You are on page 1of 6

TEKS PENGACARAAN MAJLIS CADANGAN MEMBINA SEBUAH DEWAN TERBUKA SEKOLAH MENENGAH

AGAMA AL-ULUM ADDINIAH DONG, RAUB, PAHANG DARUL MAKMUR.

MENGUMUMKAN KETIBAAN

Yang Berhormat, FAZLI BIN MOHAMAD KAMAL, Exco Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan
Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dong,

Yang Berhormat DATO' MOHAMAD RAZALI OTHMAN, Pengerusi Rafulin Holdings Sdn. Bhd. (RHSB)

Yang Berhormat DATO’ SRI ZOHARI AKOB, Pengerusi AUSB

Yang Berhormat, DATO' MOHAMED RAFFE K CHEKKU, Pengarah Urusan

SALUTASI PENGERUSI MAJLIS

Yang Berhormat, FAZLI BIN MOHAMAD KAMAL, Exco Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan
Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dong,

Yang Berhormat DATO' MOHAMAD RAZALI OTHMAN, Pengerusi Rafulin Holdings Sdn. Bhd. (RHSB)

Yang Berhormat DATO’ SRI ZOHARI AKOB, Pengerusi AUSB

Yang Berhormat, DATO' MOHAMED RAFFE K CHEKKU, Pengarah Urusan

Yang Hormat DATO` DR HAJI ZULKIFLE BIN HAJI ALI AL-HAFIZ, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang

Yang Hormat DATO' HAJI ABDUL ZAKI BIN MD ZAIN, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang

Yang Hormat, TUAN KHUZAIDI BIN HARUN, Pengarah Pejabat Tanah & Galian

Yang Hormat Dato’- Dato’,

Yang Berbahagia, EN. MOHAMMAD AMIN BIN ABDUL MUTALIB, Pegawai Agama Islam Daerah Raub

Yang Berbahagia, ENCIK RIZAL BIN MUSTAFA, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan Jabatan
Agama Islam Pahang

Yang Berbahagia, ENCIK ZAIDI BIN ISMAIL, Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Jabatan Agama Islam
Pahang

Yang Berbahagia, DATO’SRI DR. SALLLEHUDDIN BIN ISHAK

Yang Berbahagia, DATO' SRI HAJI SHAHIRUDDIN BIN AB. MOIN

Yang Berusaha, ENCIK KAMAL BIN SAHI, Pengetua Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong,

Yang Berusaha, ENCIK SOFIAN BIN IBRAHIM, Yang Dipertua PIBG SMA Dong,
Yang Berbahagia, Pegawai-pegawai, pengetua dan Guru Besar sekolah, Ketua Kampung dan AJK
Penduduk Kampung Dong, Staf & Kakitangan Rafulin Group, Guru-guru Penolong Kanan, AJK PIBG
sekolah, guru-guru, dif-dif jemputan, tuan-tuan, puan-puan, anak-anak pelajar serta hadirin hadirat yang
dirahmati Allah sekalian.

ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Bismillah....

Assalamualaikum wbt

Salam ceria, salam sejahtera, salam keilmuan, salam penuh kemesraan dan salam “MALAYSIA MADANI”

Majlis mengalu-alukan kedatangan Yang Berhormat Dato’-Dato’, Dif-dif kehormat dan semua hadirin
hadirat tetamu jemputan sekalian.

Alhamdulillah terus dipanjatkan, Setulus hati, seikhlas nurani, semurni jiwa, Dimunajatkan rasa syukur
ke hadrat Illahi, Allah Yang Maha Agong dan Maha Tinggi, Maha Pengampun, Maha Bijaksana, Maha
Pengatur dan Maha Perencana, Ke atas segala ciptaan-Nya di langit dan di bumi. Demi kebesaran dan
ketulusan rahmat yang dilimpahkan, Demi kekuatan azam dan iltizam yang dikurniakan, Beserta izin dan
’innayahNya jua, Didorong dan digerakkan minda serta deria rasa, Dianugerahkan ’akal kita dengan
kewarasan, Fizikal mapan dengan ’afiah kecergasan, Lantas dihimpun dan dipertemukan kita semua,
Bagi menjayakan kemurnian agenda :

“MAJLIS CADANGAN MEMBINA SEBUAH DEWAN TERBUKA SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-ULUM
ADDINIAH DONG, RAUB, PAHANG”

Pihak majlis mengambil ruang seawal waktu untuk menyatakan sepenuh apresiasi setulus hati, atas
kehadiran tetamu kehormat, Dato2’, Dif-dif jemputan, tuan-tuan, puan-puan dan hadirin sekalian ke
majlis yang cukup bahagia dan bermakna ini yang menjadi tarikh keramat kepada seluruh warga SMA
Dong. Selamat datang kami ucapkan.

Yang Berhormat, Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan,

Demi memberkati acara dan agenda kita,

Marilah kita semua,

Selaku insan kerdil sifat dan upaya,

Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih,

Menghimpunkan segala harapan dan hasrat,

Dengan bait-bait doa serta munajat.


Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan anakanda ____________________________

untuk tampil bagi memimpin bacaan doa pembuka majlis pada pagi ini. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Aamin, Ya Robbal ’Aalamiinn..

Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara,

Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan,

Menambah tautan kemesraan,

Serta, berpisahnya kita nanti akan diiringi dengan jutaan ketenangan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada anakanda _________________________


atas pimpinan doa sebentar tadi.

UCAPAN WAKIL RAFULIN

Yang Berhormat, Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan,

Majils pada pagi ini dimulakan dengan santapan ucapan istimewa daripada Yang Berhormat DATO'
MOHAMAD RAZALI OTHMAN, Pengerusi Rafulin Holdings Sdn. Bhd. (RHSB). Untuk itu, majlis dengan
penuh rasa bangga dan sukacitanya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat
Dato’ atas ucapan aluan yang telah disampaikan itu tadi.

UCAPAN WAKIL JAIP

Yang Berhormat, Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin yang dikasihi sekalian.

Majlis pada pagi yang cukup bermakna ini diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang
Hormat DATO` DR HAJI ZULKIFLE BIN HAJI ALI AL-HAFIZ, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis setulus hati merakamkan apresiasi dan jutaan terima kasih kepada Yang Hormat Dato’ atas
ucapan demikian tadi.
UPACARA MENANDATANGANI DOKUMEN PENYERAHAN

Yang Berhormat, Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin yang dikasihi Allah sekalian.

Kini tibalah saat yang dinanti untuk acara kemuncak majlis iaitu upacara “Menandatangani dokumen
penyerahan dan penyerahan Document As Build daripada Kumpulan Syarikat Rafulin kepada pihak
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)”. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan
mempersilakan Yang Berhormat DATO' MOHAMAD RAZALI OTHMAN, Pengerusi Rafulin Holdings Sdn.
Bhd. (RHSB) dan Yang Hormat DATO` DR HAJI ZULKIFLE BIN HAJI ALI AL-HAFIZ, Pengarah Jabatan Agama
Islam Pahang diiringi oleh ____________________________ bagi menyempurnakan upacara
menandatangani dokumen penyerahan tersebut. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat DATO' MOHAMAD RAZALI OTHMAN
dan Yang Hormat DATO` DR HAJI ZULKIFLE BIN HAJI ALI AL-HAFIZ atas penyempurnaan upacara
menandatangani dokumen penyerahan sebentar tadi.

PERSEMBAHAN PELAJAR

Yang Berhormat, Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan.

Bagi menambah lagi seri majlis kita pada pagi ini, agenda seterusnya disambung lagi dengan sajian
persembahan daripada Kumpulan Nasyid Sekolah yang diberi nama ______________________. Untuk
itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Kumpulan nasyid sekolah bagi menyempurnakan
persembahan mereka. Dipersilakan.

Demikian tadi alunan suara gemersik jiwa yang telah disampaikan oleh Kumpulan nasyid sekolah. Terima
kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi.
PENUTUP

Dengan terlaksananya persembahan nasyid sekolah itu tadi, maka berlabuhlah sudah tirai majlis kita
pada hari ini. Bagi pihak majlis, saya memohon jutaan ampun dan maaf seandainya sepanjang
pengendalian majlis ini, terdapat kesilapan tutur kata, tersilap bicara kerana sesungguhnya yang baik itu
datangnya daripada Allah swt dan yang serba kekurangan itu datangnya daripada saya dan kesemua
barisan Ahli Jawatankuasa pelaksana.

Sekian, Wabillah Hil Taufiq Walhidayah, Assalamualaikum w.b.t.

Sekian, Terima kasih.

* Dijemput Yang Berhormat, Dato’-dato’, hadirin hadirat dan semua tetamu yang hadir pada hari ini
untuk sesi bergambar di Dewan Terbuka yang serba gah dan indah ini. Selepas selesai sesi bergambar,
semua para jemputan dijemput untuk menikmati hidangan yang telah disediakan.

TAYANGAN MONTAJ SAMBIL MENIKMATI JUADAH

Sungguh indah bunga kemboja,


Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.

Yang Berhormat, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dirahamati Allah
sekalian dipersilakan untuk menjamu selera. Selamat menjamu selara.

Sambil menikmati juadah yang telah disediakan, marilah kita sama-sama sejenak menyaksikan
persembahan klip video Montaj Sekolah yang telah dikelolakan oleh Encik Zakhairi Bin Hamzah.
Dipersilakan.

Demikian tadi persembahan montaj sekolah yang sedikit sebanyak dapat memberi gambaran mengenai
proses awal sehingga akhir bagaimana dewan terbuka yang serba gah dan indah ini terhasil sebegini
rupa.
Untuk itu, sekali lagi saya merakamkan jutaan terima kasih bagi semua pihak yang hadir pada hari ini,
dan tidak lupa juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan “MAJLIS CADANGAN MEMBINA
SEBUAH DEWAN TERBUKA SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-ULUM ADDINIAH DONG, RAUB,
PAHANG.”

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum w.b.t.

VIP -Rafulin Group

Sharifah Noor Ashikin Syed Aznal - Executive Director

Muliana Munir - Director- Economic

Abdul Halim Mohd Salleh - Chief Operating Officer

Azam Hairy Bin Hasan - Chief Operating Officer

Azril Imran Mazlan - General Manager

Mohd Zainurin Bin Ayob - General Manager

Nor Hamizwa Binti Mohd Nor - Director Corporate Services

You might also like