You are on page 1of 11

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Tuan Haji Shoyef Bin Tukiman

diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.

AKTIVITI
Nyanyian lagu Negaraku
Hadirin yang dihormati,
Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyanyikan lagu Negaraku.
……………………
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.
Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Sedetik Bersama Seindah
Kenangan” sempena persaraan Tuan Haji Shoyef Bin Tukiman,
Guru Besar SK Methodist Parit Buntar, Sekolah Kluster
Kecemerlangan.

BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang Berusaha
Puan Salmah Binti Yahya
Guru Penolong Kanan 1
SK Methodist Parit Buntar

Yang Berusaha
Pn. Hjh. Rohaya binti Mohamded Ramly
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Methodist Parit Buntar

Yang Berusaha
Pn. Rozina Binti Esmail
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
SK Methodist Parit Buntar

Yang Dihormati
Tn Haji Wahid bin Ramli
Pegawai Pendidikan Daerah Kerian

Yang Dihormati
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kerian
Bahagian Menengah

Yang Dihormati

Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kerian


Bahagian Rendah

Yang Dihormati

Pegawai Maklumat
Pejabat Pelajaran Daerah Kerian

Yang Dihormati
Barisan Guru Besar dan Pengetua
Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah
Daerah Kerian

Yang Dihormati

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru


Sk Methodist Parit Buntar

Yang Dihormati

Pengerusi Jawatankuasa Majlis “Sedetik Bersama Seindah


Kenangan”
dan seluruh ahli jawatankuasanya

Yang Diraikan
Tuan Haji Shoyef Bin Tukiman
Guru Besar SK Methodist Parit Buntar

Seterusnya
Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati
Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis “Sedetik Bersama Seindah Kenangan” sempena persaraan
Yang Diraikan Tuan Haji Shoyef Bin Tukiman , Guru Besar SK
Methodist Parit Buntar.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Bacaan Doa
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz
Mohd Zulhilmi Bin Ishak
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada atas bacaan doa itu tadi.
.
-bacaan doa-

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Zulhaimi


bin Ishak atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Ucapan Alu-aluan Pengerusi Jawatankuasa
Bukan rumput sebarang rumput
Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan ini, majlis menjemput


Yang Berusaha Puan Rohaya Binti Mohamed Ramli
untuk menyampaikan ucapannya.

Dipersilakan

Begitulah tadi ucapan ringkas daripada Pengerusi Jawatankuasa


Majlis ‘Sedetik Bersama Seindah Kenangan”

Untuk itu majlis mengucapkan jutaan terima kasih.

Ucapan YDP PIBG


Pergi ke kota beli selasih
Sayang si dara buat halwa
Berilah kata simpulan kasih
sulamkan mesra satukan jiwa

Seterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha. Prof Dr. Abd


Rahman bin Mohamed, YDP PIBG Sk Methodist untuk
menyampaikan ucapan
Dengan segala hormatnya, dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Berusaha. Prof Dr. Abd Rahman bin Mohamed atas ucapan tadi.

Ucapan YDP MGB


Hadirin dan hadirat sekalian, majlis ini kita teruskan lagi dengan
ucapan dari pihak Yang di Pertua Majlis Guru Besar , Tuan Haji
Shahruddin Bin Mohamad Bashah. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas


ucapan itu tadi.
Ucapan PPD Kerian
Seterusnya, majlis menjemput Tuan Haji Wahid Bin Ramli,
Pegawai Pendidikan Daerah Kerian untuk menyampaikan
ucapan. Dengan ini majlis mempersilakan……..

Terima kasih di atas ucapan sebentar tadi.


Tayangan Slaid
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan


kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan Tuan Haji Shoyef
bin Tukiman sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia
pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK Methodist
Parit Buntar.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan slaid


sempena persaraan Yang Diraikan Tuan Haji Shoyef bin Tukiman

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan slaid


sempena persaraan Yang Diraikan Tuan Haji Shoyef bin
Tukiman. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber
inspirasi buat kita semua.

Ucapan Yang Diraikan


Jangan tertawan alpa duniawi
Hanya indah serupa azimat
Duhai pahlawan kesatria pertiwi
Hulurkan madah kata amanat

Kini tibalah masa, untuk kita mendengar amanat dan ucapan


yang akan disampaikan oleh

Yang Diraikan Tuan Haji Shoyef Bin Tukiman, Guru Besar


Cemerlang, SK Kebangsaan Methodist Parit Buntar, Sekolah
Kluster Kecemerlangan.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

-UCAPAN VVIP-

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Shoyef Bin
Tukiman atas ucapan dan amanat itu tadi.

