You are on page 1of 14

PERANCANGAN PELAKSANAAN

AKTIVITI-AKTIVITI PENDIDIKAN MORAL


MUHAMMAD SHAHROL
FATIHAH NABILAH
SITI NUR FATIMAH
AKTIVITI

2.1 Aktiviti Gallery Walk

• Gallery Walk merupakan antara satu strategi pengajaran


yang sangat sesuai untuk dipraktikkan bagi
pembelajaran abad ke 21. Perbincangan secara
berkumpulan, dan juga student- centred ini
membolehkan pelajar untuk terhubung secara aktif
semasa sesi pdp. Berkolaborasi dalam kumpulan kecil
untuk berkongsi idea dan juga berkomunikasi melalui
soalan, dokumen, gambar, situasi dan juga teks.
• Tahun : 2
• Tema : Bersederhana Amalan Keluarga

1. Langkah pertama adalah dengan membahagikan pelajar


kepada beberapa kumpulan. Dalam pengajaran ini,
saya menggunakan tajuk ' Bersederhana Amalan
Keluarga ' dengan membahagikan pelajar kepada 5
kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan tugas dengan tajuk yang
berbeza. Untuk tajuk ini, pembahagian tajuk
adalah seperti berikut:

Kumpulan 1 : Sikap- sikap bersederhana dalam keluarga


Kumpulan 2 : Peranan- peranan ahli keluarga dalam
berbelanja
Kumpulan 3 : Kebaikan sikap bersederhana dalam keluarga
Kumpulan 4 : Keburukan sikap boros dalam keluarga
Kumpulan 5 : Langkah- langkah bersederhana dalam
keluarga
3. 20 minit diberikan kepada murid- murid untuk
menyediakan bahan pembentangan mengikut
kumpulan yang diberikan. Murid dibenarkan murujuk buku
teks. Murid juga dibekalkan krayon dan pansel warna.

4. Selesai menyediakan bahan pembentangan, murid-


murid diberi masa menampal kertas mahjong
mereka di sudut yang ditetapkan dalam kelas. Setiap
kumpulan melakukan persediaan akhir dengan memilih
seorang daripada kalangan mereka untuk menjadi
pembentang di sudut tersebut
5. Maka bermulalah sesi pembentangan di sudut masing-
masing. Kumpulan tadi akan bergerak ke sudut lain
mengikut pusingan jam. Pembentang yang dipilih tadi
akan kekal menunggu di sudut mereka dengan kumpulan
baru. Pembentang akan menceritakan
segala info yang berkaitan dengan tajuk yang diberi.

6. Jika ada soalan daripada tetamu, mereka akan cuba


sebaik mungkin untuk memberikan jawapan yang
terbaik. Setiap kumpulan hanya diperuntukkan masa
lebih kurang 5 - 7 minit bagi setiap sudut.
7. Selesai semua bergerak ke setiap sudut, maka tiba
giliran ketua-ketua kumpulan tersebut pula untuk bergerak
ke sudut yang lain. Giliran mereka pula untuk mendengar
rakan mereka membentangkan kepada mereka
2.2 Aktiviti 3 Stray 1 Stay

• 3 Stray 1 Stay adalah strategi p&p bagi pembelajaran


koperatif dengan lebih menggalakkan pelajar untuk
terlibat aktif dalam proses pembelajaran mereka Strategi
ini adalah sangat sesuai dengan pendekatan
Pembelajaran Abad ke 21 yang menekankan kepada
pembinaan konsep 4C dalam p&p murid, iaitu
kemahiran kolaboratif, kreatif, berfikir kritis dan juga
berkomunikasi
• Tahun : 2
• Topik : Toleransi Terhadap Ahli Keluarga

1.Seorang murid akan 'stay' di meja pembentangan sebagai


'cikgu muda'. Manakala 3 orang murid lagi yang juga
dari kumpulan yang sama akan 'stray' (berkeliaran) ke
stesyen lain bagi mendapatkan ilmu daripada
pembentangan kumpulan lain.
Aktiviti kolaboratif berkumpulan ini akan menggalakkan
murid untuk berkomunikasi dalam menyampaikan idea dan
kefahaman mereka, dalam masa yang sama,
menjana pemikiran yang kreatif dan kritis semasa proses
p&p berlangsung.
Aktiviti Bermain Susun Suai Dengan Mengamalkan
Sikap Bertolak Ansur, Sabar dan Mengawal Diri
• Tahun : 2
• Topik : Toleransi Terhadap Ahli Keluarga
• 1.Murid akan bermain susun suai dengan menggunakan
aplikasi “Frog Vle”.

2. Giliran kumpulan akan ditentukan menerusi aplikasi


“ Wheel Decide”
3.0 Kesimpulan

• Menurut Barnet Berry yang merupakan “ Founder dan


CEO, Centre For Teaching Quality” pada tahun 2011,
pembelajaran abad ke- 21 adalah satu bentuk
pembelajaran yang memerlukan pelajar menguasai isi
kandungan sambil mensintesis iaitu penyatuan dan
pengabungan dan menilai maklumat daripada pelbagai
mata pelajaran dan sumber- sumber yang luas dengan
memahami dan menghormati budaya yang berbeza.
Pembelajaran abad ke- 21 seharusnya seiring dengan
PPPM.
• Aktiviti yang dirancang bagi murid tahun 2 ini,
sememangya dapat merealisasikan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia ( PPPM ) dan juga pembelajaran
abad ke- 21. Aktiviti Gallery Walk, 3 stray 1 stay dan
Susun Suai, telah merealisasikan atau menyahut anjakan
ke 3 PPPM iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai. Nilai yang terkandung melalui aktiviti ini
adalah murid dapat menghayati nilai kerjasama dan sikap
bertoleransi dalam melaksanakan tugasan secara
berkumpulan.
• Akhir sekali, menerusi aktiviti Frog Vle,, anjakan ke 7
memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia berjaya disahut. Hal ini
bermaksud memaksimumkan penggunaan ICT bagi
pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri
untuk memperluas akses kepada pengajaran berkualiti
tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap kemahiran murid.

You might also like