You are on page 1of 5

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN

PENULISAN KREATIF BAHASA CINA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT


KEBANGSAAN KALI KE-11 TAHUN 2017.

Pengumuman kepada semua penerima dan tetamu


1. Telefon Bimbit Mode senyap/getaran
2. Teruskan berdiri apabila tetamu tiba untuk nyanyian Lagu
Negaraku, Ibu Pertiwiku
3. Umumkan aturcara majlis
4. Umumkan Susunan Penerima, tangga untuk naik dan turun.

1. Cue Apabila VIP tiba di pintu masuk


Ann Ketibaan Yang Berhormat Senator Profesor Datuk Dr. Sim Kui
Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri
Sarawak.
2. Cue Nyanyian Lagu Kebesaran
Ann Lagu `Negaraku dan Ibu Pertiwiku.
3. Cue Selesai sahaja lagu Negaraku..
Ann Terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk.
4. Cue Tarian Pembukaan
Ann Sekolah Seni Malaysia Sarawak
5. Cue Selesai Persembahan Pembukaan
Ann Terima kasih atas persembahan pembukaan oleh Sekolah Seni
Malaysia Sarawak sebentar tadi.
6. Cue Kata Alu-aluan Pengerusi
Ann Bismillahirahmanirahim
Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera
Salam Negaraku Malaysia

1. Yang Berhormat Senator Profesor Datuk Dr. Sim Kui Hian,


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sarawak.
2. Yang Berusaha Puan Rakayah Binti Haji Madon, Pengarah
Pendidikan Negeri Sarawak
3. Yang Berusaha Kementerian Pendidikan Malaysia
4. ..Salutasi seterusnya akan ikut yang terkini.

1
Selamat datang ke majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan
Penulisan Kreatif Bahasa Cina Sekolah Menengah Peringkat
Kebangsaan Kali ke-11 Tahun 2017.
5. Cue Persembahan Montaj
Ann Hadirin yang dihormati, pada edisi ke-11 tahun, negeri Sarawak
amat berbesar hati diberikan kepercayaan untuk menganjurkan
pertandingan ini dan sebagai mengimbau perjalanan pertandingan
selama 3 hari bermula pada 9 ogos yang lepas sehingga hari ini,
sama-sama kita saksikan persembahan montaj Selayang
Pandang.
6. Cue Selesai Montaj
Ann Terima kasih diucapkan atas persembahan selayang pandang yang
diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak.
7. Cue Apabila Pengarah sudah bersedia..
Ann Kain sulam indah berlipat
Diletak suri di atas peti
Ucapan aluan penuh hormat
Sebagai penyeri majlis ini.

Majlis mempersilakan Yang Berusaha, Puan Rakayah Binti Haji


Madon, Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan penuh hormat
dipersilakan.

7. Cue Selesai ucapan PPS dan telah duduk dengan selesa


Ann Terima kasih diucapkan kepada Pengarah Pendidikan atas ucapan
itu tadi.
8. Cue Apabila VIP sudah bersedia
Ann Seri Sarawak namanya lagu
Dendangan buat penghibur hati
Amanat puan ditunggu-tunggu
Sebagai azimat bekalan abadi.

2
Hadirin-hadirat yang dihormati.
Kini majlis dengan penuh hormat dan takzimnya
mempersilakan Yang Berhormat Senator Profesor Datuk Dr.
Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Negeri Sarawak untuk menyampaikan ucapan perasmian dan
seterusnya menyempurnakan upacara penyampaian Hadiah
dan cenderamata sempena Pertandingan Penulisan Kreatif
Bahasa Cina Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Kali
ke-11 Tahun 2017.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
9. Cue Selesai sahaja Ucapan
10. Ann Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Senator Profesor
Datuk dan majlis mempersilakan Yang Berusaha Pengarah
Pendidikan Sarawak dan .
untuk mengiringi Yang Berhormat Senator Profesor Datuk bagi
menyempurnakan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata
kepada para pemenang. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
11. Cue Apabila VIP sudah bersedia di hadapan pentas
Ann Hadirin yang dihormati, Pemenang Pertandingan Penulisan
Kreatif Bahasa Cina Peringkat Kebangsaan tahun ini masing-
masing akan menerima Sijil penyertaan, wang tunai dan
sebuah trofi.
Penyampaian Hadiah dimulakan dengan Kategori Sekolah
Menengah Rendah.
1. Pertandingan Sajak:
Ketiga :
Kedua :
Pertama :
2. Pertandingan Prosa:
Ketiga :
Kedua :

3
Pertama :
3. Pertandingan Cerpen:
Ketiga :
Kedua :
Pertama :

(Sesi Fotografi)

Seterusnya untuk kategori sekolah menengah atas.


1. Pertandingan Sajak:
Ketiga :
Kedua :
Pertama :
2. Pertandingan Prosa:
Ketiga :
Kedua :
Pertama :
3. Pertandingan Cerpen:
Ketiga :
Kedua :
Pertama :
(Sesi Fotografi)
Upacara kita teruskan dengan penyampaian hadiah pemenang
Keseluruhan. Pemenang akan menerima piala iringan. Sebagai
makluman, pada tahun ini dua negeri telah dinobatkan sebagai
pemenang keseluruhan. Dipersilakan Pemenang keseluruhan
tahun 2017:

Negeri dan Negeri .....................

Seterusnya, penerima anugerah Guru Pembimbing Cemerlang.

4
Dipersilakan

Kini, tibalah masa untuk pelantikan Tuan Rumah 2018.


Dipersilakan Pengarah JPN Sabah untuk menerima plak selaku
tuan rumah Pertandingan Penulisan Kreatif Bahasa Cina Sekolah
Menengah Peringkat Kebangsaan kali ke-12 Tahun 2018.

Hadirin yang dihormati,


Sebagai tanda apresiasi, majlis mempersilakan Yang Berusaha
Pengarah Pendidikan Sarawak untuk menyampaikan cenderamata
kepada Yang Berhormat Senator Datuk Prof. Dr Sim Kui Hian.
12. Cue Selesai Penyampaian Hadiah dan Sijil
Ann Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
Berhormat Senator Profesor Datuk Dr. Sim Kui Hian, Menteri
Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sarawak atas
kesudian menyempurnakan penyampaian hadiah sebentar
tadi.
13. Cue Penutup
Ann Majlis pagi ini telah sampai ke penghujungnya. Mewakili
seluruh warga jawatankuasa, dengan sukacitanya sekali lagi
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Yang Berhormat Senator Profesor Datuk Dr. Sim Kui
Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri
Sarawak dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam menjayakan Pertandingan kali ini.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada para pemenang
Pertandingan Penulisan Kreatif Bahasa Cina Sekolah
Menengah Peringkat Kebangsaan Kali ke-11 Tahun 2017.
Sekian, Wabillahitaufik Assalamualaikum WBT.
Terima Kasih, dan jumpa lagi.

You might also like