You are on page 1of 11

PENTAKSIRAN DALAM

PENDIDIKAN
Dalam kumpulan berempat
laksanakan aktiviti menggunakan
kaedah ‘jigsaw’ tentang konsep
asas pentaksiran.
AHLI :FONG XI TENG
POK HUI CHEE
KHU JIA HUI
ANG MEI TING
PENSYARAH : Puan Latifah
Latar Belakang Kaedah Jigsaw

• Kaedah jigsaw mula diperkenalkan oleh Dr Elliot Aronson pada tahun


1971 sebagai satu kaedah yang pada asalnya bertujuan untuk
mengurangkan konflik perkauman di antara pelajar di Texas, USA.

• Melalui kaedah ini, Austin telah berjaya meningkatkan aspek


kolaborasi dan seterusnya mengurangkan kekangan yang menghalang
pelajar untuk bekerjasama antara satu sama lain.
• Strategi ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk mempunyai
aspek kebertanggungjawaban sama rata dalam tugas yang diberikan.

• Oleh yang demikian, kesemua ahli kumpulan harus memberi


perhatian sewajarnya semasa sesi perbincangan.

• Ia secara tidak langsung mengurangkan aspek persaingan tetapi lebih


memupuk semangat kebergantungan kerana pelajar saling
bergantung dengan ahli-ahli kumpulan yang lain.
Kaedah Pelaksanaan
• Langkah 1: Kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan (Home
Team) yang terdiri dari 4 atau 6 murid atau dengan mana- mana
jumlah pelajar yang munasabah dan setiap pelajar akan dinomborkan.

• Langkah 2: Pelajar akan seterusnya dipecahkan kepada Expert Teams


mengikut nombor masing-masing.
• Langkah 3: Bahan akademik akan disajikan kepada murid dalam
bentuk teks dan setiap murid perlu mempelajari dan
memahamkan maklumat berkenaan bersama-sama dengan
ahli lain dalam Expert Team masing-masing.
• Langkah 4: Seterusnya, murid-murid yang berada dalam kelompok
pakar (Expert Team) akan kembali ke kumpulan asal untuk
mengajar/membimbing ahli-ahli lain tentang apa yang telah
dipelajari dalam kelompok pakar.
• Setelah selesai, murid-murid akan diberi peluang untuk menyatakan
secara individu tentang apa yang telah dipelajari.
AKTIVITI
BERDASARKAN
KAEDAH JIGSAW
Langkah 1
• Langkah-langkah dalam teknik Jigsaw dengan membahagikan pelajar kepada
kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai 4 atau 5 orang ahli. Kumpulan
dipanggil kumpulan asal (home group). Setiap ahli kumpulan asal diberikan
tugasan atau tajuk yang berbeza yang berkaitan dengan tema.
• Contoh Tema: Pencemaran Alam Sekitar
Kumpulan A/B/C/D/E
Pelajar 1: Tajuk pencemaran sungai
Pelajar 2: Tajuk pencemaran air laut
Pelajar 3: Tajuk pencemaran udara
Pelajar 4: Tajuk pencemaran daratan
Pelajar 5: Tajuk pencemaran bunyi
Langkah 2
• Kumpulan asal berpecah dan membentuk kumpulan baru yang
dipanggil kumpulan ahli (expert group).
• Dalam kumpulan ahli sesi sumbang saran diadakan.
• Setiap pelajar dalam kumpulan ahli (expert group) berbincang untuk
berkongsi maklumat dan pendapat di antara mereka untuk
menyamakan persepsi atas hasil dapatan mereka.
• Mereka juga boleh merujuk bahan sokongan seperti kamus, buku
glosari dan ensiklopedia.
• Di sini juga berlakunya pemprosesan dan penghadaman maklumat
dalam wacana daripada bahan sokongan dan hasil perbincangan.
• Dengan adanya aktiviti dan penglibatan anggota kumpulan ahli,
mereka akan menjadi arif dan menjadi pakar tajuk yang dibincangkan.
Langkah 3
• Kembali ke kumpulan asal dan setiap ahli membentangkan kepakaran
dalam kumpulan asal.
• Mula-mula pelajar 1 menyampaikan maklumat kepakarannya kepada
rakan-rakan lain.
• Rakan-rakan lain perlu mengemukakan pertanyaan.
• Pelajar 1 hendaklah menjawab sebarang pertanyaan dengan
menyerlahkan keterampilannya sebagai pakar.
• Seterusnya pelajar 2 pula menyampaikan kepakarannya dan diikuti
dengan pelajar 3 dan 4.
KESIMPULAN
• Pembentangan dan perbincangan dalam teknik Jigsaw
dapat mengembangkan pembelajaran yang inovatif
dan koperatif di mana peranan pelajar adalah sangat
besar berbanding guru yang hanya bertindak sebagai
fasilitator.

You might also like