You are on page 1of 10

TEKS PENGACARA MAJLIS

17.6.2020 ( BILIK Persidangan SMKPR )


1) ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2019
2) MAJLIS LAMBAIAN KASIH JASAMU DIKENANG-PENGETUA
EN.BAHARUDDIN BIN HASHIM
3) MAJLIS LAMBAIAN KASIH JAUH DI MATA DEKAT DI HATI- PN HAJAH
HAFIZAH BT HARON

MC
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En Baharuddin bin
10.00 pagi Hashim dan Puan Hajah Hafizah binti Haron.

Si Ikan karang bermain leka,


Dalam lautan sungguhlah indah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Pasir putih indah di mata,


Ketibaan Ombak menderu menebar suara,
VIP Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Yang Dikasihi dan Diraikan


En. Baharuddin bin Hashim Pengetua SMK Penanti
Pn Hajah Hafizah bt Haron, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa.

1
Yang Berusaha,
Tn Hj Azhar Amanullah bin Hj Ariffin A.M.N
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa

Yang Berusaha,
TN. Hj Zulkefli b Muhamed
Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Anuar Affandi b Mohd Saad


Penolong Kanan Kokurikulum

Yang dikasihi
Barisan Guru-guru Kanan dan seterusnya rakan-rakan guru
sekalian.

Alhamdulilah tiada daya upaya kita selain menzahirkan rasa


syukur yang tidak terhingga kepada Maha Esa atas
keizinanNya untuk kita sama-sama berkumpul kembali pada
hari ini setelah tiga bulan lamanya kita menjalani Perintah
Kawalan Pergerakan akibat Wabak Covid 19 yang melanda
seluruh dunia.
Pada pagi ini, kita sama-sama berkumpul sebagai sebuah
keluarga besar di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang
Rawa bagi untuk meraikan kecemerlangan rakan kita dalam
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019, Lambaian Kasih
Jasamu dikenang bagi meraikan Pertukaran En Baharuddin b
Hashim yang sekarang menjawat jawatan Pengetua SMK
Penanti dan Lambaian Kasih Jauh di mata dekat di hati
sempena persaraan Pn Hjh Hafizah bt Haron setelah ___ tahun

2
mengabadikan diri dalam dunia pendidikan.

Doa Lebat kemiri pohonnya rendah


Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada pagi yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh Al fadhil
Ustaz Fatim nor Muhamad b Nordin

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

……………………………………………………………..
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Al fadhil Ustaz Fatim nor Muhamad b Nordin
atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Tanpa melengahkan masa, majlis akan diteruskan dengan


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019. Dengan itu, dijemput
________________________________________ untuk
mengiringi__________________________________ bagi
menyampaikan anugerah. Dipersilakan..

3
Majlis menjemput penerima anugerah
1) Tn. Hj. Zulkifli bin Mohamed
2) En Mokhtar bin Darus
3) Pn Nazizah bt Rahmat
4) Pn Norhaliza bt Darani
5) Cik Roslina bt Abdullah
6) Pn Vikneswary a/p Maniam

Terima kasih kepada


___________________________________________ atas
kesudian menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Tahniah kepada penerima-penerima anugerah. Semoga
dengan anugerah yang diterima menjadi suntikan semangat
untuk terus mencipta kecemerlangan dalam dunia pendidikan.

Akar keladi melilit selasih


Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi jujungan kasih
.mesra kenangan sepanjang zaman

Hadirin hadirat sekalian,

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan En


Baharuddin b Hashim, Mantan Pengetua SMK Permatang
Rawa untuk menyampaikan ucapan sempena pertukaran beliau
ke SMK Penanti.
Majlis mempersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada En Baharuddin b Hashim atas


ucapan sebentar tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


4
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Untuk makluman semua En Baharuddin telah memulakan tugas


beliau sebagai Pengetua SMK Permatang Rawa pada
30.1.2019.
Selama 1 thn 4 bulan beliau menjawat jawatan pengetua di sini
banyak pembaharuan dan jasa yang beliau taburkan di sini.
Program Sekolah Angkat/tajaan UDA Holdings .

21 Mei 2020 mula berkhidmat di SMK Penanti.

Semoga En Baharudin terus cemerlang dalam


perkhidmatannya sebagai Pengetua SMK Penanti.

