You are on page 1of 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tunjang Utama : Bahasa Melayu

Kelas : Prasekolah 2

Bilangan murid : 15 orang

Tarikh : 12 september 2019

Masa : 9.30 – 10.30a.m (60 minit)

Tema : Haiwan

Subtema : Haiwan air

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat :


i) Mengenali jenis haiwan
ii) Mengetahui ciri-ciri yang ada pada setiap haiwan
iii) membaca suku kata mudah

Langkah pengajaran/ isi pelajaran :

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


i) Set induksi ( 5 minit)
- Murid duduk dalam bulatan besar
- Guru membincangkan ciri-ciri buku besar
- Guru memperkenalkan tajuk pengajaran hari ini – haiwan air

ii) Pengajaran (10 minit):


- Guru menunjukkan bagaimana membaca buku besar
- Guru membaca dan murid ikut
- Guru bersoal jawab dengan murid tentang haiwan air dan ciri-cirinya.

iii) Aktiviti (10 minit ):


- Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan
diberi 1 sampul surat yang mengandungi jigsaw puzzle haiwan air
- Guru menjelaskan cara aktiviti dijalankan
- Murid menjalankan aktiviti pencantuman dan guru memantau dan memberi
bimbingan
- Guru menampalkan gambar yang telah siap di papan depan dan murid
mencantumkan nama bagi haiwan air di gambar
- Guru dan murid membincangkan dan membaca jawapan tersebut bersama-
sama
- Lembaran kerja diberi dan perbincangan dijalankan

iv) Penutup (5 minit):


- Kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran hari ini

Nilai : Memberi perhatian, patuh kepada arahan, bekerjasama, hormat

ABM : buku besar, gambar, sampul surat, kad jigsaw puzzle , LCD Projektor.
lembaran kerja

KBKK: Memahami, mengkategorikan, menjana idea, membuat kesimpulan

Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengetahui beberapa jenis haiwan air
dalam kehidupan seharian mereka
Kekuatan

Kekuatan pengajaran yang pertama buku besar yang menarik dirasakan


mampu menarik minat murid untuk mengetahui tentang tajuk pembelajaran hari ini.
Semasa aktiviti membaca bersama, murid dapat belajar dengan cuba meneka
nama haiwan tersebut. Buku yang juga mengandungi gambar timbul memberikan
kelainan bagi merangsang sensori motor murid. Melalui deria sentuhan murid
dapat mengetahui dengan lebih mendalam ciri-ciri haiwan air yang dibincangkan.
Semasa aktiviti berkumpulan, murid akan dibahagikan kepada 3 kumpulan
kecil agar murid dapat memberi tumpuan dengan melibatkan diri secara aktif.
Murid diberi peluang untuk membaca buku dan menyentuh gambar-gambar timbul
pada buku mengikut giliran.
Bagi membuktikan murid memahami pengajaran yang disampaikan, aktiviti
pencatuman dan bersoal jawab dijalankan. Hasil aktiviti dapat menyimpulkan
murid-murid menikmati pembelajaran mereka dan objektif pembelajaran juga
tercapai.
Arahan dan pengajaran diberikan dengan jelas dan terang. Penyampaian
yang jelas memainkan peranan yang penting. Arahan haruslah jelas dan ringkas
untuk memudahkan murid untuk memahami bagaimana sesuatu aktiviti itu harus
dijalankan. Murid dapat menjalankan pembelajaran dengan lancar sekiranya setiap
anggota kumpulan memainkan peranan masing-masing. Seterusnya, murid dapat
melakukan aktiviti berkumpulan dengan betul dan dapat mempelajari ilmu baru
yang diajarkan.
Kemudian aktiviti pengukuhan dijalankan dengan memberikan murid
lembaran kerja agar mereka dapat mengingati pelajaran hari ini. Kecerdasan murid
diuji secara individu dan berkumpulan seterusnya membantu pemahaman murid
dalam pembelajaran.
Kelantangan suara juga dititikberatkan bagi menunjukkan ketegasan dalam
menyampaikan sesuatu. Kelantangan suara juga dapat menarik tumpuan
murid supaya fokus kepada isi pelajaran. Ketegasan yang terkandung dalam
kelantangan suara semasa menyampaikan pelajaran membuatkan murid- murid
lebih hormat kepada guru.
Kelemahan

Antara kelemahan yang dapat dikenal pasti ialah pemantauan kelas. Semasa
aktiviti membaca dijalankan, murid berebut-rebut untuk menyentuh buku kerana
terdapat gambar yang timbul untuk menggalakkan murid belajar dengan
menggunakan sensori motor mereka.
Murid tidak dapat dipantau secara maksimum. Murid mula berbual-bual dan
bermain-main di belakang semasa pengajaran sedang dijalankan. Maka,
saya perlu meluangkan sedikit masa untuk memberi teguran kepada murid-
murid agar dapat memberikan tumpuan dan ini menggangu perjalanan pengajaran
saya. Jika seorang guru tidak dapat menguruskan atau menjaga tatatertib muridnya
di dalam kelas dengan baik, maka murid tidak akan menumpukan perhatian kepada
pelajaran yang disampaikan.

Seterusnya adalah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan


masa penting bagi memastikan proses p&p berjalan dengan baik dan lancar.
Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH)
yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu
langkah pengajaran tidak seiring. Walaupun saya menetapkan lima minit
diluangkan ke atas langkah set induksi, tetapi saya telah mnggunakan 7 minit. Ini
kerana sesi bertanyakan cita-cita murid membuatkan kelas menjadi terlalu bising
dengan murid berteriak unutk menyatakan cita-cita masing-masing selain
terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang
lebih terpaksa diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa
keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas dan dapat dijalankan dengan baik.
Langkah Mengatasi

Langkah yang saya dapat simpulkan untuk mengelakkan perkara yang sama
berulang ialah saya hendaklah membuat persiapan awal yang mencukupi untuk
selain lebih berwaspada dan menumpukan perhatian semasa menjalankan
pengajaran.

Seterusnya saya seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid.


Setiap LCD Projektor mempunyai alat remote controlnya. Dengan adanya
bahan itu, guru tidak perlu berdiri di depan kelas sahaja. Guru hanya perlu
tekan butang pada control itu sambil berjalan-jalan memantau aktiviti murid di
belakang. Slaid Powerpoint akan bertukar dengan sendiri apabila butang tersebut
ditekan. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas
dengan lebih baik. Selain itu, guru dapat membantu murid secara dekat
semasa mereka jalankan aktiviti dan lebih mudah mengenalpasti kelemahan
murid-murid melalui pemerhatian. Guru boleh memberi tunjuk ajar kepada murid
yang lemah dan murid juga boleh berinteraksi dengan guru dengan mudah.

Masa adalah salah satu elemen yang perlu dimbil kira dalam setiap p&p. Oleh
itu, guru perlu fikirkan apa jenis ABM, bahan pengajaran yang boleh digunakan
dan sesuai dengan tahap penguasaan muridnya. Pada akhir pengajaran, saya
telah gunakan 29 minit 30 saat. Kaedah pengajaran adalah sesuatu yang boleh
ditentukan oleh guru sendiri secara fleksibel. Yang penting murid dapat belajar ilmu
pengetahuan dan dapat capai objektif pda hari itu. Oleh itu, guru hendaklah bijak
merancang p&p supaya murid dapat menguasai kemahiran dalam masa yang
ditentukan.

You might also like