You are on page 1of 8

SK KAMPUNG KLID/PLAJAU DALAT

KERTAS KERJA PROGRAM HAF-C

ANJURAN PANITIA MATEMATIK


SK KAMPUNG KLID/PLAJAU, DALAT

TARIKH :
6 MEI – 28 OKTOBER 2016
(SETIAP HARI JUMAAT)
7:05 a.m. – 7:25 a.m.

TEMA
“SIFIR, MEMPERKASA MATEMATIK”

TEMPAT :
DEWAN SERBAGUNA
SK KAMPUNG KLID/PLAJAU, DALAT
1
1.0 PENGENALAN
Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting
dalam kehidupan anak-anak hari ini. Maka, ia perlu diberi penekanan yang serius
oleh pihak sekolah. Kemahiran mengingati sifir amat penting bagi setiap murid untuk
menguasai mata pelajaran Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam
kehidupan seharian.
Program ini akan diadakan pada setiap hari Jumaat setiap minggu, bermula
pada 6 Mei 2016 hingga 28 Oktober 2016. Sasaran sifir yang ditetapkan ialah sifir 2,
sifir 3, sifir 4, sifir 5, sifir 6 sifir 7, sifir 8 dan sifir 9. Maka, secara tidak langsung,
program ini dapat membantu meningkatkan lagi kemahiran, pengetahuan serta
kualiti pencapaian mereka dalam mata pelajaran Matematik. Oleh itu, tujuan kertas
kerja ini dibuat juga adalah untuk memohon budget bagi menjayakan program
“HAF-C”.

2.0 MATLAMAT
Program ini bertujuan untuk memupuk semangat belajar murid khususnya
dalam subjek Matematik dan meningkatkan kemahiran mengingati sifir. Di samping
itu, ia mampu meningkatkan minat dan motivasi murid terhadap subjek Matematik.

3.0 OBJEKTIF
Selepas projek ini, murid-murid dapat :
3.1 Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang konsep sifir.
3.2 Memastikan murid-murid dapat menguasai sifir dengan baik.
3.3 Memberi kesedaran pentingnya penguasaan Matematik dalam kehidupan.
3.4 Persediaan menghadapi ujian-ujian akademik.
3.5 Meningkatkan keyakinan masing-masing dalam menyelesaikan soalan
pendaraban dalam Matematik.
3.6 Mendisiplinkan diri dengan sikap bertanggungjawab, berdedikasi dan
berbudi pekerti mulia.
3.7 Memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.

4.0 TARIKH DAN MASA


6 Mei 2016 – 28 Oktober 2016 (Setiap hari Jumaat)
7:05 a.m. – 7:25 a.m.

2
5.0 NAMA PROGRAM
PROGRAM HAF-C

6.0 TEMA
“SIFIR, MEMPERKASA MATEMATIK”

7.0 ANJURAN
Panitia Matematik SK KAMPUNG KLID/PLAJAU, DALAT.

8.0 TEMPAT
Dewan Serbaguna SK Kampung Klid/Plajau, Dalat.

9.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 SK Kampung Klid/Plajau, Dalat.

10. 0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung : Encik Latip @ Latif Bin Bakar @ Abu Bakar


Guru Besar SK Kampung Klid/Plajau Dalat

Pengerusi : Encik Hipeny Bin Paris


PK HEM SK Kampung Klid/Plajau Dalat

Naib pengerusi : Encik Asnan Bin Sulaiman


PK PENT SK Kampung Klid/Plajau Dalat

Setiausaha : Encik Steffens Andy Anak Sait


Ketua Panitia Matematik Sesi 2016
SK Kampung Klid/Plajau Dalat

Penyediaan Bahan : Encik Steffens Andy Anak Sait


: Encik Runsol @ Runsur Anak Badindang

3
: Encik Raffi Smail
: Puan Jessica Katang
: Encik Arbi Bin Amit
: Encik Kalik Bin Su-ut

Fasilitator : Encik Steffens Andy ak Sait


: Encik Runsol @ Runsur Anak Badindang
: Encik Raffi Smail
: Encik Asnan Bin Sulaiman
: Puan Jessica Katang
: Encik Hipeny Bin Paris
: Encik Kalik Bin Su-ut
: Encik Latip @ Latif Bin Bakar @ Abu Bakar

Urusetia : Cik Jessica Katang


: Encil Raffi Smail

11.0 Metodologi
11.1 Fasa 1
Program ini bemula pada setiap pagi Jumaat hari persekolahan
sebelum PDP bermula pada pukul 7:30 pagi. Bermula Mei hingga Julai. Murid-
murid akan membaca sifir bersama mengikut hari yang telah ditetapkan. Setelah
tamat membaca sifir 2 – 9, fasilitator akan menggunakan “Times Tables Flash
Cards” untuk menguji semua murid, lima minit sebelum tamat perjumpaan.