Seterusnya dijemput Tn. Pengetua, Tn. Hj. Azhar Amanullah


bin Hj. Ariffin mengiringi Yang Diraikan En Baharuddin b
Hashim untuk menerima cenderahati kenang kenangan dari
warga SMK Permatang Rawa.
Dijemput:
1) Lembaga Pengawas Sekolah
2) Kelab Usahawan Muda
3) Koperasi SMKPR Berhad
4) Badan Kebajikan Islam
5) Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah
6) Gabungan Panitia-Panitia SMK Permatang Rawa

5
7) Pengurusan/Pentadbiran Sekolah
8) Persatuan Ibu Bapa dan Guru
9) Pengetua- Tuan Hj Azhar

Terima kasih diucapkan kepada En Baharudin b Hashim ats


kesudian menerima cenderahati kenang kenangan daripada
kami. Semoga kenangan indah semasa berada di SMK
Permatang Rawa sentiasa segar dalam ingatan.

Tuan puan hadirin hadirat sekalian,

Majlis Jauh di Mata Dekat di Hati pada pagi ini diteruskan lagi
dengan menjemput semua hadirin untuk menyaksikan sebuah
persembahan Multimedia dan profil diri Yang Diraikan.
Dipersilakan.

Demikianlah persembahan multimedia yang telah disediakan


oleh Tuan Haji Mokhtar Darus dan ______________________.

Seterusnya, dijemput Tuan Haji Mohd Asri bin Ariffin, Pengerusi


Kelab Guru dan Kakitangan SMK Permatang Rawa untuk
menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Asri atas


ucapan sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput Tuan Haji Azhar Amanullah bin Hj


Ariffin A.M.N untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Asri atas
6
ucapan sebentar tadi.

Dari Melaka ke Pulau Aman


Singgah sebentar di Bukit Serindit
Tuan pasti kaya pengalaman
Titipkan amanat barang sedikit

Hahirin Yang dihormati Sekalian 

Kini tibalah masa untuk acara kemuncak pagi ini iaitu ucapan
atau amanat terakhir dari yang kita raikan iaitu Pn. Hajah
Hafizah bt Haron untuk warga SMK Permatang Rawa.

Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan puan untuk memberikan ucapan.
Dipersilakan

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang Diraikan Pn Hajah Hafizah bt Haron atas
ucapan itu tadi. 

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
7
Kepimpinanmu gemilang

Sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dan meraikan Hari Kelahiran


Pn Hajah Hafizah bt Haron,
dipersilakan tuan pengetua, Tuan Hj Azhar Amanullah untuk
menjemput dan mempersilakan Pn Hajah Hafizah bagi
menyempurnakan upacara pemotongan kek hari lahir.

Dijemput juga , PK-PK pentadbiran dan Kokurikulum, Guru-guru


Kanan, dan Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan untuk
bersama-sama yang diraikan untuk memotong kek..

Marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Selamat Hari Lahir


untuk yang diraikan….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati


sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan
pada hari ini.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput


dan mempersilakan Tn. Hj. Azhar Amanullah bin Hj Ariffin untuk
mengiringi Yang Diraikan Puan Hajah Hafizah bt Haron bagi
menerima cenderahati kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dijemput:
10) Lembaga Pengawas Sekolah
11) Kelab Usahawan Muda

8
12) Koperasi SMKPR Berhad
13) Badan Kebajikan Islam
14) Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah
15) Unit Bimbingan dan Kaunseling
16) Gabungan Panitia-Panitia SMK Permatang Rawa
17) Pengurusan/Pentadbiran Sekolah
18) Persatuan Ibu Bapa dan Guru
19) Pengetua- Tuan Hj Azhar

Begitulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-


kenangan khusus untuk Yang Diraikan Pn Hajah Hafizah bt
Haron
Majlis merakamkan sejutaan penghargaan dan terima kasih
atas tanda ingatan, sumbangan dan tanda hati yang diberikan
dan semoga menjadi memoir indah dalam dakapan Puan Hajah
Hafizah.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di


pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak

9
Esok jangan rindu-rinduan

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Yang Diraikan Pn Hajah Hafizah bt Haron kerana sudi untuk
bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami
semua mendoakan agar Yang Diraikan bertambah ceria dan
bahagia di dalam kehidupan seharian.

Di kesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan


andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis
ini.

Sekian,
salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu
`Alaikum Wa Rahmatullah….

10

You might also like