You are on page 1of 5

PERLEMBAGAAN KELAB BADMINTON

(INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU)

1. NAMA DAN ALAMAT

Kelab Badminton Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah. Beg Berkunci 11, Institut
Pendidikan Guru Kampus Keningau, 89009 Keningau, Sabah.

2.NO. PENDAFTARAN:

3. MATLAMAT

3.1 Kelab Badminton bermatlamat untuk memberi peluang kepada siswa-siswi pendidik yang

berminat dalam permainan badminton serta mengasahkan bakat mereka dalam permainan

ini.

3.2 Menggalakkan kerjasama antara siswa-siswi pendidik.

3.3 Mewujudkan perpaduan dalam Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.

4. OBJEKTIF

4.1 Melahirkan siswa-siswi pendidik yang sihat dari segi mental dan fizikal.

4.2 Mencungkil bakat yang terpendam dalam diri siswa-siswi pendidik.

4.3 Mengasah bakat siswa-siswi pendidik dalam sukan badminton.

4.4 Mengelakkan siswa-siswi pendidik terlibat dengan gejala-gejala negatif.

4.5 Membantu siswa-siswi pendidik melepaskan tekanan pelajaran dengan cara yang betul.

5. KEAHLIAN

5.1 Dibuka kepada semua siswa-siswi pendidik Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau sahaja.

5.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan mengisi borang pemilihan sukan badminton semasa

extra kokurikulum dilaksanakan pada setiap hari Isnin pukul 4.30 petang sehingga 5.30 petang.

6. GURU PENASIHAT

6.1 Guru penasihat adalah guru pembimbing bagi Kelab Badminton di Institut Pendidikan Guru

Kampus Keningau ini.


6.2 Guru penasihat hendaklah memberi nasihat dan mempunyai kuasa mutlak merancang,

melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

6.3 Guru penasihat hendaklah sentiasa hadir dan bersama-sama ahli-ahli semasa aktiviti

dijalankan.

6.4 Guru penasihat mempunyai kuasa dalam membuat penilaian kokurikulum.

7. AHLI JAWATANKUASA

7.1 Ahli jawatankuasa (AJK) dilantik semasa Mesyaurat Agung kali pertama diadakan.

7.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan

AJK.

7.3 Pemilihan AJK secara undian.

7.4 AJK kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

7.5 AJK yang hendak meletak jawatan handaklah menghantar surat perletakkan jawatan

kepada Guru Penasihat.

7.6 Ahli AJK Persatuan hendaklah terdiri daripada;

Pengerusi

Naib Pengerusi

Setiausaha

Naib Setiausaha

Bendahari

AJK Peralatan

AJK Kehadiran

8. KEWANGAN

8.1 Sumber utama kewangan adalah melalui yuran yang diputuskan semasa Mesyuarat

Agung iaitu RM1.00.

8.2 Persatuan boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.

8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar

boleh dikenakan derma / yuran khas bagi membiayai ahli-ahli tersebut.


9. KEHADIRAN / PENYERTAAN

9.1 Ahli-ahli persatuan wajib menghadiri semua aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.

9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut boleh dikenakan tindakan

disiplin dan kehilangan hak-hak keahlian Kelab Badminton.

10. AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat Agung atau Mesyuarat AJK.

10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan untuk
pengetahuan

ahli.

11. PERATURAN-PERATURAN

11.1 Peraturan Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau menjadi asas peraturan semasa terlibat

dalam Kelab Badminton.

11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

12. TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan / kelab dan tidak mematuhi

peraturan yang ditetapkan.

12.2 Tindakan disiplin adalah seperti berikut:

12.2.1 Amaran lisan

12.2.2 Amaran bertulis

12.2.3 Gantung keahlian

12.2.4 Pecat keahlian

12.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak keahlian.

12.4 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada

Guru Penasihat secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.
13. PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini adalah sah.

13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh cadangan ahli, AJK, Guru Penasihat atau

Ketua Unit Kokurikulum, Pengarah melalui surat bertulis dan sokongan majoriti ahli

persatuan.

13.3 Satu mesyuarat khas diadakan yang dihadiri Guru penasihat dan AJK akan membincangkan

cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

13.4 Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dipamerkan di papan kenyataan kelab dan

Disahkan oleh Ketua Unit Kokurikulum dan Pengarah Institut Pendidikan Guru

Kampus Keningau.

14. PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1 Pengarah atau Ketua Unit Kokurikulum diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika

didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan atau ahli persatuan /

kelab kurang 15 jumlah ahli.

14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung

Kewangan.

15. HAL HAL LAIN

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang

dijalankan.

15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
Disediakan oleh:

_________________________ Tarikh: 1 JANUARI 2017

(NUR AMEERA BINTI ABDUL MALIK)

Setiausaha Kelab Badminton,

Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau,

Sabah.

Disemak oleh:

_________________________ Tarikh: 1 JANUARI 2017

(TING HUA JIAN)

Pengerusi Kelab Badminton,

Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau,

Sabah.

Disemak oleh:

_________________________ Tarikh: 1 JANUARI 2017

(ENCIK JEROMIE BIN JOLLY)

Ketua Unit Kokurikulum,

Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau,

Sabah.

You might also like