You are on page 1of 4

Pembelajaran Abad ke-21 dan Tool Kits

PENYEDIAAN 'TOOL KITS'


Apakah itu 'tool kits'?
'Tool kits' ialah kit alat tulis seperti pen marker, 'tack-it', gunting, gam,
'stick-notes', pembaris dan tag nama ahli kumpulan yang dimasukkan
ke dalam sebuah beg kecil.

Apakah kepentingan 'tool kits' dalam


PdPc?
Pembelajaran koperatif mudah dijalankan apabila setiap kumpulan
dibekalkan dengan 'tool kits'. Selepas mendengar arahan guru, murid-
murid akan memulakan aktiviti kumpulan dengan menggunakan 'tool
kits'. Contohnya, murid menulis idea pada peta buih di atas kertas mah-
jong menggunakan alat tulis yang terdapat dalam 'tool kits'.

'Tool kits'
Beg 'Tool Kits'

'Tool kits' dan anggaran perbelanjaan


Pembelajaran koperatif paling sesuai dijalankan antara 5 hingga 6
orang ahli dalam satu kumpulan. Sekiranya dalam sebuah kelas
mempunyai 40 orang murid maka guru boleh mengagihkan murid
kepada 8 kumpulan.

Di dalam 'tool kits' tersebut boleh dimasukkan:


 Pen marker biru jenis ARTLINE/PILOT
 Pen marker hitam jenis ARTLINE/PILOT
 Pen marker merah jenis ARTLINE/PILOT
 'Tack-It'
 Gam
 Gunting
 Pembaris panjang
 'Stick notes'
 Flat lanyard (tali)
 Tag nama
 Kad / Bendera Traffic Lights (1 set - hijau,kuning dan merah)
**ARTLINE/PILOT boleh refill
Apakah peranan setiap ahli kumpulan
dalam Pembelajaran Koperatif?
Di dalam setiap beg mempunyai 6 tag nama yang mempunyai peranan
setiap ahli kumpulan iaitu:
 Pengurus Pasukan - menguruskan aktivti kumpulan
 Pencatat - menulis / melukis sesuatu idea yang dibincangkan di
dalam aktiviti kumpulan pada kertas mah-jong atau kertas A4/A3
 Pengurus masa - memastikan ahli kumpulan menyiapkan
tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh guru.
 Pengurus senyap - memastikan aktiviti kumpulan berjalan dalam
keadaan tidak bising [6 inches voices].
 Pengurus bahan - mengambil 'tool kits' daripada guru dan
memastikan semua alat tulis ada di dalam beg sebelum memulangkan
kepada guru.
 Pembentang - membentangkan hasil perbincangan kepada ahli
kumpulan yang lain.

**setiap peranan di atas ☝ perlu rotation antara murid


setiap kali aktiviti kumpulan diadakan.

Tag nama
Video menunjukkan 'tool kits' diedarkan kepada Pengurus Bahan oleh guru

You might also like