You are on page 1of 10

TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH SK TELOK GONG

SABTU, 12 NOVEMBER 2017

queue teks catatan


Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-


tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta
mengambil tempat di dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan


puan-puan diingatkan supaya mematikan telefon
bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.

Sepanjang persembahan anak-anak prasekolah


nanti, diminta tuan dan puan tidak menghampiri
kawasan hadapan pentas untuk mengambil gambar.
Kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan amat
kami hargai

Mengumumkan Mengumumkan ketibaan Encik Badli B Salleh,


ketibaan mewakili Dato Salleh b Hj. Jahaya,YDP PIBG SK
Telok Gong diiringi para tetamu jemputan.

Nyanyian Lagu Diminta semua bersedia untuk nyanyian lagu


Negaraku Negaraku
**
Terima kasih untuk nyanyian itu tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.

 Persembahan Tarian I Am Me

Ucapan aluan Assalamualaikum salam sejahtera


Pembuka kata lidah bicara
Izinkan kami mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

Yang dihormati,
Encik Badli b Salleh,
Mewakili Dato Salleh b Hj. Jahaya
YDP PiBg SK Telok Gong

Yang berusaha,
Puan Norliza bt Idris
Guru PK Pentadbiran SK Telok Gong

Yang dihormati,
Puan Saadiah bt Harun
Guru PK Hal Ehwal Murid SK Telok Gong

Yang dihormati
Tn. Hj Mohd Isa b Saidi
Guru PK Kokurikulum SK Telok Gong
Yang dihormati,
Tn. Hj Mohd Ashar bin Sarbini
Guru PK Petang SK Telok Gong

Yang dikasihi, barisan Jawatankuasa PIBG SK


Telok Gong, Ahli Jawatankuasa Majlis Graduasi
Prasekolah 2017, Ahli Jawatankuasa Pemuafakatan
Ibu bapa dan penjaga,guru-guru, ibu bapa dan
anak-anak prasekolah sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Limpahan
syukur ke hadrat Ilahi, dengan rahmat dan
kurnianya maka dapatlah kita bersama-sama
berkumpul di Dewan auditorium ini bagi meraikan
anak-anak kita dalam majlis yang gilang gemilang
ini.

Kompang bergema pusaka bangsa


Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Hadirin budiman, majlis hari ini diadakan untuk


meraikan anak-anak kita sempena tamatnya sesi
persekolahan tahun 2017. Selepas ini, anak- anak
akan melangkah ke alam baru. Semoga majlis ini
dapat menaikkan semangat mereka untuk terus
menunjukkan kecemerlangan dalam bidang
akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Bacaan doa Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Hadirin yang dihormati, sebagai memulakan majlis,


majlis dengan segala hormatnya menjemput

Encik Zulazmi Bin Ahmad Suhaimi

Untuk bacaan doa.

**
Amin amin ya rabbal alamin. Majlis merakamkan
ucapan Terima kasih kepada Encik Zulazmi bin
Ahmad Suhaimi Untuk bacaan doa itu tadi. Semoga
majlis pada pagi ini dilimpahi barakah dan rahmat
ilahi.
Ucapan
Hadirin yang dihormati,

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala


hormatnya menjemput yang dihormati
Puan Norliza bt Idris, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, SK Telok Gong untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

**
Terima kasih kepada Puan Norliza bt Idris atas
ucapan itu tadi.

Ucapan
perasmian Pergi ke kota beli selasih
Sayang si dara senyum tertawa
Kata azimat simpulan kasih
Sulamkan mesra satukan jiwa

Untuk tidak melengahkan masa, marilah kita sama-


sama mendengar ucapan perasmian majlis graduasi
pra sekolah SKTelok Gong bagi sesi 2017 daripada

Encik Badli bin Salleh


mewakili
Dato Salleh b Hj.Jahaya
YDP PIBG SK Telok Gong

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**
Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah
majlis kita pada pagi ini. Majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian

Encik Badli bin Salleh

Menyampaian ucapan sekaligus merasmikan majlis


kita pada pagi ini.

Persembahan Hadirin yang dihormati sekalian,


Kelas Mutiara
Hati Dari Kedah ke Kuala Perlis
Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan kedua memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.
Majlis kini diteruskan dengan persembahan
Daripada Kelas Mutiara Hati dengan nyanyian lagu
“I Have a Dream”. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan

**
Terima kasih kepada anak-anak Kelas Mutiara Hati
dengan persembahan istimewa mereka.
Semogaapayang dicitakan seperti lagu itu
terlaksana.

