You are on page 1of 9

Laporan Perantisan 1

Sekolah Kebangsaan Goebilt, Kuching


Muhammad Azizi Bin Rahim
SRSW3, NPQEL Ambilan 2 Tahun 2019

1.0 Pengenalan

Saya merupakan Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Beradek,


Padawan. Bagi memenuhi keperluan Program NPQEL, kami perlu melaksanakan
aktiviti di lapangan iaitu Perantisan 1 yang bertujuan untuk pembangunan diri dalam
aspek kepimpinan dan pengurusan secara hands-on. Dalam aktiviti perantisan ini,
kami perlu mengenal pasti minimum tiga aspek kekuatan kepimpinan dan
pengurusan serta tiga aspek kepimpinan dan pengurusan yang perlu ditambah baik
di sekolah asal.

Saya telah melaksanakan Perantisan 1 Pada 24 hingga 26 Julai yang lepas,


di Sekolah Kebangsaan Goebilt (YBA 1324), Kuching. Sekolah tersebut ditadbir oleh
Guru Besarnya iaitu Puan Hasmah Binti Hussin yang merupakan Guru Besar baharu
dan telah berkhidmat di situ selama 1 tahun 8 bulan 15 hari.

Sekolah Kebangsaan Goebilt merupakan sekolah yang terletak di kawasan


luar bandar Kuching dan terletak di Kampung Goebilt. Sekolah ini digerakkan oleh
32 Orang guru 5 orang staf AKP dan 9 orang pekerja swasta yang terdiri daripada
Pengawal Keselamatan dan Pekerja Pembersihan. Enrolmen sekolah adalah
seramai 435 orang yang terdiri daripada murid pra sekolah hingga tahun 6. Ketika
ini, Jawatan penolong kanan di sini tidak diisi sepenuhnya kerana Penolong Kanan
Kokurikulum telah bersara. Oleh yang demikian, seorang guru telah dilantik untuk
menjalankan tugas pengurusan kokurikulum sementara menunggu jawatan tersebut
diisi.
2.0 Justifikasi Pemilihan Sekolah Perantisan
Sebelum menjalankan Perantisan 1, kami telah ditaklimatkan berkaitan pemilihan
sekolah perantisan. Terdapat beberapa justifikasi saya memilih sekolah tersebut
sebagai sekolah perantisan 1 kali ini. Justifikasi yang pertama ialah Guru Besar
sekolah tersebut merupakan lepasan Program NPQEL dan saya ingin mengetahui
sejauh mana program NPQEL membantu dalam aspek pengurusan beliau.

Selain itu, daripada temubual bersama rakan sekolah dan di Pejabat


Pendidikan Daerah Kuching, sekolah tersebut sedang dalam proses transformasi di
bawah inisiatif TS25. Oleh yang demikian, saya ingin melihat bagaimana dan
sejauhmana proses tersebut berlaku di kesempatan yang ada serta kesan yang
berlaku terhadap kepimpinan sekolah tersebut.

Saya juga ingin mendapatkan perkongsian dengan mentor saya di sekolah


tersebut tentang cara menguruskan sekolah yang dikelilingi dan berada dalam
kawasan perkampungan yang mana sekolah asal saya juga mempunyai
persekitaran yang sama.

Guru Besar sekolah ini juga berpengalaman bertugas di sekolah Amanah


sebelum ini. Secara tidak langsung, beliau akan menggunakan pendekatan yang
saya dan lebih bersistematik seperti yang dibuat di sekolah amanah.

3.0 Kekuatan Kempimpinan dan Pengurusan Sekolah Asal

3.1 Kepimpinan Demokratik


Guru Besar di sekolah saya iaitu di SK Beradek, menggunakan
pendekatan kepimpinan secara demokratik. Dalam gaya demokratik,
hubungan antara pemimpin dengan orang-orang yang dipimpin
diwujudkan dalam bentuk hubungan kemanusiaan. Hubungan antara
ketua dengan orang-orang bawahan didasari prinsip saling hormat-
menghormati, saling bekerjasama dan bertanggungjawab. Setiap orang
dihargai dan dihormati sebagai manusia, bukan sebagai robot yang
diwujudkan hanya untuk melaksanakan perintah.
                       
