You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU RAKYAT PERINGKAT SMK BATU MUDA


TARIKH : 19 OKTOBER 2022
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SEKOLAH

BIL CATATAN

Perhatian kepada semua murid, anda diminta


untuk berada dalam keadaan tenang dan bersedia
kerana majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi.
Terima kasih.
Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

Irama beralun gendang dipalu,


Langkah diayun berpasang-pasangan,
Debaran dihati bertalu-talu,
Siap siaga menyahut cabaran..

Bismillahirahmannirrahim....Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berusaha,
Puan Sarifah binti Ab Rahman,
Penolong Kanan Petang Smk Batu Muda.

Yang Dihormati
Barisan guru berdedikasi
Dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana


di atas limpah kurnia Nya dapat kita sama-sama
berkumpul bagi memeriahkan Pertandingan
Nyanyian Lagu-Lagu Rakyat Peringkat Sekolah
Menengah Kebangsaan Batu Muda sempena
Bulan Bahasa tahun 2022.

Sebelum tirai persembahan dibuka, izinkan saya


memperkenalkan barisan hakim yang akan
mengadili majlis nyanyian lagu Rakyat kita pada
hari ini.
Yang pertama Puan Sarifah binti Ab Rahman
selaku ketua hakim. Kedua En Farid bin Taib , dan
yang terakhir Puan Nur Amalin binti Husin.

Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Rakyat


Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Batu
Muda dimulakan dengan menjemput Unit Badan
Berunifom yang pertama iaitu BBSM dengan
pilihan lagu bertajuk Joget Kelantan. Dipersilakan.

Sungguh hebat persembahan yang ditampilkan


oleh Unit BBSM. Terima kasih.

Kini tibalah giliran kedua,Majlis menjemput Unit


Badan Berunifom yang seterusnya iaitu Pandu
Puteri dengan pilihan lagu bertajuk Belai.
Dipersilakan.

Tepukan gemuruh kepada kumpulan daripada


Pandu Puteri atas persembahan itu tadi. Terima
kasih.

Kemeriahan majlis kita pada petang yang


berbahagia ini diteruskan dengan menjemput Unit
Badan Berunifom yang seterusnya iaitu Kadet
Bomba Sekolah dengan pilihan lagu bertajuk Joget
Pahang. Dipersilakan.

Terima kasih atas persembahan itu tadi.

Kumpulan seterusnya telah memilih untuk


menyampaikan sebuah lagu yang dipopularkan
oleh Roslan Madun. Dengan ini, dipersilakan Unit
Badan Beruniform Puteri Islam naik ke pentas.
Dipersilakan.

Terima kasih atas persembahan itu tadi.

Kumpulan seterusnya yang bakal menghangatkan


lagi pentas pertandingan kita pada hari ini telah
memilih untuk menyampaikan lagu rakyat yang
sama dengan Puteri Islam. Oleh itu, dipersilakan
Kumpulan Kadet Polis untuk bersedia di atas
pentas.

Terima kasih atas persembahan itu tadi.

Tanpa melengahkan masa, dijemput pula Unit


Badan Beruniform Kadet Remaja Sekolah yang
akan mempersembahkan lagu pilihan mereka.
Dipersilakan.

Terima kasih atas persembahan itu tadi.

Setelah sekian lama bersedia, kini tibalah giliran


Kumpulan Kadet JPJ untuk mencuba nasib di atas
pentas pertandingan dengan mempertaruhkan
lagu pilihan mereka yang bertajuk Dikir Puteri.
Dipersilakan.

Terima kasih atas persembahan itu tadi.

Peserta terakhir kita pada hari ini telah memilih


untuk menyampaikan lagu bertajuk Jong jong Inai.
Oleh itu, dipersilakan Kumpulan Unit Badan
Beruiform Pengakap ke pentas pertandingan.

Terima kasih atas persembahan itu tadi.

Hadirin sekalian, dengan berakhirnya


persembahan itu tadi, maka berakhirlah
pertandingan Lagu Rakyat Sempena Bulan
Bahasa Tahun 2022. Keputusan hakim adalah
muktamat. Hasil keputusan pada hari ini akan
diumumkan pada Majlis Penutupan Bulan Bahasa
Nanti.

Songket biru tampak berseri,


Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap maafi,
Ketemu lagi, di lain acara

Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci


Assalamualaikum ....

You might also like