You are on page 1of 10

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH


TAHUN 2015.
18 April 2015.
Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara.
UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS
BismilLahirRahmanirRahim.
Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh.
Yang Berbahagia Tn Hj Mohmad Shoufi bin Osman, Penolong Pegawai
Pendidikan Pengurusan Sekolah Kanan , Pejabat Pendidikan Wilayah
Keramat,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mewakili En Tajudin bin
Mohamad Mor, Timbalan Pengarah Pendidikan Pejabat Pendidikan Wilayah
Keramat,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur .
Yang dihormati, En Kamaruddin bin Mohamad, Penolong Pegawai
Pendidikan Islam
Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Yang Berusaha, En Abdul Rahim Bin Abu, Guru Besar SK Padang Tembak 1
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Festival
Nasyid Sekolah-sekolah Rendah Tahun 2015
Yang dihormati. Guru Besar-Guru Besar Sekolah Rendah Wilayah
Keramat,barisan para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru
pengiring,guru-guru,para peserta kumpulan nasyid serta para pelajar yang
dikasihi sekalian....
Hadirin dan Hadirat sekalian,
Salam bahagia dan diucapkan selamat datang ke Sk Padang Tembak
1,sempena Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Wilayah
Keramat Tahun 2015.
Untuk makluman hadirin, Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Rendah
Peringkat Wilayah Keramat Tahun 2015 menyaksikan persaingan sengit
antara 12 buah sekolah dari peringkat rendah di Wilayah Keramat.

Taklimat Ketua Juri


Bukan rumput sebarang rumput
Rumput penghias cantik pandangan
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput juri berikan penerangan.
Bagi memulakan majlis,dengan sukacitanya,menjemput Ustaz Mohd
Afendy bin Abd Latif, selaku ketua juri,untuk memberikan taklimat
pemarkahan pertandingan nasyid pada kali ini. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Afendy bin Abd Latif, atas
penerangan itu tadi.
Sekolah-sekolah Yang Bertanding
Untuk makluman hadirin sekalian,pertandingan nasyid pada kali ini
disertai oleh 12 buah sekolah rendah. Sekolah-sekolah yang mengambil
bahagian ialah:
1.
SK Wangsa Maju R10
2.
SK AU Keramat
3.
SK Padang Tembak 1
4.
SK Setiawangsa
5.
SK Setapak Indah
6.
SK Desa Tun Hussein Onn
7.
SK Danau Kota 2
8.
SK Jalan Gurney 2
9.
SK Taman Melati
10. SK Taman Seri Rampai
11. SK Convent (2) Bukit Nanas
12. SK Jalan Air Panas

Pertandingan Bermula
Siti Wan Kembang perintah kelantan
Nama termasyur dahulu kala
Saat dinanti telahpun datang
Pertandingan nasyid akan bermula.
Para hadirin sekalian,
Kumpulan Pertama
Kini tibalah masanya,majlis menjemput Kumpulan Pertama (01) yang
akan menyampaikan lagu pertama berjudul Al Quran Membimbing Nadi
Transformasi Ummah dan lagu kedua Islam Hakiki Memupuk Jati
Diri. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan dari kumpulan Pertama (01).


