You are on page 1of 3

PERLEMBAGAAN UNIT PAKAIAN SERAGAM, ,PERSATUAN / KELAB DAN KELAB

SUKAN/PERMAINAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS & MATEMATIK

1. MATLAMAT

1.1 Memupuk kemajuan pendidikan Sains dan Matematik di Selangor


1.2 Menimbulkan kecenderungan dalam hal-hal pendidikan, ikthisas, sosial
dan kebudayaan dikalangan ahli.
1.3 Memberi satu saluran berkuasa kepada guru-guru Sains dan matematik
untuk menyuarakan pendapatnya berkaitan dengan hal-hal pendidikan.
1.4 Mengadakan satu alat perhubungan antara orang perseorangan dan
badan-badan yang berminat terhadap Sains dan Matematik

2. KEAHLIAN

2.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.


2.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

3. GURU PENASIHAT

3.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.


3.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang,melaksana atau
membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

4. AHLI JAWATANKUASA

4.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.


4.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan
sebagai AJK.
4.3 Pemilihan AJK secara undian.
4.4 AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
4.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan
jawatan kepada Guru Penasihat.
4.6 AJK Persatuan hendaklah terdiri:-
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI
SETIAUSAHA
PENOLONG SETIAUSAHA
BENDAHARI
AJK KELAS
PEMERIKSA KIRA-KIRA

4.7 Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.

5 DERMA
5.1 Sumber utama kewangan persatuan/kelab adalah melalui derma yang
ditetapkan.
5.2 Persatuan/Kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
5.3 Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh dikenakan
derma khas bagi membiayai projek tersebut.

6. KEHADIRAN/PENYERTAAN

6.1 Ahli persatuan/kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan


oleh persatuan/kelab sepanjang tahun.
6.2 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan
kehilangan hak-hak keahlian persatuan/kelab.

7. AKTIVITI

7.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat
ahli jawatankuasa.
7.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.

8. PERATURAN-PERATURAN

8.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.


8.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

9. PINDAAN PERLEMBAGAAN

9.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia


dipinda.
9.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli
jawatankuasa, guru penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
9.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli
jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan
meluluskannya jika perlu.
9.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan
disahkan oleh pengetua/guru besar.

10. HAL-HAL LAIN

12.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.
12.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan/Kelab Sekolah

.
Pengetua/Guru Besar
Tarikh:
.
Cop

You might also like