You are on page 1of 6

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI

SARAWAK 2018
AUDITORIUM INTAN
12 OKTOBER 2018

Pengumuman kepada semua penerima dan tetamu


1. Telefon Bimbit Mode senyap/getaran
2. Teruskan berdiri apabila tetamu tiba untuk nyanyian Lagu
Negaraku, Ibu Pertiwiku
3. Umumkan aturcara majlis
4. Umumkan Susunan Penerima, tangga untuk naik dan turun.

1. Cue Apabila VIP tiba di pintu masuk…


Ann Ketibaan Yang Berusaha Tuan Mosstaffa Bin Haji Sidik,
Ketua Sektor Psikologi Dan Kaunseling mewakili
Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak
2. Cue Nyanyian Lagu Kebesaran
Ann Lagu `Negaraku’ dan ‘Ibu Pertiwiku’.
3. Cue Selesai sahaja lagu Negaraku..
Ann Terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk.
4. Cue Kata Alu-aluan Pengerusi
Ann Salam sejahtera
Salam Negaraku
Dan Salam Ibu Pertiwiku

SALUTASI (RUJUK KEPADA SENARAI)


Selamat datang ke majlis

ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2018

5 Cue Bacaan Doa


Ann Untuk memberkati majlis pada hari ini, majlis menjemput Encik
Nassarudin Bin Ali Sepian untuk mengetuai bacaan doa. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
6 Cue Selesai Bacaan Doa
Ann Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
7 Cue Tarian Pembukaan
Ann Sekolah Kebangsaan Encik Buyong Kuching

1
8 Cue Selesai Persembahan Pembukaan
Ann Terima kasih atas persembahan pembukaan oleh Sekolah
Kebangsaan Encik Buyong sebentar tadi. Sebagai makluman,
kumpulan tersebut adalah di bawah bimbingan Cikgu Masniah Bt
Bojeng.
9. Cue Apabila KPP sudah bersedia..
Ann Kain sulam indah berlipat
Diletak suri di atas peti
Ucapan aluan penuh hormat
Sebagai penyeri majlis ini.

Majlis mempersilakan Yang Berusaha, Encik Thomas Kanyan


Anak Siam Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri Sarawak untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Dengan penuh hormat dipersilakan.
10. Cue Selesai ucapan KPP dan telah duduk dengan selesa
Ann Terima kasih diucapkan kepada Pengarah Pendidikan atas ucapan
itu tadi.
11. Cue Apabila VIP sudah bersedia…
Ann Seri Sarawak namanya lagu
Dendangan buat penghibur hati
Amanat tuan ditunggu-tunggu
Sebagai azimat bekalan abadi.

Hadirin-hadirat yang dihormati.


Kini majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan
Yang Berusaha Tuan Haji Musstaffa Bin Sidik, wakil Timbalan
Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak untuk menyampaikan
ucapan perasmian ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI
SARAWAK 2018
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
12. Cue Selesai sahaja Ucapan

2
13. Ann Terima kasih diucapkan dan mohon Tuan untuk terus kekal di
pentas bagi acara seterusnya.

Gimik Pelancaran

Majlis mempersilakan Yang Berusaha Ketua Penolong Pengarah


Bahagian Teknologi Pendidikan Sarawak dan Yang Berusaha
Wakil Pengarah Yayasan Sarawak untuk naik ke pentas
mengiringi Yang Berusaha Wakil Timbalan Pengarah bagi
menyempurnakan Pelancaran Anugerah NILAM Peringkat
Negeri Sarawak 2018.

Demikian tadi sempurna upacara pelancaran dan majlis


mempersilakan Yang Berusaha wakil Timbalan Pengarah
pendidikan Sarawak untuk kembali ke tempat duduk.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Cenderamata dan Sijil


Penyertaan. Untuk itu majlis mempersilakan Yang Berusaha Ketua
Penolong Pengarah BTPN Sarawak untuk mengiringi Yang
Berusaha Dr Eliza Fazliaton Binti Alias, Wakil Pengarah Yayasan
Sarawak untuk menyempurnakan penyampaian.

(Rujuk Senarai)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Wakil
Pengarah Yayasan Sarawak dan dimohon juga untuk terus kekal di
pentas bagi acara yang seterusnya.

Penyampaian Hadiah.
Seterusnya, pengumuman dan penyampaian Anugerah Nilam
Peringkat Negeri Sarawak 2018. Majlis sekali lagi menjem[ut dan
mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Musstaffa Bin Sidik,

3
Wakil Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak untuk
menyempurnakan ucpacara penyampaian Anugerah dengan
diiringi oleh para tetamu kehormat. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
14. Cue Apabila VIP sudah bersedia di hadapan pentas…
Ann Hadirin yang dihormati, Penerima Anugerah NILAM peringkat
negeri Sarawak tahun ini masing-masing akan menerima Sijil
penyertaan, dan sebuah trofi.

Penyampaian Anugerah Nilam Peringkat Negeri Sarawak


dimulakan dengan Kategori Sekolah Rendah Bahasa Melayu.

(Mengikut Senarai dari BTPNS)


5
4
3
2
1

Sekolah Rendah Bahasa Inggeris


Sekolah Menengah Bahasa Melayu
Sekolah Menengah Bahasa Inggeris

Penyampaian Cenderamata
Hadirin yang dihormati,
Sebagai tanda apresiasi, majlis mempersilakan Yang Berusaha
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Sarawak untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang
Berusaha Wakil Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak.

Sesi Fotografi bersama para penerima Anugerah

4
Majlis mempersilakan kesemua penerima anugerah untuk sesi
fotografi bersama para tetamu kehormat. Dipersilakan.
15. Cue Selesai Penyampaian Anugerah dan Sijil
Ann Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha
Wakil Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak dan para tetamu
kehormat atas kesudian menyempurnakan upacara
penyampaian anugerah sebentar tadi.

Yang Berusaha Timbalan Pengarah dan para tetamu kehormat


dipersilakan untuk kembali ke tempat duduk.

Fotografi semua
Seterusnya Majlis mempersilakan para tetamu Kehormat untuk sesi
Fotografi bersama-sama semua peserta para tetamu. Dipersilakan.
16. Cue Penutup
Ann Majlis ini telah sampai ke penghujungnya. Mewakili seluruh warga
jawatankuasa, dengan sukacitanya sekali lagi mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Berusaha Tuan Haji Musstaffa Bin Sidik, wakil Timbalan
Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, para tetamu Kehormat
dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan majlis kali ini. Tahniah sekali lagi diucapkan
kepada para penerima Anugerah Nilam Peringkat Negeri Sarawak
2018 dan selamat Berjaya di Anugerah NILAM peringkat
kebangsaan tahun 2019 nanti.

Sekian, Wabillahitaufik Assalamualaikum WBT.

Terima Kasih, dan jumpa lagi.

SESI JAMUAN
Yang Berusaha wakil Timbalan Pengarah pendidikan Sarwak

5
para tetamu kehormat serta tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan
untuk ke sesi jamuan.

You might also like