You are on page 1of 2

Tutorial 1

Soalan Tutorial : Kemahiran Abad ke-21 mementingkan 4C. Apakah 4C? Terangkan implikasi
dan peranan guru dalam pendidikan Abad ke-21.

Apakah 4C ?

4C terdiri daripada Creativity, Critical Thinking, Collaboration dan Communication.

 C – Creativity

Dalam pdp cikgu mesti masukkan unsur kreatif pada aktiviti, kreatif pada bahan, kreatif pada
soalan, dan paling penting mampu menjana pelajar untuk menjadi kreatif terutamanya dari
segi berfikir.

 C - Critical Thinking

Ini boleh dilakukan dengan cara teknik penyoalan yang betul. Contoh soalan untuk mencari
sebab atau penjelasan

1. Mengapa anda terfikir bahawa ... ?

2. Bagaimana kita tahu bahawa ... ?

3. Kenapa anda menyatakan sedemikian ... ?

Penggunaan tools seperti I Think, peta minda, soalan KBAT juga mampu menggalakkan
pelajar berfikir secara kreatif.

 C – Collaboration

Pembelajaran pelajar berlangsung dengan cara berkolaborasi dengan rakan-rakan mereka


yang lain. Buat aktiviti berkumpulan atau berpasangan bagi mereka bertukar-tukar idea dan
pandangan. Banyak strategi yang boleh diguna pakai seperti Gallery Walk, Think-Pair-Share,
Role Play dan lain-lain. Guru juga boleh mencari lebih banyak contoh aktiviti yang
menggalakkan pembelajaran kolaboratif dan koperatif.

 C – Communication

Pelajar digalakkan untuk berkomunikasi, iaitu menggunakan apa-apa bahan dan juga
pendekatan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham daripada pembelajaran.
Pembentangan, penggunaan kertas mahjong, powerpoint, gambar rajah, perbincangan dan
lain-lain membolehkan pelajar untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan
yang lain.
Implikasi 4C dalam pendidikan Abad ke-21.

 Meningkatkan kemahiran literasi (maklumat, digital & visual)

Lima ciri terbaik apabila membina komunikasi secara interaktif melalui TMK adalah sifat
mobilitinya seperti menggunakan telefon pintar, sifat penyambungan (connectivity) seperti Wi-
Fi, aplikasi rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, engin pencarian seperti Google
dan Yahoo dan portal perkongsian maklumat seperti Youtube dan Wikipedia.

 Penerapan inovasi dalam PdP berbantukan TMK

Murid harus berfikir pada aras pemprosesan kognitif yang lebih tinggi dalam proses P&P.
Kualiti pembelajaran masa kini mahukan murid menguasai kemahiran berfikir seperti mana
yang termaktub dalam aspirasi kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM
2013-2025).

 Rangsang pemikiran kritis secara hands-on & minds-on

Menarik minat dan memotivasikan murid yang kurang menumpukan perhatian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Membantu murid dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan.

Peranan guru dalam pendidikan Abad ke-21.

 Galak pembelajaran aktif pelajar secara koperatif dan kolaboratif

Komunikasi dalan P&P boleh berlaku secara bersemuka atau atas talian dengan
menggunakan pelbagai media termasuk media digital yang membolehkan semua ahli
berhubung tanpa had, masa dan lokasi.

 Memberi maklum balas berkesan & berterusan

Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran pembelajaran.

Mengambil tindakan susulan atau jalan penyelesaian untuk mempertingkatkan mutu


pengajaran pembelajaran.

 Bina persekitaran pembelajaran kondusif yang konstruktif

Iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif akan memberi kesan cita rasa, semangat,
kesejahteraan dan bahagia kepada murid-murid yang menggunakannya untuk menjalankan
aktiviti pembelajaran mereka.

You might also like