Guru Besar SK Beradek selalu memberikan kesempatan kepada
kami SLT dan MLT untuk memberikan pandangan, pendapat dan sasaran
untuk kebaikan sekolah. Disebabkan itu, kami sebagai penolong kanan
dan guru-guru berasa diberikan perhatian sehingga timbul rasa kasih dan
kesetiaan yang mendalam terhadap sekolah dan akan sentiasa berusaha
mencari jalan untuk memajukan sekolah.

Guru Besar juga merupakan seorang yang bersedia menerima


kritik atau teguran yang membina daripada kami. Segala usaha dijalankan
untuk kepentingan bersama, iaitu untuk kepentingan sekolah, bukan untuk
kepentingan individu atau segelintir individu.

Segala keputusan yang diambil untuk sesuatu aktiviti adalah hasil


yang diperoleh daripada perundingan dan persetujuan bersama,
bukannya keputusan Guru Besar secara individu, tetapi majoriti. Setiap
orang akan bekerja dengan bersungguh-sungguh dan penuh
tanggungjawab tanpa berasa adanya tekanan atau paksaan sebab
pembahagian tugas dalam kepimpinan demokratik adalah jelas.
           
Selaku pemimpin, Guru Besar kami tidak memerintah, tetapi
sentiasa mengajak kami membuat sesuatu demi kepentingan bersama.
Beliau juga selalu berusaha mengutamakan kerjasama dalam usaha
mencapai tujuan persatuan.

3.2 Kepercayaan, Penurunan Kuasa kepada SLT/MLT


Guru Besar saya juga seorang yang memberikan kepercayaan kepada
SLT dan MLT di sekolah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
masing-masing. Kami merasakan kepercayaan yang diberikan secara
tidak langsung menyebabkan kami melaksanakan tanggungjawab dengan
sebaik mungkin. Walaubagaimanapun, Guru Besar tetap memantau
proses tersebut dengan sentiasa memastikan kami melaporkan dan
sekiranya terdapat keputusan yang perlu diambil, Guru Besar akan
berbincang bersama-sama agar keputusan yang diambil adalah yang
terbaik.
3.3 Hubungan baik Guru Besar dengan warga sekolah
Guru Besar juga mempunyai hubungan yang sangat baik dengan warga
sekolah. Rakan-rakan Penolong Kanan, AKP pekerja swasta malah orang
kampung di sekitar. Hubungan baik yang terjalin ini menyebabkan
motivasi guru dan AKP bertambah dan sekolah mudah mendapatkan
bantuan daripada warga kampong untuk melaksanakan pelbagai program
sekolah. Pihak PIBG juga sentiasa bersedia untuk menyokong hasrat dan
cadangan daripada pihak sekolah dalam usaha meningkatkan
kecemerlangan sekolah.

4.0 Kekuatan Kempimpinan dan Pengurusan Sekolah Perantisan 1


Sepanjang melaksanakan Perantisan 1, beberapa aspek telah saya perhatikan
daripada sesi temubual, analisis persekitaran, Soal selidik dan pemerolehan data
sekolah yang berkaitan dengan kepemimpinan di sini.

4.1 Kepimpinan Situasional


Terdapat banyak kekuatan kepimpinan dan pengurusan sekolah telah
saya kenal pasti sepanjang 3 hari tersebut. Pertama, gaya kepimpinan
yang ditunjukkan oleh Guru Besar adalah secara Situasional Leadership.
Dalam masa 3 bulan pertama Guru Besar tersebut telah membuat analisis
persekitaran dan menyatakan dan menunjukkan gaya kempimpinan
beliau yang akan digunakan di situ melalui mesyuarat, taklimat,
perjumpaan dan sebagainya.

