You are on page 1of 9

Majlis Penyampaian Hadiah sekaligus &

Mesyuarat Agong PIBG kali ke-9 tahun 2020

BIL ACARA TEKS

1 Umumkan Ketibaan Yang Berbahagia Dr Norasikin Bt Mahdan, Pegawai Kesihatan


ketibaan VIP Daerah Johor Bahru diiringi oleh Yang Berusaha, Pn Norpisah Bt
Paluan kompang Ibrahim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Damansara Aliff, dan
AA tetamu – tetamu jemputan.

2 Ucapan Alu – Terima kasih atas persembahan pembuka tirai sebentar tadi.
Aluan Bismillah..Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
HL
Riang menanti undangan semalam
Sambil terbayang berangan - angan
Selamat datang sambutlah salam
Gembiranya hati terima kunjungan

Yang Berbahagia,
Dr Norasikin Bt Mahdan,
Pegawai Kesihatan Daerah Johor Bahru
Selaku wakil Pengarah Kesihatan Negeri Johor

Yang Berusaha
Pn Norpisah Bt Ibrahim,
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Taman Damansara Aliff,

Yang dihormati,
Tn Hj Abd Rahman Bin Mohamad,
Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru,

1
En Samsuri B Md Noh, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
En Yazid Bin Saupian, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru, guru-guru, tuan-tuan,
puan-puan, seterusnya yang diraikan, penerima – penerima anugerah
sekalian.

3 Ucapan Alu – Irama merdu menyambut tetamu


Aluan Indah melodi lirik ditulis
AA Pagi yang indah kita bertemu
Hadirmu tuan pelengkap majlis

Hadirin yang dihormati sekalian.


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia Nya,
dapatlah kita berkumpul pada pagi yang cukup indah ini bagi meraikan
Majlis Penyampaian Hadiah sekaligus menjayakan Mesyuarat Agong
PIBG kali ke-9 tahun 2020, Sek Keb Taman Damansara Aliff.

Terlebih dahulu, kami mewakili warga Sek Keb Taman Damansara Aliff
mengalu – alukan kehadiran tuan – tuan dan puan – puan kerana sudi
melapangkan masa untuk hadir ke majlis hari ini. Sesungguhnya
kehadiran tuan – tuan dan puan – puan bukan sahaja memeriahkan
majlis ini tetapi turut menyuntik semangat kepada kami, warga SKTDA.

4 Bacaan Doa Hadirin sekalian,


HL
Lebat kemiri pohonnya rendah
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat yang Maha Esa.

2
Bagi menambah keberkatan majlis pada pagi yang berbahagia ini, majlis
dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan, Al Fadhil
Ustaz Mohd Umar Bin Mohamed Salleh bagi memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

5 Ucapan guru Amin – amin ya rabbal alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih
besar kepada Ustaz Umar atas bacaan doa sebentar tadi.
AA
Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,
Tak lengkap malam tanpa purnama,
Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,
Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-aluannya
Hadirin sekalian,
Majlis kini dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
yang berusaha, Pn Norpisah Bt Ibrahim, Guru Besar Sek Keb Taman
Damansara Aliff tampil ke pentas bagi menyampaikan ucapan alu –
aluan. Dipersilakan puan.

6 Ucapan YDP Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Puan
HL Norpisah Bt Ibrahim atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Emas tempawan buatmu puteri
Busana indah buat rupawan
Sudilah tuan tampilkan diri
Bersama madah kata aluan
Hadirin sekalian,
Bagi meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput Yang dihormati, Tn Hj Abd Rahman B Mohd,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sek Keb Taman
Damansara Aliff untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

3
7 Ucapan Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang dihormati Tn Hj
perasmian Abd Rahman B Mohd kerana sudi menyampaikan ucapan sebentar tadi.
AA
Daun semulur di pekan sari
Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur salam diberi
Mohon rasmikan majlis kami

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berbahagia Dr Norasikin
Binti Mahdan, Pegawai Kesihatan Daerah Johor Bahru selaku wakil
Pengarah Kesihatan Negeri Johor untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah dan Mesyuarat
Agong PIBG Kali Ke 9 Tahun 2020, Sek Keb Taman Damansara Aliff.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

8 Persembahan (2) Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia
HL Dr Norasikin Bt Mahdan, Pegawai Kesihatan Daerah Johor Bahru atas
kesudian merasmikan majlis kita pada hari ini.