11.2 Fasa 2
Program ini bemula pada setiap pagi Jumaat hari persekolahan
sebelum PDP bermula pada pukul 7:30 pagi. Bermula Ogos hingga Oktober.
Murid- murid akan dibekalkan dengan Modul Asuhan Minda (Rujuk LAMPIRAN A).
Murid- murid akan mengisi jawabannya. Setelah siap, Ketua Kelas akan
mengumpul jawaban untuk diserahkan kepada guru mata pelajaran. Kertas
jawaban tersebut dan disemak oleh guru mata pelajaran masing-masing.

4
12.0 PERALATAN / DOKUMEN
BIL ALATAN / DOKUMEN CATATAN
1 12 Set Modul Asuhan Minda 12 kali Jumaat untuk Fasa 2
x 58 orang = 696 salinan
2 Times Tables Flash Cards Sudah Tersedia (untuk kegunaan Fasa 1)

13.0 KOS PROGRAM

BIL PERKARA KOS

12 Set Modul Asuhan


1 Minda x 58 orang = 696 696 salinan x RM0.05 =RM 34.80
salinan

Jumlah RM34.80

14.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM “HAP-C”


Rujuk LAMPIRAN B

15.0 PENUTUP
Kami amat mengharapkan agar program ini dapat dilaksanakan seperti yang
dicita-citakan. Semoga Tuhan memberkati niat murni kami ini dan seluruh
pihak yang terlibat dalam menjayakannya.

Disediakan oleh: Diluluskan oleh :

_________________________
________________________________________
( STEFFENS ANDY ANAK SAIT ) ( ENCIK LATIP @ LATIF BIN BAKAR @ ABU BAKAR )
Setiausaha Panitia Matematik, Guru Besar
SK Kampung Klid/Plajau, Dalat. SK Kampung Klid/Plajau, Dalat.

5
LAMPIRAN A - Contoh set Modul Asuhan Minda.

6
LAMPIRAN B - JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM “HAP-C”

FASA 1 (Mei hingga Julai 2016)


Fasilitator Tarikh perjumpaan
1) Encik Steffens Andy ak Sait 6 MEI 2016 17 JUN 2016 22 JULAI 2016
dan;
2) Encik Runsol @ Runsur
Anak Badindang
1) Encik Raffi Smail dan; 13 MEI 2016 24 JUN 2016 29 JULAI 2016
2) Encik Asnan Bin Sulaiman
1) Puan Jessica Katang dan; 20 MEI 2016 1 JULAI 2016
2) Encik Hipeny Bin Paris
1) Encik Kalik Bin Su-ut dan; 27 MEI 2016 15 JULAI
2) Encik Latip @ Latif Bin 2016
Bakar @ Abu Bakar

Fasa 1
Program ini bemula pada setiap pagi Jumaat hari persekolahan
sebelum PDP bermula pada pukul 7:30 pagi. Bermula Mei hingga Julai. Murid-
murid akan membaca sifir bersama mengikut hari yang telah ditetapkan. Setelah
tamat membaca sifir 2 – 9, fasilitator akan menggunakan “Times Tables Flash
Cards” untuk menguji semua murid, lima minit sebelum tamat
perjumpaan.

7
FASA 2 (Ogos hingga Oktober 2016)
Fasilitator Tarikh perjumpaan
1) Puan Jessica Katang dan; 5 OGOS 2016 2 SEPT 2016 7 OKT 2016
2) Encik Hipeny Bin Paris
1) Encik Kalik Bin Su-ut dan; 12 OGOS 9 SEPT 2016 14 OKT 2016
2) Encik Latip @ Latif Bin 2016
Bakar @ Abu Bakar
1) Encik Steffens Andy ak Sait 19 OGOS 23 SEPT 2016 21 OKT 2016
dan; 2016
2) Encik Runsol @ Runsur
Anak Badindang
1) Encik Raffi Smail dan; 26 OGOS 30 SEPT 2016 28 OKT 2016
2) Encik Asnan Bin Sulaiman 2016

Fasa 2
Program ini bemula pada setiap pagi Jumaat hari persekolahan
sebelum PDP bermula pada pukul 7:30 pagi. Bermula Ogos hingga Oktober.
Murid-murid akan dibekalkan dengan Modul Asuhan Minda. Murid-murid
akan mengisi jawabannya. Setelah siap, Ketua Kelas akan mengumpul jawaban
untuk diserahkan kepada guru mata pelajaran. Kertas jawaban tersebut
disemak oleh guru mata pelajaran masing-masing.

You might also like