You are on page 1of 9

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS MESYUARAT TAHUNAN PIBG SK PEKAN TUARAN 2022

MASA CUE ANN


7.00 am Ketibaan dan
pendaftaran ibu
bapa/penjaga ke
dewan

7.45 am Ceramah Motivasi Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Alhamdulillahi rabbil alamin…..

Hadirin yang dimuliakan,


Ibu bapa adalah tunjang dalam sebuah keluarga. Tugas dan
peranan ibu bapa amat penting dalam memacu kesejahteraan
keluarga. Ibu bapalah yang mencorakkan anak sedari kecil
tapak tangan.

Oleh itu,Pada pagi yang penuh indah ini, marilah sama – sama
kita mendengar ceramah motivasi khusus untuk semua ibu
bapa.

Sebelum saya menjemput penceramah, izinkan saya membaca


biodata ringkas beliau.

Beliau ialah penyelia KAFA Jabatan Islam Kemajuan Malaysia.


Berumur 46 tahun dan berasal dari Sandakan Sabah.

Tanpa membuang masa, saya persilakan Yang dihormati Ustaz


Hamsah bin Sulaiman bagi menyampaikan ceramah beliau.

8.50 am Ketibaan perasmi Mengumumkan ketibaan yang berbahagia, Tuan Irwandi Bin
- Lihat isyarat Madsha, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dun
- Tarian Dalit bersama barisan tetamu kehormat ke dalam dewan.
menyambut
tetamu stand
by di pentas

Lagu Negaraku dan Bagi menyemarakkan rasa cinta pada bumi bertuah dan negeri
lagu Sabah sabah maju jaya,
Marilah kita bersama – sama berdiri bagi menyanyikan lagu
Negaraku dan Sabah Tanah Airku.

Hadirin di persilakan duduk.

+Persembahan terus bermula

Begitulah tadi persembahan tarian sumazau dari murid SK


Pekan tuaran. Untuk makluman, persembahan pembukaan ini
adalah hasil bimbingan Cikgu Juziyani dan Cikgu jenny.

*turun pentas

Ucapan aluan emcee / Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


ptotokol
Ke Pekan Tuaran membeli bingka,
Sayang pesana terlupa sudah,
Majis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah nan indah.

Tumbuh melata buah bidara,


Ambil seraga jual di pekan,
Lafaz bismillah pembuka bicara,
Ucapan aluan saya mulakan.

Bismillah……….. (habiskan)

Yang berbahagia,
Tuan Irwandi Bin Madshah,
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dun Dalit,
Wakil ………..(kiv)

Ynag berbahagia,
Pn Hjh Wanihim Binti Othman,
Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran

Yang berusaha,
En Mohd Juin @Mohd Bin Nauli @ Moli
Guru besar SK Pekan Tuaran

Yang berusaha,
En Awang Safawie Bin Hj Rashid
Yang di Pertua
PIBG SK Pekan Tuaran

Guru – guru berdedikasi,


Barisan AJK PIBG

Ibu bapa

Serta hadirin dan hadirat sekalian

Alhamdulillah
Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t
Pada pagi sabtu yang indah ini, kita dapat berkumpul bersama
– sama di dewan seri sulaman tuaran, bagi sama – sama
memeriahkan mesyuarat agung tahunan PIBG SK Pekan Tuaran
bagi tahun 2022.

Doa Sutera sulam indah buatan,


Untuk dipakai dihari mulia,
Doa dipanjatkan mohon keberkatan,
Semoga Allah mengurniakan kurnia,

Bagi memberkati majlis pada hari ini, dengan penuh takzimnya


di persilakan al Fadhil Ustaz Nasiruddin bin ………………bagi
memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas pimpinan doa sebentar


tadi.
Ucapan alu – aluan GB Haadirin yang dimuliakan,

Kalau dilipat sebesar kuku,


Kalua dibentang sebesar alam,
Yang jauh di imbau,
Yang dekat digamit,
Seuntai salam sejambak kata,
Degup bicara merisik rasa,

Bagi memulakan majlis pada pagi ini, majlis dengan segala


hormatnya menjemput
yang berusaha En Mohd Juin@Mohd bin Nauli@Moli Guru
Besar merangkap penasihat PIBG SK Pekan Tuaran,
untuk menyampaikan ucapan alu – aluan.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang


berusaha En Mohd Juin@Mohd bin Nauli@Moli Guru Besar
merangkap penasihat PIBG SK Pekan Tuaran, sebentar tadi.

