You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA HARI SUKAN NEGARA

SMK. RAWANG
10.10.2015

BIL ACARA TEKS

Ucapan alu-aluan Bismillahir Rahhman ni Rahmin….


Assalammualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam 1
Malaysia

Yang Berusaha 
Pn Nooruslaini bt Mohd Nor
Penolong Kanan Pentadbiran
Merangkap Pemangku
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang

Yang Berbahagia En Mohd Saufi bin Shafie


Yang Di Pertua PIBG
Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang,

Yang Dihormati

Pn Hjh Norazian binti Osman


Penolong Kanan HEM

Pn. Anita bt Tajuddin


Penolong Kanan Kokurikulum

Encik Khairuddin bin Mohd Amin


Penolong Kanan Petang

Puan Marhaini binti Dasiron


Penolong Kanan PPKI
,
Guru-guru Kanan Matapelajaran, Guru-guru Cemerlang,
kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, para pelajar yang
dikasihi.

LENGGANG BERTAPAK SENI MEMANDANG


SILAT SENDENG MENYUSUN JARI
SALAM SEMBAH SELAMAT DATANG
SUDI TUAN KE MAJLIS KAMI.

Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan


izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan
untuk berhimpun dalam Majlis HARI SUKAN NEGARA
2015.

Untuk pengetahuan semua HARI SUKAN NEGARA ini


bukan sahaja di sambut di peringkat sekolah yang
melibatkan penglibatan murid dan pelajar tetapi ia juga
menglibatkan sektor awam, swasta dan rakyat secara
serentak di seluruh negara.

Nyanyian LaguHadirin yang dihormati sekalian, bagi meneruskan


Negaraku majlis, marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyanyikan lagi Negaraku.  

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.


Hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan Doa Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon


keberkatan marilah kita sama-sama menadah tangan
untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan
oleh  Ustaz  Zulkifli bin Samah.
Dipersilakan. ….
 (Bacaan doa)………………..

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Zulkifli


bin Samah. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis
kita akan berjalan dengan lancar serta diberkati oleh
Allah s.w.t. Insya-Allah.

Ucapan perasmian Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia En


Mohd Saufi bin Shafie
Yang Di Pertua PIBG
Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
HARI SUKAN NEGARA peringkat Sekolah Menengah
Kebangsaan Rawang.  Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
……………………
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang
Berbahagia En Mohd Saufi bin Shafie
di atas ucapan perasmian itu tadi .

Senamrobik Acara pertama sempena Hari SUKAN NEGARA marilah


kita bersama-sama menjayakan Aktiviti Senamrobik.
Untuk itu saya mempersilakan
Nurul Aini binti NAzri – 4 Sastera
Nur FAtihah Bt Norazlan – 4 ST 1
Mastura RAhmah bt Mohd Radzi – 4 Akaun

Majlis PenyampaianMajlis diteruskan dengan acara yang ditunggu-tunggu


Hadiah iaitu penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Untuk menyempurnakan upacara.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan
Anita binti Tajuddin untuk menjemput dan mengiringi,
Pn. Nooruslaini bt Mohd Nor, PK Pentadbiran merangkap
pemangku Pengetua SMK. Rawang.

Majlis mempersilakan

Penutup Majlis Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan


jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam membantu
menjayakan dan melicinkan perjalanan HARI SUKAN
NEGARA 2015 pada tahun ini.

Semoga hasrat kerajaan untuk bukan sahaja


menggalakkan budaya bersukan tetapi menitikberatkan
penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam
aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan
rakyat antara satu sama lain tanpa mengira umur, bangsa
dan kepercayaan agama dapat dicapai

Akhir kata dari kami


Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t

You might also like