Selepas 3 bulan, barulah beliau memimpin mengikut situasi yang


sesuai dengan keadaan. Dalam pada itu, Guru Besar juga menggunakan
kepimpinan autokratik terutama yang melibatkan membuat keputusan
yang berkaitan dengan SOP murid (Sukan, KK, HEM), PDPC, Dasar dan
Surat Pekeliling Ikhtisas dan mandate daripada pihak KPM, JPN dan
PPD. Dengan erti kata lain, Guru Besar membiasakan yang betul dan
membetulkan yang biasa.
4.2 Sikap Kemanusiaan yang Tinggi
Guru Besar SKG juga sangat mementingkan aspek kemanusiaan dengan
menjaga kebajikan guru, staf dan murid-muridnya. Guru Besar walaupun
baru di situ, sudah mampu membina hubungan yang sangat baik dengan
guru, staf dan murid. Antara yang menarik perhatian saya ketika pertama
kali menjejakkan kaki ke SK Goebilt, kemesraan jelas terlihat apabila
murid-murid tanpa diarah terus meluru ke arah Guru Besar apabila tiba di
perkarangan sekolah.

Guru Besar juga sentiasa mengingatkan kepada semua semasa


perhimpunan pagi sekolah tentang kasih sayang sesama sendiri. Guru
Besar tidak menggunakan kata-kata yang mengguris hati Guru dan
Stafnya dalam merubah sesuatu. Beliau lebih banyak menggunakan
pendekatan yang halus tetapi tegas. Contohnya, dari segi kehadiran staf
dan guru, Guru Besar akan memanggil guru dan AKP yang berkenaan
untuk berbincang dan mengetahui hal yang sebenar dan memikirkan
tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan dan mengatasi masalah
tersebut.

Guru Besar juga sentiasa mengingatkan semua guru dan staf untuk
sentiasa menjaga diri supaya masalah-masalah yang mungkin timbul
dapat dielakkan dan diatasi dengan baik. Hal ini menyebabkan guru dan
staf merasakan diri mereka dihargai. Guru Besar juga sentiasa
memastikan beliau membalas mesej Whatssap dan panggilan telefon
daripada Guru dan staf kerana bagi beliau, jika tidak hal benar-benar
penting, guru dan staf tidak akan menghubungi Guru Besar dan antara
peranan sebagai pemimpin adalah dengan memberi perhatian sebaik
mungkin kepada guru dan stafnya.

4.3 Kompetensi dalam bidang pengurusan


Guru Besar SKG juga merupakan seorang yang kompiten dalam tugasan
beliau. Mandat-mandat yang diberikan oleh pihak atasan dikuasai juga
oleh Guru Besar, malah dalam hal-hal tertentu seperti penulisan surat,
Kewangan, inisiatif TS25, dan Pengurusan, Guru Besar sendiri yang
menyampaikan kepada guru dan staf beliau dengan memberikan taklimat,
bimbingan dan pemantauan. Beliau juga menggunakan PDCA dan POLC
dalam kebanyakan tindakan yang dibuat di sekolah. Guru Besar berjaya
mengupayakan pemimpin atasan dan pertengahan. Semua Penolong
Kanan sekolah diberikan hak untuk membuat keputusan, memantau dan
memastikan program dan inisiatif berjalan sebaik mungkin. Malah ketua
panitia juga diberikan peluang untuk menerajui sesuatu program besar di
bawah bimbingan dan pemantauan Guru Besar dan Penolong Kanan.

4.4 Pembudayaan Amalan Baik


Guru Besar juga berjaya mewujudkan budaya-budaya baharu di sekolah
sebagai langkah transformasi sekolah dari sekecil-kecil perubahan
sehingga sebesar-besarnya. Contohnya budaya memberi salam, menjaga
kebersihan, menjaga adab, disiplin guru dan staf dan sebagainya. Setakat
ini, perubahan-perubahan yang berlaku di sekolah diterima baik oleh
semua warga sekolah termasuk komuniti setempat yang dapat
merasakan perubahan iklim sekolah sejak Guru Besar menerajui sekolah
ini hampir 2 tahun.

