You are on page 1of 2

PERLEMBAGAAN KELAB DAN PERSATUAN 2020

SK KAMPUNG KLID/PLAJAU,DALAT

PERLEMBAGAAN KELAB DAN PERSATUAN – MATEMATIK

1. MATLAMAT
1.1 Menseimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani, dan emosi
murid-murid.
1.2 Mengukuhkan perkembangan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di antara
sekolah.
1.3 Membina serta meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam gerak kerja yang di ceburi.
1.4 Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dan masyarakat.

2. OBJEKTIF
2.1. Memperkembangkan dan memupuk bakat serta minat pelajar di peringkat awal.
2.2 Mengeratkan hubungan yang baik di antara pelajar dan guru yang terlibat serta memperluaskan
integrasi nasional.
2.3 Mengamalkan semangat toleransi, disiplin dan bekerjasama di antara pelajar.
2.4 Membina murid yang berkeyakinan, berpengetahuan serta berkemampuan melakukan sesuatu yang
terbaik.

3. KEAHLIAN
3.1 Pelajar Tahap 1 dan Tahap 2

4. GURU PENASIHAT
4.1 Guru penasihat adalah terdiri daripada guru yang telah dilantik semasa Mesyuarat Pengurusan
Kokurikulum awal tahun.
4.2 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.
4.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan sepanjang aktiviti dijalankan.

5. AHLI JAWATANKUASA
5.1 Dilantik semasa perjumpaan kali pertama.
5.2 Pemilihan AJK secara undian.
5.3 AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
5.4 AJK Persatuan hendaklah terdiri:-
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI 1
NAIB PENGERUSI 2
SETIAUSAHA
NAIB SETIAUSAHA
BENDAHARI
NAIB BENDAHARI
AJK
5.5 Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.

6. PERUNTUKAN KEWANGAN
6.1 Sumber utama kewangan persatuan/kelab adalah melalui peruntukan
Panitia Matematik dan Bantuan Kokurikulum

7. KEHADIRAN/PENYERTAAN
7.1 Ahli persatuan/kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang
dijalankan oleh persatuan/kelab sepanjang tahun.
7.2 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin.

8. AKTIVITI
8.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
8.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat

9. PERATURAN-PERATURAN
9.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
9.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
9.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

10. TINDAKAN DISIPLIN


10.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab
dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
10.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
10.2.1 Amaran lisan
10.2.2 Amaran bertulis

11. PINDAAN PERLEMBAGAAN


11.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
11.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli
jawatankuasa, guru penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
11.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli
jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
11.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
pengetua/guru besar.

12. HAL-HAL LAIN


12.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti
yang dijalankan.
12.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh
minat.

Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan/Kelab Sekolah

………………………………… Tarikh: ………………………….


Pengetua/Guru Besar

Cop

You might also like