Kumpulan Kedua.
Kita beralih pula kepada kumpulan kedua.. Kumpulan ini menggelar
kumpulan mereka dengan nama Soutun Najjah akan membawakan lagu
pertama berjudul Al Quran Nadi Transformasi Ummah dan lagu kedua
Isra dan Mikraj. Dipersilakan.
Demikian tadi persembahan dari kumpulan Kedua (02).
Kumpulan Ketiga
Seterusnya dijemput kumpulan ketiga yang menamakan kumpulan mereka
Shoutul Najihin membawakan dua buah lagu.Lagu pertama berjudul Al
Quran Mentajdid Transformasi Ummah .dan lagu kedua Adab
Berjiran. Dipersilakan. Terima kasih..
Kumpulan Keempat
Kita beralih kepada kumpulan keempat dengan nama kumpulan.Shoutul
Aulad. yang akan membawakan lagu pertama berjudul Al Quran Nadi
Transformasi Ummah, dan lagu kedua pula Israk Dan Mikraj.
Dipersilakan.
Demikian tadi persembahan dari kumpulan keempat (04)
Terima kasih diucapkan.
Kumpulan Kelima
Kita sampai sekarang ,kepada kumpulan kelima .Dipersilakan kumpulan
Qudwatuna yang akan mendendangkan dua buah lagu berjudul Al
Quran Nadi Transformasi Ummah dan Cahaya Rahmah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Demikianlah tadi persembahan kumpulan 5
Kumpulan Keenam
Seterusnya kita beralih kepada kumpulan keenam.Dijemput kumpulan
Shoutul Hikmah yang akan menyampaikan dua buah lagu berjudu Al
Quran Nadi Transformasi Ummah dan Kesaksian Isra Mikraj.
Sama-samalah kita saksikan persembahan kumpulan 06. Dipersilakan.
Rehat
Sidang hadirin sekalian,
Nampaknya kumpulan yang bertanding pada kali ini semuanya hebathebat belaka . Pastinya barisan panel hakim runsing dan gusar untuk
mencari penyertaan terbaik.
Bagi mengurangkan rasa kerungsingan ,apa kata majlis berehat seketika
dan majlis akan bersambung pada pukul......................

**Alhamdulillah kita akan menyambung kembali pertandingan nasyid pada


pagi ini.
Kumpulan Ketujuh
Majlis menjemput kumpulan seterusnya iaitu kumpulan Annur yang akan
menyampaikan lagu pertama berjudul Al Quran Nadi Transformasi
Ummah dan lagu kedua Beriman Kepada Allah.
Dengan itu,dipersilakan.
Demikianlah tadi persembahan dari kumpulan 07
Terima kasih diucapkan.
Kumpulan Kelapan
Kini kita menjemput pula kumpulan kelapan.Mengelarkan kumpulan
mereka dengan nama Soutul Falah akan mendendangkan dua buah
lagu .Lagu pertama berjudul Al Quran Penjana Transformasi Ummah
dan lagu kedua Adab Bersama Ibu Bapa. Majlis dengan ini
mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan 08. Terima kasih diucapkan..
Kumpulan Sembilan.
Hadirin dan hadirat sekalian....marilah pula kita saksikan persembahan
nasyid dari kumpulan An-Nisa.Mereka akan menyampaikan lagu Al
Quran Nadi Transformasi Ummah dan Adab Rehlah.
Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan 09.
Kumpulan Sepuluh.
Kita beralih kepada kumpulan kesepuluh dengan nama kumpulan AnNaufal Generation yang akan membawakan lagu pertama berjudul Al
Quran Nadi Transformasi Ummah dan lagu kedua pula Kembara
Taqwa. Dipersilakan.
Demikian tadi persembahan dari kumpulan 10. Terima kasih diucapkan.
Kumpulan Kesebelas
Kita sampai sekarang ,kepada kumpulan kesebelas .Dipersilakan kumpulan
__________________________________yang akan mendendangkan dua buah
lagu berjudul
........................................................dan..........................................
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Demikianlah tadi persembahan tadi daripada Kumpulan 11.
Kumpulan Kedua belas
Majlis diteruskan lagi dengan alunan persembahan kumpulan
terakhir,kumpulan keduabelas, Kumpulan As-Sof . Mereka akan
menyapaikan dua buah lagu yang berjudul Al Quran Nadi Ummah dan

Isra Wal Mikraj. Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Begitulah persembahan bertenaga daripada kumpulan 12.
Demikian tadi persembahan terakhir Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Rendah
Peringkat Wilayah Keramat Tahun 2015.

