You are on page 1of 6

15 MAC 2014/ SABTU/PERTANDINGAN NASYID SEK MEN-MTQ 2014

TEKS JURUACARA PERTANDINGAN NASYID SEK. MEN DAERAH GOMBAK-MTQ 2014

BIL ATURCARA CATATAN

UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

1. DARI RAUB PERGI KE PONTIAN


TERUS PULA KE KUALA PERLIS
HARAP SEMUA BERIKAN PERHATIAN
MOHON SAYA MULAKAN MAJLIS

INDAH BERBALAM SI AWAN PETANG


BERARAK DICELAH PEPOHON ARA
PEMANIS KALAM SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

Bismillahhirahman nirahim…
Assalammualaikum w.b.t

Yang Dihormati

Barisan para hakim yang adil lagi bijaksana. AJK Pelaksana, guru-guru pengiring ,
para peserta nasyid serta para pelajar yang dikasihi sekelian

Alhamdullilah
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia, serta keizinan-Nya ,
dapat kita berkumpul bagi menjayakan, Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival
Nasyid, Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Peringkat Daerah
Gombak, bagi tahun 2014, untuk acara “FESTIVAL NASYID” Kategori Sekolah
Menengah (BERKUMPULAN)

2. BACAAN UMMUL KITAB-AL FATIHAH

Hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi memberkati majlis pada hari ini, sama-sama kita mulakan dengan bacaan
ummul kitab..AL FATIHAH

Amin…amin ya Rabbal Alamin..

3. MEMPERKENALKAN JURI

Hadirin sekalian,

Sebelum kita menyaksikan festival nasyid, izinkan saya memperkenalkan barisan


hakim yang akan mengendalikan festival nasyid kita pada hari ini.

Memperkenalkan:

Page | 1
1)……………………………………………………………………………………………………………..
Merupakan hakim yang menilai bahagian lagu dan juga selaku KETUA HAKIM

2)………………………………………………………………………………………………………………….
Merupakan hakim yang menilai bahagian suara/gaya

3)…………………………………………………………………………………………………………………..
Merupakan hakim yang menilai bahagian persembahan

4)……………………………………………………………………………………………………………………
Merupakan hakim yang menilai bahagian lirik

UCAPAN KETUA HAKIM-SYARAT PERTANDINGAN


4.
Hadirin sekelian,

Seterusnya, saya menjemput KETUA HAKIM Festival Nasyid Sekolah Menengah


untuk menerangkan syarat-syarat pertandingan secara ringkas dan tepat.
Dengan segala hormatnya dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada………………………………………………………………….


Atas penerangan itu tadi

5 PERTANDINGAN NASYID BERMULA


KUMPULAN 1.

LAKSMANA HANG TUAH LAKSAMANA MELAKA


NAMA TERMASYHUR DAHULU KALA
MAJLIS BERMULA TIRAI DIBUKA
FESTIVAL NASYID AKAN BERMULA
Para hadirin sekelian,

Kini tibalah masanya, majlis menjemput Kumpulan yang mendapat giliran yang
pertama untuk memulakan pertandingan.
Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pertama yang telah membuat


persembahan.
Begitulah keasyikannya,hasil persembahan
kumpulan................................Merupakan pelajar-pelajar dari
sekolah......................................Terima kasih diucapkan.Persembahan
berikutnya adalah persembahan daripada kumpulan keempat belas pada

Page | 2
hari ini yang menamakan kumpulan mereka
sebagai.................................yang akan membawakan dua buah lagu
berjudul.....................................dan lagu
kedua...................................................Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
6. KUMPULAN 2

Kini kita menjemput pula kumpulan kelapan.Mengelarkan kumpulan mereka


dengan nama ..............................Akan mendendangkan dua buah lagu .Lagu
pertama berjudul.................................dan lagu
kedua.....................................................Majlis dengan ini mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan.................................Untuk
makluman para hadirin ,kumpulan.....................itu tadi adalah pelajar-
pelajar dari sekolah......................................Terima kasih diucapkan..
Kita beralih pula kepada kumpulan yang mendapat nombor giliran yang kedua.
Majlis mempersilakan kumpulan nasyid yang kedua untuk membuat
persembahan.
Dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan daripada kumpulan yang mendapat nombor


giliran yang kedua
Begitulah persembahan bertenaga daripada
kumpulan......................................................
7. KUMPULAN 3

Seterusnya, dijemput kumpulan yang mendapat giliran yang ketiga untuk


membuat persembahan.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan ketiga yang telah membuat


persembahan

Demikian tadi persembahan terakhir Pertandingan Nasyid Sekolah-Sekolah


Kuching,2010.