Ucapan alu – aluan Benar kata orang, jika tak kenal maka tak cinta
PPD Kalau san cinta ingin pula bertentang mata,
Pabila bertentang mata ingin pula mendengar suara.

Tanpa membuang masa, majlis menjemput


yang berbahagia
Puan Hjh Wanihim bin Othman,
Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran
Bagi menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

Majlis mengucapan ribuan terima kasih kepada


Puan Hjh Wanihim bin Othman,
Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran
Atas ucapan sebentar tadi

Ucapan perasmian Yang di tunggu sudah pun tiba,


wakil YB Yang dinanti sudah pun bertandang,
Tibanya bermanis muka,
Tandangnya disambut gembira,
Kini tibalah waktu yang dinantikan,
Ucapan perasmian akan bermula

Tanpa membuang masa, majlis mempersilakan yang


berbahagia, Tuan Irwandi bin Madshah, Pemimpin
Pembangunan Masyarakat UPPM Dun Dalit bagi
menyampaikan ucapan perasmian.

Dipersilakan

Sebagai simbol majlis perasmian, dijemput barisan tetamu


kehormat naik ke pentas bagi mengiringi yang berbahagia,
Tuan Irwandi bin Madshah untuk memukul gong sebagai
simbolik penyempurnaan majlis.

Dengan paluan itu tadi, maka sempurnalah sudah majlis kita


pada hari ini.

Mohon yang berbahagia, Tuan Irwandi bin Madshah bersama


tetamu kehormat yang lain, untuk kekal di pentas.
Cabutan bertuah Seterusnya, adalah acara yang dinanti – nanti oleh semua ibu
perdana bapa hari ini. Sebagai pembuka kepada acara cabutan bertuah,
Mohon yang berbahagia, Tuan Irwandi bin Madshah untuk
memulakan cabutan perdana pagi ini.

Penyampaian Hadirin yang dimuliakan,


cenderamata
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata. Oleh
- PIBG itu, majlis mempersilakan yang berbahagia, Tuan Irwandi bin
- Penceramah Madshah di iringi barisan tetamu kehormat untuk kekal
- PPD dipentas bagi acara ini.
- Perasmi
Dimulakan dengan pemberian sijil kepada barisan AJK PIBG
sesi …………….. yang telah menabur bakti dan sumbangan
sepanjang menjadi ahli dalm persatuan ini.

Dimulakan dengan (Sebut nama)

Seterusnya, majlis mempersilakan al Fadhil Ustaz hamsah


Sulaiman selaku penceramah kita pada pagi ini untuk
menerima cenderamata. Dipersilakan.

PPD Seterusnya, dipersilakan Yang berbahagia Puan Hjh Wanihim


bin Othman menerima cenderamata kenang – kenangan.
Dipersilakan.

Perasmi Seterusnya majlis mempersilakan, (confirmkn semula)

Yang berusaha En Mohd Juin@Mohd bin Nauli@Moli Guru


Besar merangkap penasihat PIBG SK Pekan Tuaran,

menyampaikan cenderamata kenang – kenangan kepada


perasmi kita hari ini, yang berbahagia Tuan Irwandi bin
Madshah, Pemimpin Pembangunan Masyarakat UPPM Dun
Dalit.

Jemput turun Dengan sempurnanya majlis dan penyerahan cenderamata itu


tadi, maka rasmilah sudah majlis hari ini.

Majlis mengucapkan rubuan terima kasih kepada yang


berbahagia Tuan Irwandi bin Madshah, Pemimpin
Pembangunan Masyarakat UPPM Dun Dalit
Atas kesudian meluangkan masa dan waktu ke majlis hari ini.

Persembahan kalam
jamaie

Umum kepulangan Mengumukan Tuan Irwandi bin Madshah, Pemimpin


Pembangunan Masyarakat UPPM Dun Dalit bersama tetamu
kehormat meninggalkan majlis.
CLUE

Persembahan 3 koir

Cabutan bertuah
Persembahan 4 bercerita

Cabutan tiket bertuah

You might also like