rabbal a’lamin. Mudah-mudahan permohonan


sekalian beroleh berkat Allah s.w.t. hendaknya.

Persembahan Bagi menyambut kesudian Tuan/Puan untuk berkunjung ke


murid 1 sekolah ini, terimalah beberapa persembahan daripada murid-
murid Sekolah Kebangsaan Kampung Pendamar, yang telah
menjulang nama samada di peringkat sekolah, daerah, negeri,
mahupun peringkat kebangsaan.

Baiklah, untuk merahmati hari yang penuh bermakna ini, kami


mulakan persembahan dengan alunan Tarannum Al-Quran
daripada Abdurrahman bin Muhd Nor dari kelas 4 Delima.
Untuk makluman Puan-puan dan tuan-tuan, Abdurrahman
merupakan Johan pertandingan Tarannum Al-Quran untuk
tahun ini. Beliau juga pernah menjadi Johan pertandingan e-
Hafazan peringkat daerah serta mendapat tempat ke-3
pertandingan e-Hafazan peringkat negeri pada tahun lepas.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
….……………………………………………………….
Terima kasih diucapkan ke atas Abdurrahman b Muhd Nor
atas alunan ayat-ayat Al-Quran yang sangat indah lagi
gemersik itu tadi.
Seterusnya, untuk persembahan yang ke 2, kami akan
persembahkan Kalam Arabie yang akan disampaikan oleh
salah seorang rakan saya yang mana kemenjadiannya sangat
menyerlah samada dalam bidang kurikulum, kokurikulum,
Persembahan mahupun sahsiah diri. Pada tahun 2020, murid ini pernah
murid 2 menjadi Naib Johan pertandingan E-Kalam Arabie peringkat
Kebangsaan. , dan mendapat Naib Johan juga untuk
pertandingan Tarannum Al-Quran peringkat daerah. Pada
tahun 2021, beliau juga telah mendapat Johan untuk peringkat
daerah dan tempat ke-4 bagi peringkat Negeri untuk
pertandingan Tarannum Al-Quran. Murid ini juga pernah
mendapat Johan untuk Pertandingan Tokoh Nilam Zon
Pelabuhan Klang dan berjaya juga mendapat tempat ke-4
untuk peringkat daerah.. Dan pada tahun ini, murid ini sempat
menyandang gelaran Naib Johan pertandingan E-Hafazan
peringkat daerah.

Dipersilakan...
Nur Fasihah bt Rohmat dari kelas 6 Berlian

Terima kasih diucapkan kepada Nur Fasihah atas keberanian


beliau menyampaikan persembahan yang cemerlang itu tadi.

Persembahan Seterusnya, untuk persembahan yang ke-3, dijemput rakan


murid 3 saya yang tak kurang hebatnya, Nur Izzah Insyirah bt. Muhd
Khairol Azwan yang pernah mendapat Naib Johan
Pertandingan Daie Cilik daerah Klang, dan mendapat tempat
ke 4 untuk pertandingan Juruhebah Cilik Bahasa Arab
peringkat negeri.
Dipersilakan Nur Izzah Insyirah dari kelas 6 Delima
Untuk menyampaikan persembahannya.
….……………………………………………………….
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Nur Izzah Insyirah
atas persembahan yang disampaikan itu tadi.
Persembahan ke Seterusnya, dijemput wakil murid-murid dari kelas 4 Berlian
4 dan 4 Intan yang sedang dilatih dan digilap bakatnya oleh
guru-guru Sekolah Kebangsaan Kg Pendamar yang
berdedikasi untuk mempersembahkan persembahan mereka.
Dipersilakan..

Syabas dan terima kasih kepada murid-murid dari kelas 4


Berlian dan 4 Intan atas persembahan yang cukup
menghiburkan itu tadi.

Jemputan ke Untuk persembahan yang seterusnya, dipersilakan tuan-tuan


sudut HIP dan puan-puan untuk ke sudut HIP dibahagian belakang
dewan.

Di ruangan HIP ini juga, pihak sekolah telah menyediakan


sudut Open Mic dimana murid-murid diberi galakan untuk
membuat persembahan, berkongsi ilmu atau menyuarakan
pendapat secara terbuka pada bila-bila masa yang sesuai.

Sebelum ini, pentas Open Mic ini telah diwujudkan di kantin


sekolah yang mana murid boleh mempersembahkan bakat
masing-masing setiap hari sewaktu rehat.
Namun, oleh kerana pertambahan bilangan murid dan ruang
kantin yang terhad, pentas Open Mic ini terpaksa dipindahkan
ke sudut HIP ini.
Pentas Open Mic ini dibina supaya murid dapat membina
keyakinan diri untuk bersuara dikhalayak ramai sekaligus
meningkatkan lagi potensi kemenjadian murid-murid Sekolah
Kebangsaan Kampung Pendamar.

Dijemput tuan-tuan dan puan-puan untuk ke sudut HIP.

You might also like