Sidang hadirin sekalian,kita akan berehat seketika untuk memberi laluan


kepada barisan juri bagi pengiraan markah dan penentuan pemenang.
**Selingan muzik
PERASMIAN PENUTUPAN
Yang Berbahagia Tn Hj Mohmad Shoufi bin Osman, Penolong Pegawai
Pendidikan Pengurusan Sekolah Kanan , Pejabat Pendidikan Wilayah
Keramat,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mewakili En Tajudin bin
Mohamad Mor, Timbalan Pengarah Pendidikan Pejabat Pendidikan Wilayah
Keramat,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur .
Yang dihormati, En Kamaruddin bin Mohamad, Penolong Pegawai
Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
Yang Berusaha, En Abdul Rahim Bin Abu, Guru Besar SK Padang Tembak 1
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Festival
Nasyid Sekolah-sekolah Rendah Tahun 2015
Yang dihormati, Guru besar-guru besar Sekolah Rendah Wilayah Keramat,
jemaaah hakim,guru-guru pengiring,guru-guru,para peserta kumpulan
nasyid serta para pelajar yang dikasihi sekalian....
Kini sampailah sudah kita ke kemuncak Festival Nasyid Sekolah-Sekolah
Rendah Peringkat Wilayah Keramat Tahun 2015.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berdiri
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.
BACAAN DOA
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis, marilah sama-sama menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Jamiulkhair bin
Jaapar. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Ustaz Jamiulkhair bin Jaapar atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI INDUK FESTIVAL NASYID.


Hadirin dan Hadirat sekalian,
Kuala Lumpur aman sentosa,
Pendidikan Berkualiti Visi Utama,
Dengan tiada melengahkan masa
Kita mulakan atur cara pertama.
Majlis dengan ini mempersilakan yang berusaha **En Abdul Rahim Bin
Abu, Guru Besar SK Padang Tembak 1 merangkap Pengerusi Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Rendah Tahun
2015, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
**Majlis dengan ini mempersilakan yang dihormati, Pn Noridah bt Hashim,
Guru Pen. Kanan Hal Ehwal Murid mewakili En Abdul Rahim Bin Abu, Guru
Besar SK Padang Tembak 1 merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Rendah Wilayah Keramat
Tahun 2015, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala
hormatnya majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih En Abdul Rahim Bin Abu, Guru Besar SK
Padang Tembak 1 atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN.


Cempaka sari warisan sejati
Menjadi kebanggaan seisi negeri
Ucapan perasmi memang dinanti
Berilmu tinggi bijak bestari.
Tuan-tuan/Puan-puan yang dihormati sekalian.
Seterusnya mjlis menjemput Yang Berbahagia En Mohd Najib bin Ab.
Rahman, Timbalan Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Wilayah
Keramat,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mewakili En Tajudin bin
Mohamad Mor, Timbalan Pengarah Pendidikan ,Pejabat Pendidikan Wilayah
Keramat,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpu,untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Festival Nasyid Sekolahsekolah Rendah Peringkat Wilayah Keramat Tahun 2015,Majlis
mempersilakan..

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan tidak


terhingga kepada Yang Berbahagia En Mohd Najib bin Ab. Rahman atas
ucapan dan perasmian itu tadi.
Ucapan tuan menyerikan majlis
Warga pendidik tampak ceria
Kesudian Tuan merasmikan majlis
Bangganya kami tidak terkira.
Kain pelikat panjang sembilan
Tersusun corak cantik warnanya,
Tuan pemimpin disegani watan
Kami menumpang sinar cahayanya.
ULASAN KETUA JEMAAH HAKIM
Hadirin sekalian
Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan, untuk sama-sama kita
mengetahui keputusan pertandingan yang telah dilaksanakan.
Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya ingin mempersilakan
selaku ketua jemaah hakim untuk
memberikan ulasan.
Terima kasih diucapkan kepada
..
PENGUMUMAN KEPUTUSAN RASMI FESTIVAL NASYID.
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL /HADIAH.
Kini tibalah masa kita ke kemuncak acara ,bagi menyaksikan penyampaian
hadiah kepada yang terbaik antara yang baik. Majlis dengan ini
menjemput **En Abdul Rahim Bin Abu, Guru Besar SK Padang Tembak 1
untuk mengiringi dan mempersilakan Yang Berbahagia En Mohd Najib bin
Ab. Rahman, Timbalan Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Wilayah
Keramat bagi menyempurnakan agenda seterusnya.
1- Hadiah Pemenang
Diumumkan keputusan rasmi Pertandingan Festival Nasyid Sekolahsekolah Rendah Wilayah Keramat Tahun 2015 .
Dimulakan dengan Lirik, Lagu dan Solo Terbaik.
Pemenang Lirik Terbaik,jatuh kepada _________________________________
dari SK ___________________________________________________________