5.0 Kepimpinan Dan Pengurusan Yang Perlu Ditambah Baik Di Sekolah Asal
Terdapat beberapa perkara yang saya rasakan perlu ditambahbaik berkaitan
kepimpinan dan pengurusan di sekolah asal saya. Di sini, saya menyenaraikan tiga
cadangan penambahbaikan yang difikirkan sesuai.

5.1 Cara menyampaikan arahan


Guru Besar perlu menambahbaik cara menyampaikan arahan kepada
para guru dan staf agar lebih mudah difahami dan diikuti. Mungkin arahan
tersebut boleh disampaikan dengan bahasa yang mudah dan disalurkan
melalui saluran yang betul seperti mesyuarat, taklimat dan sebagainya.
Guru Besar juga perlu melihat tempoh masa sesuatu arahan yang
diberikan sesuai dan tidak secara tiba-tiba dan saat akhir melainkan
sesuatu perkara tersebut adalah mandat daripada pihak atasan seperti
KPM, JPN dan PPD.
5.2 Pelan Strategik
Guru Besar mungkin boleh merancang untuk membuat pelan strategic
dengan lebih teratur dan melibatkan SLT serta MLT dengan lebih aktif.
Pelan strategik yang dibina juga hendaklah berdasarkan keperluan
sekolah dan bukannya sekadar dibina tanpa ada kesan dan hasil yang
bagus.

5.3 Jaringan dan Jalinan


Jaringan dan Jalinan dengan sekolah dan agensi luar juga boleh
ditambah baik lagi. Tidak dinafikan, kedudukan dan jarak sekolah yang
jauh merupakan salah satu faktor atau isu utama permasalahan dalam
usaha membina jaringan dan jalinan yang lebih baik. Tetapi sekiranya
perbincangan dan usaha yang lebih gigih dibuat, isu tersebut akan dapat
diatasi dan hubungan jaringan dan jalinan yang lebih sesuai boleh
difikirkan sesuai dengan lokasi sekolah.

6.0 Kepimpinan Dan Pengurusan Yang Perlu Ditambah Baik Di Sekolah


Perantisan 1

6.1 Memastikan pembudayaan PLC dalam kalangan guru


Guru Besar boleh meningkatkan lagi pembudayaan PLC dalam kalangan
guru. Lebih-lebih lagi, inisiatif TS25 memerlukan pembudayaan PLC
kukuh dalam kalangan guru-guru di sekolah. Perancangan yang baik
perlu diadakan dalam usaha membudayakan PLC dalam kalangan guru di
sekolah. Kefahaman terhadap kepentingan PLC ini juga perlu betul-betul
diterapkan dan ditunjukkan hasil yang baik daripadanya.

6.2 Memperkasakan SLT & MLT untuk pemantauan dalam POLC & PDCA
dengan bantuan alat pengukur seperti OPPM
Guru Besar boleh meningkatkan kaedah pemantauan terhadap dalam
POLC dan PDCA yang diturunkan kepada SLT dan MLT secara lebih
terancang dan bersistematik. Pemantauan juga tidak dilakukan secara ad-
hoc tetapi berstruktur agar lebih berkesan. Alat pemantauan seperti
OPPM sangat berguna dan boleh digunakan.
6.3 Membudayakan data driven dalam kalangan guru-guru agar strategi
yang dirancang dapat mencapai KPI
Guru Besar juga boleh membudayakan data driven dalam kalangan guru
untuk mencapai sesuatu kejayaan. Penggunaan data adalah lebih tepat
dan strategi-strategi yang digunakan adalah bersesuaian dengan data
yang diperoleh supaya hasil yang didapati lebih baik. Bukan hanya
bersandar kepada persepsi semata-mata.

