You are on page 1of 4

SKRIP MC SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN

Bismillah…
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Yang Berusaha Guru Besar SK Sijangkang Jaya, Puan Nor Hamizah binti Abdul
Hamid

Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah


1. Cik Ramlah Binti Safri – GPK Pentadbiran
2. En Sazali Bin Shaarani – GPK Hal Ehwal Murid
3. En Saiful Anuar bin Basran – GPK Kokurikulum
4. Pn Sariyati binti Saad – GPK Pendidikan Khas
Yang Dihormati Guru-guru dan Yang dikasihi lagi disayangi anak-anak murid
SKSJ HEBAT .

Murid-murid dan para hadirin di persilakan untuk bangun bagi menyanyikan


Lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah,

Guru-guru dipersilakan duduk.


Murid-murid dipersilakan duduk.

Ceria wajah terserlah manis,


Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa
Para hadirin yang dikasihi,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan, TUAN HAJI
NURESMAN BIN RAMLI untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Amin, amin ya rabbal ‘alamin. Semoga bacaan doa sebentar tadi
memberikan keberkatan kepada majlis kita pada hari ini.

Para guru dan murid yang dihormati,

Sambutan kemerdekaan pada kali ini diadakan sebagai tanda


semua guru dan anak didik di sekolah ini bersama melangkah seiring
memegang iltizam menjadi warganegara yang patriotik. Dengan tema,
‘KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA’

secara rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan sambutan


kemerdekaan ke-65 sekaligus menjadi lambang kesepaduan rakyat
berbilang bangsa yang hidup dalam keadaan harmoni dan muhibbah.
Semuanya berada di bawah satu lembayung kepimpinan tanpa mengira
bangsa dan agama untuk mengecapi pembangunan, kecemerlangan dan
kemakmuran secara berterusan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Majlis kita berbesar hati menjemput dan mempersilakanPuan Nor
Hamizah Binti Abdul Hamid, Guru Besar Sekolah Kebangsaan sijangkang
jaya untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis
pelancaran bulan kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya
bagi tahun 2022. Majlis mempersilakan.
Begitulah tadi ucapan perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah
Kebangsaan Sijangkng Jaya 2022. Terima kasih diucapkan sekali lagi
kepada Tuan Guru Besar atas kesudian merasmikan majlis.

Hadirin yang dihormati,


Majlis di teruskan lagi dengan menjemput En Sazali Bin Shaarani – GPK
Hal Ehwal Murid untuk melaungkan Laungan kemerdekaan
Ucapan terima Kasih di ucapankan atas laungan tersebut
Hadirin yang dihormati,

Masa menunjukan 9.30


Murid-murid tahap 1 akan dibenarkan untuk rehat

Majlis akan bersambung selepas rehat nanti

Majlis akan di teruskan lagi dengan pertandingan pakaian beragam Pra


sekolah dan PPKI

Majlis mempersilakan Juri untuk megambil tempat

Dan mepersilakan peserta pertama untuk naik ke pentas

1.
2.
3.

Seterusnya kita akan mengadakan pertandingan koir merdeka


Peserta di mohon bersiap sedia
Peserta pertama di di jemput naik ke pentas untuk mememulakan
pertandingan koir
1.
2.
3.

Majlis kita telah tiba di penghujungnya. Saya mewakili pihak majlis


merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan majlis pelancaran
sambutan bulan kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Sijangkang jaya edisi
tahun 2022 ini. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum
w.b.t.

You might also like