Semoga segala amanat dan ucapan Yang Diraikan dapat kita


hayati dan ambil iktibar bersama.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Penyampaian Watikah Persaraan


Hadirin sekalian, kita teruskan lagi majlis dengan penyampaian
Watikah Persaraan,

Majlis dengan penuh takzimnya menjemput _______________


untuk mengiringi Tuan Haji Wahid Bin Ramli untuk tampil ke
pentas untuk menyempurnakan majlis kita.
Majlis menjemput Tuan Haji Shoyef bin Tukiman untuk naik ke
pentas dan menerima Watikah Persaraan dari tuan Haji Wahid
Bin Ramli, dengan ini dipersilakan

Jutaan terima kasih diucapkan buat Tuan Haji Wahid Bin Ramli
Cenderamata
Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata
untuk Yang Diraikan Tuan Haji Shoyef bin Tukiman
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada
wakil-wakil .

Dipersilakan wakil daripada

Dijemput……

Seterusnya

Jutaan terima kasih dan salam penuh penghargaan kepada


semua pihak di atas cenderamata yang telah disampaikan.

Jamuan
Majlis dengan ini seterusnya menjemput semua jemputan untuk
menikmati hidangan jamuan makan tengahari di khemah yang
disediakan.

Kita akan berkumpul semula di Dewan pada pukul 12.45


tengahari.
Majlis berehat sebentar.

Lambaian Perpisahan
Berkumpul lagi kita untuk detik-detik terakhir Yang Diraikan di
Sekolah Kebangsaan Methodist Parit Buntar. Setiap saat, setiap
detik dan setiap ketika semakin mendekati agenda Lambaian
Perpisahan untuk Guru Besar Sk Methodist, Tuan Haji Shoyef
Bin Tukiman.
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di
pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum
bersurai, kita akan menyaksikan buat kali terakhirnya Yang
Diraikan Tuan Haji Shoyef bin Tukiman akan menandatangani
buku rekod kehadiran sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi
beliau di dalam dunia pendidikan ini.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan Tuan Haji Shoyef bin Tukiman kerana sudi untuk
bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami
semua mendoakan agar Yang Diraikan Tuan Haji Shoyef bin
Tukiman bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama
memeriahkan Majlis “Sedetik Bersama, Seindah Kenangan” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan


andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis
ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah
Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad
Harin bin Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin
Basiran atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang


Dihormati En. Abdul Naser bin Bedu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru SK LKTP Sungai Sayong untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang


Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj.
Redwan atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda


kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang
Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan kepada Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran, Guru Penolong
Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong untuk mengiringi Yang Diraikan En. Abdull
Mutalib bin Denan untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil


kelas.

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 1

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 2

Dipersilakan wakil daripada kelas Pendidikan Khas


Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Gemilang

Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul


Naser bin Bedu untuk menyampaikan cenderamata daripada Persatuan Ibu
Bapa dan Guru, SK LKTP Sungai Sayong.

Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Md.
Sukor bin Marzuki untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan
Kebajikan Guru dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus


untuk Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull
Mutalib bin Denan atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis
turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Tn.
Hj. Mohmad Hairin bin Basiran mengiringi Yang Diraikan En. Abdull Mutalib
bin Denan sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Untuk pengetahuan semua, Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan
turut berbesar hati untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan
khusus daripada beliau sendiri.

Justeru itu, sekali lagi Majlis ingin menjemput dan mempersilakan kepada
Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan untuk menyempurnakan upacara
tersebut.

Yang pertama, dipersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin
Marzuki selaku wakil daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK
LKTP Sungai Sayong.

Seterusnya, dipersilakan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin
Basiran selaku wakil Pentadbiran SK LKTP Sungai Sayong.

Seterusnya, dipersilakan kepada En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai
Pelajaran Daerah Kulai.

Seterusnya, dipersilakan kepada En. Mohd Rosli bin Othman, Penolong


Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Menengah.

Seterusnya, dipersilakan kepada Tn. Hj. Muhammad bin Salleh, Penolong


Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Rendah.

Dan yang terakhir, dipersilakan kepada En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman,
Pegawai Maklumat, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai.

Itulah sebentar tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan


daripada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

You might also like