You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KEMBANGAN

43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.


Tel: (603) – 8948 6358 Fax: (603) – 8948 2117

PERLEMBAGAAN
(LEMBAGA MONITOR SMK SERI KEMBANGAN)

1. MATLAMAT
Membimbing golongan murid dengan berteraskan nasionalisme, patrotisme,
kegigihan dan kepimpinan bagi mencapai perubahan sosial dalam masyarakat kini.
Justeru itu, menuju ke arah pembinaan sebuah masyarakat yang adil saksama,
makmur, harmoni dan bahagia.

2. OBJEKTIF
2.1 Memberi pendidikan dan latihan kepada murid supaya lebih dinamik dan beraspirasi.
2.2 Mendorong dan memimpin murid supaya mematuhi peraturan sekolah.
2.3 Mengambil berat dan mengkaji masalah yang dihadapi oleh murid kini, mengambil
tindakan apabila perlu supaya kebajikan murid terjamin seterusnya melahirkan
generasi belia yang berkualiti dan berkaliber.
2.4 Memupuk perpaduan nasional bagi membentuk masyarakat Malaysia yang harmoni.

3. KEAHLIAN
3.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
3.2 Permohonan menjadi ahli adalah secara lantikan mengikut amalan demokrasi.

4. GURU PENASIHAT
4.1 Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
4.2 Guru penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan
sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5. AHLI JAWATANKUASA
5.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
5.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan
sebagai AJK.
5.3 Pemilihan AJK secara undian.

1
5.4 AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
5.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan
jawatan kepada Guru Penasihat.
5.6 AJK Persatuan hendaklah terdiri:
PENGERUSI :
NAIB PENGERUSI :
SETIAUSAHA :
PEN. SETIAUSAHA :
BENDAHARI :
AJK TINGKATAN :
5.7 Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.

6. DERMA/SUMBANGAN
6.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma/sumbangan yang
ditetapkan.
6.2 Persatuan juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
6.3 Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh dikenakan derma
khas bagi membiayai projek tersebut.

7. KEHADIRAN/PERYERTAAN
7.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan
sepanjang tahun.
7.2 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-
hak keahlian persatuan.

8. AKTIVITI
8.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat AJK.
8.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.

9. PERATURAN-PERATURAN
9.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
9.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
9.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
2
10. TINDAKAN DISIPLIN
10.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
10.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
10.2.1 Amaran lisan
10.2.2 Amaran bertulis
10.2.3 Gantung keahlian
10.2.4 Pecat keahlian
10.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada guru penasihat secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah
muktamad.

11. PINDAAN PERLEMBAGAAN


11.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
11.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, guru
penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
11.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
11.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh
Pengetua.

12. HAL-HAL LAIN


12.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.
12.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

Diluluskan oleh,

……………………………………… Tarikh: ______________


(TAY KENG LEE, PPN)
Pengetua,
SMK Seri Kembangan
Cop:

3
4

You might also like