You are on page 1of 4

DRAF PERLEMBAGAAN PERMAINAN BOLA SEPAK TAHUN 2019

SEKOLAH KEBANGSAAN KEMENTAH


JALAN LAKSAMANA KEM KEMENTAH
54200 KUALA LUMPUR

PERLEMBAGAAN PERMAINAN BOLA SEPAK TAHUN 2019


1. MATLAMAT

1.1 Untuk melahirkan modal insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang
menyeluruh dalam kalangan murid melalaui kegiatan sepanjang tahun.
2.1 Dapat membantu bagi mengatasi masalah disiplin dan mengurangkan
masalah obesiti dalam kalangan murid-murid.
3.1 Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam
kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk
budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli
masyarakat
yang mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cergas.
4.1 Untuk mengenalkan aktiviti-aktiviti rekreasi untuk mengisi masa lapang.
5.1 Mengajar kemahiran hidup seperti kepimpinan,kemahiran dan
masyarakat.
6.1 Menyemaikan nilai-nilai pendidikan dalam aktiviti kokurikulum.
7.1 Menjadikan sekolah sebagai satu tempat yang menarik,ceria dan
menyeronokkan.

2. OBJEKTIF

2.1 Menguasai dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran asas yang diajar dalam


permainan bola sepak.
2.2 Mempunyai nilai murni sebagai ahli sukan dan rakyat yang
bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara.
2.3 Mampu untuk berinteraksi serta memupuk semangat kewarganegaraan
dengan berkesan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
melalui permainan bola sepak.

3. KEAHLIAN

3.1.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.


3.1.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang
disediakan.

4. GURU PENASIHAT

4.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.


4.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutla merancang,melaksana
atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.
5. AHLI JAWATANKUASA

5.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.


5.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak
dicalonkan sebagai AJK.
5.3 Pemilihan AJK secara undian.
5.4 AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
5.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
5.6 AJK Persatuan hendaklah terdiri:-
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI
SETIAUSAHA
PENOLONG SETIAUSAHA
BENDAHARI
AJK KELAS
PEMERIKSA KIRA-KIRA

5.7 Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.

6 DERMA

6.1 Sumber utama kewangan persatuan/kelab adalah melalui derma yang


ditetapkan.
6.2 Persatuan/Kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
6.3 Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh
dikenakan derma khas bagi membiayai projek tersebut.

7. KEHADIRAN/PENYERTAAN

7.1 Ahli persatuan/kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang


dijalankan oleh persatuan/kelab sepanjang tahun.
7.2 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan
kehilangan hak-hak keahlian persatuan/kelab.

8. AKTIVITI

8.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau


mesyuarat ahli jawatankuasa.
8.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan
diumumkan kepada pengetahuan ahli.
9. PERATURAN-PERATURAN

9.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.


9.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
9.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

10. TINDAKAN DISIPLIN

10.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan


persatuan/kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
10.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
10.2.1 Amaran lisan
10.2.2 Amaran bertulis
10.2.3 Gantung keahlian
10.2.4 Pecat keahlian
10.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin, akan hilang semua hak keahlian.
10.4 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan kepada guru penasihat unit pakaaian seragam,
persatuan / kelab dan kelab sukan / permainan secara bertulis dan
keputusan guru penasihat adalah muktamad.

11. PINDAAN PERLEMBAGAAN

11.1Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.


11.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli
jawatankuasa, guru penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
11.2Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli
jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya
jika perlu.
11.3 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan
oleh pengetua/guru besar.

12. HAL-HAL LAIN

12.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti


yang dijalankan.
12.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh
minat.

Disediakan Oleh, Disemak dan Disahkan,

……………………………... ………………………………….
( ZURAZNI BIN SUHAIMI )
GURU PENASIHAT KELAB BOLA SEPAK
SEKOLAH KEBANGSAAN KEMENTAH.

You might also like