Pakaian si dara cantik berseri


Duduk bersimpuh di depan nyonya,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa persembahan yang seterusnya.

Hadirin sekalian,
Kita berehat sebentar dengan memberikan laluan kepada sebuah
persembahan nasyid dari murid – murid Sek Keb Taman Damansara
Aliff. Marilah bersama – sama kita saksikan!

4
9 Anugerah Terima kasih atas persembahan sebentar tadi.
KHAS
UPSR Melati kuntum rotan berhias
AA Jatuh gugur di tepi dahi
Anugerah Khas 2019
Calon UPSR kita anugerahi

Hadirin sekalian,
Kita ke agenda yang seterusnya, iaitu Majlis Penyampaian Anugerah
Khas UPSR 2019 Sek Keb Taman Damansara Aliff.

Dengan ini majlis menjemput, Yang berbahagia, Dr Norasikin Bt Mahdan,


Pegawai Kesihatan Daerah Johor Bahru diiringi Yang Berusaha, Pn
Norpisah Bt Ibrahim dan yang dihormati, Tn Hj Abd Rahman B. Mohd
untuk tampil ke pentas bagi menyampaikan Anugerah Khas UPSR 2019.
Majlis mempersilakan.

10 Penyampaian Tahniah kepada semua penerima Anugerah Khas UPSR 2019


cenderamata
PIBG Hadirin sekalian,
HL Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala bakti
dan kerjasama erat yang diberikan oleh kesemua Ahli Jawatankuasa
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru sesi 2018/2019, majlis dengan ini
mempersilakan Yang Berbahagia, Dr Norasikin Bt Mahdan, Pegawai
Kesihatan Daerah Johor Bahru untuk menyampaikan cenderamata
penghargaan kepada yang dihormati, Tn Hj Abd Rahman B. Mohd, Yang
Dipertua PIBG SKTDA selaku wakil Ahli Jawatankuasa PIBG Sek Keb
Taman Damansara Aliff.
Majlis mempersilakan

5
11 Pelancaran Bulan Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Dr
Kelestarian Norasikin Bt Mahdan atas kesudian menyampaikan Anugerah Khas
AA UPSR & cenderamata buat AJK PIBG sebentar tadi.

Kini, majlis sekali lagi menjemput dan mempersilakan, Yang Berbahagia


Dr Norasikin Bt Mahdan untuk menyempurnakan gimik pelancaran Bulan
Kelestarian peringkat Sek Keb Taman Damansara Aliff Tahun 2020.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

12 Penerangan Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Dr


Bulan Lestari Norasikin Bt Mahdan atas kesudian menyempurnakan gimik pelancaran
HL Bulan Kelestarian Peringkat Sek Keb Taman Damansara Aliff sebentar
tadi.

Untuk pengetahuan hadirin, Sek Keb Taman Damansara Aliff telah


melancarkan Sambutan Bulan Kelestarian bermula dari 1 Mac 2020 yang
lalu sehingga 29 Mac 2020. Terdapat pelbagai aktiviti dan pertandingan
menarik yang bakal dijalankan sepanjang Bulan Kelestarian ini.
Antaranya ialah, Pertandingan Kitar Semula antara kelas, Pertandingan
Mewarna, Penubuhan Taman Lestari, Kempen Jimat Air dan Elektrik,
Pameran dan

Bengkel Anjuran pihak SWM, SW CORP dan ECOKNIGHTS


KOKEDAMA.