7.0 Refleksi dan Penambahbaikan yang akan Diambil Sekiranya Diberi Peluang
untuk Menerajui Sekolah
Sekiranya saya diberikan peluang untuk menerajui sekolah satu masa nanti,
saya tertarik untuk menggunakan gaya kepimpinan demokrasi dan kepimpinan
situasional dalam memimpin sekolah saya.

Saya melihat, kedua-dua gaya kepimpinan ini adalah lebih mudah


dipraktikkan dan diterima. Saya percaya, memimpin manusia dewasa dan
sebuah organisasi memerlukan kepelbagai cara kepimpinan mengikut situasi
yang sesuai.

Sifat kemanusiaan yang tinggi juga saya akan diterapkan dalam kepimpinan
saya sebagai peneraju sekolah. Dalam memimpin, sifat kemanusiaan sangat
penting kerana dengan suntikan kemanusiaan, orang yang dipimpin akan
merasakan bahawa masih ada ruang untuk mereka menerima kasih sayang,
memperbaiki diri, menambah kualiti kerja dan sebagainya.

Saya juga ingin mengupayakan SLT dan MLT di sekolah saya agar mereka
mampu untuk menjadi pemimpin dan di masa hadapan mereka juga berpeluang
untuk menjadi pemimpin sekolah. SLT dan MLT perlu diberikan ruang dan
peluang untuk memimpin kerana peluang tersebut juga akan mewujudkan
kepercayaan yang tinggi buat mereka dan dengan kepercayaan tersebut,
kumpulan ini akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih baik.
Selain itu, hubungan yang baik bersama komuniti setempat juga akan saya
amalkan dan saya akan cuba untuk membuat jaringan jalinan dengan seberapa
banyak sekolah serta agensi yang boleh membantu dalam meningkatkan
pelbagai aspek di sekolah. Hubungan yang baik bersama komuniti bukan sahaja
memberikan kelebihan dan kebaikan kepada sekolah dari segi bantuan
kewangan dan tenaga, malah hubungan yang baik akan memudahkan sekolah
untuk meningkatkan lagi prestasi dalam apa jua bidang kerana komuniti
setempat juga secara tidak langsung akan menyokong sekolah.

Cara menyampaikan arahan kepada warga sekolah juga saya akan


praktikkan dengan menyampaikan dengan jelas, berdasarkan fakta dan sampai
kepada semua agar objektif daripada arahan tersebut dapat dicapai dan semua
dapat menerima dan memahami dengan betul.

Untuk membuat keputusan pula, saya akan menggunakan pendekatan


seperti kedua-dua Guru Besar tersebut iaitu dengan membuat perbincangan
bersama SLT untuk melihat kesesuaian, manakala untuk keputusan yang
berkaitan dengan SOP, Pekeliling dan mandat pihak atasan, saya akan lebih
bertegas agar segala keputusan yang dibuat adalah sesuai dan dapat diterima.

Saya juga akan meningkatkan Kompetensi dalam pengurusan dan


pengetahuan tentang pendidikan di sekolah dari semasa ke semasa agar saya
betul-betul faham dan warga sekolah dapat meletakkan kepercayaan yang tinggi
kepada saya sebagai pemimpin mereka di sekolah. Dengan kompetensi
tersebut, saya akan lebih mudah dan mempunyai keyakinan untuk memimpin
sekolah dengan pengurusan yang yang cekap, efisyen dan sesuai.

Diharapkan daripada pengalaman Perantisan 1 kali ini, segala contoh dan


tauladan yang baik akan dapat saya ambil dan praktikkan apabila diberi peluang
menjadi peneraju sekolah satu hari nanti. Sesungguhnya, gaya kepimpinan yang
sesuai dengan sekolah yang diterajui akan membantu sesebuah sekolah berada
dalam trek yang betul untuk peningkatan dan kecemerlangan.

You might also like