Sidang hadirin sekalian,kita akan berehat seketika untuk memberi laluan


kepada barisan juri bagi pengiraan markah.
8. KUMPULAN 4

Seterusnya, beralih kita kepada kumpulan yang mendapat nombor giliran yang
keempat untuk membuat persembahan.
Majlis dengan ini mempersilakan. Sama-sama kita saksikan

Demikianlah tadi persembahan daripada kumpulan yang mendapat nombor


giliran yang keempat

9. KUMPULAN 5

Majlis menjemput kumpulan yang seterusnya iaitu kumpulan yang mendapat


nombor giliran yang kelima.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Page | 3
Begitulah tadi keasyikan, hasil persembahan daripada kumpulan yang kelima.
Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi.

10. KUMPULAN 6

Seterusnya, kita akan dihiburkan pula dengan alunan nasyid daripada kumpulan
yang mendapat giliran yang keenam.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih kepada kumpulan yang keenam yag telah membuat persembahan.

11. KUMPULAN 7

Hadirin Sekelian
Majlis seterusnya menjemput kumpulan yang mendapat nombor giliran yang
ketujuh untuk membuat persembahan.
Dipersilakan

Demikianlah tadi persembahan daripada kumpulan yang mendapat nombor


giliran yang ketujuh. Terima kasih diucapkan.

12. KUMPULAN 8

Hadirin Sekelian
Kini tibalah masanya, majlis menjemput kumpulan yang terakhir untuk membuat
persembahan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Dengan berakhirnya persembahan daripada kumpulan yang kelapan itu tadi,


maka berakhirlah “FESTIVAL NASYID” Kategori Sekolah Menengah
(BERKUMPULAN).
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan yang terakhir membuat persembahan
itu tadi

13. MEMPERKENALKAN KUMPULAN YANG BERTANDING

Hadirin yang dihormati sekelian,


Sebelum majlis melabuhkan tirainya, izinkan saya memperkenalkan barisan
peserta festival nasyid sebentar tadi.

Untuk makluman hadirin sekelian, sebanyak lapan buah sekolah menengah yang
bertanding.

Kumpulan yang mendapat giliran PERTAMA datangnya daripada:

NAMA SEKOLAH:………………………………………………………………………..

Page | 4
NAMA KUMPULAN:……………………………………………………………………

Kumpulan yang mendapat giliran KEDUA datangnya daripada:

NAMA SEKOLAH:………………………………………………………………………..

NAMA KUMPULAN:……………………………………………………………………

Kumpulan yang mendapat giliran KETIGA datangnya daripada:

NAMA SEKOLAH:………………………………………………………………………..

NAMA KUMPULAN:……………………………………………………………………

Kumpulan yang mendapat giliran KEEMPAT datangnya daripada:

NAMA SEKOLAH:………………………………………………………………………..

NAMA KUMPULAN:……………………………………………………………………

Kumpulan yang mendapat giliran KELIMA datangnya daripada:

NAMA SEKOLAH:………………………………………………………………………..

NAMA KUMPULAN:……………………………………………………………………

Kumpulan yang mendapat giliran KEENAM datangnya daripada:

NAMA SEKOLAH:………………………………………………………………………..

NAMA KUMPULAN:……………………………………………………………………

Kumpulan yang mendapat giliran KETUJUH datangnya daripada:

NAMA SEKOLAH:………………………………………………………………………..

NAMA KUMPULAN:……………………………………………………………………

Page | 5
Kumpulan yang mendapat giliran KELAPAN datangnya daripada:

NAMA SEKOLAH:………………………………………………………………………..

NAMA KUMPULAN:……………………………………………………………………

Majlis mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada semua peserta Festival
Nasyid Kategori Sekolah Menengah (BERKUMPULAN)

14. TAMAT PERTANDINGAN

Sidang hadirin sekelian, majlis berehat seketika bagi memberi laluan kepada
barisan hakim untuk membuat pengiraan markah .

Majlis akan bersambung kembali bertempat di LEMBAYUNG KASIH SEMEKAR


untuk majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Majlis Tadarus Al-Quran
Peringkat Daerah Gombak bagi tahun 2014

BUNGA DEDAP DI ATAS PARA


ANAK DUSUN PASANG PELITA
KALAU TERSILAP TUTUR BICARA
JEMARI DISUSUN MAAF DIPINTA

Semoga Allah swt memberkati majlis kita pada hari ini

Sekian. Wabillah hi taufik wal hidayah Wassalammualaikum warahmatulah


hiwabarakatuh.

TERIMA KASIH.

Page | 6

You might also like