Penyampaian Masa yang ditunggu kini telah tiba. Majlis kini


Sijil & diteruskan dengan penyampaian sijil graduasi pra
Anugerah Kelas sekolah bagi sesi2017.
Mutiara Impian
Dimulakan dengan penyampaian sijil kepada Anak-
anak Kelas Mutiara Impian.

Dijemput

Diiringi

ke pentas untuk menyampaikan sijil graduasi.


Dimulakan dengan adik
1)
2)

Seterusnya, Anugerah khas turut diberikan kepada


anak-anak yang menunjukkan pencapaian terbaik di
kelas masing-masing. bagi Anugerah Prasekolah
Mutiara Impian, majlis menganugerahkannya
kepada

1)
2)

Bagi anugerah kehadiran penuh sepanjang sesi


persekolahan 2017, dijemput adik Nur Aliya
Syafiqa bt Syahir untuk menerima anugerah.

**
Terima kasih kepada

atas kesudiaan untuk menyampaikan sijil dan


anugerah kepada anak-anak dari Kelas Mutiara
Impian

Persembahan Majlis kini diteruskan dengan persembahan Murid


Kelas Mutiara dari Kelas Mutiara Sayang dengan nyanyian mereka
Sayang “Ummiku Sayang” Majlis mempersilakan.

**
Anak-anak telok gong sememangnya hebatdan
berbakat.

Penyampaian Hadirin sekalian,


Sijil dan majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil
Anugerah Kelas graduasi kepada Anak-anak Kelas Mutiara Harapan.
Mutiara
Harapan Dijemput

Diiringi
ke pentas untuk menyampaikan sijil graduasi.
Dimulakan dengan adik
1)
2)

Seterusnya bagi Anugerah khas bagi anak-anak


yang menunjukkan prestasi cemerlang di dalam
kelas Mutiara Harapan. Anugerah diberikan kepada

1)
2)

**
Terima kasih kepada

atas kesudiaan untuk menyampaikan sijil dan


anugerah kepada anak-anak dari Kelas Mutiara
Harapan.

Persembahan Hadirin yang dimuliakan,


Kelas Mutiara Majlis kini ditangguhkan untuk menyaksikan dengan
Kasih terpendam anak anak daripada kelas Mutiara Kasih
dengan nasyid mereka bertajuk ‘Solat’

**
Alhamdulillah. Sambil berhibur, kita berdakwah.
Terima kasih kepada anak-anak dari kelas Mutiara
Kasih.

Penyampaian Hadirin sekalian,


Sijil dan
Anugerah Kelas majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil
Mutiara Hati graduasi kepada Anak-anak Kelas Mutiara Hati.

Dijemput

Diiringi

ke pentas untuk menyampaikan sijil graduasi.


Dimulakan dengan adik
1)
2)

Seterusnya bagi Anugerah khas bagi anak-anak


yang menunjukkan prestasi cemerlang di dalam
kelas Mutiara Hati. Anugerah diberikan kepada

1)
2)

**
Terima kasih kepada

atas kesudiaan untuk menyampaikan sijil dan


anugerah kepada anak-anak dari Kelas Mutiara
Hati.

Persembahan Bagi memeriahkan lagi majlis, kini majlis


Kelas Mutiara menjemput anak-anak dari Kelas Mutiara Harapan
Harapan untuk menghiburkan kita dengan tarian Nakal nakal
mereka. Dipersilakan.

**
Comel dan Nakal sekali tarian daripada anak-anak
berbakat ini. Terima kasih kepada anak anak dari
kelas Mutiara harapan

Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil


Sijil dan graduasi kepada Anak-anak Kelas Mutiara Sayang.
Anugerah Kelas
Mutiara Sayang Dijemput

Diiringi

ke pentas untuk menyampaikan sijil graduasi.


Dimulakan dengan adik
1)
2)

Seterusnya bagi Anugerah khas bagi anak-anak


yang menunjukkan prestasi cemerlang di dalam
kelas Mutiara Sayang. Anugerah diberikan kepada

1)
2)

Seterusnya,bagi Anugerah Kedatangan Penuh


sepanjang persekolahan sesi 2017, anugerah
diberikan kepada Nur Aqilah Maisarah binti
Salehan.

**
Terima kasih kepada

atas kesudiaan untuk menyampaikan sijil dan


anugerah kepada anak-anak dari Kelas Mutiara
Sayang.

Persembahan Hadirin sekalian,


Kelas Mutiara
Impian Majlis kini diteruskan lagi dengan persembahan
tarian Eh..Ah..Eh..Ah dari kelas Mutiara Impian.

**

Terhibur sekali kami di sini menyaksikan kelincahan


persembahan mereka. Terima kasih kepada anak-
anak kelas Mutiara Impian.

Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil


Sijil dan graduasi kepada Anak-anak Kelas Mutiara Kasih.
Anugerah Kelas
Mutiara Kasih Dijemput

Diiringi

ke pentas untuk menyampaikan sijil graduasi.


Dimulakan dengan adik
1)
2)

Seterusnya bagi Anugerah khas bagi anak-anak


yang menunjukkan prestasi cemerlang di dalam
kelas Mutiara Kasih. Anugerah diberikan kepada

1)
2)

**
Terima kasih kepada

atas kesudiaan untuk menyampaikan sijil dan


anugerah kepada anak-anak dari Kelas Mutiara
Kasih.

Anugerah Hadirin yang dimuliakan,


Tokoh
Kokorikulum Seterusnya, kini tiba masanya untuk anugerah
Terbaik kokurikulum terbaik prasekolah SK Telok Gong
Prasekolah bagi sesi 2017.

Dijemput
Diiringi

Untuk menyampaikan anugerah kepada tokoh


kokurikulum tersebut.

Untuk makluman hadirin sekalian,


Anak-anak ini telah mewakili prasekolah SK Telok
Gong dan mewakili PPD Klang dalam beberapa
acara.

1) Bagi pertandingan Menyusun ayat, pasukan ini


telah pun memenangi tempat pertama mewakili
PPD Klang. Dijemput adik
a)
b)

2) Bagi pertandingan membina perkataan, pasukan


ini telah memenangi saguhati. dijemput adik
a)
b)

3) Seterusnya, saguhati bagi pertandingan smart


speller, dijemput adik
a) Muhammad Firas Reefqal b Mohammad
‘Afifi

4) Seterusnya, saguhati bagi pertandingan


nyanyian ialah adik
a) Nor Maslina bt Mohamad Hairizal

5) Hadirin sekalian,
Dalam pertandingan mini futsal peringkat
daerah pula, pasukan futsal SK Telok Gong
telah pun memenangi saguhati. Dijemput ahli
pasukan untuk menerima anugerah.
a)
b)

6) Bagi pertandingan bolajaring peringkat


daerah, pasukan bola jarring SK Telok
Gong telah memenangi saguhati. Dijemput
ahli pasukan untuk menerima anugerah.
a)

Itulah sahaja anugerah kokurikulum prasekolah SK


Telok Gong 2017.Terima kasih kepada

Atas penyampaian anugerah itu tadi.


Cenderamata Hadirin yang dihormati sekalian,
AJK Sebagai tanda kenangan sempena majlis graduasi
prasekolah tahun 2017, pihak majlis ingin
menyampaikan sedikit penghargaan dan
cenderamata.

Dijemput

Untuk menyampaikan cenderamata.

Dijemput barisan pentadbir SK Telok Gong untuk


menerima cenderamata.
1)
2)

Dijemput pula ahli jawatankuasa kerja graduasi


prasekolah SK telok Gong Tahun 2017.
1)
2)

Dijemput pula AJK pemuafakatan ibubapa/penjaga


prasekolah SK Telok Gong tahun 2017.
1)
2)

Cenderamata Hadirin sekalian,


Perasmi Kini dijemput pula

diiringi

Untuk menyampaikan cenderamata kenangan tanda


terima kasih kepada

Kerana telah menyempurnakan perasmian majlis


graduasi prasekolah SK Telok Gong bagi tahun
2017.

***
Terima kasih kepada

Atas penyampaian cenderamata itu tadi.

Persembahan Hadirin yang dihormati sekalian, kita semakin


semua murid menghampiri penghujung majlis.kini masa yang
dinantikan telah pun tiba. Persembahan kemuncak
nyanyian lagu Terima Kasih Cikgu dan Gemuruh
daripada semua anak-anak pra sekolah SK Telok
Gong teristimewa untuk tatapan hadirin sekalian.
Dengan segala hormat dipersilakan.
**
Terima kasih atas persembahan yang bersemangat
dan menghiburkan itu tadi.

Penutup Hadirin sekalian,

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Tibalah


kini ke penghujung acara. Setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
semua tetamu jemputan, ahli jawatankuasa PIBG,
ahli jawatankuasa majlis graduasi, ibu bapa dan
mereka yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung bagi menjayakan majlis ini.

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Semoga majlis ini dapat menjalin hubungan yang


baik antara pihak sekolah, ibu bapa, dan penjaga.
Majlis juga berharap agar anak-anak ini akan terus
maju dalam semua aspek sama ada Pendidikan,
kokurikulum mahupun sahsiah. Dengan penuh
takzim Kami memohon maaf sekiranya ada salah
dan silap sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Wabillahitaufik, walhidayah, assalamualaikum wbt.

You might also like