13 Tayangan Montaj Selain itu juga, terdapat aktiviti Bilik Kuru – Kuru, di mana semua pihak
AA sama ada ibu bapa atau warga sekolah sendiri boleh bertukar –tukar apa
sahaja barang yang terdapat di dalam Bilik Kuru – Kuru. Ibu bapa
digalakkan untuk menyumbangkan seberapa banyak barang yang masih
elok untuk digunakan, kepada Bilik Kuru – Kuru. Hadirin dipersilakan

6
untuk mengunjungi Bilik Kuru – Kuru selepas tamat majlis ini nanti.

Hadirin sekalian,
Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas berkaitan Bulan
Kelestarian ini, apa kata kita saksikan tayangan montaj yang telah
disediakan. Mari bersama – sama kita saksikan.

14 Penyampaian Terima kasih atas tayangan montaj sebentar tadi. Diharapkan dengan
cenderamata tayangan tersebut dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai
untuk VIP aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan Kelestarian ini. Kami, warga
HL SKTDA amatlah berbesar hati sekiranya pihak ibu bapa dapat
memberikan sokongan yang padu dalam menjayakan Bulan Kelestarian
ini.

Hadirin sekalian,
Sebagai tanda penghargaan dan kenang – kenangan kerana sudi
merasmikan majlis pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput Yang dihormati, Tn Hj Abd Rahman B. Mohd, YDP Persatuan
Ibu Bapa dan Guru untuk menyampaikan cenderamata penghargaan
buat Yang Berbahagia Dr Norasikin Bt Mahdan, Pegawai Kesihatan
Daerah Johor Bahru. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

15 Persembahan (3) Tumbuk sambal di dalam lesung


AA Terasa pedas bila dimakan
Majlis kini terus berlangsung
Persembahan murid kita sajikan

Hadirin sekalian,
Kita teruskan kehangatan majlis pada pagi ini dengan sebuah
persembahan bicara berirama dari murid – murid Sek Keb Taman
Damansara Aliff.

7
Mari bersama – sama kita saksikan

16 Perasmian Bilik Terima kasih atas persembahan sebentar tadi.


Kuru – Kuru
HL Hadirin sekalian,
Kini, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Dr
Norasikin Bt Mahdan, Pegawai Kesihatan Daerah Johor Bahru diiringi
Yang Berusaha Pn Norpisah Bt Ibrahim, dan Yang dihormati, Tn Hj Abd
Rahman B. Mohd untuk bergerak ke Bilik Kuru – Kuru bagi
menyempurnakan upacara perasmian Bilik Kuru Kuru Sek Keb Taman
Damansara Aliff. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

17 Penyampaian Berkebaya batik berwarna merah


Anugerah Sambil menekat cantik ukiran
Kecemerlangan Tibalah masa penyampaian anugerah
2019 Penerima teruja menunggu giliran
AA & HL
Hadirin sekalian,
Majlis kini diteruskan lagi dengan Majlis Penyampaian Anugerah
Kecemerlangan bagi Tahun 2019. Bagi menyempurnakan upacara
penyampaian hadiah ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput
dan mempersilakan ____________________________ untuk
menyampaikan hadiah kepada para penerima anugerah. Dipersilakan.

Berikut diumumkan penerima anugerah bagi ________________


T6 \ T5 \ T4

18 Penutup Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


AA ________________________________ atas kesudian menyampaikan
anugerah sebentar tadi.

8
Hadirin sekalian. Kita telah tiba di penghujung majlis. Selepas ini majlis
akan diserahkan kepada Yang Dipertua PIBG Sek Keb Taman
Damansara Aliff, Tn Hj Abd Rahman B Mohd untuk mengetuai sesi
Mesyuarat Agong PIBG kali ke 9 Tahun 2020.

19 Penutup Bersyukur kini kami panjatkan


HL Majlis Anugerah telah disempurnakan
Sekalung penghargaan kami hulurkan
Segulung tahniah kami ucapkan

Sekian sahaja, segala yang baik datang dari Allah dan segala kelemahan
insyaAllah akan diperbaiki pada masa akan datang. Sekian terima kasih
dan semoga berjumpa lagi

You might also like