Pemenang Lagu Terbaik...dengan judul lagu


__________________________dipersilakan ____________________________________
dari SK _______________________________.
Pemenang Solo Terbaik...jatuh kepada
____________________________________ dari SK
_______________________________.
Tahniah kepada pemenang pemenang.
Kini, diumumkan pemenang Pertandingan Festival Nasyid Sekolah-sekolah
Rendah Wilayah Keramat Tahun 2015 .
Pemenang tempat ketiga dipersilakan
kumpulandari
SK.
Naib Johan
kumpulan.dari

Dan johan Pertandingan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Rendah Wilayah


Keramat Tahun 2015 iaitu
kumpulan..dari

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan tahniah juga kepada


sekolah sekolah yang mengambil bahagian .
2-Sijil Penghargaan untuk jemaah juri..
Dimulakan dengan sijil penghargaan untuk jemaah juri.
Dipersilakan..Selaku Ketua Jemaah
Hakim.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tn Hj Mohmad Shoufi bin
Osman, untuk terus berada di atas pentas bagi majlis penyampaian
cenderahati.
Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga,majlis dengan ini
mempersilakan En Abdul Rahim bin Abu
(_______________________________________________________) untuk
menyampaikan cenderamata kenang-kenangan. Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Abdul Rahim bin Abu atas
penyampaiann cenderamata itu tadi.
PERSEMBAHAN SEKOLAH RENDAH

Para hadirin yang dihormati,


Kini tibalah masa kita ke kemuncak acara bagi menyaksikan yang terbaik
antara yang baik ,yang terhebat di antara yang hebat.Justeru itu,samasamalah kita saksikan persembahan dari johan festival nasyid sekolah
rendah peringkat pejabat pendidikan wilayah keramat 2015
Tuan-tuan dan puan-puan terimalah kumpulan.dari
SKuntuk membuat persembahan. Dipersilakan.
Demikianlah tadi persembahan dari Johan Festival Nasyid Sekolah
Sekolah Rendah Peringkat Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat 2015

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis.


Dikesempatan ini, jawatankuasa pengelola pertandingan memohon
ampun dan maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang
majlis ini berlangsung.
Sekali lagi,terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia En
Mohd Najib bin Abdul Rahman tuan-tuan puan-puan hadirin dan hadirat
sekalian kerana sudi melapangkan masa memeriahkan majlis.
Sebelum kita bersurai,mohon semua yang hadir pada hari ini,berdiri untuk
sama-sama menyanyikan lagu Negaraku
Dengan berakhirnya nyanyian Lagu Negaraku itu tadi maka berakhir sudah
majlis kita.Terima kasih sekalung budi kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam majlis yang penuh bermakna
ini.Ditamatkan Majlis yang indah berseri menjunjung kasih menjunjung
budi dengan mempersilakan Yang Berusaha En Abdul Rahim bin Abu untuk
mengiringi Yang Berbahagia En Mohd Najib bin Abdul Rahman, untuk ke
kantin bagi menikmati sedikit hidangan.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu


`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

You might also like