You are on page 1of 8

Gallery Walk Sebagai Strategi Pengajaran

Cikgu HailmiAhad, Januari 10, 2016


Gallery Walk merupakan antara satu strategi pengajaran yang sangat sesuai untuk dipraktikkan
bagi pembelajaran abad ke 21. Perbincangan secara berkumpulan, dan juga student- centred ini
membolehkan pelajar untuk terhubung secara aktif semasa sesi pdp. Berkolaborasi dalam
kumpulan kecil untuk berkongsi idea dan juga berkomunikasi melalui soalan, dokumen, gambar,
situasi dan juga teks.

Saya kongsikan sedikit pengalaman saya menggunakan strategi Gallery Walk ini sebagai strategi
pengajaran dengan pelajar saya. Subjek Sains dan tajuknya adalah 'Ciri-ciri Mikroorganisma'.
Masa pdp adalah 2 waktu, dengan lebih kurang masa 80 minit.

Bahagi Kumpulan
Langkah pertama adalah dengan membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Dalam
pengajaran ini, saya menggunakan tajuk 'Ciri-ciri Mikroorganisma' dengan membahagikan
pelajar kepada 5 kumpulan.
Tugasan Kumpulan
Setiap kumpulan diberikan tugas dengan tajuk yang berbeza. Untuk tajuk ini, pembahagian tajuk
adalah seperti berikut:

Kumpulan 1 : Ciri-ciri Virus


Kumpulan 2 : Ciri-ciri Bakteria
Kumpulan 3 : Ciri-ciri Protozoa
Kumpulan 4 : Ciri-ciri Alga
Kumpulan 5 : Ciri-ciri Fungi

Pelajar Sedia Bahan


Lebih kurang 20 minit masa diperuntukkan kepada pelajar untuk menyediakan bahan
pembentangan mereka. Saya mengarahkan pelajar supaya membahagikan tugasan dengan baik
supaya menjimatkan masa. Mereka juga dibekalkan dengan marker, kertas mahjong, pensil
warna, krayon dan beberapa lagi bahan bantu jika nak digunakan.
Sesi Pembentangan
Selesai menyediakan bahan pembentangan, pelajar diberi masa untuk menampal kertas mahjong
mereka di sudut yang ditetapkan dalam kelas. Setiap kumpulan melakukan persediaan akhir
dengan memilih seorang daripada kalangan mereka untuk menjadi pembentang di sudut
tersebut.
Mula!
Maka bermulalah sesi pembentangan di sudut masing-masing. Kumpulan tadi akan bergerak ke
sudut lain mengikut pusingan jam. Pembentang yang dipilih tadi akan kekal menunggu di sudut
mereka dengan kumpulan baru. Pembentang akan menceritakan segala info yang berkaitan
dengan tajuk yang diberi.
Jika ada soalan daripada tetamu, mereka akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan jawapan
yang terbaik. Setiap kumpulan hanya diperuntukkan masa lebih kurang 5 - 7 minit bagi setiap
sudut.
Saya juga memberi kebebasan kepada pelajar untuk membawa buku teks, buku nota dan bahan-
bahan lain. Jika mereka berjaya mengesan sebarang kesilapan atau tambahan yang boleh
dilakukan pada persembahan kawan mereka, mereka dibenarkan untuk menulis menggunakan
marker. Tetapi dengan syarat, menulis nama siapa yang membetulkan info tersebut.

Penutup
Selesai semua bergerak ke setiap sudut, maka tiba giliran ketua-ketua kumpulan tersebut pula
untuk bergerak ke sudut yang lain. Giliran mereka pula untuk mendengar rakan mereka
membentangkan kepada mereka.

Pelajar lain pula mengemaskini nota mereka dan melakukan semakan semula apa yang telah
dinyatakan oleh rakan-rakan mereka tadi.

Fungsi Guru Sepanjang Gallery Walk


1) Guru berfungsi sebagai perancang kepada pelaksanaan aktiviti dengan memilih topik yang
sesuai, pembahagian kumpulan dan juga menyediakan bahan yang mungkin digunakan oleh
pelajar

2) Guru berfungsi sebagai fasilitator sepanjang aktiviti berlangsung dengan memberi bimbingan
kepada pelajar dari setiap kumpulan mengenai apa yang perlu diceritakan dalam pembentangan
mereka kelak.

3) Guru berfungsi sebagai pemerhati dan pemantau bagi memastikan setiap pelajar aktif dan
belajar sepanjang tempoh pembentangan setiap kumpulan.

Pemerhatian Saya
Saya mendapati pelajar saya sangat bersemangat untuk berkolaborasi sesama mereka semasa
menjalankan aktiviti ini. Mereka juga bekerjasama dengan baik, dan teratur bagi memastikan
tugasan dapat dilaksanakan dengan sesempurna mungkin pada masa yang ditetapkan.
Mereka juga nampak lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka dan berusaha
dengan lebih bersungguh-sungguh ketika mencari maklumat. Paling penting mereka sangat aktif
semasa pembelajaran ini.
Semasa sesi pembentangan pun mereka nampak lebih santai dan selesa membentangkan tajuk
kepada rakan-rakan mereka berbanding pembentangan di depan guru. Ini adalah sesuatu yang
baik dalam menaikkan keyakinan diri pelajar untuk aktiviti pembentangan seperti ini.

You might also like